CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6451|Reply: 75

ILMU agama penting....

[Copy link]
Post time 19-2-2008 12:51 PM | Show all posts |Read mode
salam

semalam duk tgk TV sesorang....TV2 sebenarnya, duk sibuk sgt dgn demam pilihanraya, ade ke patut segala yg buruk2 pasal kemiskinan dan jenayah semuanya dtg dr negeri sik siti wan kembang tu ..siap dgn statistis bagai..

tapi yg trigger i punya otak nie masa lihat majlis khatam quran di negari terengganu...bangga tgk anak2 kecik dr usia 6 thn dah boleh khatam quran....anak ku ini masih merangkak membaca muqadam ....cuma apa yg i nak bangkitkan isu disini....mak/ayah sekarang nie dah byk kesedaran berbanding dgn mak/ayah zaman 70an dedulu....keprihatinan dlm isu agama memang mendapat tempat dihati masyarakat kita , tolak tepilah mak/ayah nie alim atau rock...anak mesti pi sekolah agama...

yg menarik lagi bila ulasan dr menteri besar negeri tu, yg nak anak2 nie jadi lawyer dgn tahfiz, jadi doctor dgn tahfiz, jadi engineer dgn tahfiz....

cuma satu yg i rasa dlm hakikat anak2 kita jadi tahfiz dan berilmu agama...jgn lupa ajar anak supaya berfikir....ramai i jumpa even dlm keluarga sendiri, ilmu agama tinggi, ilmu tajweed byk tapi ilmu utk hidup kurang...ilmu tanggungjawab kurang, ilmu nak mendidik kurang, ilmu berdikari kurang, ilmu jadi manusia kurang.....anak belajar agama macam subjek bukan dgn penghayatan....

rasa2nya apa punca masalahnya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2008 12:58 PM | Show all posts
pada pendapat kawe..
al-quran ni bukan hanya untuk dibaca dan dihafal..
tapi perlu dipraktikkan..

kita belajar agama..
kita hantar anak kita sekolah agama..
but berapa org yang didk anak pakai tudung seawal umur 7 tahun?
rotan anak 7 tahun yg tak semayang?
most emak bapak siap boleh ckp takpe la nnt besar nnt dia buat la..
but takut terlambat je..
susah nk melentur buluh..

apa pun ini peringatan kat aku jugak..
heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 01:00 PM | Show all posts

Reply #2 an324's post

setuju ...penghayatan dr rumah tu yg MAHA PENTING
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 01:03 PM | Show all posts
ilmu agama ni makanan rohani tuk anak2. jadi seharusnya makanan yang baik ni
dari kecil dah di pupuk. tapi kadang-kala kita tak seimbangkan pulak dgn duniawi.
akak pernah dipersoalkan kenapa anta anak pegi kelas piano, kelas lukisan.
jawapan akak tuk merangsang minda buka anta kelas piano nak suh dia jadi richard clayderman, anta gi kelas lukisan nak jadi picasso.dan akak anta dia gi ngaji
bukan nak dia jadi ustadz tapi nak rohani dan jasmani dia seimbang. nak dunia
dan akhirat dia seimbang. jadi keseimbangan tu yang perlu dicari.
moga2 anak2 ku menjadi anak2 yang soleh amin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 01:12 PM | Show all posts
kalo ikutkan ilmu agama tu sendiri ajar kita berfikir kann?... tapi nak pengalaman i dulu belajar lebih kepada ritual activity....

org solat, kita solat...org posa, kita posa...

sapa yg bertanggungjawab nak suntik values dlm perlakuan anak2 nie...cikgu atau kita mak/ayah....

ada tak mak/ayah sini yg sudi berkongsi...cemana nak bangkitkan penghayatan tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 01:18 PM | Show all posts

Reply #5 my-alja's post

ok ni cara akaklah orang lain mungkin tak sama.
selalu adakan usrah tak formal dgn anak2 kalau
ada sesuatu isu kat tv contoh kes buang anak kitorang
bincangkan bendatu mintak pendapat anak2 tanya diorang
agak2 kenapa boleh jadi gitu. lagi satu contoh
plak akak suka beli buku dan baca bersama anak2
dan bincangkan isinya contoh buku tulisan dina zaman.
tapi yang penting sekali anak2 kena rapat ngan kitalah.
tambahan macam akak anak2 duk jauh jadi terpaksa
berhempas pulas nak menjalankan tanggungjawab tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2008 04:41 PM | Show all posts
untuk dikongsi bersama...
panjang skit..

