CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7765|Reply: 2

Rumah Sinar Salam

[Copy link]
Post time 6-6-2008 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Rencana
                        
04 Jun, 2008 10:35 AM                                                    
                 Rumah Sinar Salam: Harapan Untuk Mereka Yang Mahu Kembali Ke Pangkal Jalan  
               

Afidah Ab Latif, Pengasas dan Penyelia Rumah Sinar Salam
               

                                Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 4 Jun Bernama) -- Di sebalik usaha kerajaan untukmemberi imej yang lebih bersih bagi kawasan Chow Kit, namun ia masihsinonim dengan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral.

Penagih dadah dan pekerja seks adalah antara kumpulan manusiagelandangan yang masih menjadikan Chow Kit medan aktiviti maksiat tanpatakutkan dosa atau pihak berkuasa.

Namun begitu, di tengah-tengah cemuhan dan pandangan serongmasyarakat, masih ada sinar yang dapat memberikan secebis harapankhususnya kepada wanita penagih dadah dan 'kupu-kupu malam' yang mahukembali ke pangkal jalan.

Dengan payungan restu dan bantuan kewangan Jabatan Agama IslamWilayah Persekutuan (JAWI), Rumah Sinar Salam (mengambil sempena namaYayasan Salam sebagai penaungnya serta memberi bantuan kepakaran danpengurusan) membuka pintu pada 1 Dis 2007 khusus untuk wanita yangmemerlukan bantuan pemulihan ini.

Setakat ini, Rumah Sinar Salam mempunyai tujuh penghuni tetap dankira-kira 30 orang menjadikannya tempat persinggahan untuk mendapatkannasihat atau rujukan lain. Hampir 85 peratus daripada mereka ialahMelayu.

KENAPA CHOW KIT?

Menurut pengasas dan penyelia Rumah Sinar Salam, Afidah Ab Latif,sebelum ini memang ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan menubuhkanpusat perindungan untuk wanita tetapi kurang berkesan kerana lokasiyang jauh.

Tetapi mengapa pula Chow Kit yang menjadi pilihan lokasi Rumah Sinar Salam ini?

"Memang tempat ini banyak onak dan duri sebab itu saya buat jalandi tengah-tengah duri ini supaya mereka yang melalui jalan ini akanlebih berhati-hati," jelas Afidah dalam satu wawancara dengan Bernamabaru-baru ini.

Lokasi tersebut, katanya, dipersetujui pihak JAWI yang memberikangeran pendahuluan sebanyak RM100,000 untuk perbelanjaan awal Rumah NurSalam yang terletak di No 6A Tingkat 1, Lorong Haji Taib 3, 50350 KualaLumpur.

Menurut Afidah, Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali bersamapegawainya serta pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyertaibeliau sewaktu membuat kerja-kerja 'outreach' (memberi nasihat) disekitar Chow Kit pada Julai 2007.

"Mereka nampak dengan jelas gejala-gejala sosiol sekitar Chow Kittermasuk penagihan dadah dan pelacuran. Daripada situlah, merekabersetuju membuka Rumah Sinar Salam.

"Sasaran kita, mereka yang ingin mengubah cara hidup mereka. Buatpermulaan, kita akan menerima mereka yang tiada tempat tinggal,penghidap HIV dan penagih dadah atau pekerja seks yang sudah insaf,"jelas Afidah.

Pihaknya juga, kata beliau, memberi peluang kepada mereka yangpernah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral sebagai pekerja dansukarelawan memandangkan "mereka yang kenal kawan-kawan mereka."

TIADA MAKAN PERCUMA

Meskipun matlamat utama Rumah Sinar Salam untuk membantu wanitayang pernah bergelumang dengan maksiat, namun ini tidak bermakna merekabebas melakukan sesuka hati di pusat perlindungan tersebut.

Tegas Afidah, mereka yang diterima menjadi penghuni tetap RumahSinar Salam perlu mematuhi peraturan-peraturan tertentu yang disediakanpihak pengurusan.

"Di sini tak ada makanan percuma. Bukannya kita kenakan bayaranmakan tetapi maknanya penghuni perlu patuh dengan peraturan. Merekatidak boleh keluar masuk sesuka hati. Dengan cara ini, kita mahumencatas sikap hidup bebas yang mereka amalkan sebelum ini," jelasnya.

Seorang 'warden' ditugaskan untuk membantu Afidah menguruskanRumah Sinar Salam dengan dibantu seorang sukarelawan sepenuh masa disamping lapan sukarelawan separuh masa.

