CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Remis/Lala/Kepah/Kerang/Kupang/Siput/Etok etc

[Copy link]
Post time 25-1-2013 02:59 PM | Show all posts
Syd posted on 25-1-2013 12:57 PM
Kerang bulu?

aku selalu belo kat NSK ni.. tapi skang lama dh xjupe diorg jual.. aku rebus camtu jer.. nikmattttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2013 06:21 PM | Show all posts
skeezotone posted on 25-1-2013 02:59 PM
aku selalu belo kat NSK ni.. tapi skang lama dh xjupe diorg jual.. aku rebus camtu jer.. nikmatttt ...

kalau dari gambar diatas tuh..
kemain besar lagi kerang tuhh

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:46 PM | Show all posts
Syd posted on 25-1-2013 06:21 PM
kalau dari gambar diatas tuh..
kemain besar lagi kerang tuhh

mmg besar la bro.. puas hati.. sgt terasa akn kekerangannya.. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 09:50 PM | Show all posts
skeezotone posted on 25-1-2013 09:46 PM
mmg besar la bro.. puas hati.. sgt terasa akn kekerangannya.. hahaha

kekdahnya ai ngan benda2 yang besar2 gitu..
ada skit seriau katanya...



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:55 PM | Show all posts
Syd posted on 25-1-2013 09:50 PM
kekdahnya ai ngan benda2 yang besar2 gitu..
ada skit seriau katanya...

blom try blom tau.. aku po seriau gak mula2 nk try.. skali try trus ngam.. puas sket rs makan kerang saiz tu.. hehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 07:10 AM | Show all posts
nampak banyak siput sudah lapar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2013 04:48 PM | Show all posts
Syd posted on 25-1-2013 12:55 PM
ini ke kekdahnya;

Siput anak dara tuhh?

Haah itulah yang diorang bagitau aritu.

Terima kasih letakkan gambar
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 04:49 PM | Show all posts
Syd posted on 25-1-2013 12:57 PM
Kerang bulu?

Haah itulah dia ...

Saya tak pergi pun ...konon nak try buat sendiri ..last order kat orang buatkan rendang hehehe.

Tq for the picture.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2013 04:24 AM | Show all posts
putra_bengal posted on 31-3-2009 10:13 PM
siput baji

nie aku pgl siput kemudi..haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:40 AM | Show all posts
teringin nk mkn etok-etok
mne boleh dapat eyh area penang or lumut?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 11:02 AM | Show all posts
donut_1752 posted on 26-9-2013 02:40 AM
teringin nk mkn etok-etok
mne boleh dapat eyh area penang or lumut?

etok hanya di kelantan shj.. tempat lain spt tak tau nak pelbagaikan etok dlm masakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 11:36 AM | Show all posts
leotazz818 posted on 26-9-2013 11:02 AM
etok hanya di kelantan shj.. tempat lain spt tak tau nak pelbagaikan etok dlm masakan

patot la cari tak jumpa.mekaseh momod sbb bgtahu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:58 PM | Show all posts
geli aku siput yg bukan2 tu, asal siput je org bedal buat makan, lu org makan ke siput bukan2 tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 07:32 AM | Show all posts
turboturtle posted on 11-11-2013 11:58 PM
geli aku siput yg bukan2 tu, asal siput je org bedal buat makan, lu org makan ke siput bukan2 t ...

heheheheh

try tengok yang kat bawah neh laks..

nampak sedap tak?


RENCANA UTAMAEksotika siput babi Perancis
Oleh NOR IDAYU BOSRO

SAJIAN klasik Perancis ini dimasak dengan mentega dan bawang putih.


TENGAH hari itu, di dapur Restoran Graze di Hotel Hilton Kuala Lumpur, cef selebriti, Michael Elfwing sibuk menyediakan beberapa jenis hidangan istimewa.

