View: 6030|Reply: 6
|
Goncang bayi boleh membunuh
[Copy link]
|
|
Goncang bayi boleh membunuh
Susunan ROSMAWATI MION
APABILA bayi asyik menangis, sebahagian ibu bapa gemarmendodoi bayi mereka dengan cara menggoncang kerana beranggapanperbuatan tersebut dapat membantu mereda atau menghentikan tangisanbayi.Malah, ramai ibu bapa turut berpendapat cara itu adalahkaedah terbaik memandangkan bayi mereka akan berhenti menangis selepasdigoncang.
Tanpa diketahui, perbuatan tersebut sebenarnya memudaratkan bayikerana ia boleh menyebabkan komplikasi serius khususnya pada otak.
Tabiat ibu bapa atau pengasuh yang gemar menggoncang bayi anakmereka apabila anak itu menangis dikenali sebagai Sindrom Goncang Bayi(Shaken Baby Sindrom (SBS).
Sindrom Goncang Bayi in juga dianggap sebagai salah satu bentukpenderaan kanak-kanak. Ia merujuk kepada kecederaan pada otak yangdialami ekoran goncangan yang diterima. Kecederaan itu muncul apabilaseseorang menggoncang,
melambung, menyentak atau menghempas bayi kearah satu objek. Caranya, mungkin goncangan yang kuat dilakukan orangdewasa pada tangan, kaki, dada atau bahu bayi tersebut.
Sindrom ini biasanya berlaku apabila bayi didapati tidak berhentimenangis dan untuk meredakan tangisan tersebut ibu bapa atau pengasuhmenggoncang bayi dengan perasaan marah.
Kajian juga menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak yangdigoncang dengan kuat atau dihempas pada satu objek meninggal duniaakibat kecederaan yang dialami.
Mereka yang terselamat pula mengalami masalah pada otak danpenglihatan untuk jangka masa yang panjang atau mungkin buat selamanya.
Selain itu mereka yang mengalami SBS turut menghidapi beberapa masalah dalam jangka masa panjang iaitu:
Sawan disebabkan oleh kejutan tidak normal yang berlaku di otak.Malah pergerakan otot bayi itu juga tidak dapat dikawal dan tidakberupaya untuk bercakap, melihat atau gagal berinteraksi dengan normal.
Otot kaku (cacat) dilihat daripada pergerakan yang janggal dan kaku.
Terencat akal yang boleh memberi kesan kepada keseluruhan kehidupankanak-kanak seperti belajar bercakap dan keupayaan menjaga diri sendiridi masa hadapan.
Buta atau mengalami masalah penglihatan.
Lembap dari segi emosi dan fizikal.
Masalah pembelajaran dan tingkah laku yang boleh dialami oleh kanak-kanak itu sehingga mereka memulakan persekolahan.
Justeru, bagi membantu mengatasi masalah itu, ibu bapa dan pengasuhperlu mempelajari cara berkesan yang sihat untuk mengurangkan tekanandan kemarahan di samping berhati-hati dalam memilih pengasuh untukmenjaga anak.
Namun, bergurau atau bermain dengan anak seperti mengenjut anakmenggunakan lutut mahupun menimang dengan lembut, tidak akanmenyebabkan berlakunya sindrom goncang bayi. Cuma ibu bapa perlumengawal tindakan mereka agar ia tidak terlalu kasar sehinggamemudaratkan bayi mereka.
Punca kecederaan pada otakBerdasarkan kajian,SBS ini biasanya terjadi pada kanak-kanak yang berusia tiga tahun kebawah dan ia juga paling kerap dialami oleh bayi yang berusia setahunke bawah. Begitupun, sindrom ini juga boleh berlaku kepada kanak-kanakberusia lima tahun.
Apa yang menakutkan, sindrom goncang bayi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dalam jangka masa panjang.
Sebabnya, menggoncang, melambung mahupun menghempas anak pada satuobjek, menyebabkan berlakunya pergerakan kepala yang kuat ke depan atauke belakang tanpa kawalan dan memusingkan pergerakan kepala.
Keadaan itu akan menyebabkan tisu otak, salur darah dan saraf padaotak terkoyak. Sebabnya, pergerakan yang kuat akan mengakibatkan otakterhentak pada tempurung, sekali gus menyebabkan tisu otak berdarah danmembengkak.
Lazimnya, bayi berusia dua tahun ke bawah lebih mudah mengalamikecederaan di otak apabila mereka digoncang kuat disebabkan beberapafaktor antaranya kepala mereka lebih besar daripada tubuh.
Justeru, kepala bayi hanya disokong oleh otot-otot tengkuk yangtidak kuat untuk menyokong kepalanya selain saluran darah yang masihlembut di dalam otak.