'Warden' dan sukarelawan sepenuh masa ini terdiri daripada wanitayang sudah insaf dengan kehidupan mereka yang tidak bermoral sebelumini dan kini mahu membantu rakan-rakan mereka mencari erti kehidupansebenar.

Aktiviti di Rumah Sinar Salam bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir jam 11:30 malam apabila lampu dipadamkan.

"Warden akan membangunkan penghuni beragama Islam untuk solatsubuh berjemaah. Kita juga ada mesyuarat pagi dengan penghuni untuksusulan perkara yang tidak selesai sebelum ke program seterusnya.

"Boleh dikatakan ada sahaja aktiviti yang dibuat kerana kita tidakmahu memberi ruang untuk mereka memikirkan cara hidup lama mereka,"kata Afidah.

Pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan kerja sambilan sepertimembuat gelang kristal, potpouri atau popiah mini bagi menambahaktiviti penghuni di Rumah Sinar Salam.

Penghuni yang sudah pulih dan boleh berdikari boleh meninggalkan pusat perlindungan tersebut.

"Kita menetapkan tempoh maksimum tinggal di sini selama setahun.Kalau pun mereka keluar, kita masih memantau pergerakan mereka danapabila perlu, mereka boleh kembali ke sini," tambahnya.

Di samping penghuni tetap, Rumah Sinar Salam turut menerimakunjungan mereka yang mahukan nasihat dan rujukan. Khidmat untukpengunjung 'Touch N Go' ini, kata Afidah dibuka dari jam 3 petanghingga 11:00 malam (Isnin hingga Jumaat).

HATI TENANG DI SINI

Bagi Nor (bukan nama sebenar), dia datang ke Rumah Sinar Salam untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Berusia awal 30-an dan berasal dari Sabah, Nor datang ke KualaLumpur untuk mencari kehidupan baru, malangnya dia tewas akibatpenagihan dadah. Ketagihan Nor bukan sahaja menjadi teruk malah diajuga terpaksa menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang bagi membelinajis dadah.

"Saya sudah tak tahan dengan kehidupan saya. Saya mahu kembali kepangkal jalan. Memang pada mulanya saya tak tahan dengan cemuhanrakan-rakan tapi saya kuatkan hati untuk pulih.

"Saya rasa sungguh aman duduk di sini, dapat belajar solat," kataNor yang memeluk agama Islam sejak setahun lepas dan berharap dapatmenjadi sukarelawan Rumah Sinar Salam.

MEWAH TAPI HATI TAK SENANG

Bagi Linda (bukan nama sebenar), 45, yang pernah dilabel 'ibuayam' serta menguruskan rumah pelacuran, menjadi sukarelawan sepenuhmasa di Rumah Sinar Salam memberinya peluang untuk menebus dosakehidupan masa silamnya.

Beliau yang mengenali Afidah semasa wanita tersebut membuatkerja-kerja 'outreach' di sekitar Chow Kit tertarik untuk membantukerja-kerja tersebut.

Menurut Linda, meskipun kehidupan silamnya diselimuti kemewahan, hatinya masih tidak senang dan tenang.

"Semasa saya di tahan di lokap IPK Bukit Aman selama 60 hari untukdisoal-siasat atas alasan terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral,saya teringat kembali masa-masa silam saya. Timbul kesedaran mahuberubah, mahu bertaubat.

"Tak ada apa lagi yang hendak saya cari di luar. Saya seronoktinggal di Rumah Sinar Salam. Berpuluh tahun saya tak kenal tikarsembahyang, sekarang saya dah insaf. Di sini boleh beribadat dengantenang," tambahnya.

Linda mengakui banyak cabaran menjadi sukarelawan memandangkanlatar belakang silamnya terutamanya untuk mendapatkan kepercayaan orang.

Namun dia bertekad untuk berdepan dengan apa jua cacian dan cemuhan.

"Kepercayaan masyarakat tak datang mendadak. Saya akan banyak bersabar," ujarnya.

PELUANG MENABUR BAKTI

Bagi Wan Kamariah Daud, 54, beliau merasa amat bersyukur keranatidak mengakhiri sisa-sisa kehidupannya merempat di lorong-lorongbelakang, sebaliknya dapat membuat kerja-kerja kebajikan.

Beliau sendiri lima kali keluar masuk pusat serenti. Kali terakhirpada 2001 di Pusat Serenti Bachok. Selepas proses pemulihan, diaberkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Pusat SerentiBachok selama tiga tahun.