Rutinnya pada hari Sabtu itu sedikit berbeza daripada hari-hari biasa sementelah dia harus menyediakan juadah khas bagi memenuhi permintaan kru Jurnal.

Namun, Elfwing bernasib baik kerana dia turut dibantu oleh lima pekerja lain yang menolongnya menyediakan bahan-bahan masakan.

Suasana di dapur itu tenang dengan masing-masing tekun melakukan tugas dengan cermat. Hanya sekali-sekala terdengar bunyi periuk dan pinggan mangkuk berlaga.

Apa yang pasti, keadaan tegang dengan suara jeritan serta herdikan seperti yang sering ditonton dalam rancangan Hell’s Kitchen atau Masterchef di saluran masakan popular, Asian Food Channel tidak kedengaran di sini.

Mungkin pendekatan Elfwing sebagai Pembantu Eksekutif Ketua Cef di restoran itu berbeza berbanding cef selebriti Britain, Gordon Ramsay yang terkenal menerusi kedua-dua program televisyen tersebut.

Usai sahaja memasak, Elfwing yang wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi iklan peralatan memasak sebuah jenama terkenal, menyajikan kelima-lima hidangan istimewa tadi di atas pinggan buat santapan pelanggan.

Antara menu yang disediakan cef yang berasal dari Sweden itu termasuklah pembuka selera klasik Perancis yang dinamakan Escargots ala Bourguignonne.

ELFWING bangga kerana sajian escargot mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan.


Geli

Sajian ringkas itu sebenarnya ialah siput escargot (disebut es-kar-go) yang dimasak dengan mentega dan bawang putih.

“Mengapa escargot, kamu tidak geli ke?” tanya cef yang boleh berbahasa Melayu dengan baik itu.

Sekali pandang, escargot tidak ubah seperti siput babi yang gemar merayap di celah-celah daun sayur-sayuran, cuma saiznya tidak sampai separuh daripada cangkerang siput babi.

Membayangkan rupanya yang berlendir, lembik dan bercangkerang mungkin sudah cukup untuk membantutkan selera.

Namun, keunikan cita rasa hidangan eksotik Perancis itu dikatakan tiada tandingan.

Sup krim pekat yang dihidangkan di atas meja restoran itu nampak biasa-biasa sahaja. Malah, pelanggan mungkin beranggapan ia satu-satunya juadah yang tidak mengandungi escargot.

Begitupun, sangkaan tersebut jauh meleset kerana cebisan yang disangkakan cendawan itu rupa-rupanya escargot yang telah dicincang kecil.

Elfwing berkata, kebanyakan pengunjung mudah berasa geli apabila membayangkan rupa siput bersama cangkerang dalam makanan mereka.

“Escargot bukanlah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Jadi, kalau kita cincang atau hiris halus-halus, mungkin cara ini dapat menggalakkan mereka untuk mencubanya,” katanya.

Elfwing mengakui selama 10 tahun menetap di Malaysia, escargot cuma dipesan oleh pelanggan tertentu.

Menurutnya, hanya sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini yang berani menjadikan haiwan moluska itu sebagai sajian eksotik dalam menu mereka.

“Sudah tentu pelanggan akan memilih juadah yang mereka biasa dan rasa selesa untuk makan,” katanya.

Bagaimanapun, Elfwing berkata, usaha mempertaruhkan beberapa jenis hidangan escargot ciptaannya seperti escargot tortelini dalam menu di restoran tersebut mendapat pujian.

SIPUT darat dengan nama saintifik Cepaea Hortensis dijual secara meluas di sebuah pasar di Marrakesh, Maghribi.


Beracun

“Pada mulanya ia salah satu strategi untuk memperkenalkan escargot kepada orang ramai khususnya pengunjung tempatan.

“Saya tidak sangka maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat memberangsangkan,” katanya yang bercadang untuk menambah beberapa lagi hidangan siput darat itu ke dalam menu restoran tersebut dalam masa terdekat.

Berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang seni kulinari, Elfwing memberitahu, escargot atau roman snail amat mudah untuk disediakan.

Malah, jika dimasak dengan baik, haiwan itu tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

“Escargot mempunyai tekstur yang agak kenyal tetapi tidak liat sama seperti kerang dan siput-siput laut lain.

“Cuma dagingnya lebih tebal dan padat serta tidak berbau hanyir kerana cangkerangnya tidak disaluti dengan lumpur atau selut,” katanya.

Mana tidaknya, escargot atau nama saintifiknya, Helix Pomatia tidak hidup di laut atau sungai seperti kebanyakan siput lain sebaliknya menjadikan kawasan kebun, padang rumput serta ladang anggur sebagai habitat semula jadi.

Jelas Elfwing, berlainan dengan siput yang diternak, siput yang hidup liar di habitatnya mungkin beracun dan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Oleh itu, ia perlu diasingkan terlebih dulu dan diberi makan sayur-sayuran selama kira-kira 20 hari bagi menyingkirkan kandungan toksin yang mungkin ada pada siput tersebut.

“Siput liar akan makan apa sahaja tumbuh-tumbuhan termasuk daun-daun beracun seperti foxglove dan mungkin berbahaya kepada kita.

“Jadi, sayur seperti salad dan air mampu mengeluarkan bahan yang tidak diingini daripada badan siput itu,” jelasnya.


CITA RASA Itali sebenar dalam escargot risotto.


Berkhasiat

Tambahnya, siput yang sedia untuk dimasak akan direndam terlebih dulu di dalam air yang telah dicampurkan dengan garam dan cuka bagi membuang lendir.

“Selepas itu, ia perlu dibilas dengan air atau jus lemon bagi menyingkirkan lebihan lendir sebelum direbus,” katanya.

Graf populariti siput yang mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun ini semakin meningkat berikutan kepercayaan masyarakat terhadap kandungan khasiatnya yang tinggi.

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Ab. Karim, escargot mempunyai kandungan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium dan selenium yang tinggi.

“Siput ini juga merupakan sumber protein yang rendah lemak selain diperkaya dengan khasiat omega-3 serta vitamin E dan C,” katanya.

Menurut portal berita Daily Mail, Perancis merupakan antara negara tertinggi yang menjadikan escargot sebagai makanan dengan purata pengambilan sebanyak 25 juta kilogram setahun.

“Selain Perancis, escargot atau siput burgundi boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara Eropah lain termasuk Greek dan Itali.

“Ia juga kini diternak secara komersial di beberapa negara seperti England, Amerika Syarikat, Australia dan Bulgaria,” kata Daily Mail.

Di Tokyo, Jepun, lendir daripada siput escargot digunakan secara meluas di kebanyakan salun kecantikan Negara Matahari Terbit itu.

Menurut seorang jurucakap sebuah salun kecantikan Ci:z Labo di Tokyo, Manami Takamura, nutrien daripada lendir siput dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menyembuhkan kulit selepas terkena sinaran matahari dan membersihkan pori-pori muka.

“Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin yang kaya dengan antioksida sekali gus berfungsi mengatasi masalah penuaan ke atas kulit manusia,” ujar Takamura.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 11:01 PM | Show all posts
Syd posted on 13-11-2013 07:32 AM
heheheheh

try tengok yang kat bawah neh laks..

tak selera lsg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:43 PM | Show all posts
Jijik lh TT ni......

bkn ke dlm siput tu ada cacing parasit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 08:36 AM | Show all posts
mana gmbo etok nyer...yg de gergasi jer...hu5
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 05:44 PM | Show all posts
sedapnya etok, iols suka etok. nyam3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2014 02:58 PM | Show all posts
KuewTeuwKungFu posted on 13-12-2013 08:36 AM
mana gmbo etok nyer...yg de gergasi jer...hu5

Kudapan orang Kelantan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD





BERSIAP SEDIA dengan kertas yang digulung berbentuk kon  di tangannya, kanak-kanak dari Tumpat, Kelantan itu kelihatan tidak sabar-sabar menanti etok yang telah dimasak untuk dimasukkan ke dalam kon itu.


