|
Newman meninggal dunia
WESTPORT – Aktor legenda Hollywood, Paul Newman yang terkenal kerana pernah memenangi Anugerah Akademi meninggal dunia ketika berumur 83 tahun, kata seorang jurucakapnya, Jeff Sanderson semalam.
Newman meninggal dunia di rumahnya dekat Westport, Connecticut kelmarin selepas berjuang melawan penyakit kanser sejak sekian lama.
Menurut Sanderson, ketika meninggal dunia, aktor itu yang pernah berlakon dalam filem Hud, Cool Hand Luke dan The Color of Money dikelilingi oleh anggota-anggota keluarga dan rakan rapat.
Dia memulakan kerjaya lakonan teater dan televisyen sekitar 1950-an dan menjadi salah seorang bintang filem paling lama bertahan dan popular.
Newman memenangi satu anugerah dalam Anugerah Akademi selain menerima dua anugerah penghormatan.
Dia melakonkan watak utama dalam lebih 50 buah filem termasuk Exodus, Butch Cassidy and the Sundance Kid, The Verdict, Sting dan Absence of Malice. – Agensi
***************************************************************
alahhhhhh sedihnya ...
saya minat sangat sangat dengan paul newman yang bermata biru ni --
hensem sangat --
and great actor --
and i love him with robert redford - butch cassidy and the sundance kid -
condolence to the family
RIP paul - - |
|