CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SONofODIN

Parrot

[Copy link]
Post time 23-4-2009 08:48 PM | Show all posts
hey.. didnt know u are bird lovers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2009 08:47 AM | Show all posts
What u doin here?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 09:33 AM | Show all posts
missin u maa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2009 08:29 AM | Show all posts
Continuous shots of Koko flying to the playgym.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2009 09:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by SONofODIN at 26-7-2009 09:52

................deleted..................
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 06:51 AM | Show all posts
Remaja lelaki larikan kakak tua


SEORANG remaja lelaki yang didakwa mencuri burung
kakak tua dirakamkan oleh kamera litar tertutup
di Porton dekat Salisbury.


BURUNG kakak tua jenis Galah yang dilarikan oleh seorang remaja lelaki.

SALISBURY, England - Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang melarikan seekor burung kakak tua dari sebuah kedai haiwan di Porton, di sini, menurut laporan akhbar semalam.

Suspek seorang remaja dipercayai memasukkan burung kakak tua jenis Galah yang berusia 19 minggu dan berwarna kelabu serta merah jambu ke dalam sebuah beg untuk mengelak haiwan itu mengeluarkan bunyi bising.

Burung kakak tua itu berasal dari Australia dan dianggarkan bernilai £1,650 (RM9,748.93).

Kecurian itu berlaku di sebuah pusat akuatik dan haiwan peliharaan pada 25 Julai lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek berjalan di luar kedai sebelum memasuki sebuah kereta bersama seorang wanita dan seorang budak lelaki.

Pemilik kedai itu, Gareth Allen berkata: "Burung ini amat hebat dan ia tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

"Burung itu tidak bodoh dan ia suka dengan kanak-kanak. Burung kakak tua jenis Galah jarang dijual di kedai." - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2009 04:52 PM | Show all posts
'African Grey' boleh bercakap

Oleh NUR AISHAH MOHD. AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


Spesies African Grey paling diminati kerana burung kakak tua itu boleh bercakap. Agak pelik tetapi itulah hakikatnya dan kajian saintifik mendapati spesies itu mempunyai memori yang sangat baik. Ia boleh merekod dan mengingati lebih daripada 500 patah perkataan.


KALAU sudah suka, apa sahaja sanggup dilakukan. Itulah yang dilakukan oleh pasangan bapa dan anak, Shek Mamad Hussin Shahib, 54, dan Shek Nizam, 29, yang amat 'menggilai' burung kakak tua.

Bermula sekadar mencari keseronokan sejak lima tahun lalu, Shek Mamad yang lebih mesra disapa Ghani kini memelihara burung kakak tua daripada pelbagai spesies yang dibeli dari merata tempat termasuk luar negara seperti Belanda serta beberapa negara di Afrika dan Amerika Selatan.

Lebih mengujakan, Ghani berjaya membiakkan baka yang menjadi pilihan ramai, selain mempunyai pelbagai kisah menarik yang mahu dikongsinya sepanjang memelihara burung kakak tua.

Katanya, obsesnya terhadap burung kakak tua bermula apabila dia membeli seekor burung itu daripada spesies Cockato kira-kira lima tahun lalu.

Beliau membeli burung itu daripada seorang kenalan di Kajang, Selangor kerana meminati kecantikan bulu burung tersebut.

Tidak lama kemudian, beliau membeli seekor lagi burung kakak tua di Taiping, Perak. Sejak itu, rumahnya yang terletak di Taman Seri Gombak, Selangor ibarat sebuah zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis burung, selain dilengkapi dengan tempat pembiakan.


GHANI kini memberi perhatian penuh kepada hobi membela burung kakak tua.

Beliau kini mempunyai lebih daripada 100 ekor burung kakak tua dan sudah pasti, ada di antara burung-burung itu menjadi pilihan utama sekali gus mencuri tumpuan pemilik dan peminatnya.

"Macam-macam dah jadi pada burung ini. Ada yang hilang tetapi yang paling saya ingat kisah seekor burung kakak tua yang saya pelihara dulu pernah lari dari sangkar dan hilang selama 59 hari sebelum pulang semula ke rumah ini," katanya yang rancak bercerita tentang burung kakak tuanya.

Kosmo! yang berpeluang mengunjungi kediaman beliau baru-baru ini dapat melihat kawasan rumahnya dipenuhi dengan sangkar burung kakak tua yang disusun dengan teratur dan kemas.

Lebih mengujakan, kediaman Ghani juga dilengkapi dengan sebuah kawasan khas untuk burung kakak tua bertelur dan mengeram.

Kawasan itu terletak dekat dengan pintu masuk utama kediaman Ghani dan jarang dimasuki bagi mengelakkan gangguan kepada burung.


DERETAN rumah burung kakak tua dan sebuah bilik penjagaan burung kakak tua yang dibina khas.

Ketika ditanya mengenai burung kakak tua yang paling diminatinya, Ghani memberitahu: "Spesies African Grey paling diminatinya kerana ia boleh bercakap. Agak pelik tetapi itulah hakikatnya dan kajian saintifik mendapati spesies ini mempunyai memori yang sangat baik. Ia boleh merekod dan mengingati lebih daripada 500 patah perkataan."

