CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5681|Reply: 26

MACAMANE NAK MOHON NAFKAH ANAK2 YG DITINGGALKAN SI AYAH

[Copy link]
Post time 24-6-2008 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Just nak dapat info pada sesiapa yg tahu.Masa mengandungkan anak ke-2,suami dah tinggalkan saya dan anak masa Hari raya tahun lepas.Sampai sekarang selepas melahirkan 2nd baby,suami tak pernah melawat atau bagi nafkah anak.Boleh tak saya pegi ke pejabat agama and ada sape2 tahu prosedur nya mcm mane?fyi,saya masih belum bercerai dgn suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2008 10:25 PM | Show all posts

Reply #1 iman311006's post

setahu aku la, kalo ko nak tuntut nafkah diri & anak2... kena pi Mahkamah Syariah. kalo ko nak mengadu or nak dapatkan nasihat, ko pi Pejabat Agama... Pejabat Agama tak bley suruh laki ko bayar, Mahkamah Syariah jer boleh...

satu hal lagik... kalo dia dah tinggalkan ko tanpa nafkah zahir & batin since raya tahun lepas, ko bley tuntut cerai taklik kalo ko nak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 10:45 PM | Show all posts
tahu dia ada kat mana ke tidak?  ke tak dpt dikesan ntah idup ke ntah dah takde? kalu tau dia masih idup, ada cuba contact tapi dia takmo balik ke takleh contact langsung? dah cuba cari dia melalui kaum keluarga dia ke belum? sekarang ni nak mintak dia balik rumah, tunai tanggungjawab pada keluarga, baik2 semula ke nak cerai + tuntut nafkah? (ni kali ke 20 aku taip perkataan cerai ari nihhh.... ). suami keja gomen ke, swasta ke, bisnes sendiri ke hapa? sekian soklan2 aku...

[ Last edited by  hzln at 24-6-2008 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by kikilalat at 24-6-2008 10:25 PM
setahu aku la, kalo ko nak tuntut nafkah diri & anak2... kena pi Mahkamah Syariah. kalo ko nak mengadu or nak dapatkan nasihat, ko pi Pejabat Agama... Pejabat Agama tak bley suruh laki ko bayar,  ...


nak tambah...kalu nak cari org ilang...kaum kluarga, kwn2 pun tatau dia kat mana.... pi balai polis...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 02:21 AM | Show all posts
Originally posted by iman311006 at 24-6-2008 09:59 PM
Salam,

Just nak dapat info pada sesiapa yg tahu.Masa mengandungkan anak ke-2,suami dah tinggalkan saya dan anak masa Hari raya tahun lepas.Sampai sekarang selepas melahirkan 2nd baby,suami tak ...



nafkah anak nih.. cerai ke tak cerai.. kena tuntut gak .. itu tanggungjawab suami... kalau nak tuntut nafkah nih.. rasanya gi Jabatan Agama kot..
leh tau ke..kat mana suami awak sekarang.. mengapa dia menghilangkan diri?
maaf cakap.. dia ada  orang lain ke.. atau dia dah kawin lain ke...?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 03:08 AM | Show all posts
Originally posted by redbun at 25-6-2008 02:21 AM



nafkah anak nih.. cerai ke tak cerai.. kena tuntut gak .. itu tanggungjawab suami... kalau nak tuntut nafkah nih.. rasanya gi Jabatan Agama kot..
leh tau ke..kat mana suami awak sekarang. ...



pej. agama takat buat kaunseling jerkkkkk.............nak tuntut hapa pi mahkamah syariah terussss......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2008 05:28 AM | Show all posts

Reply #1 iman311006's post

iman kena gi mahkamah ... tanya diorang cemana procedure dia apa perlu buat...
Cuba gi balai report missing person...
Ni boleh tolong kuatkan hujah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by mummyslove at 25-6-2008 05:28 AM
iman kena gi mahkamah ... tanya diorang cemana procedure dia apa perlu buat...
Cuba gi balai report missing person...
Ni boleh tolong kuatkan hujah...


betul kata mummy tu..
kena pegi mahkamah..
ikut prosedur mahkamah syariah kaw. anda..
btw..
x berkat betul hidup lupa tanggungjawab kat anak bini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 09:12 AM | Show all posts

Reply #1 iman311006's post

Kalau iman tinggal di Shah Alam... pegi ke Mahkamah Syariah Bandaraya Shah Alam, buat tuntutan nafkah anak dan diri. Cari alamat tempat tinggal suami. Alamatkan Saman ke tempat tinggalnya atau ke tempat kerja (buat carian melalui KWSP) atau alamat rumah ibu bapanya atau kaum keluarganya. kalau suami gagal hadir atau telah menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki, tuntut nafkah melalui keluarganya iaitu bapanya atau adik beradik lelakinya.

