CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3593|Reply: 3

sains menurut masa!!

[Copy link]
Post time 17-6-2008 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Sains menurut masa


Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN

Setiap mitos ataupun legenda selalu hadir secara simbolik yang di dalamnya mengandungi muatan makna, pesan dan kritik yang tidak pernah 'mati' dari zaman ke zaman.


sains mahupun ahli sains tidak dapat dipisahkan daripada
urusan sosiol dan kemanusiaan. - Gambar hiasan

Kritikan-kritikan terhadap sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat sains merupakan petanda awal krisis ini.

Banyak bahan penulisan yang mengkritik sains telah dihasilkan oleh ahli sains dan tulisan-tulisan yang sebegini sedang meningkat, antaranya oleh ahli falsafah sains Britain tersohor, J.R. Ravertz dalam tulisannya Criticisme of Science, yang mengatakan: "Selain mereka yang mengambil bahagian yang aktif dalam kritikan institusi bercorak saintifik, bilangan ahli penyelidik sains yang terperangkap dalam suasana krisis ini semakin bertambah.

Seolah-olah terdapat semakin kurang ahli penyelidik yang 'bahagia' serta meluahkan kemarahan terhadap naluri maut yang mula mencengkam sains. Dalam nada yang sama, mereka mula bercakap tentang kebahagiaan dan keseronokan penyelidikan, yang saya fikir ada kebenarannya."

"Sesuatu telah berlaku dalam sejarah institusi bercorak saintifik yang pada masa ini menghalang mereka daripada menyebut nilai dan tidak kurang juga keseronokan dengan daya keyakinan yang sama seperti yang pernah dilaungkan pada awalnya."

Sangat jelas bahawa dengan ketiadaan doktrin moral dan etika bagi membataskan amalan sosiol dan kesan sains, ahli sains sudah tidak berupaya untuk mengenal, apatah lagi menentang bahaya terhadap keutuhan disiplin mereka.

Perkembangan seperti ini menyebabkan ahli sains yang prihatin membuat cadangan yang semakin tegas bahawa sains mesti dibina semula melalui penelitian semula dengan menginsafi struktur nilai dan perhubungannya dengan masyarakat.

Benarlah apa yang diperkatakan oleh ahli sains tersohor, Everett Mendelsohn dalam bukunya The Social Reconstructionm of Scientific knowledge. Beliau berkata: "Sains ialah kegiatan saling bertindak manusia. Oleh itu, ia adalah suatu aktiviti sosiol.
" Pengetahuannya, kenyataannya, tekniknya telah dicipta oleh manusia. Ia dikembangkan, disuburkan dan dikongsi oleh kelompok manusia. Oleh itu, pada asasnya pengetahuan saintifik adalah pengetahuan sosiol.

"Sebagai aktiviti sosiol, nyata sekali bahawa sains adalah hasil sejarah dan proses yang terjadi menurut masa dan tempat yang melibatkan manusia sebagai pelakon. Para pelakon ini bukan sahaja berperanan dalam sains tetapi dalam masyarakat yang lebih luas, di mana mereka adalah sebahagian daripadanya."

Oleh yang demikian, sains mahupun ahli sains tidak dapat dipisahkan daripada urusan sosiol dan kemanusiaan. Dengan kata lain juga, ilmu pengetahuan, metodologi, proses, teknik dan konteks kebudayaan serta persekitaran tidak boleh terus wujud dalam 'pemetakan' yang terpisah.

Sementara itu, Anthony Sampson dalam bukunya The Midas Touch: Why the Rich Nations Get Richer and The Poor Stay Poor, mengaitkan fenomena Raja Midas dengan permasalahan yang dihadapi di negara-negara membangun dari kaca mata ekonomi, teknologi dan politik.

Paradigma pembangunan yang sering dianut oleh negara-negara membangun sering meniru model Barat, meskipun pengalaman negara-negara Barat tidak selalu sesuai untuk bumi negara-negara membangun.

Negara-negara Barat yang lebih dahulu maju dan ingin mempertahankan hegemoninya belum tentu rela dan mendukung munculnya negara baru yang akan menyaingi mereka.

