CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: voizze

[Aduan] company penipu

[Copy link]
Post time 13-12-2012 08:53 PM | Show all posts
baca topik ni mmg tingat balik zaman2 br nak cr keja...
memang banyak company forex aku g..
dahla masa tu aku takde transport
tunggag tebalik naik bas tukar lrt bagai
ada dalam 2,3 gak rasa kampeni forex yg aku g intbiu
semua opis cantik2 deco bagai
nama kampeni pon pelik2 tp da tak ingat da nama dia
satu kat megan avenue tu, jalan ipoh & phileo damansara
kampeni jual2 brg tu pon penah g intebiu tp tak ingat kat mane
tapi mmg bila g intbiu rasa lain mcm
sijil kita langsung tak ditengok pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 07:43 PM | Show all posts
ya allah..
Thanks korang! baru jumpa iklan ni http://www.indeed.com.my/viewjob?jk=83215ba9e628c256&tk=17p2r9f000s1g2gv&from=recommendedjobs
[size=+1]Pengambilan cawangan baru
dnmc international sdn bhd - Johor Darul Takzim

syarikat kami adalah syarikat pengiklanan antarabangsa..pihak kami mewakili pihak tertentu untuk mengiklankan pakej mereka seperti,kfc holding, beauty care center, dan lain-lain....

kami memerlukan seramai 23org untuk jawatan kosong tersebut;

pelatih pengurusan - rm2000++

tergerak hati nak p search company ni.. then jumpa forum ni...
terus register then reply. semoga orang lain tak tertipu.. hampir2 berminat dengan iklan ni tau.
iklan fresh lagi tau baru 3 hari lepas
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 09:53 AM | Show all posts
kan ke kita dok submit job application form kat company2 ni kan, mesti ada fotostat i/c kita, gambar passport dan segala details lain. ada sesetengah company minta latest pay slip (pay slip aku unofficial, terima direct dari lecturer, so ada no.akaun la kat situ).

aku nak tanya, company2 yg terima borang2 kita ni, yg ada segala details ttg kita, depa boleh manipulate x maklumat peribadi kita, cthnya try nak ceroboh akaun bank kita ke, or apa2 penipuan la kan.

just tiba2 risau, ntah2 company tu bkn nk cari pekerja pun, tp nakkan kita punya maklumat diri je drp form yg kita isi tu. then try to manipulate our personal details. boleh ke diorang buat camtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:46 AM | Show all posts
DNMC ni still hidup lagi nampaknya. Ada kwn aku kt Kuantan pagi ni baru citer benda2 yang sama mcm citer2 kt atas nih, dah la interview x explain apa2 pasal keje tetiba offer jadi management trainee
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:45 PM | Show all posts
mushroomsup posted on 13-12-2012 08:53 PM
baca topik ni mmg tingat balik zaman2 br nak cr keja...
memang banyak company forex aku g..
dahla  ...

aku pun penah kena...
dtg interview ingt kan nak minta bahagian admin..
last sekali dia ajar forex mmg x lah..
terus aku chiow..
tapi deco  opis forex ni mmg smart...

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 07:16 PM | Show all posts
Lembaga posted on 3-12-2013 04:45 PM
aku pun penah kena...
dtg interview ingt kan nak minta bahagian admin..
last sekali dia ajar for ...

btoi2 deco carpet partiiton sume kelas kan
opis yg aku keje skang pon tkade yg cantik2 gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 10:51 AM | Show all posts
Aku xpernah kena, kawan aku kena. Masa tu dia habis degree, saja nk cari kerja sementara tggu Master. Dia kena ngan company forex kat Mid Valley ni. Habis rugi ribu riban famili dia. Dah la duit tu nak guna beli rumah. Serius aku baca kesian gila kt kwn aku sorang ni.. Alih2 dia benti keje kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 01:49 AM | Show all posts
haha..baca cerita korang ni teringat zaman aku baru abis grad dulu.
aku pun pernah terkena gak..company forex kononnya..ofis kat amcorp mall.
iklan cakap keje admin exec.so oklah,aku pergi then dia interview ala kadar,cert aku semua dia tak tengok pun then terus suruh aku start training.Dia ajar2 sikit pasal forex and suruh aku buat kira-kira.
Kira-kira pulak senang dan bosan gila.
Kat dalam ofis tu ada la dalam 4-5 orang tengah training forex.Pastu aku macam terfikir,aku kan apply keje admin,pehal lak kena belajar pasal forex segala ni..dah la ofis pelik,training pelik.Aku dah rasa lain macam tapi takpe,aku stay je sampai petang.Esoknya aku tak datang dah.Ofis tu call aku banyak2 kali aku buat bodoh je...hehehe...

ex-course mate aku lagi kesian.dia apply keje business development exec kat company apa ntah.tapi rupa2nya keje jual biskut kat tapi jalan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 03:49 PM | Show all posts
Weh, biar betul? Aku baru je nak hadir interview kat DMNC tu hari Jumaat ni. Nasib baik la tergerak hati aku nak google pasal DMNC tu. Kalau tak, naya je aku kena tipu. Kemain aku nak study tadi. Chait!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 08:01 AM | Show all posts
sofahani posted on 5-12-2013 10:51 AM
Aku xpernah kena, kawan aku kena. Masa tu dia habis degree, saja nk cari kerja sementara tggu Master ...