“Saya buka kulit etok dengan gigi. Dua atau  tiga kali seminggu saya mesti makan etok. Etok yang manis lebih sedap daripada yang masin, kak,” ujar Nakib Asri, 12, bersungguh-sungguh dengan wajah kegirangan kepada penulis.


Dia bersama abangnya  terus menikmati etok   penuh berselera.


Sememangnya menjamah etok sebagai makanan ringan  cukup  sebati bagi  penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang tanpa  mengira peringkat usia.
Sama ada sambil menonton televisyen, berkelah mahupun bersantai bersama rakan dan keluarga, kudapan itu  umpama  kuaci masyarakat tempatan.

Etok merupakan  sejenis hidupan  bercangkerang yang bersaiz wang syiling  lima  sen hingga 50 sen hidup dalam sungai.  Isinya  berwarna putih jernih  enak dimakan apabila disalai dengan rempah.  Ramuan istimewa itu   biasanya menjadi rahsia pengusaha etok.



ETOK disental dengan tangan bagi memastikan selut tanah dan pasir hilang.


Meskipun cara membuka kulit etok bagi meratah isinya boleh membawa risiko gigi menjadi sumbing jika tidak dilakukan secara berhati-hati, ia bukan penghalang kepada peminat kudapan itu untuk menikmatinya.


Seorang suri rumah dari Kuala Krai, Kelantan,  Sakila Mohd. Yusof, 29, mengakui membuka cengkerang etok agak   mencabar bagi mereka  yang belum biasa.


Harga mahal


“Bagi  yang tidak biasa, membuka cangkerangnya memang sedikit mencabar tetapi  hasilnya berbaloi. Saya makan etok sebab rasanya sangat sedap dan ia berkhasiat,” ujarnya.


Tanpa disedari, timbunan etok di hadapan mata boleh dihabiskan dalam masa sekelip mata  lebih-lebih lagi jika  isinya   pejal dan manis dengan aroma serai serta halia yang menusuk ke hidung.


Harganya juga  agak mahal iaitu RM12 bagi secupak etok salai dan RM6 bagi satu leng atau setengah cupak. Namun, soal harga   tidak  menjadi rungutan kepada yang menggemarinya.


Zaman dahulu, etok dijaja dalam bakul yang dibawa oleh peraih wanita di atas kepala sambil  mengelilingi kampung. Hari ini,  penggemar etok   boleh memperoleh kudapan tersebut  di gerai-gerai  tepi jalan sama ada di  gerai-gerai yang menjual  goreng pisang atau  kuih-muih  tempatan yang lain.


Orang lama dalam perusahaan etok salai, Awang Sayed Abdul Rahman, 63, atau lebih dikenali dengan panggilan  Pak Su Daud dari Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan  berpengalaman  menyalai dan menjual etok di sekitar bandar Kota Bharu.


Pak Su Daud yang mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Maimunah Deraman, 52, pernah mempunyai sehingga 14 buah gerai menjual etok di tepi jalan kerana  sambutan yang menggalakkan sekitar tahun 1970-an.


Rempah istimewa

BAHAN perap dan garam dimasukkan sebelum etok disalai.


Pak Su Daud yang juga seorang pengamal perubatan tradisional berkata, berbanding hidupan air lain seperti kerang, etok adalah haiwan yang bersih kerana ia hanya makan lumut hijau. Etok juga     hidup dalam sungai yang tidak tercemar dan   mengalir  sederhana.


