CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14367|Reply: 6

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

[Copy link]
Post time 29-4-2008 03:58 PM | Show all posts |Read mode


Pendahuluan
Sejak Islam sampai ke Malaysia, iaitu pada awal abad ke 14, mengikut pendapat terkuat setakat ini ia terus berkembang .
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 perkembangan dakwah lebih jelas terutamanya apabila timbul  kesedaran golongan-golongan muda. Penganut-penganut agama Islam di Malaysia dalam dua dekad yang terakhir ini iaitu bermula dari awal 1970an. Di samping itu dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama negara. Pemerintah Malaysia juga memainkan peranan dalam gerakan dakwah di negara ini yang membuatkan agama Islam berkembang secara terhormat. Dakwah di Malaysia datang dari dua pihak, pertama digerakkan oleh kerajaan, kedua digerakkan oleh orang ramai.
Untuk mengembangkan ajaran Islam dan aktiviti-aktiviti yang berhubung kait dengannya pihak kerajaan telah menubuhkan badan-badan dakwah antaranya JAKIM, YADIM, jabatan-jabatan agama dan bermacam-mcam pertubuhan dakwah telah wujud termasuklah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). PERKIM merupakan satu-satunya pertubuhan yang bergiat cergas dalam bidang kebajikan dan dakwah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam. Ia ditubuhkan untuk mengembangkan ajaran Islam kepada orang yang bukan Islam. Ia ditubuhkan untuk mengembangkan ajaran Islam kepada orang yang bukan Islam terutamanya yang tidak memeluk mana-mana agama. Ia juga bertujuan untuk memberi khidmat kepada saudara-saudara baru bagi menambahkan ilmu-ilmu agama dan menolong mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Sejarah Penubuhan PERKIM
Tercetusnya idea untuk menubuhkan PERKIM lahir daripada Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Arafah apabila melihat sendiri perpaduan sejagat di kalangan umat Islam dalam satu ikatan akidah yang mengenepikan sama sekali batas-batas bangsa, warna kulit, darjat, pangkat, tua dan muda.
Dengan gabungan tenaga dan bantuan rakan-rakan yang dianggap tokoh yang dapat mengembangkan lagi PERKIM di semua negeri-negeri, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 8 Julai 1977 mengikut akta pertubuhan 1966 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abd. Aziz Zain dan beberapa orang lagi. Di awal penubuhan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur muncullah nama-nama besar yang dianggap tokoh dalam membangunkan PERKIM seperti Tan Sri SOK Ubaidillah, Tan Sri Mubin Sheppard, Haji Ibrahim Ma, Haji Ibrahim Exford, Tan Sri Yusuf Ibrahim dan Tan Sri Abd. Aziz Zain yang masih aktif sehingga ke hari ini. PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terletak di Tingkat M, Bangunan Balai Islam PERKIM berhadapan Balai Polis Sentul, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Diubahsuaikan setanding dengan kemajuan Islam hari ini. Kedudukannya yang strategik memudahkan saudara-saudara baru dan masyarakat  umum di sekitar Wilayah Persekutuan untuk berkunjung dan menghadiri majlis-majlis ilmu dan aktiviti harian untuk faedah mereka.

Objektif  PERKIM
PERKIM Bahagian Wilayah Persekutan merupakan pertubuhan sukarela yang diasaskan untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan masyarakat serta menyediakan perlindungan dan bantuan kepada anak-anak yatim, golongan-golongan orang miskin dan yang tidak berupaya yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan ajaran Islam. Selain daripada itu, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan juga bekerjasama dengan badan-badan kebajikan dan dakwah seperti JAKIM, JAWI, ABIM dan lain-lain lagi. Di samping itu PERKIM juga adalah untuk mengembangkan ajaran Islam kepada mereka yang bukan Islam terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang anutan agama.  Ia juga bertujuan untuk menolong golongan saudara-saudara baru menambah kefahaman agama dan amalan di dalam satu akidah Islam di samping itu PERKIM juga memberi bantuan kepada saudara-saudara baru yang di dalam kesusahan, ditinggalkan keluarga akibat daripada memeluk agama Islam dan lain-lain lagi.
Organisasi pentadbiran PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ditadbirkan di bawah mempunyai dua objektif yang tersendiri :

i)  Menyelaras segala urusan pentadbiran PERKIM disemua cawangan supaya pentadbiran PERKIM berjalan dengan cekap dan berkesan.

ii)  Merancang aktiviti PERKIM untuk dilaksanakan dengan jayanya.