Untuk bantuan guaman, pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor (Unit Guaman Syarie) atau Biro Bantuan Guaman Selangor di Plaza Peransang.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 09:23 AM | Show all posts
Nilah nasib wanita zmn skrg..... dpt suami yg tak betanggungjwb...

Kesian haku dengo kesah cam nih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 10:20 AM | Show all posts

Reply #1 iman311006's post

teruk tul laki u nie...
tinggalkan anak bini gini...
kalu tak nk ke gaduh ke...
berbincang la baik2 :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 11:19 AM | Show all posts
Hi iman..

Skarang u tinggal dgn siapa?  siapa yg sara anak2 u?
Nak tuntut nafkah anak2...TAK PAYAH pergi PEJABAT AGAMA..u KENA PERGI MAHKAMAH SYARIAH yg berdekatan dgn tpt tinggal u.

Pergi ke sana dan ambik borang tuntutan nafkah anak...selain tuh u juga boleh tuntut nafkah isteri sbb u masih lg isteri dia yg sah..kalo u nak tuntut dedua neh...ambik 2 borang yg berasingan.

Untuk failkan kes, kalo alamat tpt tinggal u tak sama dgn i/c u, kena ada surat pengesahan anak qariah tpt u tinggal tuh..bersama dgn brg permohonan tuh u kena sertakan salinan i/c, salinan sijil nikah dan surat beranak anak2. Buat 3 salinan setiap satu permohonan.

Nilaian nafkah anak2 neh...u kira semuanya termasuk makan minum, susu, lampin, perubatan, bayaran persekolahan tambang bas dll...
Nafkah isteri pun sama..nyatakan semua keperluan u ...kiraan kadar utk sebulan. Utk perbicaraan nanti, kena ada saksi..sebaik2nya 2 saksi lelaki, kalo tadak lelaki, pompuan pun bleh...resit2 perbelanjaan, kalo ada, semua u kena simpan.

Dari segi pelaksanaan, kalo u dapat alamat majikan suami u, boleh buat permohonan utk potongan gaji, dibayar terus ke akaun u, so dia takleh ngelak. Kalo dia kerja sendiri, susah sket la...apa2 pun failkan cepat tuntutan nafkah anak2 tuh...sbb bila dah ada perintah mahkamah, kalo dia tak bayar, u boleh buat Saman penghutang Penghakiman..atau tunggakan nafkah. Kalo tadak perintah, selagi tu la dia bleh bersenang2 jer tak pedulikan anak2 dia tuh.
U jugak boleh tuntut tunggakan nafkah isteri (dikira sejak bila dia tadak beri nafkah pada u sehingga tarikh u failkan kes) ni kira nafkah zahir la yea ..Kalo u rasa perlukan peguam, tapi tak mampu, u pergilah ke Pusat bantuan guaman atau biro bantuan guaman di negeri u tinggal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 03:22 PM | Show all posts

Reply #12 mami_suri's post

mami,

iman sekarang duk ngan family..skarang masih dalam pantang dan tak keja so takda income.Tp alhamdulillah family saya byk bantu tuk perbelanjaan anak2 walaupun mak saya pun org susah.suami saya skarang keja kat langkawi.dia tinggalkan saya sebab dia dah ada "pengganti" saya yg sama2 keje kat langkawi..saya dah pernah mgadu pada family dia tp sebaliknya keluarga dia herdik keluarga saya..mereka x suka saya sbb saya kahwin dgn suami awal sedangkan masa kami kahwin kawi dah berumur...suami ni sorang2nya dalam whole entire family yg belajar kat U..since suami dah keje,diorng tuduh saya kntrol duit gaji suami sedangkan diorng tak tahu yg suami mganggur sejak saya mgandung...saya mmg nak tuntut nafkah anak2  dan mohon cerai.tapi kosnya tinggi tak??masa saya mgandung anak pertama,suami pernah tulis surat yg mengatakan dia menceraikan saya dgn talak satu tp ayah saya tak sengaja dah terbuang.fyi,masa suami dah tulis surat tu,dia dah kuar dari rumah,tp selepas saya melahirkan anak dia balik pada kami dan mintak maaf.itu yg bapa saya buang surat tu...ada sapa2 boleh bg pendapat tak mcm mana nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by iman311006 at 30-6-2008 03:22 PM
mami,

iman sekarang duk ngan family..skarang masih dalam pantang dan tak keja so takda income.Tp alhamdulillah family saya byk bantu tuk perbelanjaan anak2 walaupun mak saya pun org susah.suam ...

