CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1906|Reply: 3

Therapy bayi boleh atasi tekanan mental pada parents -

[Copy link]
Post time 27-4-2008 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Terapi bayi atasi tekanan mental
Bersama Dr Noordin Darus (Doktor Perubatan lulusan Universiti Malaya dan Universiti London)


MEMERHATIKAN bayi meneroka persekitaran barunya
adalah suatu pengalih perhatian yang menghiburkan.



Berbual dengan anak kecil ditambah senyum dan agahan, redakan ketegangan

MINGGU ini, saya ingin menerangkan dua terapi lain yang berkesan untuk mengatasi tekanan iaitu terapi bayi dan muzik. Tidak ketinggalan ialah kesan terapeutik yang anda dapati daripada apa yang saya suka sebut sebagai 'terapi bayi'.

Tanyalah ibu bapa, apakah yang menyerikan hari mereka dan membasmi tekanan mental dan ketegangan selepas sehari penat bekerja. Pastinya mereka akan memberitahu penawarnya adalah wajah anak kesayangan yang tidak sabar menanti kepulangannya di pintu pagar rumah dengan senyuman lebar lagi riang, menunggu untuk dipeluk ibu dan bapa. Sebenarnya, itulah hadiah yang paling berharga di dunia.

Memerhatikan seseorang bayi bermain, melihatnya meneroka dan mempelajari persekitaran barunya adalah suatu pengalih perhatian yang menghiburkan. Apabila anda memikirkan dunia ini dari sudut pandangan anak yang tidak tahu apa-apa itu, anda akan melupakan dunia anda sendiri yang penuh tekanan mental dan kerisauan walaupun untuk sejenak.

Justeru, apabila anda menghadapi masalah kesesakan lalu lintas atau dengan pegawai atasan anda, cubalah berbicara dengan bayi anda, lebih-lebih lagi sewaktu anginnya baik. Bayi itu bersedia bergerak balas dan senyum serta mengagah-agah dengan seronoknya dengan anda tanpa sebarang sebab tertentu kecuali dia suka anda mendekatinya. Ini bukan saja dijamin dapat melegakan tekanan mental anda, malah anda mungkin mendapati diri anda begitu gembira sekali seolah-olah terapung di udara
.

Anda tidak perlu segan untuk mengamalkan teknik yang saya sampaikan sebelum ini. Anda boleh menjalankan latihan itu secara tidak ketara dan tidak mudah dilihat. Saya sendiri menggunakan kebanyakan teknik itu untuk bersantai setelah seharian penat bekerja, sewaktu saya keluar berjoging di taman atau ketika berjalan di sekitar kawasan perumahan tempat tinggal saya.


BERMAIN dengan anak kecil mampu mengatasi tekanan.


Kesan itu berkemungkinan dari segi psikologi saja namun setelah otak menerima konsep itu, otak akan terangsang dan mengeluarkan hormon yang menenangkan atau memberi tenaga yang diperlukan oleh badan untuk bersantai. Ini dapat membantu mengimbangkan semula kimia dalaman badan.

Ambil masa 10 minit untuk menyenaraikan 10 perkara utama yang menimbulkan tekanan mental dan kerisauan dalam diri anda. Cuba senaraikan lima perkara yang berkaitan dengan kerja dan lima yang tidak berkaitan dengan kerja. Anda akan mendapati yang punca masalah itu adalah sifat manusia. Hanya selepas itu barulah faktor persekitaran dan luaran lain terbabit. Dalam hal ini, jelas bahawa penyelesaian terletak dalam tangan manusia sendiri. Kenyataan seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah bahawa bukan anda seorang yang menghadapi masalah itu. Selanjutnya, walau teruk sekali pun hari anda, semestinya ada orang lain yang keadaannya lebih buruk lagi.

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bukan anda seorang saja di dunia ini yang menghadapi hidup yang penuh tekanan mental. Keduanya, tekanan mental yang menenggelamkan anda itu dapat ditangani. Tekanan mental itu tidak semestinya membinasakan anda. Ketiganya, tiada masalah yang tidak dapat diatasi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

gosh  - saya setuju sangat...  kadang2 saya memang pressure kat kerja -
so every lunch time saya akan pergi rumah my sister (kerja saya about 2 min drive
dari rumah dia) and will play with my nephew - dapat 30 min pun just great!!
memang akan hilang  pressure tu... seronok bercakap dengan budak 15 months old
- kelakar tengok reaksi depa...   terhibur dan rasa release a bit tension tu --

saya memang recommend kan main dengan budak sokmo - and i love kids - they are
just great and your kids ke  niece or nephew ke or other people kids -
it just feel great to 'acah-acah' depa.. and tengok depa ketawa or smile -

invent some games -   saya selalu main game 'it's a very dark night'  and just so
fun bila jumpa nephew dia akan cakap - dark  dark .. so tahu la dia nak main -

selalu ajar nyanyi lagu budak2 - lagu2 pat carfra utk baby memang bagus or lagu2 raffi
utk yang dah over a year old - saya memang hafal  semua lagu raffi  seronok nyanyi
dengan kids lagu baby beluga  or bananaphone etc etc -   kita punya pressure and
tension akan release  no doubt - believe me!! -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 04:35 PM | Show all posts
sweet setuju sangat:victory:
ku surirumah je..my husby le balik koje mesti luang masa ngan ank-ank.
bergurau senda,usik-usik ank,pas ank-ank ketawa kita pun sama skali ketawa sama.
:bg: :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 08:29 AM | Show all posts
yupp... mmg betul.. start communicating with your child the earliest possible.. sembang dgn dia walaupun dia masih tak reti berckp.. act. dia paham.. it will also improve their self esteem & keberanian mereka utk berckp... i experienced it myself.. melayan anak2 ni mmg menenangkan jiwa & menghiburkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 09:38 AM | Show all posts
betoi..pagi tadi..pepagi pegi keje...si kecik tue sengih2 dalam carseat dia
borak2 kejap ngan dia.....
ceria ku rasa di pagi hari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063738 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list