View: 2236|Reply: 11
|
Dayang AJK baru dalam Biro Muda Karyawan
[Copy link]
|
|
PETIKAN KOSMO
29 Mac 2008
Sinar baru untuk artis muda
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
PENUBUHAN biro baru dalam Karyawan mampu memberi sinar baru untuk artis muda di negara ini.
APABILA Persatuan Karyawan bergegar dengan kontroversi, salah-guna wang persatuan, ahli jawatankuasa meletak jawatan, laporan polis serta pemecatan beberapa orang ahlinya, ramai yang tertanya-tanya, relevan lagikah persatuan artis ini jika sekadar menjadi medan percakaran?
Sekalipun matlamat asal sesebuah persatuan artis itu untuk membela kebajikan dan hak para artis tempatan, realitinya masih terlalu banyak kepincangan dan objektif penubuhan persatuan itu dipersoalkan banyak pihak.
Di bawah naungan Presidennya, Freddie Fernandez, Karyawan nampaknya tidak mudah mengalah. Mungkin juga atas prinsip berani kerana benar dan usaha memartabatkan persatuan perlu terus berjalan.
Mengubat luka dari kepedihan dek imej yang tercalar Karyawan bangkit dengan agenda yang lebih besar.
Selepas meraikan seluruh ahli pada Mala Gala Karyawan yang disambut meriah awal Mac lalu, satu lagi agenda besar dilaksanakan Karyawan iaitu menerusi penubuhan Biro Muda Karyawan.
Biro Muda Karyawan yang dipengerusikan sendiri oleh Freddie buat sementara waktu ini berfungsi untuk mewakili golongan muda dalam menyuarakan pendapat, cadangan mahupun aktiviti persatuan.
"Karyawan ada menerima jolokan persatuan untuk artis lama, tidak mewakili suara generasi artis baru. Jadi, kewujudan biro baru ini diharapkan satu revolusi untuk Karyawan menjadi lebih relevan dengan industri," jelas Freddie yang mempengerusi mesyuarat pertama Biro Muda Karyawan bersama lebih 70 ahlinya di Bangsar, Kuala Lumpur Selasa lalu.
Biro Muda Karyawan mempunyai 10 ahli jawatankuasa mewakili penggiat seni baru dan lama yang masih muda dengan latarbelakang seni berbeza merangkumi pemuzik, penyanyi, pelakon, penari, penerbitan lagu, penganjuran majlis dan banyak lagi.
Antara yang baru dilantik adalah Aravindhan Chandran mewakili golongan penari, Asheek Def Geb C (artis berkumpulan), Sufian Amrin (artis nasyid), Dayang Nurfaizah (artis popular), Amylea AF3 (penerbitan lagu), Hafiz Hanafiah (pelakon TV dan filem), Shaliza Kadir (pengurusan artis) dan Shahril +++Shaari (penyanyi dangdut dan irama Malaysia).
Selain pelantikan AJK baru, mesyuarat pertama Biro Muda Karyawan ini antara lain membincangkan permasalahan utama berhubung artis baru adalah peluang lagu dimainkan di radio, royalti, sokongan dan kerenah media, biasiswa serta penetapan kadar bayaran artis.
Dengan penubuhan biro baru ini, besarlah harapan semua warga seni terutamanya artis muda sebagai tempat mengadu jika berhadapan dengan segala macam masalah yang tidak terduga.
Lebih penting lagi dengan perkembangan terbaru ini, mereka berharap diberi lebih banyak peluang bekerja dalam suasana yang lebih profesional.