Tambahnya, burung jenis itu juga agak cerdik berbanding dengan spesies yang lain. Misalnya, burung itu tahu membezakan warna dan mampu mengumpul barang di satu tempat mengikut jenis warna.

"Sebab itulah peminatnya cukup ramai," katanya.

BURUNG kakak tua turut dibawa ke pusat beli-belah untuk dipamerkan.


TIUB untuk memberi makanan kepada anak burung yang berusia kurang tiga minggu.


BURUNG kakak tua jenis Blue & Gold.

Sementara itu, Shek Nizam pula berkata, beliau kini semakin arif mengenai haiwan tersebut.

"Biasanya, anak burung yang baru menetas akan dibiarkan bersama ibunya selama dua minggu sebelum diasing dan diletakkan di dalam inkubator selama dua minggu. Pada minggu kelima, ia akan diletakkan di dalam akuarium yang hanya mempunyai lubang kecil di atasnya.

"Ini bertujuan memastikan mereka berada di tempat yang suhunya sentiasa dikawal, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika suhu tidak dikawal betul, ia boleh menyebabkan anak-anak burung ini mati," jelasnya.

Anak-anak burung itu diberi makan empat kali sehari sehingga minggu ketujuh. Pada minggu kelapan, mereka akan mula dilatih makan sendiri dan menu yang diberi adalah makanan yang lembut seperti buah betik.

"Kemudian, catuan makanan yang disuap akan dikurangkan sedikit demi sedikit bagi membolehkan anak-anak burung ini makan sendiri dengan sepenuhnya," ujarnya.

Menurutnya, anak-anak burung yang disuap makanan akan lebih jinak dengan manusia dan ia berbeza jika mereka dibela oleh ibunya dalam habitat liar.

Shek Nizam memberitahu, anak burung kakak tua juga perlu dijaga sama seperti menjaga seorang bayi.

"Macam manusia juga. Anak-anak burung ini tak mahu makan makanan yang busuk atau buah yang sudah buruk. Satu lagi, perut anak burung ini juga perlu dijaga rapi seperti seorang ibu menjaga perut bayi. Jadi, jangan bagi masuk angin... nanti kembung perut," ujar Shek.

Andai kata burung kakak tua peliharaannya sakit, Shek Nizam akan menghantarnya ke klinik veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Setakat ini, burung kakak tua yang kami jaga jarang sakit kerana kami menjaganya dengan baik. Syaratnya, jangan bagi burung ini jejak tanah. Ini kerana tanah ada banyak kuman yang boleh menyebabkan burung mudah dijangkiti penyakit," katanya.

Menurut Shek Nizam, ada spesies burung yang menjadi salah satu koleksinya mengeluarkan bunyi yang cukup nyaring dan bising. Sungguhpun begitu, Shek Nizam dan Ghani menganggapnya sebagai muzik yang menghiburkan kerana ia adalah bunyi semula jadi.

"Ada juga burung kakak tua yang saya simpan jadi 'pengawal' kediaman kami. Sebab itulah burung kakak tua ini istimewa. Kalau pada waktu malam, ada sesuatu yang pelik berlaku, burung-burung ini akan buat bising. Jadi, kita boleh sedar kalau ada apa-apa berlaku di luar rumah," kata Shek Nizam.

Mengenai proses memberi makanan anak-anak burung itu, Shek Nizam memberitahu, beliau memberikan sejenis makanan, Kaytee Hand Feeding yang akan dibancuh dengan air supaya cair sedikit.

Menurutnya, makanan itu akan disuap ke mulut anak-anak burung dengan menggunakan tiub.

"Biasanya, jika saya tidak sempat beri makan anak-anak burung ini, dua orang pembantu saya akan melakukannya. Kerja memberi makan anak-anak burung ini dilakukan antara pukul 7 hingga 9 pagi," ujarnya yang bekerja sebagai kontraktor sepenuh masa.

Oleh kerana anak beranak itu mempunyai banyak koleksi burung kakak tua, Ghani dan Shek Nizam sering diundang untuk mengadakan pertunjukan di pusat beli-belah, sekolah dan pusat peranginan, selain membenarkan pengunjung bergambar dengan burung-burung berkenaan.

"Kami buat kerana suka-suka sahaja, tak sangka pula hobi ini boleh mendatangkan pulangan yang lumayan," ujar Shek Nizam mengakhiri temu bual sambil beraksi dengan beberapa ekor burung kakak tuanya untuk sesi fotografi.

Menurutnya, pihak yang berminat untuk memiliki burung-burung kakak tua itu boleh menghubungi mereka. Harga yang ditawarkan adalah antara RM200 hingga RM15,000 seekor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 04:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2010 04:13 PM | Show all posts
Grey saya kat Taman Tasik Ampang Hilir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:17 PM | Show all posts
Gambar2 Grey saya terbang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2010 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 04:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.683650 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list