Aku banyak tengok senang betul graduan MELAYU kena tipu. Aku susah nak tengok graduan bangsa lain kena tipu sebab diorang sangat berhati-hati. Cthnya:
(a) Linguaphone- kalau diorang jual2 tu yang kena kelentong mesti MELAYU dan tak pasal2 berhutang sebab dah sign perjanjian (kes buat roadshow kat IPTA2).
(b) Skim Cepat Kaya pun pelajar MELAYU cepat kena kelentong. Kat IPTA pun banyak juga program2 macam2 ni
(c) Dah keluar kerja, graduan MELAYU kena tipu juga, cepat percaya syarikat2 yg indah khabar dari rupa. Senang jer nak tahu syarikat2 macam ni sebab aku dulu pun pernah alaminya....dia buat roadshow kat Job Fair (biasa yg akan jaga kaunter adalah bangsa pandai bercakap dan putar belit-korang tahu siapa kan dan MANGSAnya MELAYU), kita mohon dan isi borang, besok dia call panggil temuduga, kita pergi syarikatnya kecil jer tapi cantik (pejabat masa tu kat Bukit Bintang), dia interview ramai2 lebih kpd bincang berkumpulan, pastu tengok2 sijil (nak x nak jerk), penemuduga sangat MESRA ALAM SEKITAR, sebenarnya katalah 10 yg dtg temuduga, 2 drpdanya adalah staf syarikat itu juga yg akan dok gebang promote habis2an kononnya syarikat ni bagus, bukan MLM, bukan macam yg lain2 padahal diorg tu dah diarah berlakon jadik calon ditemuduga (yang berlakon ni MELAYU yg bodoh macam lembu dicucuk hidung), jadik calon2 yg innocent tu mulalah rasa yakin, esoknya dia call aku cakap berjaya suruh dtg kerja segera dan aku bukannya bodoh nak percaya macam tu, aku pun tak lapor diri dan dia call lagi suruh lapor diri siap bagi hari lain (INGAT: syarikat2 yang betul jangan harap nak call ko lagi jika ko tak lapor diri setelah diorang tawar ko keje (sekali tolak, beribu yang datang tau). Syarikat2 penipu ni biasanya akan suruh ko datang jugak dan 1 hari smpai 4-5 kali dia call...Last2 aku angkal call dan cakap saya tak berminat, dia siap tanya kenapa? kenapa? dan kenapa?....Aku cakap dah dapat kejer lain.....Pastu dia senyap dan tamat perbualan....MAJIKAN syarikat2 penipu ni korang pun tahu siapa kan? dan kuli batak yg menipu pulak MELAYU, baguslah tu MELAYU tipu MELAYU (memang laknatullah).

Jadi kesimpulannya, segelintir graduan MELAYU kita bukan sahaja teruk dalam komunikasi tetapi menjadi alat ditipu hidup2 oleh ramai orang2 yang "jahat" di luar sana. Sebab itulah ada beberapa IPTA dah HARAMKAN Linguaphone buat jualan kat IPTA diorang sebab tak nak ada kes pelajar ditipu lagi dan biasanya adalah MELAYU. Bayangkanlah IPTA terpaksa juga bantu graduan sehingga kes2 macam ni padahal mereka boleh fikir mana baik dan buruk tetapi tetap nak bertongkat dibantu juga.



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:48 PM | Show all posts
waaaaa...nasib baik aku baca pasal bnda nie dlu..dh dekat sbulan lebeyh aku grad n td aku dok godek2 keje kat mudah nk tgk mna2 company yg aku bole apply keja smentara tnggu konvo blan 5 nie. Then aku tgk ade vacancy tuk position management trainee dgn gaji bole tahan, 1800. Company dnmc nie lah kt area butterworth.

Aku send resume pagi td, tngahari die dh kol ckp aq bjaya tuk interview. Gila cepat! Die siap suruh aku p interview esok kol 10.30. Aku rasa laen mcm tu psal aku search gugel tgk2 psal cmpany nie. Nasib aku tbaca sal thread nie. Kalau x, jual barang la aku esok

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 07:06 PM | Show all posts
Salam. Tadi pun saya baru lepas interview syarikat ni tadi.. ha'ah,syarikat ni dah tukar nama, dari DNMC ke Optimo.  Saya terlihat dekat iklan paper Harian Metro katanya ada kekosongan bahagian pengurusan, (hurm, interesting because confidential company, nama syarikat tidak dinyatakan) selepas ja buat panggilan, terus kata dapat interview. Time ni, saya  pun masih bingung-bingung company apakah ini, they just said, Optimo, tu pun masih kurang jelas.