Wan Kamariah yang menyifatkan dirinya sebagai 'sebatang kara'terlibat dengan penagihan najis dadah selama 38 tahun ketika berusia 16tahun.

Kini dia bertekad mahu membantu rakan-rakannya yang masih aktifmengambil dadah, menyelongkar tong sampah dengan keadaan yang tidakterurus.

Kesungguhannya mahu berbakti itu sudah tentu dapat diterjemahkandengan lebih bermakna apabila beliau diberi kepercayaan menjadi wardenRumah Sinar Salam.

"Saya berbesar hati dapat memberi sedikit bakti membanturakan-rakan yang masih bergelumang dengan dadah dan kegiatan yang tidakbermoral. Saya berharap mereka yang masih di luar akan mendapathidayah. Jangan akhiri hidup kita di lembah kehinaan, segeralahbertaubat," ujar Wan Kamariah.

Beliau menambah, mereka yang menagih najis dadah boleh berhenti daripada tabiat buruk itu jika ada kesungguhan mahu pulih.

"Dadah hanya menghancurkan hidup kita," tegasnya.

-- BERNAMA
                                                         
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 11:21 PM | Show all posts
ooo..bagus jugak ada rumah macam nihkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 06:31 AM | Show all posts
Sepetang di Rumah Sinar Salam

LOKASINYA di tingkat atas sebuah lot kedai lama di Lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, yang sememangnya terkenal kerana 'reputasinya'.

Tujuannya adalah untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan memperkasakan wanita di kawasan berkenaan bagi membina kehidupan yang lebih baik.

Suasana Rumah Sinar Salam pada petang itu nampak tenang menyambut kedatangan sekumpulan kakitangan Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) bagi melaksanakan pelbagai aktiviti khusus untuk wanita kurang bernasib baik yang menjadikan lorong-lorong belakang di Jalan Chow Kit sebagai kediaman mereka.

Acara yang dihadiri lebih 30 wanita itu dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Kesejahteraan Nestle, Tengku Marina Tunku Annuar Badlishah.

Ini diikuti ceramah bertajuk Pemakanan Sihat: Merancang Diet Seimbang oleh Pakar Pemakanan Korporat Nestle, Tracy Lew serta satu sesi motivasi oleh fasilitator selebriti, Aziah Jasmin daripada Star Image Studio Consultancy.

Tengku Marina berkata, keganasan dan penderaan wujud dalam pelbagai bentuk dan wanita di Rumah Sinar Salam telah menempuh ranjau kehidupan yang ganas dan penuh dengan penderaan.

Justeru, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan penghuni rumah tersebut bagi memberikan harapan, memperkasa dan membantu wanita-wanita ini mendapatkan perlindungan serta membina keyakinan diri mereka semula.

"Ia adalah sumbangan kecil kami untuk membantu wanita-wanita ini mengorak langkah pertama bagi memperbaiki kehidupan mereka dengan memupuk tabiat yang sihat dalam diet dan gaya hidup mereka.

"Nestle komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan percaya bahawa melakukan komitmen jangka panjang ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting untuk perkembangan dan kejayaan syarikat," tambahnya.

Selepas ceramah berkenaan, chef selebriti Nestle, Chef Muluk mengendalikan sendiri demonstrasi masakan untuk wanita yang hadir.

Chef Muluk menyediakan hidangan yang ringkas tetapi berkhasiat seperti sajian yang terkenal, Nasi Ayam Hainan Maggi, kari ayam, ayam masak lada hitam dan cucur ikan bilis.

Sementara pengasas dan penyelia Rumah Sinar Salam, Afidah Ab. Latif berkata, acara ini sememangnya satu kelainan yang dialu-alukan bagi wanita yang sering mengunjungi Rumah Sinar Salam.

"Saya sangat berterima kasih kepada Nestle kerana mengingati kami dan meraikan majlis bersama wanita di kawasan Chow Kit," katanya.

Rumah Sinar Salam membuka pintunya pada Disember 2007 untuk wanita yang ingin menjalani pemulihan.

Ketika ini menurut beliau, rumah tersebut mempunyai tujuh penghuni sepenuh masa, dengan kira-kira 30 yang lain sering singgah untuk mendapatkan kaunseling dan bantuan.

Kawasan Chow Kit dipilih kerana ia mempunyai reputasi yang kurang baik dan rumah perlindungan tersebut akan memberi manfaat kepada ramai insan yang kurang bernasib baik yang berada di kawasan berkenaan.

Projek Rumah Sinar Salam adalah satu usahasama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Salam Malaysia (SALAM).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.144928 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list