salam forumer...dan selamat menyambut HARI LEBARAN...
di sini saya cuma ingin penjelasan berkaitan dengan satu thread yg telah ditutup oleh
moderator IBNUR yg bertajuk
Mimpi Ribut Taufan Dalam Bulan Ramadhan
saya petik kata kata beliau,
quote "Untuk mengelakan thread ni jadi tempat untuk menilik mimpi, maka saya tutup thread ni.
Ini juga untuk mengelakan adanya forumer-forumer yang terlalu percayapada mimpi sehingga mengabaikan berdoa, solat hajat/istikharah danmenganggap doa minta petunjuk hanya boleh diperolehi dari bermimpi".
di sini saya cuma ingin bertanya apakah maksud beliau atas kata kata di atas, bagaimana beliau beranggapan forumer yg terlalu percaya mimpi hingga mengabaikan solat?sedangkan tuan tanah
[ruby_princess] yg buka thread itu sedang dalam mencari penyelesaian di mana beliau telah juga berdoa dan bersolat memohon petunjuk?berbalik pada kata kata
MODERATOR IBNUR seolah olah tuan tana itu tidak melakukan sebarang apa jua?bukankah itu satu kenyataan yg terbalik?
sila rujuk link ini;
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437655&extra=page%3D1
cuma di sini saya sertakan satu ilmu hujjah dan penjelasan dari forum lain tetapi masih dalam hal berkaitan mimpi, dari satu sumber saheh yg kuat....sekian...
:فالرؤيا الصالحة بشرى من الله ، والرؤيا تحزين من الشيطان ، ورؤيا ممايحدث به المرء نفسه ، فإذا رأى أحدكم ما يكره فليقم فليصل ولا يحدث بهاالناس .
Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yangberiman itu hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinyadikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Mimpi ituada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihandaripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri. Makaapabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, makahendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakankepada orang lain. (HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani di dalamSahih Abi Daud)
Di dalam sahih al-Bukhari pula dengan lafaz:
إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن تكذب ، ورؤيا المؤمن جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة
Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yangberiman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satubahagian daripada 46 bahagian kenabian…”
Hadith-hadith tentang bab ini, ia berbeza-beza dari sudut menyebutbilangan. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith dalam bab ini menyebutbeberapa riwayat yang berbagai. Sebahagian riwayat menyebut: “mimpiyang baik itu satu bahagian daripada 70 kenabian..” seperti di dalamriwayat Muslim sendiri, di dalam muslim juga ada riwayat yang menyebutsebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Riwayat yang masyhur menyebut46. Selain dari riwayat muslim ada riwayat dari Ibn ‘Abbas dengan 40bahagian, ada juga 49 bahagian, dari riwayat al-‘Abbas 50 bahagian,riwayat daripada Ibn ‘Umar 26 bahagian, riwayat ‘Ubadah menyebut 44bahagian.
Sebahagian ulama berpendapat perbezaan ini merujuk kepada perbezaankeadaan orang yang mengalami mimpi tersebut. Sebagai contoh seorangyang benar-benar soleh, mimpinya lebih benar berbanding orang yangfasik. Antara yang menyatakan pendapat ini ialah al-Imam al-Tobari.
Namun apakah maksud mimpi itu satu bahagian daripada kenabian?
Al-Syeikh Muhammad al-Munajjid di dalam laman islamweb.net berkata,Kenabiah itu ada bahagian yang berbagai, ada bahagian tentangpensyariatan dan hukum hakam, ada bahagian tentang khabar-khabar dahuludan akan datang yang termasuk perkara-perkara ghaib, demikian juga adabahagian tentang khabar gembira dan ancaman, dan mu’jizat.
Al-Syeikh Muhammad al-Munajjid menyambung: Mimpi yang benar itu,mungkin menunjukkan suatu yang akan berlaku akan datang, samaada iaberbentuk khabar gembira atau sebagai peringatan, samaada ianya suatuyang baik atau tidak, atau tentang suatu keburukan yang akan berlaku,agar seorang mukmin dapat bersedia berhadapan dengan perkara keburukanyang akan berlaku itu. Mimpi juga mungkin berlaku sebagaipengkharan-pengkhabaran sesuatu yang akan berlaku akan datang,sepertimana kenabian, satu bahagian daripadanya adalahpengkhabaran-pengkharan,
maka mimpi menjadi satu bahagian daripada kenabian dalam bab ini. Ini dikuatkan dengan hadith Nabi saw:
‏لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّةِ إِلَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat,para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpiyang benar.” (HR al-Bukhari)
Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan sama sebuah hadith bagi Abu Ya’la daripada Anas bin Malik:
إِنَّ الرِّسَالَةوَالنُّبُوَّة قَدْ اِنْقَطَعَتْ وَلَا نَبِيّ وَلَا رَسُول بَعْدِيوَلَكِنْ بَقِيَتْ الْمُبَشِّرَات , قَالُوا : وَمَا الْمُبَشِّرَات ؟قَالَ : رُؤْيَا الْمُسْلِمِينَ جُزْء مِنْ أَجْزَاء النُّبُوَّة
Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti, tidakada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akankekal al-Mubassyiraat. Sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?”Jawab baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripadabahagian-bahagian kenabian.”
Ibn al-Tiin (اِبْن التِّين) berkata: “Maksud hadith ini ialahbahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi saw), dantidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya apa yang akan berlaku,melainkan mimpi.”
Al-Syeikh Masyhur Hasan Salman pula berkata tentang hadith ini [url=%28
http://www.almenhaj.net%29](
http://www.almenhaj.net)[/url] ketika ditanya dengan soalan:
“Apakah maksud hadith: “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian?”
Jawapan beliau:
“Hadith ini mempunyai dua maksud. Maksud yang aku lihat lebih benardan yang masyhur, dan yang ditarjihkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar didalam al-fath ialah, tentang tempoh kenabian (Nabi saw) iaitu selama 23tahun, tempoh penurunan wahyu kepada Nabi saw melalui mimpi yang benarselama 6 bulan. Maka hadith itu menceritakan nisbah mimpi yang benardari bahagian-bahagian kenabian menyamai 1 dari 46 (bahagian). Inilahpendapat yang lebih benar, lebih zahir dan lebih selamat.
Wallahu a’lam.
sekian dari saya, semoga moderator ibnur dapat memberi penjelasan yg munasabah dan segala salah silap saya mohon maaf
sekali lagi dari saya kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...
terima kasih...
2-1-2016 09:56 AM medangmru
2-1-2016 09:54 AM medangmru