CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7226|Reply: 6

Persatuan Angkasawan Negara

[Copy link]
Post time 23-5-2008 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan Angkasawan dilancar Julai

KOTA BHARU 22 Mei - Persatuan Angkasawan Negara yang diusahakan penubuhannya pada awal tahun ini, akan dilancarkan Julai ini bagi membantu menyemarakkan minat dan penglibatan rakyat dalam bidang angkasa.

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata, persatuan ini akan turut didokong oleh 59 calon akhir angkasawan tempatan yang terlibat dalam program angkasawan negara.

Menurutnya, persatuan tersebut akan bergabung tenaga dengan pelbagai pihak menjelajah negara bagi menyebarkan maklumat berkaitan bidang astronomi dan angkasa kepada orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Angkasawan Pulang ke Gagang, di Kolej Poly-Tech Mara, Kampus Kejururawatan 2, Kemumin, Pengkalan Cepa di sini hari ini.

Seramai 500 pelajar program kejururawatan kolej menyambut kedatangan Dr. Sheikh Muszaphar dan mendengar dengan penuh minat pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam misinya.

Turut hadir Pengarah kolej, Hasbullah Seman dan Timbalan Rektor Kolej Poly-Tech MARA, Dr. Fatanah Mohamed.

Katanya, maklumat akan disebarkan terutama kepada kanak-kanak dan remaja sebagai galakan kepada mereka untuk berjaya berjaya dalam pelbagai bidang yang bakal diterokai.

Contohnya, ujar beliau, kedatangannya itu diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan jururawat melonjakkan status karier bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2008 04:56 PM | Show all posts

salam

Bagus Dr. Sheikh ni...

byk melibatkan diri dlm aktiviti kemasyarakatan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 05:30 PM | Show all posts
huhuh..suker dr sheikh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2009 09:53 AM | Show all posts
Persatuan Angkasawan Malaysia gagal daftar

Oleh MAZLINA MAJID
mazlina@kosmo.com.my

SUBANG JAYA - Hasrat 57 calon Program Angkasawan Negara untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Angkasawan Malaysia tidak kesampaian meskipun sudah hampir sembilan bulan berusaha ke arah itu.

Jurucakap persatuan itu, Kapten Mohammed Faiz Kamaludin mendakwa, kegagalan itu dipercayai berpunca daripada masalah nama persatuan tersebut sebelum didaftarkan di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Ada pihak memberitahu nama 'Persatuan Angkasawan Malaysia' akan mengelirukan rakyat," kata juruterbang Malaysia Airlines (MAS) itu ketika ditemui baru-baru ini.

Faiz yang merupakan antara empat calon akhir disenarai pendek menjalani sesi pemilihan di Rusia memberitahu, idea menubuhkan persatuan itu dicetuskan oleh bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman.

Menurut beliau, keahlian persatuan itu adalah seramai 57 orang daripada 59 calon Program Angkasawan yang mula digerakkan pada tahun 2003 sebagai hasil persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:39 AM | Show all posts
mmm...
nak tanya sikit ar, apa sumbangan ANGKASAWAN NEGARA ni kat Malaysia?

aku dengar dia bagi talk pun demand....btol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 03:38 PM | Show all posts
wah de heir.. persatuan angkasawan negara...... baru sekor naik space ship dah gebang satu donia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 03:39 PM | Show all posts
baik masuk peratuan pemandu kereta sewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074333 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list