CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SONofODIN

Parrot

[Copy link]
 Author| Post time 1-11-2008 09:54 PM | Show all posts
Biasanya berat CAG dewasa antara 400g dan 600g. Luckie cam orang tak?
Tadi saya bawa Koko ke rumah saudara. Koko tak nak turun, asyik nak berdiri kat bahu saya.
Bila dia berdiri kat tangan saudara saya, Koko terbang kembali ke bahu saya dan buat bunyi bising macam suruh saya balik. Bila saya balik, dia terus diam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 01:43 AM | Show all posts

Balas #41 SONofODIN\ catat

Tu sebab saya rasa Luckie ni kurang berat badan dan saya usahakan nak tambah lagi berat nya. Luckie ni mmg manja sangat dgn saya dan sekiranya dia bermain main dengan anak saya dan jika dia ternampak saya mesti mau datang ke saya. Bila dia di tangan saya mula lah dia berbunyi bunyi, manja sungguh suara nya, rasa nya macam suara baby merenggek renggek. Kalau saya tk ada di rumah, dia manja dengan family members saya tapi jika sekiranya saya dah balik, dia mesti nak attach ngan saya je....

P/S... Saya menggunakan nick kepunyaan isteri saya, saya tiada nick sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 07:16 AM | Show all posts
Biasanya Mat Salleh suka bagi parrot diorang makan pasta dan scrambled eggs. Luckie boleh di spoon feeding tak? Kalau boleh, awak boleh cuba bagi dia Kaytee Handfeeding Formula.

Saya menyudu Koko dgn Kaytee, telur setengah masak, stim labu, stim keledek dan betik. (Dia tak makan betik, kalau disudu dia makan) Masa saya beli Koko, beratnya 416g, kemudian turun ke 390g. Skarang dah naik ke 410g. Berat CAG kawan saya 500g, umur lebih korang 2 tahun.  Dia kata CAGnya suka makan biskut, badan bukan besar tapi gemuk.

Kalsium sangat penting utk parrot. Biasanya parrot peliharan kekurangan kalsium. Bagi dia makan cuttlefish bone.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 03:14 PM | Show all posts

Balas #43 SONofODIN\ catat

Tadi pagi saya handfeed Luckie dengan stim keledek, Luckie tak berapa suka lah, Makan sedikit sahaja lepas tu di buang dan dimain mainkan aja makanan itu, Luckie lebih suka makan kuaci, Mungkin makanan ini tak berapa baik untuk pertumbuhan badan dia...

Luckie di playstand nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 03:16 PM | Show all posts

Balas #43 SONofODIN\ catat

Cuttlefish bone tu bagaimana nak kasi Luckie makan...
Kaytee Handfeeding Formula... Di mana bolih saya beli??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 07:25 PM | Show all posts
Play stand awak ni cantik. Saya pun nak buat satu. Saya tak payah letak surat khabar kat bawah stand saya.
Setiap 20 minit saya bawa Koko ke tandas dan suruh dia "Poop Poop". Dia terus bom kat lantai tandas.

Biasanya bila parrot diberi makanan baru, dia takan terus makan. Dia akan bermain dengannya. Cuba bagi dia setiap hari sehingga dia biasakan dgn keledek. Koko pun main dgn keledek. Saya mashedkan keledek tu dan tambah sedikit air panas, buat macam bubur dan menyudunya. Baru dia makan. Yang balance saya bagi dia main.

Cuttlefish bone boleh dibeli kat kedai burung. Gantung saja kat tempat makannya. Bagi dia gigit sekali seminggu. Saya kurang pasti Koko ada makan tak tapi cuttlefish bone tu dihancurkan olehnya.

Kaytee ada dijual kat Ikano, Jalan Sultan Petaling Street dan Jalan Pudu. Yg kecik punya lebih kurang RM16.
Saya selalu beli kat Pudu, harga lebih murah. Kat Jln Sultan Petaling Street paling mahal.

Buah promegranate pun bagus utk parrot. Promegranate seeds mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.

Tadi saya timbang Koko dgn penimbang digital. Berat badan dah sampai 425g. Saya target 500g.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2008 07:31 PM | Show all posts
Anak saya sedang massage Koko.



Lepas massage, koko terus tidur.



Koko makan sayur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 10:38 PM | Show all posts

Balas #46 SONofODIN\ catat

Wah... Koko hebat ya, sudah toilet train, macam mana kamu latih dia, macam ni saya pun nak latih Luckie boom kat toilet,

Lg gambar Luckie bermain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2008 09:33 AM | Show all posts
Masa saya beli Koko, saya cuba suruh dia bom kat toilet. Dia tu macam tau tempat tu utk bom.
Saya rasa dia ada natural talent. Saya pun tak train dia. Kadang2 dia suka mempermainkan saya.
Bila saya suruh dia berdiri atas tangan saya, dia sengaja bom kat lantai sebelum sempat ke tandas.