Apa kata AJK baru Karyawan
揝UDAH enam tahun dalam industri ini, tetapi tidak pernah menyertai mana-mana persatuan. Apabila penubuhan Biro Muda Karyawan ditubuhkan, misi saya adalah untuk menjadi salah seorang AJK. Saya ada ramai kawan dalam bidang lakonan dan saya tahu mereka juga bukan ahli mana-mana persatuan. Selepas ini, saya akan gunakan peluang ini mengajak mereka menyertai persatuan kerana di sini ada ruang untuk orang-orang seperti saya meluahkan sebarang permasalahan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah macam tu. Bolehlah Dayang bela nasib artis 'popular' yang teraniaya nanti. Selain tu boleh lah 'ganyang' syarikat rakaman yang tipu artis, hisap darah artis, paksa artis tak berpengalaman sign kontrak yang bersifat menekan. Memang Dayang yang paling layak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Dayang..semoga nama dayang akan terus mekar bukan sahaja sbg penyanyi berbakat tapi juga penyanyi yg menyumbang thadap kemajuan industri...:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah & gud luck dayang..... |
|
|
|
|
|
|
|
go daynaG!aku bila dpt tahu berita ni kan
cam seronok je taw |
|
|
|
|
|
|
|
apa agaknya yg dyg akan buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Misi terbesar Karyawan
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
M. NASIR (tiga dari kiri) merupakan antara muka baru yang diserapkan sebagai Ahli Jawatankuasa Karyawan yang baru. Gambar ABY BAIZURA HARUN
--------------------------------------------------------------------------------
TIDAK dinafikan, majoriti penyanyi serta pemuzik yang mengadakan persembahan di hotel-hotel dan kelab-kelab malam di negara ini merupakan warga asing, terutamanya dari Filipina.
Dominasi yang bermula sejak awal tahun 1970-an itu sedikit sebanyak telah menganggu periuk nasi para penyanyi dan pemuzik tempatan di mana mereka juga tidak kurang hebat daripada segi bakat dan penampilan diri.
Malah, keadaan itu semakin mendukacitakan apabila pihak hotel dan kelab malam pula dikatakan lebih mengutamakan para penyanyi serta pemuzik dari luar negara menyebabkan ramai artis tanah air yang terasa terpinggir.
Menyedari fenomena yang kurang sihat itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berazam untuk membela kepentingan dan bakat para penyanyi serta pemuzik tempatan supaya mereka juga mendapat peluang yang sama.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata, pembelaan terhadap para penyanyi serta pemuzik hotel dan kelab malam merupakan antara agenda penting persatuan itu dalam waktu terdekat ini.
Menurutnya, Karyawan akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) bagi mewujudkan kuota pengambilan penyanyi serta pemuzik tempatan di hotel-hotel dan kelab-kelab malam di negara ini pada masa depan.
“Kita (Karyawan) akan bekerjasama dengan KPKKW bagi mewujudkan suatu Program Akreditasi Artis yang akan disertai oleh artis-artis kita dalam masa kira-kira 10 hingga 15 hari.
“KPKKW dan Karyawan mungkin boleh mengeluarkan sijil khas kepada para peserta yang tamat menjalani kursus meliputi soal penampilan diri, komunikasi dan sebagainya.
“Mereka (penyanyi dan pemuzik) boleh menunjukkan sijil yang telah dikeluarkan itu sebelum mereka memohon untuk mengadakan persembahan di hotel atau kelab malam,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali yang kesembilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada Mesyuarat Agung itu, Freddie mengekalkan kerusi Presiden persatuan tersebut dengan menang tanpa bertanding untuk sesi 2008 hingga 2011.
Jelas Freddie, Karyawan dan KPKKW antara lain turut bersetuju supaya kuota pengambilan penyanyi dan pemuzik tempatan ditetapkan sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi adalah untuk artis-artis dari luar negara.
Katanya, perbincangan yang melibatkan soal penguatkuasaan dan undang-undang itu kini sedang dalam perbincangan akhir dan beliau berharap ia akan dapat direalisasikan dalam tempoh waktu terdekat ini.
“Kita harap pihak hotel dan kelab malam mematuhi peraturan yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Kalau mereka tidak mematuhi peraturan itu kelak tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan ke atas mereka,” ujarnya.
Ketika pertemuan itu, Freddie telah mengumumkan Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden Karyawan yang baru, Datuk Paduka Julie Sudiro (Setiausaha Agung) dan Mazin Siraj (Bendahari).
Pada masa sama, beliau turut memperkenalkan 10 Ahli Jawatankuasa baru yang mewakili biro-biro Karyawan yang dilantik berdasarkan pemilihan daripada hampir 100 ahlinya yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Empat daripadanya merupakan biro yang baru ditubuhkan di mana Dayang Nurfaizah mewakili Biro Artis Muda, M. Nasir (Biro Komposer), Yantzen (Biro Sukan) dan Khairil Khamis (Biro Pelakon).