Mendidik Anak Untuk Hari Tua atau Untuk Tuhan?
  
Artikel dipetik drpd Media Muslim- Dikirim pada Saturday, November 03 @ 18:17:38 MYT dengan sofiad

Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu, anak- anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar j iwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan diman j akan. Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup. Diberi pela j aran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat ker j a, dapat j awatan dan dapat ga j i lumayan.

Mereka rasakan itulah tanggung j awab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka ber j aya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit j uga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan ber j aya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak- anak akan membantu dan membela mereka.

Anak-anaklah men j adi tempat mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang men j amin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini j uga tuntutan agama.

Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tu j uan ini semata-mata. Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersiol atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi. Konsep ini perlu dikikis dan dibuang j auh- j auh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Tuhan.

Anak-anak itu adalah amanah Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan. Mereka perlu dididik supaya men j adi hamba Tuhan selepas itu men j adi khalifah Tuhan dimuka bumi. Mereka perlu dididik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan men j adikan cinta agung mereka.

Mereka perlu dididik supaya men j adi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan. Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Tuhan. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan men j adi orang-orang soleh yang berakhlak dan ber j asa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka.

Soal anak-anak men j aga dan membela ibu ayah mereka akan ter j adi dengan sendiri setelah anak-anak itu men j adi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa. Apabila anak-anak dididik hanya untuk menge j ar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan men j adi matlamat hidup mereka.

Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan men j adi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang ke j i seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain- lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, j auh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka.

Ibu ayah akan men j adi penghalang untuk mereka menge j ar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan men j adi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan men j adi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar men j adi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka men j adi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan men j adi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan men j adi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhi j ab. Ibu dan ayah j uga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.

Hadis ada menyebut: "Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah j ariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang dia j arnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah j uga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.








Wassalam,

Arman Alim B. Mohd. Ismail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 04:53 PM | Show all posts

Reply #7 an324's post

thanks a lot....bagus artikel nie

memang btol kan....antara sedar tak sedar, anak2 sekarang nie dah jadi "target" utk mem"prestige"kan mak/ayah memasing dgn jawatan mereka kelak....

binatang ternakan utk kita dapat hasilnya nanti...huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2008 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by arasham at 19-2-2008 01:18 PM
ok ni cara akaklah orang lain mungkin tak sama.
selalu adakan usrah tak formal dgn anak2 kalau
ada sesuatu isu kat tv contoh kes buang anak kitorang
bincangkan bendatu mintak pendapat anak2 ta ...



ahaa....suka dgn konsep usrah kat rumah
i wish i could ask my hubby jadi tok gurunya...

haritu i marah my son, i felt bad for a few days
lepas solat dan ngaji dgn dia...i masuk jarum kat dia sket.....i cakap, kalo umi mati hari tu...rasanya umi straight masuk neraka sebab umi marah dia teruk sgt....

dia diam aje, i tanya dia....suka ke kalo umi masuk neraka sebab marahkan dia?...dia geleng, i tanya lagi....sedih tak kalo umi masuk neraka?...dia cakap ye!....so tolonglah umi jadi org yg baik supaya tuhan tak marah umi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 19-2-2008 12:51 PM
salam

semalam duk tgk TV sesorang....TV2 sebenarnya, duk sibuk sgt dgn demam pilihanraya, ade ke patut segala yg buruk2 pasal kemiskinan dan jenayah semuanya dtg dr negeri sik siti wan kembang ...


Abang duda kalau balik rumah awai, suka gk channel Astro Oasis waktu pukui 8.30pm sbb masa tu ada zikir yg baguih utk kita ajar anak anak, mendidik depa sambil depa seronok dengaq nyanyian zikir, lama lama depa pun tau makna zikir yg memuji Allah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by DUDAensem at 19-2-2008 09:44 PM


Abang duda kalau balik rumah awai, suka gk channel Astro Oasis waktu pukui 8.30pm sbb masa tu ada zikir yg baguih utk kita ajar anak anak, mendidik depa sambil depa seronok dengaq nyanyian zi ...


