CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22637|Reply: 22

Mari mengenali 'KENTUT' secara medical ilmiah

[Copy link]
Post time 20-2-2008 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Dlm seharian hidup kita, pasti nya ada terkentut sekali sekala, betul tak?? Jgn malu..jgn segan..

Oleh itu jangan cuma tahu ambil BAU-nya saja, tetapi harus tahu juga proses sains ilmiahnya.

1. Dari mana asal kentut?
>Dari gas dalam usus.
>Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus
>dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
> Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen
> dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di
> usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus
> menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan
> hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa
> banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan
> kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana
> gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya
> tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak
> sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
> Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini
> mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan
> anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut
> & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam
> memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi
> volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
> Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi
> bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
> Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses
> pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran
> gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg
> berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil
> volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
> Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
> Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan
> perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya
> ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik
> usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus,
> termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah,
> iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung
> kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik,
> gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana
> bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke
hidung orang lain?
> Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah
> angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan
> 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar &
> konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik,
> bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara
> selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift,
> kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam
> waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
> Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih
> boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
> Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan
> kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
> Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya
> bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
> Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut
> (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus
> berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak
> kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
> Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft
> drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas
> di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
> Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut.
> Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang
> diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
> Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi
> bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.
> Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
> Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam
> mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru
> kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
> Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas
> untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
> Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan
> protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini
> lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang
> memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi
> relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
> Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami
> pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
> Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, akan
> tahulah siapa yang kentut..hehehe

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
> Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
> Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan
> udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Wallahu`alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 01:17 AM | Show all posts
adakah kadang2 kentut akan mengeluarkan asap?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 01:16 AM | Show all posts
  best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by kupu2siang at 20-2-2008 01:17 AM
adakah kadang2 kentut akan mengeluarkan asap?


belom pernah lg saya jumpa org kentut berasap..kalau kat negeri sejuk omputeh slalu nampak org bernafas kuar wap asap..belom ada sejarah idup saya tgk org sana kentut kuar asap kepol2 gitewww..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 07:44 AM | Show all posts
SBD - SILENT BUT DEADLY
"morning thunder"

bg aku gelak sesorang je pg2 ni..
anyway..gud info..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by jenglut at 20-2-2008 01:26 AM


belom pernah lg saya jumpa org kentut berasap..kalau kat negeri sejuk omputeh slalu nampak org bernafas kuar wap asap..belom ada sejarah idup saya tgk org sana kentut kuar asap kepol2 gitewww..

mcm mana nak nampak asap..gas kentut telah terperangkap di celah celana..
adakah kalo org tuh kentut terlalu kerap dan busuk menunjuk dlm perutnya manyakkk bakteria?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2008 02:54 PM | Show all posts
biar kentut kuat jangan kentut berbau ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 06:27 PM | Show all posts
Saya adalah masalah kentut yg terlalu kerap... sebenarnya tersangat kerap.. mungkin Mr Jenglut pakar kentut boleh bantu macam mana nak kurangkan kentut

kekerapan sehingga kadang kala tak sempat nak selesai solat

Masa pergi Mekah... sy sngt hairan org boleh stay kat masjid dari asar sampai Isyak... tak batal wuduk... sedangkan saya setaip kali satu solat kena ambil wuduk lagi.. please kalau boleh selesai masalah nih saya amat gembira...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2008 10:22 PM | Show all posts
mari kita ikuti ....sambungan untuk matapelajaran KENTUT..

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creettttt(mungkin dia tercirit sikit) dan pelbagai bunyi dapatdidengar apabila seseorang itu kentut
.

Ianya kadangkala seronokdidengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianyadapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut.Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahimsesama spesis.


Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan taktahulah. Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazimmengenai kentut.

Mari kita ikuti  pelajaran KENTUT seterusnya..


Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gaskentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentutsehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yangdihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan,suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarakantara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapasaat, ianya akan hilang ke persekitaran.
Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yangkecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil.Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekalberbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap olehdinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambilmasa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jikakentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau padamasa yang sama kita kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Bil. wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebihberbangga apabila kentut .Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyaikonsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentutlelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakankedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang samabagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalambilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik,satu rumah akan dengar.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok ?? Just For Laugh??di saluran NTV7 tak lama dulu.Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasikdengan kentut.

Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentutkura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral danWestern Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabiladiganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialahanai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuanbakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana samabanyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anaiturut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melaluisistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut ataularut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil ?? seni kentut?? (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecillagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistempenghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalahtelan gas kentut orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurutsuatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkansebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawatpengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianyaberoperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkanintestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentutdalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untukmenghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau nak kena lempang tu..sila lah


Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentutmemandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yangsihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpadengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih.Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara

Nanti saya akan cuba sambung lagi yer..