Tanda-tanda SBSK anak-kanak yang mengalami SBS akan menunjukkan tanda yang berbeza bergantung pada umur, kekerapangoncangan atau deraan dilakukan, jangka masa setiap goncangan yangditerima dan kekuatan gegaran tersebut.
Bagaimanapun, kecederaan ringan akan menyebabkan tanda-tanda SBS kurang ketara apatah lagi kebanyakan kes kanak-kanak yang mengalamikecederaan pada otak ini secara fizikalnya tidak memperlihatkan kesanyang berbahaya pada bahagian luar tubuh mereka.
Cuma, kanak-kanak tersebut mungkin muntah, terlalu sensitif, merungut, cerewet, lembap dan tidak lalu makan.
Namun, kecederaan yang serius akan menyebabkan sawan, denyutanjantung yang perlahan, menghadapi masalah pendengaran atau pendarahandalaman di salah satu mata bayi tersebut.
Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya jangansesekali menggoncang anak-anak kerana ia boleh membahayakan kesihatananak-anak.
Ini kerana goncangan yang kuat meskipun hanya berlaku sekali boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk.
Mungkin bayi anda hanya menunjukkan tanda-tanda ringan pada awalnya,tetapi perlu diingat apa juga kecederaan kepala yang dialami olehkanak-kanak boleh mendatangkan kesan bahaya kepada mereka.
Sebab itu, penting bagi ibu bapa atau penjaga mendapatkan bantuansekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada bayi mereka. Perlu diingat,kanak-kanak khususnya bayi yang menghadapi masalah bernafas, pengsanatau sawan perlu segera dibawa ke hospital.
Tanda-tanda SBS boleh timbul dengan cepat terutama jika ia merupakankecederaan serius. Selain itu, selalunya ia akan mengambil masabeberapa hari untuk otak yang membengkak menunjukkan kesannya.
Akibatnya, bila bayi itu dirujuk kepada doktor, kanak-kanak itusudah memerlukan rawatan segera. Malah, terdapat juga kes yang bayi tersebut mungkin sudah koma sebelum pengasuh atau penjaga meminta bantuan.
Bagaimana SBS dirawatKanak-kanak yangmengalami sindrom goncang bayi ini perlu dirawat di hospital dan kadang-kadang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk kecederaanserius.
Rawatan yang diberikan doktor tidak kira ubatan, terapi fizikal ataurawatan lain bergantung kepada tanda yang ditunjukkan bayi. Bagi bayi yang mengalami kesukaran bernafas, terapi oksigen akan diberikan untuk membantu dia bernafas. Manakala jika didapati otaknya sudah membengkak,doktor akan memberi ubat untuk mengurangkan bengkak berkenaan.
Selain itu, tidur di atas tilam dingin juga boleh membantu menurunkan suhu badan bayi dan mengurangkan bengkak di otak. Tetapi,jika kanak-kanak itu sudah mengalami pendarahan serius di otak,pembedahan akan dilakukan.
[ Last edited by Syd at 8-6-2008 06:21 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 yang pakai maid tu, make sure ingatkan maid jgn goncang2 anak kalau nangis. dah byk kes, pasal maid indon suka goncang2 anak2 majikan sampai ada yang menemui ajal. and rumah pengasuh as well. |
|
|
|
|
|
|
|
MIL eynda citer anak SIL dulu ada pengasuh...kalau tido dlm buai, pangasuh tu selalu goncang buai kuat2...nak bagi baby cepat tido kononnyer....kesannyer bila besar anak SIL ni macam slow skit....kalau ada masalah yg kena pikir banyak dia akan cepat putus asa...macam malas nak pikir....kat sekolah pun pencapaian pelajaran tak berapa bagus......sekarang je dah umur 19 tahun baru nampak dia ok skit...
Sebab tu MIL dah pesan awal2 sejak eynda ada anak satu dulu...apa-apa pun jangan goncang baby tu.....nasib baik anak2 eynda tak guna buai..... |
|
|
|
|
|
|
|
mami ada kawan yg anak buahnya kena effect sebab bapa dia dok lambung sambil goncang badan anak dia......effectnya mata macam terkeluar sikit dari soket mata....macam terjojol gitu.....cian budak tu ......so kalau nak bermain dengan anak2 tu biarlah berpada... |
|
|
|
|
|
|
|
orang zaman dedulu ada ke anak dorang dapat 'sakit' mcm nih?
ke orang2 zaman skrg je? sbb ramai yang ganas2, panas baran etc |
|
|
|
|
|
|
|
kalo budak2 tu jatuh terhantuk sendiri mcm mane pulak?? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu ada org ckp, buaian tak elok utk bayi..
org dulu2 pakai buaian.. tp sangkut tali kat tiang... camne nak terangkan.. then bukan nya buai turun naik mcm buaian spring.. dia buai hayun depan belakang slow2...
tp org skrg siap buaian spring elektrik lagi... huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|