|
Komunis letup Tugu Negara
Oleh Mohd Azis Ngah
Berasa terhina kerana pengganas menganggap merekalah pejuang negara
SEPANJANG tahun terutama ketika musim cuti sekolah, ribuan rakyat dan pelancong asing menziarahi Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara yang menjadi lambang kedaulatan, kemegahan serta mercu tanda pejuang yang mempertahankan tanah air, Malaysia.
Tugu yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 dan setiap tahun, pasti diadakan pelbagai program sempena memperingati Hari Pahlawan bertujuan mengenang jasa pejuang negara.
Bagaimanapun, langkah kerajaan mengagungkan pejuang bangsa itu jelas merobek perasaan pengganas komunis yang kononnya mendakwa mereka juga pejuang negara.
Yang pasti komunis berasa begitu terhina dengan patung pengganas yang rebah menyembah bumi manakala patung askar berdiri teguh memegang senjata dan bendera negara manakala satu patung lagi memangku rakan yang cedera.
Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.
Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan.
Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.
Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh.
Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita.
Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.
Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan.
Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.
Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.
Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.
Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.
Penolong Kurator Kajian dan Penyelidikan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Selamat Sainayune menjelaskan Tugu Negara itu adalah sebagai peringatan kepada perwira yang terkorban demi tanah air ketika peperangan dan darurat pada 1942-1960.
揑a simbol kenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata-mata untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka di mana rakyat dapat hidup aman harmoni. Sebab itu Ia wajar dihormati dan dipelihara bersama, |
|
|
|
|
|
|
|
tak penah tau pun tugu negara ni penah diletupkan
dasatnyer |
|
|
|
|
|
|
|
amazed...masa ko kt Canada dulu kan..pernah tak melawat Tugu Negara kat saner? |
|
|
|
|
|
|
|
nampak kat gambar macam habis gak tugu tu
tak pernah plak aku tahu pasal cerita ni...tidak dibesar2kan ker cerita ni?
so bila plak tugu yg baru siap dibina? |
|
|
|
|
|
|
|
News bang oi tahun tu.....kita kena ingat, Darurat ada dua. Yang orang ingat cuma tahun 1948-1960. Darurat Kedua orang tak ingat (1968-1989) mungkin sebab pelaksanaan perintah darurat tidak menyeluruh seperti darurat pertama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 alphawolf's post
yeker..tidak pulak aku tahu hehehe
so tugu baru (yg berdiri sekarang ni) tahun berapa siap? |
|
|
|
|
|
|
|
Ganas jugak Malaysia nih ye.....mungkin Iraq tiru Malaysia kot bab bom2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 22-4-2008 08:19 AM
News bang oi tahun tu.....kita kena ingat, Darurat ada dua. Yang orang ingat cuma tahun 1948-1960. Darurat Kedua orang tak ingat (1968-1989) mungkin sebab pelaksanaan perintah darurat tidak menye ...
aku tak tau lak ada darurat 1968 sampai 1989 lama nya alpha.. tapi masa 80an tu aku dah lahir.. tak tau lak aku tu masa darurat!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 22-4-2008 07:20 PM
aku gi kanada tu pun sekali kat yonge street kat city hall.. mmg panjang jalan tu.. tu pun sbb cuti kat states 4 hari masa 4th of july.... wokey ler tempatnye.. :victory: tapi...hmm.. ...
don't worry about it ...
payrol tu nak provoke aje... tak tahu la saya apa
yang saya dah buat kat dia or what you did to him..