-Pakar Kentut Malaya-
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:37 PM | Show all posts
very smelly lesson la.. hehehehe.. tp insightful... baru ku tau makna kentut dr segi saintifiknye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by nalang at 20-2-2008 06:27 PM
Saya adalah masalah kentut yg terlalu kerap... sebenarnya tersangat kerap.. mungkin Mr Jenglut pakar kentut boleh bantu macam mana nak kurangkan kentut

kekerapan sehingga kadang kala tak sempa ...


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 揚erut besar itu adalahsarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 11:01 PM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 20-2-2008 22:37
very smelly lesson la.. hehehehe.. tp insightful... baru ku tau makna kentut dr segi saintifiknye..
...uuiiissshhhh...jauh betul bau kentut nie travel...sehinggakan di fd pon hang bley bau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 03:03 AM | Show all posts
good info...tapi aku gelak sakit perut baca...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 08:51 AM | Show all posts
betul2 buat aku tergelak sorang2 pagi2 ni....
gud info....
x pernah aku terpiki pun ttg ni...
ada jugak org yang pakar bab2 kentut ni..
yang aku tau... aku org yang suka kentut..
hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 11:43 AM | Show all posts
ade bakteria or benda yang tak elok  tak dalam kentut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #11 jenglut's post

terima kasih jawapan panjang lebar dari Mr jenglut.

saya memang berusaha untuk kurangkan masalah kentut terlalu kerap nih macam yg disyorkan... tp keadaannya masih sama... walau apa pun saya reda dgn ujian Allah dan akan terus ambil berwuduk semula bila terbatal...

Tapi untuk mengabaikan sahaja rasa terkentut semasa solat.... ia akan meninmbulkan rasa was-was atas sah atau tidak solat. biasanya kalau solat berjemaah ditempat org ramai macam kat masjidil haram sy akan terus solat sampai habis... dan biasanya utk lebih yakin sy ambil wuduk semula mengulangi solat selepas solat berjemaah.

Kebaikan org yg selalu kentut macam saya... saya tidak pernah rasa sakit atau pening kepala... dalam hidup saya.... Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2008 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by basikalgirl at 21-2-2008 11:43 AM
ade bakteria or benda yang tak elok  tak dalam kentut ni?


Cik Basikagirl,

Setiap kali kita menikmati hidangan selepas ini, jangan lupa untuk mengucapkanterima kasih kepada bakteria baik di dalam sistem pencernaan kita.

Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:
  • Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria.
  • Terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat.
  • Bakteriabaik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudaratkepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapannutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh.
  • Bakteriabaik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yangtidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkanwujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, makakita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.
Sistemgastro-usus (perut) kita bukan sahaja mengandungi bakteria baik tetapi jugabakteria jahat (berbahaya dan membawa mudarat). Kita memerlukanbakteria baik untuk menghalang atau mengehadkan pertumbuhan bakteriajahat yang tidak dikehendaki yang hidup di dalam tubuh kita. Antara bakteria yang baik ialah Lactobacillus gasseri, Bifidobacterium bifidum danBifodobacterium longum yang merupakan bakteria baik untuk sistempenghadaman dan memastikan badan kita cergas dan sihat.


Bakteria ini bukan sahaja telah dibuktikan secarasaintifik dapat membantu menggalakkan keseimbangan semula jadi antarabakteria baik dan jahat serta menyokong sistem penghadaman, malahandapat meningkatkan kandungan khasiat dan bioketersediaan nutrien.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang bolehmengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilanantibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dandiet tidak seimbang.


Gangguankeseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakanbakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakitberjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.

Kewujudanbakteria jahat terlampau banyak boleh menyebabkan kita mengalami masalah kembung perut,sendawa, sindrom usus rengsa (IBS), sakit perut, cirit-birit, sembelit,alahan makanan dan melemahkan sistem imun badan.

Harap maklum!


-Pakar Kentut anda-
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 12:10 AM | Show all posts

Reply #12 blackmore's post

hehehe apa mau buat otai, selalu dikentutkan.. tu psl sesungut nye sungguh sensitip bila terbau kentut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 10:11 AM | Show all posts
Ok..mari kita lihat video yg di ambil apabila org terkentut:

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:30 AM | Show all posts
Doktor nasihat warga Perancis berani kentut

PARIS: Rakyat Perancis digalakkan kentut selain sendawa dan berpeluh demi kesihatan mereka dan mengurangkan risiko menghidap barah.

Dalam buku Le Grand M閚age, Dr Fr閐閞ic Saldmann, berkata rakyat perlu berani kentut dan mengeluarkan dua liter gas yang dihasilkan setiap hari kerana 'proses semula jadi' dan menyimpannya membahayakan usus.

Pada masa sama, rakyat Perancis juga perlu bebas untuk sendawa pada bila-bila masa.

Dr Saldmann turut mencadangkan tidak menggunakan ubat antipeluh dengan berkata: "Menghalang peluh bukan hanya menghentikan pengeluaran toksin tetapi juga mesej yang berpotensi menjadi daya memikat."
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.098591 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list