Koko sedang relax.


Koko tengah bermeditasi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:25 PM | Show all posts
wah..jinaknyee...hebat la..parrot I pon tak mcm tuh..jelessss

hmm..parrot jenis nih nampak natural n wild gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:55 PM | Show all posts

Balas #50 fredbok87\ catat

betul, seronok sangat bela African Grey ni,

U bela parrot apa ya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 03:06 PM | Show all posts

Balas #49 SONofODIN\ catat

Skrg Luckie dh mula makan keledek dan sayur, tapi kena hand feed kan dia, ambik masa juga lah, Skrg tengah train dia naik kereta dan jumpa orang ramai, memula dia  nampak takut-takut, sekarang dah sesuaikan diri, Luckie suka budak-budak dan jika nampak budak-budak main dia pun akan kelam kabut seolah olah nak joint sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 08:23 PM | Show all posts
Saya bagi Grey saya makan stim taufu lembut tadi. Dia suka makan. Taufu kaya dgn protein, bagus utk tumbesaran. Petang tadi Koko naik ke atas meja dan curi makan pisang. Nasib baik saya nampak. Kalau tidak handphone saya pun kena dihancurkannya nanti.  Tali jam tangan isteri saya digigit putus oleh Koko minggu lepas.

Grey saya suka main dgn anak saya sampai kejar anak saya. Kadang2 Koko terbang dan berdiri di atas kepala anak saya sampai dia menjerit, takut kena cakar. Semalam pula kena gigit kat muka hingga menangis.
Tapi masih lagi nak main dgn Koko.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:50 PM | Show all posts

Balas #53 SONofODIN\ catat

Best kan, dapat bermain-main dengan dia orang ni, Grey pun dah anggap diri nya macam manusia, yang seronok nya tu, apa yang kita buat nak di tiru nya....

Malam-malam Koko tidor mana? Kamu masukkan dia dalam cage atau bagaimana,

Luckie dulu di tinggalkan atas stand dan di ikat kaki, entah macam mana satu malam tu bila saya balik saya dapati Luckie tergantung dengan kepala di bawah dan kaki masih terikat, Panic saya sekejab, Pas tu saya bukakan ikatan kaki nya dan peluk dia sampai dia tenang...

Mulai saat tu saya tak pernah lagi ikat kakinya pada stand, dan dia pun tak membuat hal.....

Malam semalam, rupa-rupa nya si Luckie mula explore rumah saya waktu saya tidor, Ntah kemana-mana lah dia pergi, Isteri dan anak saya dapati banyak bom yg di tinggalkan... Heheheh   Geram je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 06:24 AM | Show all posts
Koko tidor dalam sangkar sejak hari pertama. Saya ada 2 sangkar utk Koko. Yg besar utk tidor, yg kecik utk outstation. Bahaya sikit kalo tidor kat tempat terbuka. Entah satu hari mungkin dimakan kucing atau digigit tikus. Lagipun takut dia gigit wayar2 dalam rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:33 PM | Show all posts

Balas #55 SONofODIN\ catat

Semalam buat pertama kali Luckie di masukkan ke dalam sangkar bila waktu malam, Kesian dia, Nampak nya dia tak selesa

Macam mana nak buat ya biar dia selesa di dalam sangkar dia di waktu malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2008 02:53 PM | Show all posts
Jangan risau. Luckie akan menyesuaikan diri sendiri. Kalau boleh tutupkan sangkar dengan sehelai kain sebelum lampu dipadamkan.

Jari isteri saya digigit oleh Grey kat Macau Pet Shop 2 minggu yg lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:39 PM | Show all posts

Balas #57 SONofODIN\ catat

T. Kasih atas cadangan, nanti malam saya cuba tutup cage dgn kain sebelum lampu di padamkan, mungkin dia akan berasa tenang.

Macam mana blh Grey gigit tangan isteri kamu??Kesian nya, Tentu sakit kan.

Saya pernah tgk Grey ni ni Macaw Pet Shop, Nampak jenis tak mesra, ada customer tu kasi kotak rokok dan digigit hingga tembus oleh si Grey tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 08:43 PM | Show all posts
Mestilah sakit. Kena pergi klinik beli plaster. Grey tu sepatutnya jinak, dipelihara oleh kawan boss tu.
Tapi dia akan gigit orang yg tidak dikenalinya.

Hari ni saya bercerita dgn staff Pet Wonderland, Mid Valley. Dia pun bela CAG. Dia kata hanya dia sorang saja boleh sentuh Grey, yg lain ahli keluarganya akan digigit si Grey tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 10:10 AM | Show all posts
ohh..CAG pun kenal tuannya ye. comel dan manja ble betul2 jaga..
well done!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074153 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list