CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1716|Reply: 2

GOOD NEWS FOR ANTI-INUL

 Close [Copy link]
Post time 19-7-2008 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Inul Menangis, Terkejut Konsert Batal!



Teks & Foto oleh Thani Hasbullah


KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2008:
   Penyanyi Gelek Gerudi Indonesia, Inul Daratista, menangis dan hampir pengsan apabila mendapat tahu  bahawa konsertnya yang dijadual berlangsung di Johor Bahru, esok (Sabtu), dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Johor Bahru.

Inul atau nama sebenarnya, Ainur Rokhimah, 29, yang muncul dalam sidang media di Hotel Concorde di sini petang tadi nyata tidak dapat menahan rasa sedih apabila diberitahu mengenai pembatalan Konsert Inul Live In JB itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

Walaupun pihak penganjur IMS Prima Sdn Bhd (IMS) telah dimaklumkan secara lisan pada 16 Julai lalu berhubung permit tersebut ditolak, mereka hanya tampil mengesahkan perkara itu kepada Inul apabila bermulanya sidang media petang tadi.

Selepas mendengar pengumuman oleh Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, penyanyi lagu Goyang Inul dan Kocok-Kocok itu dilihat tidak dapat mengawal perasaan sedihnya sehingga menangis dan hampir pengsan!


"Saya tidak tahu apa yang hendak diucapkan. Saya tidak sanggup mengecewakan masyarakat di sini yang sudah membeli tiket untuk menonton konsert saya. Selama ini saya tiada masalah di Malaysia. Saya tidak tahu kenapa ia ditolak," kata Inul dalam nada yang lemah.

Hanya mengucapkan beberapa ayat, Inul terus meninggalkan sidang media sambil dipapah oleh pembantunya dalam keadaan longlai.

Berhubung pembatalan konsert itu, pihak penganjur akui terpaksa menelan kerugian hampir RM300,000 termasuk kos promosi, logistik dan pelbagai perkara berkaitan.

Pihak IMS bagaimanapun menetapkan tarikh baru untuk konsert Inul iaitu pada 27 Julai ini tetapi bakal berpindah lokasi iaitu ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Setakat ini kutipan jualan tiket Konsert Inul Live in JB dianggarkan berjumlah kira-kira RM25,000.

Menurut Nasir, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menolak permit konsert tersebut tanpa memberi alasan yang kukuh.

"Saya telah mula memohon permit hiburan sementara pada 25 Jun lalu. Ia tidak mendapat maklum balas daripada pihak Pegawai Daerah terbabit sehingga 10 Julai yang memaklumkan permohonan kami ditolak. Setelah membuat rayuan, pihak berkenaan tetap menolaknya pada 16 Julai tanpa memberi apa-apa sebab," katanya.

Konsert di Larkin itu bakal menjadi konsert kedua Inul di Malaysia selepas Konsert Fenomena di Stadium Merdeka yang dihadiri lebih 30,000 peminat pada 2005.

Pihak penganjur berkata, semua peminat Inul yang telah membeli tiket masih boleh menggunakan tiket tersebut untuk konsert di Kuala Lumpur kelak.  

Sidang media sejam itu bak sebuah drama apabila berlaku kekecohan antara pihak penganjur dan pengurusan Inul terutama berkaitan tarikh konsert baru yang dirasakan tidak sesuai buat Inul yang terlalu sibuk termasuk mengadakan persembahan di Surabaya pada 26 Julai ini.

Sumber: murai.com.my



Anda tak suka Inul? Jom kita boikot dia ramai-ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2008 08:33 AM | Show all posts


takde goyang gerudi arini

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 09:54 AM | Show all posts

Reply #1 93933's post

kesian gak gan dia

asalkan dia ikut garis panduan tul, ok arrr dia nak nyanyi sini pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055444 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list