PERKIM BAHAGIAN W.PERSEKUTUAN
Tingkat 'M' Balai Islam
No 250-D
Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
Tel / Fax: +603 4043 4801
Pengerusi: Dato' Nakhae'i
Setiausaha: Dr (H) Zulkefli Abd Ghani




[ Last edited by  BecKHaM at 29-4-2008 03:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2008 04:01 PM | Show all posts
AHLI JAWATANKUASA PERKIM BAHAGIAN TAHUN 2007

Pengerusi Tetap
Hj Abd. Hanif bin Harun

Tim.Pengerusi Tetap
Hj. Kaddyran bin Hj.Abd.Salam

Pengerusi Bahagian
Datuk Hj. Mohd Nakhaie bin Hj. Ahmad

Naib Pengerusi 1
Hj. Shahidan bin Hj.AbdulIah

Naib Pengerusi 2
Datuk Hj. Mohd Darus bin Hj. Mahmud

Setiausaha Kehormat
Mohd Faiz bin Adnan

Pen.Setiusaha Kehormat
Mahayaroni bt Hj.Mohamad

Bendahari Kehormat
Hjh. Rebika Foo bt Abdullah


Ahli Jawatankuasa (dipilih)

Hj. Adam bin Hj. Daud
Datin Hjh.Maheran bt Omar
Datin Hjh.Maimunah bt Darus
Dr.Zulkifli bin Muda(sehingga 09/4/2005)
Hj. Mohd Amir Ng bin Abdullah
Hj.Mohd Abdullah Nicholas Slyvester
Hjh.Puteh Kalsom bt Shamsudin
Wan Zaiton bt Wan Mohamad

Ahli Jawatankuasa (dilantik)

Md Shukor bin Aziz
Zulkifli bin Mohamad
Hj.Othman bin Mohamad
Babul Abbas bin Abd.Aziz
Ann Wan Seng
Mohd Mathurudi bin Rejab
Md.Saadun bin Mohd Dali

Tokoh Agama
Ust.Wan Mohamad bin Wan Abd. Aziz

Juruaudit bertauliah
Ariffin Ahmad & Co

Pegawai Tetap
Puan Mahayaroni bt Hj Mohamad
Puan Siti Noor Aishawati bt Mamat

Keahlian Perkim Tahun 2006
Ahli Seumur Hidup = 200 orang
Ahli Biasa = 2654 orang
Ahli Sekutu = tiada

[ Last edited by  BecKHaM at 29-4-2008 04:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 04:06 PM | Show all posts
AKTIVITI-AKTIVITI PERKIM BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan mempunyai 3 aktiviti yang utama iaitu Dakwah dan Pendidikan, Kebajikan dan Pentadbiran Kewangan.

DAKWAH DAN PENDIDIKAN
i.  Khidmat Dakwah dan  Kaunseling
Memberi perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada semua golongan masyarakat yang memerlukan pada waktu pejabat

ii.   Pengislaman
Memberi maklumat yang lengkap tentang pengislaman sebelum mengislamkan sekaligus meringankan JAWI pada waktu pejabat.

iii)  Mengadakan majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam mengikut tarikh dan bulan berkenaan

iv)  Mengadakan kelas-kelas pengenalan Islam pada setiap hari dan malam mulai Isnin hingga Jumaat dan tazkirah hujung minggu setiap sabtu.

v)    Kursus untuk wanita
Diadakan selama enam bulan dalam bentuk 2 siri terbuka kepada semua golongan wanita.

vi)   Majlis Berbuka Puasa dan Sivik Ramadan
Mengadakan jamua bebuka puasa selama sebulan khas kepada saudara baru di samping memberi tazkirah dan solat tarawih berjamaah

vii)   Ijtimak Tahunan Saudara Kita

Bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan saudara baru dan masyarakat setempat, diadakan selama 3 hari 2 malam pada setiap tahun.

