CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1042|Reply: 18

UMNO Mesti Korbankan Paklah

[Copy link]
Post time 10-3-2008 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Melihat kepada keputusan PRU ini, UMNO tidak adapilihan lain kecuali menolak Paklah dari terus menjadi presiden parti danPerdana Menteri Malaysia. UMNO harus sedar kedudukannya sekarang adalah sangatgenting. Menyimpan Paklah dengan jawatan-jawatannya akan menyebabkan rakyatjelak serta UMNO bakal kehilangan kepercayaan, sokongan dan saki-bakikehormatan yang masih dimilikinya.

Jika sebelum pilihanraya, hanya rakyat bandar yang memahami kelemahan dankerosakan yang dibawa Paklah, selepas pilihanraya ini rakyat luarbandar pulaakan bertanya kenapa dengan Paklah sehingga BN dan UMNO mengalami kemerosotanyang begitu teruk. Orang akan mula bercerita dan pastinya nama Paklah dansegala apa yang telah dilakukannya yang akan diulang-ulang sebut. Semakin ramaiakan mengenali siapa Paklah sebenarnya.

Paklah adalah satu liabiliti yang tidak boleh dikompromi oleh UMNO dan negaraini. Jika Paklah sendiri tidak mahu menerima atau memahaminya, makatanggungjawab parti dan rakyatlah untuk menjelaskan kepada beliau. Kalau beliautidak mahu berganjak, parti yang perlu mengusungnya keluar.

Perhimpunan yang dibuat oleh ahli UMNO di kediaman Paklah semalam adalah satuperbuatan yang bodoh. Rakyat baru saja memberi mesej yang jelas sehari sebelumitu, iaitu pada hari pilihanraya, bahawa mereka menolak Paklah, tetapi ahliUMNO pula berpusu-pusu menunjukkan sokongan dan meminta beliau janganmelepaskan jawatan. Kepada rakyat Malaysia, tentunya ahli UMNO kelihatan lebihpentingkan Paklah dari parti, rakyat dan negara mereka. Ini satu senario yangtidak boleh diterima.

Inilah padahnya bila Paklah mengajar pimpinan lapisan UMNO menjadi parapemimpin berbayar. Inilah hasilnya apabila Paklah mengagihkan RM3 juta kepadasetiap bahagian UMNO pada PAU lepas. Para pemimpin UMNO berbayar ini tentulahtidak lagi patuh kepada keperluan dan inspirasi rakat, sebalik patuh danmenurut apa yang disuapkan oleh para pemimpin atasan saja. Mereka hanyalahbalachi kepimpinan UMNO. Mereka tidak akan bekerja untuk rakyat dan bersamarakyat.

Malangnya kita masih nampak pemimpin UMNO buat-buat tak faham apa yang telahberlaku walaupun rakyat bukanlah sebodoh yang mereka sangkakan. Pilihanrayakali ini telah membuktikan dengan jelas, bahawa rakyat sangat faham danmenyampaikan protes mereka.

UMNO, jika tidak bertindak tegas dan membetulkan semua masalah yang melandanyadengan segera, parti warisan melayu yang begitu besar jasanya kepada bangsa,agama dan negara ini pasti akan berkubur terus pada pilihanraya akan datang.

PRU kali ini adalah peringatan dan peluang terakhir kepada UMNO secara umumnyadan Paklah secara khususnya. Paklah mesti disingkirkan. UMNO tidak ada pilihanlain selain itu untuk terus relevan dan dihargai rakyat. Jangan jadikanperjuangan dan pengorbanan bangsa sebelum ini rosak dan menjadi sia-sia hanyakerana seorang pemimpin yang sudah pun dianggap pengkhianat dan tidak berguna.

UMNO, korbankanlah Paklah. Jadilah parti dan bangsa yang bermaruah dan terhormat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 12:39 PM | Show all posts
Pak lah mesti bertanggungjawab. kekalahan di beberapa negeri adalah protes ketidakpuasanhati pengundi BN khususnya ahli UMNO terhadap kepimpinan Pak Lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 12:44 PM | Show all posts
elokla simpan paklah,tunggu 5 tahun lagi terus bungkuslah BN.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by ultra78 at 10-3-2008 12:44 PM
elokla simpan paklah,tunggu 5 tahun lagi terus bungkuslah BN.


aku suka paklah jd pm utk 5 thn lg
spy 5 thn lg,,tidur nye lebeh nyenyak
tidur la pak lah...tidoqqqqqqqqqqqqqqq lahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 12:51 PM | Show all posts
paklah kena berundur..tapi nak ke die berundur?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 12:58 PM | Show all posts
takder maknanyer...........paper hari ni aku baca pak lah ngan bangga nyer kata yg dia akan meneruskan perjuangan @ tido nyer

rakyat dah takder pilihan.....terpaksa sokong pembangkang..alahai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2008 01:02 PM | Show all posts
tidurku mesti detruskan.. malas ar nak bangun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by cabai_melaka at 10-3-2008 12:48 PM


aku suka paklah jd pm utk 5 thn lg
spy 5 thn lg,,tidur nye lebeh nyenyak
tidur la pak lah...tidoqqqqqqqqqqqqqqq lahhhhhh


..
...aku setuju....HIDOP PAKLAH!!! ...TIDORRRR PAKLAH!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 01:12 PM | Show all posts
Apalah korang ni...
Sokong jer lah sapa2 y ditabalkan jadi PM...
Nanti dikater menderhaka pada negara plak nanti kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:13 PM | Show all posts
undurlah... undurlah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:14 PM | Show all posts
pak lah nak 'tido'..itu dia punya hal...ni yg keliling2 pak lah yg dok 'berjaga' kononnya ni...jng korang pun nak 'tido' sama.....bangkit...ari dah siang weh...!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:41 PM | Show all posts

Reply #11 jelitayu's post

Memang payah nak mengejutkan orang yg "tidur" ni. Apalagi lenanya diulit
mimpi2 indah. Kalo sekadar dijirus air.. tak mau bangunnya. Agaknya jika
dicucuh api dipunggungnya.. barulah terjaga. Malangnya.. banyak pulak
"penjaga2nya" yg menjaganya agar terus lena dibuai mimpi indah..;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:42 PM | Show all posts
kenapa UMNO gi tu lembik???
yg dah jadi barah tu campak buang je le..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:48 PM | Show all posts
tidur'LAH' wahai PM ku..

2004  ... sokongan meningkat utk BN/UMNO adalah 100% kerana 'dia'
2008 .... kekalahan teruk BN/UMNO adalah kerana org lain tidak bekerja dgn cemerlang....

aku hanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:49 PM | Show all posts
mahadey kata masa 2004 paklah dengan berlagak kata kemenangan besar pada masa tu 100% adalah faktor PAK LAH....tapi kenapa bila kalah paklah taknak pula mengatakan bahawa ini adalah 100% faktor dia juga?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 10-3-2008 01:42 PM
kenapa UMNO gi tu lembik???
yg dah jadi barah tu campak buang je le..


Kerana ramai di antara pemimpin2nya yg lebih mementingkan periuk nasi sendiri.
Mungkin ada.. tapi tak ramai,, yg benar2 ikhlas berjuang demi ugama, bangsa dan
negara tercinta.. cukup menghampakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 01:55 PM | Show all posts
undurlah paklah....orang sumer dah muak...

sekurangnya berundur lah demi parti "terbaik" negara nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:59 PM | Show all posts
dorang nak simpan Pak Lah untuk dijadikan TEMPE
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #18 gimme69's post

TEMPE tu penting untuk khir toyol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076678 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list