CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5643|Reply: 79

Tesco jual Ayam Tak Sembelih

[Copy link]
Post time 20-2-2008 10:26 AM | Show all posts |Read mode
3 pembekal ayam tak sembelih disaman Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.

Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2008 10:27 AM | Show all posts
menyesal tul beli ayam2 kat tesco nihhhhhhhhhh......
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:29 AM | Show all posts
5 juta? .. hehe tesco bayar sambil tutup mata je..

satu cawangan pun sales beratus ribu sehari.. takat 5juta tu manager tesco tu renyih ja bayaq.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:29 AM | Show all posts
cayalah..saman jangan tak saman.

saman demi kebaikan umat Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 20-2-2008 10:26 AM
3 pembekal ayam tak sembelih disaman Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zain ...

nasib baik aku tak pernah beli ayam kat tesco mahupon hypermarket lain.. bukan apa, dah hypermarket org kaper
pendek kata, kami tak beli ayam utk pemakanan harian..sb

1. takot isu sembelih
2. takot dgn hormon/bahan kimia dlm ayam tu.. leh buat kanser

so kalau nak makan ayam kami g restoren yg kami tahu diorang bela ayam sendiri & sembelih sendiri.. tu pon jarang. selalu makan ikan je kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:38 AM | Show all posts
HUHUHU
NASEB BAEKKKKK...
TP DULU TIME AKU BLAJA, AKU SLALU BELI AYAM GORENG KAT GIANT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2008 10:39 AM | Show all posts
tak mo dah beli ayam tesco
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:39 AM | Show all posts
  Ya Allah ampunkanlah dosa kami sekeluarga.....

Su selalu beli ayam kat tesco ni kerana hubby su suka mkn ayam.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 10:40 AM | Show all posts
Masa aku pegi Tesco pada 30/1/2008 aritu, Ayam di jual dengan begitu murah RM4++ sekilo.
Berduyun org beli. Aku pun dah belek2 nak beli jugak.

Sekali aku tengok EXPIRED DATE kat plastic yg bungkus ayam tu. Nak tahu expired date die biler ???



.................... 31/1/2008.



patut la jual murah.  Sila ambil sbg panduan dan pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:40 AM | Show all posts
aku mmg tak beli ayam kat hypermarket dan yg seangkatan dgnnyer ... sblom ni kan dah ada keraguan, :@  jadi baik aku elakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:44 AM | Show all posts
ayam ada expired date ke eh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:44 AM | Show all posts
aku beli ayam kat pasar besar jek.. tak payah diskaun apa pun. janji aku kenal pakcik yg jual tu. tau lah kat mana tempat dia sembelih ayam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:50 AM | Show all posts
rasanya cam nak bela ayam kat kampung dan sembelih sendirik..
cuba korang pikir..ini citer sebenar pemandu lori ayam..
masa dia bawak ayam kat lori..
byk ayam yg mati..
takkan ayam yg mati tuh diorg main buang jerks..
mestilah recycle balik..
dan sbb tuh ada ayam yg urat leher dia tak putus
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by meow_tompok at 20-2-2008 10:40 AM
Masa aku pegi Tesco pada 30/1/2008 aritu, Ayam di jual dengan begitu murah RM4++ sekilo.
Berduyun org beli. Aku pun dah belek2 nak beli jugak.

Sekali aku tengok EXPIRED DATE kat plastic yg  ...


nothing wrong wit that...jgn dia jual ayam dah expired cukup ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:51 AM | Show all posts
Giler ke ape Tesco ni?? Risau lak nak makan ayam pasnie
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:55 AM | Show all posts
adus.....kesian yg beli tuh...

jahat tul la pembekal nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 10:56 AM | Show all posts
ayam kat hypermarket tak same ke ngan ayam kat pasar?
ayam kat pasar pun ada expired date jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:57 AM | Show all posts
tutup tesco ajelah....takat saman 5 juta x luak pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by suriza_sue at 20-2-2008 10:39
  Ya Allah ampunkanlah dosa kami sekeluarga.....

Su selalu beli ayam kat tesco ni kerana hubby su suka mkn ayam.....


AMINNNNN..... my son pun suka sgt mkn ayam so rumah dekat jek dgn Tesco tu yg selalu pegi beli ayam kat sana tuhhh!!! GERAM BETUL DGN TESCOOOOO NIHHHHH... mcm mana nak saman gak ekkk???????

HANCUSSSSS.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 11:22 AM | Show all posts
aku pun duk selalu beli ayam kat tesco. pasni takmau beli dah walaupun lepas ni manatau kot2 tesco akan keluarkan kenyataan bahawa ayam yg dijual adalah halal dan disembelih mengikut syarat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.095289 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list