u ada 2 isu kat sini...pertama suami dah pernah lafaz cerai, kedua nafkah u n anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #13 iman311006's post

OK iman, 1st, u kena buat pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.
Mahkamah akan buat keputusan samaada sabit perceraian atau tidak. Jika tak sabit cerai, tak apa..tapi, Jika tlh jatuh talaq dan u kata u tlh berbaik semula dgn suami u hinggalah mengandung lak anak kedua, maka kena sahkan pulak ruju' antara u n suami tuh...
Now, u nak mohon cerai...? u bleh buat fasakh atau ta'liq dgn alasan suami tak beri nafkah lebih 3 @ 4 bulan (ikut peruntukan negeri).
If u perlukan khidmat peguam, u bleh dapatkan khidmat drpd Biro bantuan guaman berdekatan tpt tinggal u...u tinggal kat area mana..?
Khidmat tu free ajer...if u tak bekerja...just bayar 2 hengget utk pendaftaran bagi setiap kes...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 04:19 PM | Show all posts

Reply #15 mami_suri's post

iman kat shah alam sekarang...ada masalah nak daftarkan anak tak kalau wat pengesahan penceraian tu..saya pernah call pej agama shah alam,tp org yg angkat phone tu sound saya.dia ckp anak sya tu kira dah anak tak sah taraf..tu yg saya takut..kalau saya mohon cerai taklik blh tak?saya takut sgt kalau btl2 anak tak dapat taraf....anak no2 ni lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 04:38 PM | Show all posts

Reply #16 iman311006's post

Org pejabat agama tu TADAK kuasa nak tentukan cerai tuh sah ker tak, n anak tuh sah ker tak...u kena pergi Mahkamah Syariah failkan kes pengesahan lafaz cerai...suami u lafaz secara bersurat kann...camtu kira kinayah la, kena sahkan memang betul dia yg tulis n jelas maksud tulisannyer tuh dgn niat menceraikan u...
Semua neh Mahkamah yg ada kuasa utk sabitkan sah cerai atau sebaliknya...u kena settlekan perkara neh dulu sbb ia berkaitan dgn hukum. Dan u kena jugak settlekan pasal ruju' tuh...bila masanya u berbaik semula dgn suami, (jika sabit cerai, u bleh ruju' dlm tempoh iddah) so, kalo dlm tempoh iddah, kira anak tu tadak ler anak tak sah ker aper...semua neh Mahkamah jugak yg akan sahkan...
Jgn takut lah...if u nak cerai ta'liq...boleh dgn syarat suami ada lafaz ta'liq selepas akad nikah dulu tuh...u baca syarat ta'liq tu (biasanya kat bawah or blkg surat nikah) kalo dia ada langgar ta'liq tersebut maka bleh la u failkan cerai ta'liq...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 04:39 PM | Show all posts
lagi satu, if u nak kan khidmat nasihat yg lebih jelas mengenai perkara neh..n nak dptkan khidmat pgm...pergila kat BBG selangor...kat Plaza Perangsang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 04:59 PM | Show all posts

Balas #16 iman311006\ catat

pelik nyer aper yg orang angkat phone tuh cakap... dia saper dlm jabatan agama tuh?... camner boleh jadik anak sah taraf kalau masa conceive tuh masih suami isteri?... tempoh eddah masih ada kan? setahu aku, iddah sampai lepas beranak... Wallahualam.




aku petik dari JAKIM...

Soalan:  
Apakah hukumnya suami menceraikan isterinya semasa mengandung dan setelah melahirkan anak isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain?  

Jawapan:  
Hukumnya sah tetapi haram dan bekas isterinya itu harus berkahwin dengan lelaki lain kerana iddahnya habis dengan sebab melahirkan anak.  

http://www.islam.gov.my/buu/koleksi.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 05:01 PM | Show all posts
aku rasa..... kau settle kan dulu hal perceraian.. IF nk bercerai lah kan....

(aku x suruh ko bercerai ok..... sbb genelec marah sgt tau kalau ada org suggest supaya bercerai )

then selepas itu.... ko failkan segala tuntutan iaitu :-

1) mutaah
2) harta sepencarian
3) nafkah eddah
4) nafkah anak2 (terkehadapan mean stlh bercerai)
5) nafkah tertunggak anak/isteri (sblm bercerai)
6) n etc (dh habis kot x )

cara tuntutan boleh dibuat :-

1) potong dr gaji suami siap2.
hat ni penting supaya dia tidak gagal memberi nafkah tuk anak2

satu lg nk buktikan nafkah tertunggak.... kepilkan segala resit yg ada sbg bukti ok...penting hat nih....

at last.... all the best to u....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.621770 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list