a'ah me too...channel wajib bila masuk maghrib dan isyak

my doter pun dah pandai mengikut...sampaikan dlm toilet dia berwirid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 09:20 PM | Show all posts
sesapa nak kongsi lagi, tips nak tambah penghayatan islam dr didikan kat rumah...i byk gak tips tapi kebanyakkan sekular ...so sesapa yg berilmu, sesama kongsi...mungkin barat dan timur kita boleh sulam-menyulam

senario pendidikan sekarang yg me lihat drp kawan2 keliling termasuklah myself....kita tak kedekut hantar anak masuk kelas agama tapi masa kita terlalu kedekut utk lihat sejauh mana penghayatan anak2 tu sendiri....

antara yg plg jelas, anak pi sekolah ngaji muqadam n quran....kita cuma tanya surah apa yg dia dah baca sekarang atau juzuk apa yg dia lah habis....jarang sekali kita tanya dan duduk dgn dia sesama recite dan baca cerita disebalik surah2 yg mereka baca.....byk buku2 agama kat pasaran yg menceritakan kisah2 disebalik surah dlm muqadam tapi melalui pengalaman sendiri...buku2 nie sukar utk difahami oleh anak2 sebab bahasa yg digunakan agak tinggi....jadi antara cara yg terbaik utk sesama menghayati adalah dgn cara bercerita balik pd mereka...

saya ade sorang kawan, hubby berkerjaya lumayan....yg bestnya, suami dia sendiri mengajar anak pompuan dia solat dan mengaji....sesama membaca surah dan meneliti segala terjemahan, seronokkan kalo ayah sendiri dapat mengajar anak2....contohnya tradisi usrah, patut diterapkan dr rumah lagi....i wish..i wish..i wish
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 01:42 AM | Show all posts
tu la yg sebaiknyer.mengaji quran perlu ada penghayatan.

yg kita biase tgk..just antar anak2 mengaji.pucuk pangkal yg dibaca tah difaham idak.

benda ni basic, kalau kita boleh terap pd anak2 insyaallah baik hasilnya....respek betul kan hubby kawan  alja  tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #13 mamahasbi's post

ye lah mama....memula me dgr rasa hebatnya org nie

susah nak carik ayah yg ambik berat pasal pendidikan anak kat rumah...setakat yg ada nie, dia bagi duit saja  ...

sekali-sekala kalo ayah turun padang mengajar esp bab2 keagamaan dan moral pd anak2...rasanya kesan dia lebih maksimum!...mak nie byk selingan, dgn bebelnya....can't help it
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 08:38 AM | Show all posts
selain drp usrah, rasanya musyawarah(mesyuarat) dgn ahli keluarga pun satu pendekatan yg bagus....bila nak mulakan mesyuarat, ada yg baca doa....cara nie me tgk masa duk rumah mak/pak mertua..semua anak2 dan cucu berkumpul...solat jemaah bersama-sama sebelum buat perbincangan...

satu kelainan yg i rasa....sebab my family tak pernah buat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 08:59 AM | Show all posts
latih jemaah kat umah..
hubby jd imam..
dulu time we all solat my baby selalu kaco..
but know, she's 10 month..
bile we all solat dia tgk je..
bila dh bg dok tahiyat akhir tu baru la dia dtg nk nyendeng2..
mcm tau je solat dh nak habis..
heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #16 an324's post

i selalu jemaah bila weekend...jadi anak-beranaklah berjemaah termasuk my doter

yg tak sukanya my doter mesti selak my telekung bila kita tgh kiam...sebab dia nak tiru apa kita buat tapi tak nampak tgn kita dlm telekung...

dia siap angkat telekung dan intai...lepas tu dia tiru
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 10:49 AM | Show all posts
alja....isu yg baguih utk dibincangkan...

mostly bnyk yg "how I wish....I wish....I wish...." ( me lah yg wish...)

tertarik dgn nih -->
dia diam aje, i tanya dia....suka ke kalo umi masuk neraka sebabmarahkan dia?...dia geleng, i tanya lagi....sedih tak kalo umi masukneraka?...dia cakap ye!....so tolonglah umi jadi org yg baik supayatuhan tak marah umi


akan ku gunakan pd anak2 ku nnti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #18 Shahir's post

lepas marah kena guna psikologi utk tarik balik hati anak tu ...memang i punya kelemahan lah shah sebagai mak....kalo i marah, i hate to see myself on the mirror....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 11:48 AM | Show all posts
so true.. macam macam yg kita wish wish..

terbuat dgn tak terbuat jer..

my son ni boring skit.. ada ke semayang jemaah.. dia nak jadi imam..
selalu inform dia.. kalau dia solat dgn adik.. baru dia jadi imam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.130715 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list