|
View: 2287|Reply: 39
|
DAP state leaders defy Kit Siang
[Copy link]
|
|
|
Nampaknya drama dalam pakatan BR semakin menarik.. The game is ON 
Sources: The Star
Questions over MB post as state leaders defy Kit Siang
KUALALUMPUR: The saga of who will head the coalition government in Perak has taken a dramatic turn, with DAP adviser Lim Kit Siang ordering his party assemblyman to stay away from the swearing-in of the Mentri Besar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MB Perak keturunan Melayu akan dorong kakitangan awam kerja sepenuh hati - Ngeh
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Mar 13, 08 | 10:17:20 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham Ngeh berkata,Menteri Besar dari keturunan Melayu akan mendorong kakitangan awam berkenaan bertugas dengan sepenuh hati.
Pelantikan wakil Pas sebagai Menteri Besar, sedangkan parti itu hanya memenangi enam kerusi DUN, Ngeh berkata perkara itu diperkenankan Raja Dr Nazrin Shah untuk melicinkan sistem penyampaian kerajaan negeri kerana kebanyakan kakitangan awam dari keturunan Melayu.
"Menteri Besar akan menamakan barisan Exco dan portfolio lain yang juga akan disandang kedua-dua Timbalan Menteri Besar," katanya.
Beliau akan berbincang dengan Mohammad Nizar dan wakil rakyat lain mengenai pelantikan Exco kerana jawatan itu membabitkan banyak portfolio.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama bakal Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin selepas mengadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam.
Pada sidang media yang sama yang turut dihadiri Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim dan Setiausaha DAP Perak yang memenangi DUN Pantai Remis, Nga Kor Ming, Mohamad Nizar berkata,
"Saya harap dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Muda, saudara (media) memberi maklumat kepada rakyat supaya mereka faham tiada lagi rasa sangsi, tiada lagi rasa bimbang dengan kerajaan yang dipilih rakyat.
"Perubahan kepada kerajaan campuran ini adalah perubahan yang sempurna, perubahan yang licin dan perubahan yang tidak memberi apa-apa tekanan kepada masyarakat."
Beliau berkata, kerajaan campuran Barisan Alternatif (BA) dan DAP akan melaksanakan dasar memberi kebaikan kepada rakyat kerana keputusan yang hendak dibuat kerajaan adalah keputusan bersama.
"Kita mengambil kira rakyat berbilang kaum, iaitu Cina dan India dengan jawatan Timbalan Menteri Besar 1 dan Timbalan Menteri Besar 2 dari kaum Cina dan India.
"Kita ingin memberitahu rakyat Perak supaya mereka tidak berasa risau dan tidak rasa bimbang kerana ini adalah kerajaan rakyat yang merangkumi dan mewakili semua kaum terbesar di negeri ini," katanya.
Mohammad Nizar berkata, senarai nama Timbalan Menteri Besar 2 dan barisan Exco negeri akan diumumkan selepas majlis angkat sumpah, petang ini.
Adun kawasan Hutan Melintang, S Kesavan - satu-satunya wakil India daripada PKR yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu, dijangka dinamakan sebagai Timbalan Menteri Besar 2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nik2121 at 13-3-2008 10:27 AM 
dah ade....
Apa yg dah ada,nik? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
See, I told you orang2 DAP semuanya matang.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 norrie's post
eh... silap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la media suka membesar2kan isu ni. BN tu lagi haru-biru. Kata MCA mahu Ong Ka Ting letak jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Kami menyokong Sultan bukan kerana kami melayu, tapi kerana kami rakyat Perak. Jangan 'HINA' sultan kami!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe PAS jadi MB sebab majoriti ahli EXCO nanti dari DAP dan ini memberikan DAP pengaruh yang besar dalam kerajaan negeri. mereka tidak perlu takut kuasa mereka akan dihakis.tambahan pula, sudah menjadi sejarah seorang timbalan menteri besar dilantik dari kalangan bukan melayu di sebuah negeri beraja. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu perkembangan selanjutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cayalah sultan Perak.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah lega aku.....sultan AZLAN sultan yg bijak........DAULAT TUANKU kerana membuat keputusna yg bijak.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terserlah kebijaksanaan Sultan Perak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kit Siang belum consult dgn Ngeh lagi. Ngeh dah setuju pon. Aper pulak masalahnya di situ. Cuma miscommunication jer. Utusan jer yg beriya2 nak laga2kan diorang nie. :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kisahle sapa-sapa pun nak jd MB.
Yg penting kuku DAP dah mencengkam kuat dalam pentadbiran negeri.
Ni yg syok nak tengok ni. The GAME is ON.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 13-3-2008 10:52 AM 
Kit Siang belum consult dgn Ngeh lagi. Ngeh dah setuju pon. Aper pulak masalahnya di situ. Cuma miscommunication jer. Utusan jer yg beriya2 nak laga2kan diorang nie. :@ :@
Drama dalam DAP tu a different story..
Whatever it is, dahulukan kepentingan rakyat daripada parti..
Raja Nazrin mmg memberikan justifikasi yg tepat..Pemimpin dan pelaksana sama pentingnya dalam sesebuah kerajaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Muntz's post
|
biasa la tu....IQ lemah...ehehehehhe.....kan dorang seme ni dari dulu lagi akan cari peluang untuk laga2kan org....dah jadi resmi dorang....gemor laga2 pipi kalo berjumpa....sampai terbawak2 nak laga2kan org lain pulak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
media memainkan peranan paling kotor melaporkan isu2 mengaitkan sentimen kaum... come on guys.... rakyat skarang xleh diperbodoh2kan lg...x serik2 ke dgn pengajaran dr kptsn plhraya...... kite skarang ade mcm2 medium info...internet sume ade... so benti2 kan la keje x bijak ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|