bukan dia aje ramai lagi ingat awak tu saya - walau saya tak kenal awak -
so ignore aje tulisan provoke yang useless tu --
anyway - yang pergi canada tu saya la cuz i went to school there -
tapi saya tak tinggal kat toronto (pernah juga pergi 2 kali) -
saya baru aje terbaca post ni - and wanna reply sebab kalau
kat board saya memang saya consider provocation
(dia ada provoke juga kat board SMAG dulu - tapi dia dah
minta maaf - dan settle - hope it stops )
anyway -- mengenai tugu ni - saya ada juga visit.. tapi tak selalu
bila pergi lake garden.. kadang2 singgah la juga - sebab sebelah
tu aje -
my mom did tell me about tugu kena bomb masa '75 dulu -
communist punya kerja katanya - quite a bit havoc masa tu -
nampak kat gambar macam habis gak tugu tu
tak pernah plak aku tahu pasal cerita ni...tidak dibesar2kan ker cerita ni?
so bila plak tugu yg baru siap dibina?
sixfull - saya baru aje terbaca pasal tugu negara ni - ada satu article -
(tengok2 dah ada topic - so kita continue sini aje)
saya rasa - tugu ni dibina semula - (dibina 1966) lepas kena bomb 1975 tu
depa fixed right away... so after that dah okay sampai sekarang la tu -
last saya visit tugu - earlier this year - still ramai tourist kat situ -
nanti saya paste satu article saya jumpa tadi - |
|
|
|
|
|
|
|
Ulikan Tugu Negara
Tujuh figura tembaga yang berdiri mungkin tidak bernyawa tetapi elemen yang mengelilingi menjadikan ia hidup.
ANDA perlu menghampirinya untuk 'mencintainya.'
"TUGU Negara? Kenapa hendak pergi ke sana? Tidak ada apalah di sana," balas Nurul tatkala disua cadangan dek teman serumahnya, Amira. Reaksi sebegitu sudah lazim biarpun daripada seseorang yang sebenarnya tidak pernah pun sampai ke sini sebelum ini.
Molek benar diselitkan perumpamaan tak kenal maka tak cinta. Kunjungan ke situ menjanjikan lebih daripada sekadar input pandangan. Pengalaman peribadi penulis yang ingin dikongsikan ialah ia begitu mengujakan.
Semasa tiba di pintu masuk sisi, sudah ada beberapa pengunjung sedang asyik bergambar berlatarbelakangkan dirian tujuh figura manusia setinggi 15.54 meter yang diperbuat daripada tembaga.
Memang diakui ketelitian pengukir Amerika, Felix de Weldon, menghasilkannya wajar dikagumi. Namun, ada sesuatu yang istimewa dapat dirasakan semasa berdiri bersebelahan tugu itu.
AKSES sisi ke Tugu Negara yang dapat ditembusi melalui Taman Asean.
Mendongak ke atas memandangnya, perasaan tenang begitu kuat membibit terutamanya melihat ke latar pandangan yang berhias dada langit yang membiru diiringi kepulan awan yang memutih.
Angin bertiup bagaikan berada di tepian pantai. Terbuai dengan keenakan bayu, tidak mustahil pengunjung boleh 'terbang' seketika dalam ulikan itu.
Biarpun letaknya di tengah-tengah ibu kota, berada di situ, hanya bunyi air pancur dan gelak tawa anak-anak kecil menerjah gegendang telinga. Mungkin pakej itu jugalah yang membuatkan pengalaman ke sini lebih bermakna.
Menjadi sebahagian daripada Taman Tasik Perdana dan bersebelahan bangunan Parlimen, Tugu Negara sebenarnya berdiri dalam kawasan seluas 48,562 meter persegi yang turut diisi Monumen Kebangsaan, kolam berbentuk empat segi tepat yang membalikkan imej tugu peringatan ini, taman rekreasi, dan gedung berbentuk bulan sabit.
Taman memorial yang menjadi perhatian setiap 31 Julai, iaitu pada Hari Pahlawan, sewaktu Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Malaysia dan barisan tertinggi ketenteraan serta polis datang dan memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan negara.
GEDUNG berbentuk bulan sabit yang merupakan pintu
masuk ke dataran Tugu Negara.
