CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28461|Reply: 274

Motivasi Bersama JJ - Siri 1

[Copy link]
Post time 5-4-2006 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Topik ni aku bukak khas utuk kita mencurahkan tips-tips yang boleh memberi panduan untuk memajukan diri (self-improvement). Skopnya amat luas sekali untuk dibincangkan. Tak kiralah korang nak bagi tips macam mana majukan perniagaan ke, macam mana nak jadi kaya ke, macam mana nak majukan diri dalam pekerjaan ke, macam mana nak jadi manusia yang cemerlang ke atau nak kongsikan pengalaman2 berharga yang boleh merubah kehidupan seseorang (life changing experience). Korang boleh jugak bagi kata-kata renungan atau azimat yang korang rasa boleh memberi sedikit motivasi untuk kita menjalani kehidupan yang semakin mencabar di alam yang penuh noda.

Diharapkan dengan tips-tips motivasi yang diberikan dapat memberi sedikit panduan disamping melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman badan. Walaupun hanya secebis namun ia dapat meringankan beban kita walaupun pada hakikatnya nilai RM Malaysia kepada Pound Sterling amat jauh dan ketara. Selamat 'menyumbang'kan idea  

'MOTIVASIKU MOTIVASIMU JUA'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2006 12:57 AM | Show all posts

Kata Azimat

Sesungguhnya jalan menuju kejayaan itu penuh liku dan kadangkala berbonggol-bonggol. Kesakitan yang dihadapi anggaplah sebagai lumrah kehidupan yang perlu ditempuh setiap pagi. Untuk melicinkan kejayaan makanlah pisang dan banyakkan minum air. Teranlah menuju kejayaan walaupun terpaksa menumpahkan darah dan kadangkala cacing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2006 12:58 AM | Show all posts
Jika kita terperangkap didalam kesusahan atau kemiskinan, jangan lah gundah gulana. Selalu lah pandang kebawah. Sesusah-susah kita, banyak lagi orang yang lebih susah & menderita daripada kita. Ini merupakan satu latihan untuk menghadapi sebarang kesusahan dimasa hadapan.

Kita juga boleh memuaskan hati sendiri dengan mengklasifikasikan benda-benda selain dari duit untuk mengukur kekayaan. Kalau kita banyak anak, mungkin kita boleh anggap diri kita kaya anak, kalau kita banyak bini mungkin kita boleh anggap kita kaya bini dan seterusnya. Bagi yang tidak mampu berbini atau mempunyai anak yang ramai, boleh membuat pelbagai perkara untuk mewujudkan ilusi bahawa diri kita sebenarnya kaya. Antaranya ialah:

a) Kumpul klip kertas banyak2 - Ini dipanggil kaya klip
b) Kumpul bola banyak2 - Ini dipanggil kaya balls
c) Kumpul botol stout banyak2 - Ini dipanggil kaya stout a.k.a yahudi mabok

dan lain-lain....

Selamat mengkayakan diri sendiri

[ Last edited by  jj at 5-4-2006 01:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-4-2006 12:58 AM
Jika kita terperangkap didalam kesusahan atau kemiskinan, jangan lah gundah gulana. Selalu lah pandang kebawah. Sesusah-susah kita, banyak lagi orang yang lebih susah & menderita daripada kita. ...



kaya bini????:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2006 01:23 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 5-4-2006 01:14 AM



kaya bini????:hmm:


Cuma satu contoh yang diberikan. Jika tidak mampu kaya dari segi wang ringgit, mungkin juga kita boleh kaya bini. Jika kaya bini pun tidak mampu, ikutilah contoh2 yang saya berikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2006 01:36 AM | Show all posts
Bagaimana memotivasikan diri di tempat kerja setelah dimarahai oleh Boss??

Perihal dimarahi ditempat kerja adalah satu perkara biasa yang sering terjadi lebih-lebih lagi kepada pekerja-pekerja yang tidak pandai mengampu boss. Apabila ini terjadi, semangat kita untuk bekerja akan menurun secara drastik dan kecerian akan lenyap di muka bumi ini. Berikut diberikan beberapa tips, mengembalikan semula semangat untuk bekerja disamping menceriakan sisa-sisa hari anda di opis:

a) Tabor beras kunyit di sekeliling opis & asapkan kemenyan sewaktu boss anda sedang mengadakan menyuarat Lembaga Pengarah.

b) Pergi ke tandas opis, berak & jangan flush. Kemudia sebarkan flyers mengatakan siapa nak tengok taik boss sila pergi ke tandas.

c) Download citer lucah di internet atau bergurau senda di chat room.

d) Jual printer di opis masa lunch time dan pergi makan ayam kentaki.

e) Sorokkan bangkai ayam/kucing di kabinet boss anda.