Dengan demikian, setiap proses modenisasi selalu menghadapi dua halangan dan tentangan sekali gus, iaitu dalaman dan luaran.

Secara dalaman, telah muncul suara-suara tentangan rakyat terhadap pemerintah apabila pembangunan diertikan sebagai pembangunan material atas nama bangsa.

Paradigma pembangunan ala 'Midas' ini akan mengukur kemajuan sebuah bangsa dengan banyaknya bangunan-bangunan yang besar, acara-acara negara yang bersifat 'seremonial'.

Pendeknya, pembangunan akan dianggap berhasil jika aspek ekonomis-material meningkat, meskipun dimensi keperibadian sebuah bangsa merosot, dan 'roh budaya' hilang kerana tidak diberi perhatian.

Kita telah belajar banyak tentang sejarah pasang dan surut bangsa-bangsa bahawa kekuasaan yang terlalu lama seringkali membuka peluang bagi tumbuhnya penyakit sosiol seperti rasuah.

Secara luaran pula, pergantungan kepada Barat secara besar atau kecil tetap memberi kesan sosiol yang mendalam kepada rakyat negara-negara membangun.

Lihatlah atas nama teknologi, globalisasi dan kemajuan sains yang kesemuanya telah menghapuskan sempadan ideologi dan negara berdaulat yang sebenarnya merupakan rekaan untuk melanjutkan hegemoni negara-negara Barat. Mereka menyalahtafsirkan kehilangan gaya hidup tradisional di dunia membangun sebagai kehilangan 'kebudayaan'.

Tafsiran salah ini kerap mencetuskan usaha yang sia-sia bagi mempertahankan tradisi dan melindunginya daripada sebarang ideal, sedangkan mereka sendiri tidak berasa bertanggungjawab bahawa peminggiran nilai-nilai tradisi dan moral berlaku ekoran teknologi media canggih ciptaan mereka.

Dunia Ketiga atau negara-negara membangun akan terus terperap dalam dilema pembangunan, kerana 'aroma' pembangunan menurut acuan sendiri tidak akan menjadi kenyataan kerana ia pasti akan mencabar ideologi dan paradigma pembangunan yang difahami Barat.

Di satu sisi lain, penguasa negara-negara membangun pula harus lebih telus dalam membangun negara yang ditadbirnya dan mengelakkan tuduhan Barat yang sering mengaitkan fenomena rasuah dengan pembangunan negara-negara membangun.

Kita tidak mahu sentuhan Raja Midas akan menjadi 'sumpahan' di mana di luar, kita terus diherdik oleh Barat dan di dalam, kita terus dikecam oleh rakyat sendiri. Raja Midas mungkin sahaja satu legenda Yunani.

Namun begitu, setiap mitos ataupun legenda selalu hadir secara simbolik yang di dalamnya mengandungi muatan makna, pesan, dan kritik yang tidak pernah 'mati' dari zaman ke zaman. Barangkali cerita Raja Midas adalah cerita tentang kerakusan manusia dan keserakahan untuk membangun dan akhirnya terkorban atas nama 'pembangunan'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 12:44 PM | Show all posts
What is the article actually about?

Beberapa perenggan pertama, penulis consistently mengkritik sains menggunakan hujah2 beberapa ahli sains tersohor.

Namun, klu dibaca lagi, penulis beralih arah kepada idea globalisasi yg diperkenalkan oleh negara2 maju, lalu mengkritik idea tersebut.

Kemudian, penulis menggabungkan persamaan antara sains & pembangunan & globalisasi dan mengkategorikan ini semua sebagai 1 entiti yg perlu dirombak.

Cube bace balik tajuk: Sains dan masa. Aik?

For me, artcile ni just dump in bende2 controversiol dan penulis x mampu utk membuat rumusan tepat berdasarkan sumber2 yg diberi. Need more concise & coherent article. Walaubagaimanapun, penulis ada member beberapa isi yg menarik on the nature of science & globalisation. Artikel ini mengkin boleh ditambahbaik jika 2 part ini dipasahkan to form 2 individual articles.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 05:13 PM | Show all posts
ermm.. tak jelas fokus artikel ni. atau mungkin tajuknya kurang tepat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 10:45 PM | Show all posts
aku paham tapi x paham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.080230 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list