“Etok adalah  haiwan yang bersih dan jika kita amalkan makan isinya boleh merangsang dan menambah darah dalam badan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Pak Su Daud berkata, rempah dan ramuan yang digunakan semasa memerap etok juga baik untuk kesihatan kerana ia merupakan bahan asli dalam masakan Melayu.


Sebelum diperap antara sejam sehingga enam jam bergantung kepada cita rasa penyalai etok, etok yang bersalut tanah sungai akan dibasuh dan dibilas berkali-kali sehingga air bilasan etok  jernih.


“Secara umum, bahan perapan utama adalah serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus sebagai bahan untuk memerap etok mentah yang sudah dibasuh bersih.


“Selain itu ada juga  bahan-bahan rahsia lain yang  kami gunakan sebagai rencah istimewa, saya sendiri memasukkan enam lagi herba tradisional lain yang saya ilhamkan sendiri sejak  dahulu,” katanya yang  mengunci mulut menyimpan rahsia ramuan istimewanya.



ETOK yang siap disalai dimasukkan ke dalam bakul.


Seorang pengusaha etok di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh, Samsiah @ Minah Daud, 51, berkata, sungai sekitar kampungnya di Sungai Tasek, Pengkalan Pauh dan Tok Aje mempunyai etok bersaiz besar dan berwarna kuning.  Ia  merupakan  etok berkualiti tinggi.


Samsiah berkata, pengutip etok yang terdiri daripada belia kampung akan turun ke sungai pada waktu pagi dan petang  dan membawanya terus ke pintu rumah pelanggan tetap masing-masing.


Katanya, terdapat lebih 30 pengusaha etok yang majoriti terdiri daripada kaum  wanita di kampungnya yang menyalai etok di rumah.  Mereka  menjual etok sama ada secara tetap atau sambilan di pasar tani dan pasar malam serta di merata-rata  tempat.


Seorang lagi pengusaha etok, Suriani Zakaria, 29, pula berkata, kegiatan menyalai etok adalah pekerjaan turun temurun di kampung itu. Secara   purata  dia memperoleh antara RM200 sehingga RM400 setiap kali keluar berniaga di pasar.



PAK SU DAUD membalik-balikkan etok yang disalai supaya ia masak sama rata.


Ibu kepada lima orang anak itu  bukan sahaja menyalai etok bahkan kadangkala turun sendiri mengharung sungai mengutip etok bersama kaum Adam.


Suriani berkata, masyarakat tempatan hari ini tanpa mengira peringkat umur cukup  menggemari etok.  Ini  terbukti apabila  jualan etok yang dibawanya antara lima hingga enam gantang setiap kali berniaga di pasar akan habis dalam masa kurang daripada tiga jam.


“Berniaga etok meskipun nampak meletihkan tapi hasilnya amat memuaskan,  purata modal etok mentah adalah antara RM15 hingga RM20, tetapi kita boleh mendapat pulangan sehingga RM50.


Selain di Kampung Semat Jal dan Kampung Tasek Pauh, perusahaan etok di Kelantan  juga boleh didapati di Kampung Laut, Tumpat dan kawasan Pasir Mas-Salor.


Walaupun etok kekal menjadi minat masyarakat Kelantan, namun Pak Su Daud sempat menyuarakan kebimbangannya.


“Saya  mengharapkan bekalan etok mentah dari luar Kelantan terutama negeri Terengganu kerana hidupan itu sudah tidak banyak  di sungai negeri ini akibat aktiviti mengorek pasir yang memusnahkan habitat dan pembiakan etok.


“Jika kegiatan mengorek pasir yang dijalankan di Sungai Kelantan dapat dihentikan buat seketika, hidupan ini akan dapat membiak semula dengan baik. Berilah peluang agar tradisi ini diteruskan,” katanya penuh harapan.


Last edited by Syd on 14-1-2014 02:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 10:58 AM | Show all posts
Syd posted on 14-1-2014 02:58 PM
Kudapan orang Kelantan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

best nyer....tliur jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.078596 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list