Dan banyak lagi perkara menyeronokkan yang boleh anda buat untuk menggembirakan hati anda yang sakit akibat dimarahi. Selamat menchoba
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2006 01:38 AM | Show all posts
Apabila kita gagal dalam sesuatu perkara, jangan lah terlalu susah hati. Selalulah lihat kegagalan orang lain dan bandingkan dengan kegagalan anda untuk memotivasikan diri sendiri. Contohnya kita fail exam. Cepat2 cakap dalam hati " alahhh....Bill Gates dulu pun fail exam, tapi sekarang dah jadi org terkaya di dunia..." Tapi jika kegagalan anda itu terlalu ekstrem atau melampau contohnya dah 9 kali amik SPM tapi masih jugak gagal, maka anda boleh mencari binatang sebagai galang gantinya. Contoh ayat-ayat motivasi diri boleh diringkaskan seperti dibawah:

a) "Alahhh....sebodoh-bodoh aku....bodoh lagi lembu""

b) "Walaupun aku kurang ensem....at least ensem la jugak dari biawak"

c) "Apasal org cakap bau badan aku bau tungkik ekk??...Takpelah....at least wangilah jugak dari memerang"

....dan seterusnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2006 01:48 AM | Show all posts
Jangan tak tahu. Motivasi yang tinggi juga diperlukan ketika hendak membuang air besar. Jika motivasi kita rendah, kemungkinan taik yang keluar tidak sempurna dan bisa mengguris lubang buntut dan mengakibatkan apa yang kita kenali sebagai sindrom 'luka lama berdarah kembali'. Jika nasib kita malang, taik tak keluar lansung walaupun kita dah tertidor-tidor kat dalam jamban.

Untuk meningkatkan motivasi diri sebelum ke jamban, adalah dinasihatkan kita memberi kata-kata yang boleh membakar semangat pada diri sendiri. Kalau boleh, kata-kata ini hendak lah disebut kuat-kuat betul-betul di depan pintu jamban. Antara kata-kata yang boleh digunakan adalah:

"JUST DO IT!!!!"

"BESAR BAGAI JOHAN!!!!"

"IM A WINNER & I ALWAYS WIN IN THE TOILET!!!"

"POSITIFKAN DIRI & MINDA....AKU SEORANG PEJUANG!!!"


Selain dari kata-kata diatas, anda juga boleh menyanyikan lagu 'Fikirkan Boleh' atau 'We Are The Champion'. Tetapi awas, lagu Fikirkan Boleh itu jangan diikut versi Kumpulan Amuk kerana ia bisa menjadikan kita terlebih motivasi dan dikhuatiri akan menjahanamkan jamban.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2006 01:49 AM | Show all posts
Sekian dahulu dari saya untuk siri motivasi 1 ini. Saya ingin berehat sebentar a.k.a tidur selama setengah jam, lepas itu saya nak membuat sokongan jarak jauh kepada pasukan Arsenal.....!

"Arsenal Tunjang Perpaduan Ummah"
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-4-2006 01:36 AM
Bagaimana memotivasikan diri di tempat kerja setelah dimarahai oleh Boss??

d).Jual printer di opis masa lunch time dan pergi makan ayam kentaki.

e) Sorokkan bangkai ayam/kucing di kabinet boss anda.

..



ni klau yana buat betui ni...mau ada org kena berenti 24 jam ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-4-2006 01:48 AM
Jangan tak tahu. Motivasi yang tinggi juga diperlukan ketika hendak membuang air besar. Jika motivasi kita rendah, kemungkinan taik yang keluar tidak sempurna dan bisa mengguris lubang buntut dan m ...




ni apa ke motivasi ni abg jj ooi.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 01:13 PM | Show all posts
motibasi kebenda hang bagi ni jj oii..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 01:57 PM | Show all posts
ni ajaran sesat nie...............
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 03:03 PM | Show all posts
jj nih pening weii.... dia pun mabuk gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2006 08:02 PM | Show all posts
besa laaa...
kerja tengah2 malam....

hangpa nak lagi ka motivasi...?? keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:19 PM | Show all posts
Bagi saya mudah aje...
Apa2 perbuatan dan pekerjaan tu, apakah akibat yang paling buruk dapat / hasil dari ia...so not bad lah...
and kita hidup dalam pinjaman, tak semua yang kita dapat kita genggam selama-lama nya...
Ada butui ka ni ???:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2006 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 5-4-2006 08:19 PM
Bagi saya mudah aje...
Apa2 perbuatan dan pekerjaan tu, apakah akibat yang paling buruk dapat / hasil dari ia...so not bad lah...
and kita hidup dalam pinjaman, tak semua yang kita dapat kita gen ...



betui.... pasal kita semua menuju ke satu arah yang sama ... KEMATIAN....!!


psttt, dah mati nak gengam apa erk.... keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 5-4-2006 01:38 AM
Apabila kita gagal dalam sesuatu perkara, jangan lah terlalu susah hati. Selalulah lihat kegagalan orang lain dan bandingkan dengan kegagalan anda untuk memotivasikan diri sendiri. Contohnya kita f ...

apa yang merepek ni labuuuuu????
ahaks...
tegelak aku kat opis baca motibasi hang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by ebok at 6-4-2006 09:26 AM

apa yang merepek ni labuuuuu????
ahaks...
tegelak aku kat opis baca motibasi hang!


Gelak juga ada satu jenis motivasi kepada diri sendiri..
Terus kan gelak ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 6-4-2006 09:27 PM


Gelak juga ada satu jenis motivasi kepada diri sendiri..
Terus kan gelak ketawa


gelak dapat mengurangkan tekanan. sekaligus mengurangkan risiko mendapat penyakit dan mengurangkan risiko mati awai... hehe

gelak adalah penawar duka yg paling berkesan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.728916 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list