Bagaimanapun ia dibuka kepada pengunjung setiap hari sepanjang tahun. Tidak rugi jika anda membawa keluarga ke sini. Pilihlah sama ada untuk menilai seni ukiran, seni bina monumen, menikmati udara segar yang berhembus atau memperkenalkan nama-nama pahlawan yang tertera pada plak pada monumen kepada anak-anak anda.
Berdekatan dengannya ialah Taman Asean dan Memorial Tun Razak yang menyimpan memorablia Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein |
|
|
|
|
|
|
|
isk sape lah komunis tu yg letupkan tugu negara.. skang mesti tgh tersengih dgn anak2 cucu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 amazed's post
Sebab pelaksanaan perintah darurat tu cuma berkuatkuasa kat kawasan tertentu aje, terutama daerah yang berhampiran dengan sempadan Thailand. Tapi yang kedua ni lebih dikenali sebagai era Insurgensi.
BTW kesempatan diambil ketika proses pembaikan, antaranya menjadikan muka askar di tugu lebih nampak 'tempatan' berbanding 'mat saleh'! |
|
|
|
|
|
|
|
thnks! dpt bnyk info ari nie! =) |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik amazed,ecah nk tanye ag nieee
other than these history,is there anymore history about Tugu Negara?
ecah tnga uwat kerje kursus pmr psl tugu negara..n td print tgk,sikit bebeno sejarah nye kalo dbandingkn dngn bngnan sultan abd samad, vi dll
rs2,ade lg x,hidden stories that need to be unearthed about Tugu Negara?sorry kalo nyusahkn,n thnks kalo sudi mnjawab ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Korang tau tak yang sebenarnya tugu negara kita ni ada kembar kat US!!!
Ni aq petik dari sini: http://petikanbuku.blogspot.com/ ... c-war-memorial.html
Saya yakin mesti tidak ramai mengetahui mengenai kembar tugu negara, USMC War Memorial di Arlington, Virginia, United States.
Kenapasaya mengatakan tugu USMC War Memorial ini (juga dikenali sebagai TuguPeringatan Iwo Jima) sebagai kembar tugu negara kita? Selepas sayamengkaji, saya yakin untuk menganggap tugu USMC War Memorial inisebagai kembar tugu negara kita.
Tugu Negara Malaysia
Tugu Kembar - USMC War Memorial
USMCWar Memorial siap dibina pada 1945 manakala Tugu Negara kita pula siapdibina pada 1966. Ini bermakna Tugu Peringatan Iwo Jima ini dibinadahulu sebelum tugu kita. Jadi, siapakah yang mendapat ilham untukmembuat tugu yang serupa untuk negara kita?
Tidak lain tidakbukan, mestilah dari ilham Perdana Menteri Pertama kita, Tunku AbdulRahman. Tunku mendapat ilham ketika lawatannya ke Amerika pada Oktober1960 setelah melihat tugu tersebut.
Tunku Abdul Rahman
Tunkutelah bertemu secara peribadi dengan pengukir tugu USMC War Memorial,Felix de Weldon untuk menyatakan hasratnya untuk membuat tugu yangserupa kepada negara kita. Hasilnya, atas kerjasama Felix, Felix deWeldon pun mendapat anugerah Tan Sri. Tugu Negara kita dan Tugu IwoJima sebenarnya adalah dari pengukir yang sama.
Tugu Negara kita mendapat ilham daripada Tugu Peringatan Iwo Jima tetapi dari mana pula Tugu Peringatan Iwo Jima mendapat ilham?
TuguPeringatan Iwo Jima dibina menggambarkan askar-askar Amerika yangmendirikan bendera mereka, The Stars and Stripes di Gunung Suribachi,Iwo Jima, Jepun. Tugu ini dibuat sempena foto berjudul 'Raising theFlag on Iwo Jima'
yang memenangi Anugerah Pulitzer.
Terdapat sedikit persamaan antara Tugu Negara Malaysia:
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 aq teringat iklan omputih tanya budak2 sekolah dalam bas 'where is the National Monument??'... |
|
|
|
|
|
|
| |
|