Sementara Datuk Sarimah Ahmad mewakili Biro Veteran, Salwa Abdul Rahman (Biro Penyanyi), Raihan Sulaiman Palestine (Biro Kebudayaan), Satiman (Biro Pemuzik Kelab), Nooramin (Biro Deejay) dan Nazrey (Biro Nasyid).
Jelas Freddie, Biro Nasyid ditubuhkan sesuai dengan peranannya yang lebih luas terutamanya membabitkan soal-soal keagamaan dan bukan sekadar hiburan semata-mata.
“Kita bukannya tidak mahu tubuhkan biro muzik-muzik lain tetapi muzik nasyid ini lain sedikit daripada segi objektifnya kerana ia membawa mesej-mesej tertentu.
“Sebagai contohnya, Nazrey bukan setakat mengendalikan artis-artis nasyid tetapi beliau juga akan menguruskan hal-hal yang berkaitan keagamaan di mana ia telahpun ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu. Mungkin muzik-muzik lain boleh digabungkan dalam satu biro yang lain,” katanya.
Sebagai sebuah persatuan yang telus, Freddie menjelaskan tabung Karyawan kini berjumlah RM176,000 di mana pelbagai usaha akan dilakukan pada masa depan bagi menambah dana persatuan tersebut.
Tambahnya lagi, dana itu akan terus digunakan bagi membantu artis-artis yang kurang bernasib baik termasuklah pemberian pencen bulanan berjumlah RM500 setiap seorang kepada lebih 10 artis veteran sejak beberapa tahun lalu.
“Selain itu, fokus kami ialah soal kebajikan dan ekonomi ahli-ahli persatuan ini. Misalnya, bagaimana untuk mencari peluang kerja untuk mereka terutamanya artis-artis veteran.
“Dalam hal ini, Karyawan sentiasa membantu artis-artis veteran contohnya, kalau dalam sebuah persembahan yang kami anjurkan tiga daripada sepuluh orang artis yang mengadakan persembahan merupakan artis veteran,” ujarnya lagi yang berjaya menambah 200 keahlian baru Karyawan baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Karyawan bukan persatuan kebajikan
Oleh Mohd Nasif Badruddin
[email protected]
Rap
TIADA perubahan ketara dalam pengurusan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sesi 2008/2010 apabila Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-9 baru-baru ini menyaksikan ramai muka lama kekal menerajui persatuan yang ditubuhkan pada 2000 itu.
Biarpun pernah berdepan kontroversi dalaman yang turut menyeretnya awal tahun ini, orang nombor satu Karyawan, Freddie Fernandez terus mendapat kepercayaan ahlinya untuk menerajui persatuan berkenaan apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden yang mula disandangnya sejak 2005.
Begitu juga dengan Timbalan Presiden apabila Radhi Khalid turut menang tanpa bertanding diikuti beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) lain. Cuma ada sedikit penambahan pemilihan empat AJK baru yang diberi mandat oleh ahli untuk menerajui biro yang baru diwujudkan iaitu M Nasir akan mengetuai Biro Komposer, Dayang Nurfaizah (Biro Muda), Yantzen (Biro Sukan) dan Khairel Khamis (Biro Pelakon).
Malah, mesyuarat yang berlangsung di Bilik Johor/Kedah, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini tidak lagi memperlihatkan 'ketegangan' dan pertikaman lidah seperti yang terjadi dalam mesyuarat agung luar biasanya sebelum ini.
Kata Freddie, dia bersyukur kerana menang tanpa bertanding dan mendapat kepercayaan untuk terus menerajui Karyawan. Pemilihan kali ini membuktikan ahli Karyawan bersatu-padu dan mempunyai matlamat sama memartabatkan industri seni tanah air tanpa mengira latar belakang.
揝aya rasa bangga dan sukacita dengan pelantikan AJK lama dan baru. Semoga dengan pemilihan kali ini, kita dapat bekerjasama bukan saja menjaga kebajikan ahli tetapi juga memartabatkan kembali industri seni yang agak suram sebelum ini.
揇engan terpilihnya beberapa nama besar sebagai AJK Karyawan, kami berharap mereka akan dapat menarik lebih ramai lagi ahli menyertai persatuan. Pemilihan kali ini akan menjadikan Karyawan lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan membela nasib karyawan seni tanah air, |
|
|
|
|
|
|
| |
|