Aktiviti Kebajikan

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menjalankan aktiviti kebajikan seperti :-

i) Memberi sumbangan kepada saudara baru yang memerlukan bantuan

ii) Memberi sumbangan berupa hamper kepada anak-anak tahanan kes juvana

iii) Memberi sumbangan pakaian terpakai

iv) Membantu mangsa-mangsa bencana alam dan mangsa kecemasan

v) Memberi sumbangan hari raya

vi) Memberi bantuan kepada ibu-ibu tunggal

vii) Membuat lawatan ke hospital

viii) Menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim

x)    Membantu menguruskan jenazah dan lain-lain selain dari yang tersebut di atas.

Pentadbiran dan Kewangan

Sumber kewangan PERKIM Bahagian seperti berikut :-

i) Yuran Keahlian

ii) Sumbangan dari Baitulmal

iii) Sumbangan derma bulan Ramadhan

iv) Sumbangan orang ramai

v) Pelaburan

vi) Bantuan daripada PERKIM Kebangsaan

vii) Lain-lain pendapatan

Objektif

i)  Memastikan setiap aktiviti yang diadakan berlangsung dengan jayanya

ii) Membantu menggerakkan cawangan-cawangan melaksanakan aktiviti dari masa ke semasa

iii) Membincangkan permasalahan yang melibatkan PERKIM Cawangan-cawangan di peringkat bahagian

iv) Menguruskan pentadbiran PERKIM mengikut undang-undang pertubuhan

v) Melantik AJK Biro

vi) Menggalakkan sukarelawan

vii) Mengemaskinikan daftar keahlian

viii) Memantau cawangan-cawangan PERKIM Bahagian

vi) Mengendalikan aktiviti dakwah/kebajikan/kewangan

x) Mengendalikan kursus/seminar/bimbingan

[ Last edited by  BecKHaM at 29-4-2008 04:08 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 04:12 PM | Show all posts
Sehingga ke hari ini PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan berjaya menubuhkan 10 Cawangan iaitu :-

1)  PERKIM Cawangan KL Utara
2) PERKIM Cawangan Bangsar
3) PERKIM Cawangan Taman Melati
4) PERKIM Cawangan Desa Setapak
5) PERKIM Cawangan Cheras Utama
6) PERKIM Cawangan Bukit Bandaraya
7) PERKIM Cawangan Pergerakan Belia
8) PERKIM Cawangan Putra
9) PERKIM Cawangan ASDAF
10) PERKIM Cawangan Bukit Damansara
11) PERKIM Cawangan Lembah Pantai (Baru) - Keahlian masih dibuka kepada sesiapa.... sesiapa yg berminat boleh PM saya....!

[ Last edited by  BecKHaM at 29-4-2008 04:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 05:25 PM | Show all posts

salam

aktiviti yg ada ni pun dah busy

update la aper2 aktiviti yg dilakukan... untuk pengetahuan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 05:46 PM | Show all posts
perkim kalu ada yg nak buat prorgam xtreme contact aku yaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2009 09:30 AM | Show all posts
Persidangan Kelab Perkim

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bersama Kelab Perkim Universiti mengadakan Persidangan Kelab Perkim Universiti di Sri Dinar Training & Retreat, Janda Baik, Bentong, Pahang, baru-baru ini.

Program dua hari itu menghimpunkan barisan pimpinan dan ahli Kelab Perkim dari 10 institusi pengajian tinggi dengan penyertaan 70 peserta.

Institusi yang mengambil bahagian ialah Universiti Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Darul Iman Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kolej Universiti Taylor dan Institut Dakwah Islamiah Perkim.

Tujuan utama program adalah untuk melatih ahli Kelab Perkim menjadi pemimpin dan mubaligh muda.

Ia juga menjalinkan kerjasama bestari di kalangan kelab-kelab Perkim di seluruh institut pengajian tinggi.

Terdapat lima modul kursus sepanjang program ini dijalankan. Modul tersebut ialah Pengurusan Kelab Perkim, Sesi Dialog, Pendekatan Intelektual, Hala Tuju Masa Depan Kelab Perkim dan Pendekatan Budaya dan Sosial yang disampaikan oleh Ahli Majlis Kebangsaan Perkim merangkap Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Siti Normala Sheikh Obid dan Ketua Unit Penyelarasan Perpaduan Perkim Kebangsaan, Nik Mohd. Nizam Mohd. Nasir.

Para peserta juga diberi tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental melalui aktiviti flying fox, beaf hole, spider web dan plank walk semasa modul riadah dan rekreasi bersama fasilitator Sri Dinar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.072019 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list