Ok, today, 1st time datang tengok keadaan syarikat, kita boleh agak advertising company, dari segi susun atur pejabat, ada tergantung bingkai-bingkai iklan yang pernah mereka bekerjasama dengan company-company yang sangat familiar seperti ayamas, london new york, pizza semua tu.  Sementara tunggu giliran untuk interview, saya google nama syarikat ni, pandai ya mereka, tukar nama, sebab, bila google nama optimo hanya la keluar iklan-iklan kosong sebegitu sahaja, tapi bila masuk di pejabat, baru tahu DNMC, terus google, yup, the story sama seperti yang diceritakan di blog-blog dan juga forum. 1st time experienced, good exposure walaupun tidak puas hati.  Semasa interview, agak simple, segala sijil saya bawa, langsung tidak dilihatnya, hanya tengok borang yang baru diisi tadi. Very simple and quick.  Yang menariknya, ayat-ayat yang digunakan manager yang interview saya memang serupa and sama dengan apa diceritakan.  Amazing, ikut script kah??

Dalam interview katanya tidak boleh letak saya under management, saya perlu melakukan outdoor task such as meet face to face with 'big' clients-katanya.  Saya pun jawab, honestly saya tidak berminat dengan outdoor or travelling, im more to work behind and kerja dekat ofis .  Hihi. Katanya, pengalaman outdoor bertujuan bagi memahami syarikat,then barulah boleh bekerja di dalam ofis. Ok. weird. Saya tiada masalah travelling, tapi kalau melibatkan kerja hakiki, oh, memang bukan minat saya, sebab tu saya ambil kos pengurusan, melibatkan organisasi, bukannya marketing, outdoor activity. Oh ya, manager ada juga tanya soalan lain apa itu management dari segi pemahaman saya and that's it.   Ok, itu pengalaman saya hari ini.  Bukan terlalu memilih, tapi apa salahnya kalau kita kerja 'kena' dengan hati kita and paling kurang 'selesa' dengan kelayakan yang kita ada.  Penat lelah kita belajar, at least, nampaklah hasil dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 06:00 PM | Show all posts
Aku rasa bersyukur dan bernasib baik sebab terjumpa thread ni. Mekasih bebanyak tuan tanah dan forumer yang sudi share pengalaman berhadapan dgn company penipu. At least aku dapat tahu company mana yang terlibat tu. Aku pun sekarang ni baru je habis study. Memang plan nak cari kerja. Ada jugak hampir2 nak email resume aku ke company2 yang disebutkan. Camni aku fokus cari kerja dalam bidang engineering je la jawabnya. Job vacancy in sales and marketing mcm banyak penipuan jek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 03:07 PM | Show all posts
hurmmmmmmmmmmmmmmmm kalau yang nie penipuu tak???????


Hi . Congratulations, you are selected to attend an interview

( Still not working and can work IMMEDIATELY  )




03/03/2015 ( Tuesday )

11:30am

Hotel tropical inn JOHOR , 15th floor

JOHOR BAHRU

- Resume & Sijil photocopy

- Wearing formal




Call 07-2260607 for double confirm
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 02:05 PM | Show all posts
aku penah pi interview DNMC ni, aku tgk iklan kekosongan admin, bila mohon terus panggil temuduga. Pi temuduga tgk2 kena keja sebagai sales. hampeh betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:55 AM | Show all posts
nak tanya, kot kot lah sini boleh bagi jawapan. aku baru apply job berkaitan ngan event. senarai company berserta dengan venue diorang ni ada suruh datang interview esok:
-Innovage event (area LRT Maluri, Cheras)
-Protege (Bangunan Lim, Jalan Ipoh, KL)
-Perekond (Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, KL)

So aku nak tahu, antara company-company ni ada company yang scam orang tak ? sebab apa yang aku baca dari forum ni korang kata memana yang ada offer event management punya position/venue dekat dengan lrt/tak perlu pengalaman apa semua memang ada yang mention kat website mudah.my. mohon pencerahan, thank you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak kata ape lol . Company tu kalau tipu , kenapa active sampai sekarang ? Adui . Dapat lahirkan manager2 company lagi . Kau pernah dengar pepatah " bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian " pernah kan. Tu pasal dia kata training management sebab daripada customer service kepada manager. Kena pandai handle dulu bro. Baru boleh jadi manager. Tetibe nak jadi pebtadbir syarikat susah lahh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke ni? Alamakkk.. Mcm mana ni? Minggu depan saya ada interview dejat company nama pro direct
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke ni? Alamakkk.. Mcm mana ni? Minggu depan saya ada interview dejat company nama pro direct
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Maseh ada lagi diorang kan
Actually dpt call tadi, inteview esok jam 10pagi
Naseb la tergerak cari dlm google pasal company ji
Hampeh tul hahahah
Location kat prai jaya 2 kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.110492 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list