CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6394|Reply: 115

Elaun Penasihat PM RM1.1 juta setahun

[Copy link]
Post time 9-5-2008 01:03 AM | Show all posts |Read mode
dari blog ahli parlimen kulim bandar baharu - zulkifli noordin


Saya telah menerima jawapan bertulis daripada YAB Perdana Menteri dalam soalan lisan yang saya kemukakan membabitkan gaji, emolumen, elaun dan kos berkaitan 3 orang Penasihat YAB PM iaitu:

1. Penasihat Petronas YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad;
2. Penasihat Agama Islam YBhg Tan Sri Abdul Hamid Othman;
3. Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosiol YBhg Dato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 01:18 AM | Show all posts

Reply #1 iscol_klang's post

ko belajarlah pandai-pandai, mana tau PR akan lantik jadi Penasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 01:45 AM | Show all posts

jgn mimpi ler PR nak kasi duit camtu...

Originally posted by dillahdin at 9-5-2008 01:18 AM
ko belajarlah pandai-pandai, mana tau PR akan lantik jadi Penasihat.


baik PR bagi rakyat dlm bentuk
penurunan cukai pintu ke??
air free ke??
tol free ke???
dan entah apa lagi depa boleh bagi free
dgn duit sebanyak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 01:52 AM | Show all posts

Reply #2 dillahdin's post

yap aku setuju.. lepas tu buat kerja suka rela tak payah gaji..mmph..boleh ke?

[ Last edited by  zvicmorrow at 9-5-2008 01:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 01:59 AM | Show all posts
penasihat de fukto dpt berapa plak??

ooo..penasihat de fukto tak dibayar gaji..tp kalau PR menang hasil hasutan n temberang dia ...dia bakal dpt jadi PM...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:28 AM | Show all posts
Originally posted by pahlawankentang at 9-5-2008 01:59 AM
penasihat de fukto dpt berapa plak??

ooo..penasihat de fukto tak dibayar gaji..tp kalau PR menang hasil hasutan n temberang dia ...dia bakal dpt jadi PM...


i dont give a d*mn
die nak bolot ato gila kuasa, biaq pi sama dia
janji jgn makan/bazir duit rakyat, taraf hidup rakyat naik, etc etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2008 02:32 AM | Show all posts
rakyat - ubah cara hidup
PM - ubah cara  pentadbiran

hapuskan je jwtan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 02:32 AM | Show all posts
Elaun 3 penasihat RM1.14 juta

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).

Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut.

''Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.

''Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.

Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.

Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih dengan menteri-menteri kerajaan BN.

Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin.

''RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 02:33 AM | Show all posts

Reply #2 dillahdin's post

apsal aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:41 AM | Show all posts

Reply #9 iscol_klang's post

apahal lah kau ni scol....?hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:57 AM | Show all posts
bukan normal ke tuh gaji penasihat banyak tuh untuk plc?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 03:18 AM | Show all posts
xpe,malaysia kan bnyk duit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 04:24 AM | Show all posts

Reply #6 cerek's post

Aku rasa post kau terlalu rumit untuk potatowarrior fahamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:45 AM | Show all posts
penasihat unit trust pun buleh dpt 50 ribu sebulan... penasihat utk negara seciput nih pon nak bising?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:48 AM | Show all posts
pergh... kuaar air liur je.. 1.1 juta setahun.. mewah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 9-5-2008 08:45 AM
penasihat unit trust pun buleh dpt 50 ribu sebulan... penasihat utk negara seciput nih pon nak bising?


Lantaklah diaorg nak dpt berjuta pun ..even boss aku jd Contracts Manager pun dpt RM50,000 sebulan,,,MASAALAHNYA duit Rm1.15M tu duit kitaorg...paham!!!!!! lebam betul..:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #16 gogoi's post

senyanyok2 tun M tuh dia dlm kapasiti penasihat tak memainkan peranan dia ka?

so in return for the services byr ajer la... apa yg jadik masalah dia? some more takat 1 juta + tuh sbg proportion of gomen expenditure tuh bapa persen sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by dillahdin at 9-5-2008 01:18 AM
ko belajarlah pandai-pandai, mana tau PR akan lantik jadi Penasihat.

Originally posted by dillahdin at 9-5-2008 01:18 AM
ko belajarlah pandai-pandai, mana tau PR akan lantik jadi Penasihat.



jgn jadi mangkuk hanya untuk menadah apa yg diberi....jadilah tapisan yg dapat mengasingkan santan dan kelapa...kebanyakan minder org2 umno telah disumbat dan dibekukan perkara2 tahyol ini...supaya kefasikan pemimpin tidak dilihat sebagai kerosakan.   pemikiran bawah tempurun yg ditutup keatasnya olih pemimpin berkempentingan...

[ Last edited by  hammer at 9-5-2008 09:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by gogoi at 9-5-2008 09:13


Lantaklah diaorg nak dpt berjuta pun ..even boss aku jd Contracts Manager pun dpt RM50,000 sebulan,,,MASAALAHNYA duit Rm1.15M tu duit kitaorg...paham!!!!!! lebam betul..:@


BEnar................gogoi

Kalau RM100k sebulan dapat dari syarikat...............lantak laaaaa
Tapi ini deme guna $$$ rakyat utk bayor gaji Penasihat yg kerojer nyer sudah ada penyandang dier.

Deme nih di lantik jadi Penasihat or sajer jer Pak Lah nak kasi $$$ kerana nak bela biawak hidup nih!!!
Kalau $$$ tu dari poket Pak Lah sendiri.................lantak laaaa

TAPI jangan laaa ambik dari tabung rakyat.!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #6 cerek's post

how sure u are dia xkan makan bazir duit rakyat :re: taraf hidup memang naik pe skang ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 01:27 PM GMT+8 , Processed in 1.588139 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list