CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24791|Reply: 126

Benazir Bhutto : Dalam Kenangan -

[Copy link]
Post time 28-12-2007 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Benazir Bhutto dalam kenangan: Tokoh wanita Islam terulung



TINGGAL KENANGAN: Benazir bersama suami,
Asif Ali dan anak perempuan, Assefa pada 13 Januari 1995.



Hasrat pemimpin PPP kembali berkuasa di Pakistan tidak kesampaian


BENAZIR BHUTTO mengikut jejak bapanya untuk menceburi politik dan kedua-duanya terkorban kerananya. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada awal 1970-an, dihukum mati di tali gantung pada 1979, manakala Benazir terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri, semalam.

Dua saudara kandungnya � Murtaza dan Shahnawaz � juga mati akibat keganasan. Seperti keluarga Nehru-Gandhi di India, keluarga Bhutto di Pakistan juga terkenal dengan wangsa politiknya.

Dilahirkan pada 1953 di wilayah Sindh dan mendapatkan pendidikan di Universiti Harvard dan Oxford, Benazir mewarisi kepercayaan rakyat yang banyak dipupuk oleh bapanya.

Walaupun pada mulanya Benazir berasa berat hati untuk memasuki politik, beliau muncul dua kali sebagai perdana menteri dengan penggal pertama dari 1988 hingga 1990 dan kedua dari 1993 hingga 1996.

Dalam kedua-dua penggal beliau dipecat oleh presiden atas dakwaan terbabit dengan rasuah. Kerjaya politik Benazir banyak mengalami tempoh turun dan naik.



TERIMA TETAMU: Benazir dan suami menyambut
ketibaan Presiden Palestin, Yasser Arafat di Islamabad
pada 13 September 1996.


Popularitinya memuncak ketika beliau kali pertama menjadi Perdana Menteri, Benazir disanjung di seluruh dunia sebagai antara pemimpin wanita terulung.

Ketika usia muda dan masih jelita, Benazir menonjolkan dirinya dengan imej yang segar berbanding persekitaran politik yang banyak didominasi lelaki separuh umur.

Bagaimanapun, selepas kejatuhannya daripada kuasa pada penggal kedua, namanya banyak dikaitkan dengan rasuah dan pentadbiran lemah.

Benazir dikenali dengan azam yang tinggi dan kekerasan hatinya selepas menyaksikan bapanya dipenjara dan didakwa atas tuduhan membunuh oleh Jeneral Zia ul-Haq pada 1977 yang meneraju kerajaan selepas rampasan kuasa.



MENGAMUK: Sekumpulan penyokong Benazir membakar
bas di Karachi selepas bekas Perdana Menteri itu terbunuh
kerana serangan bunuh diri, semalam.


Benazir dipenjara sejurus sebelum bapanya dihukum mati pada 1979 dan menghabiskan sebahagian besar daripada hukuman penjara lima tahun itu dalam penahanan bersendirian.

Ketika dapat keluar penjara untuk dirawat di hospital, Benazir menubuhkan pejabat Parti Rakyat Pakistan (PPP) di London dan melancarkan kempen untuk menggulingkan Jeneral Zia.

Beliau kembali ke Pakistan pada 1986 dan berjaya menarik sokongan besar pada rapat umum poilitik yang dianjurkan oleh partinya.

Selepas kematian Jeneral Zia dalam satu letupan atas pesawat yang dinaikinya pada 1988, Benazir menjadi antara perdana menteri wanita pertama yang dipilih secara demokratik di negara Islam.

Dalam kedua-dua penggal beliau sebagai Perdana Menteri, peranan dimainkan oleh suaminya, Asif Ali Zardari banyak menimbulkan kontroversi.

Asif Ali memainkan peranan penting dalam kedua-dua penggal pentadbiran Benazir dan dituduh 'mencuri' berjuta-juta duit kerajaan.

Tuduhan itu dinafi keras oleh Asif dan Benazir. Ramai penganalisis politik berpendapat kejatuhan Benazir banyak disumbang oleh sikap tamak suaminya itu.

Namun, selepas 10 tahun, tidak satu pun daripada 18 tuduhan rasuah terhadap Asif Ali dibuktikan di mahkamah. Bagaimanapun, Asif Ali menghabiskan lapan tahun di penjara sementara kesnya dibicara.

Beliau dibebaskan pada 2004 selepas diputuskan mahkamah tuduhan terhadapnya adalah lemah.

Benazir sendiri menghadapi sekurang-kurangnya lima tuduhan rasuah, semuanya tidak diputuskan oleh mahkamah sehingga beliau menerima keampunan pada Oktober 2007.

Ketika tempoh menghadapi tuduhan rasuah, Benazir hidup dalam buangan di Dubai dengan tiga anaknya sebelum disertai Asif Ali pada 2004.

Benazir kembali ke Pakistan pada 18 Oktober selepas Presiden Pervez Musharraf menandatangani undang-undang memberi pengampunan kepada beliau.

Pada sambutan kepulangannya di Karachi, konvoi yang membawa Benazir diserang penyerang bunuh diri tetapi beliau terselamat. Kali ini, beliau menemui ajal di Rawalpindi dan warisan politik bapanya berakhir. � Agensi

PROFIL: Benazir Bhutto

Tarikh Lahir: 21 Jun 1953

Bapa: Zulfikar Ali Bhutto (Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang juga Presiden dan Perdana Menteri Pakistan dari 1971 hingga 1977)

Suami: Asif Ali Zardari

Pendidikan: Ijazah dalam bidang Politik (Universiti Harvard dan Universiti Oxford)

Kerjaya Politik:


1979: Memimpin PPP

1988: Perdana Menteri Pakistan

1990: Dilucutkan dari jawatan atas dakwaan rasuah

1993: Dilantik semula sebagai Perdana Menteri

1999: Bersama suami dihukum penjara lima tahun atas dakwaan penyelewengan. Bagaimanapun ketika dakwaan mereka berada di luar negara dan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pakistan

2006: Menyertai perikatan bagi pemulihan demokrasi di Pakistan bersama Nawaz Sharif. Bagaimanapun kedua-duanya tidak bersependapat dalam soal rundingan bersama Presiden Pervez Musharraf.

2007: Kembali ke Pakistan selepas berada dalam buangan selama lapan tahun.


[ Last edited by  yipun78 at 28-12-2007 10:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 07:32 AM | Show all posts
setelah beberapa kali cubaan membunuh beliau akhirnya.......................
innalillah................
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 07:34 AM | Show all posts

Benazir dibunuh



BERGELIMPANGAN... Penyokong Benazir Bhutto yang terselamat meraung menyaksikan mayat-mayat yang berkecai dalam letupan bom di Rawalpindi, Pakistan, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 07:34 AM | Show all posts
takziah....berakhirnya perjuangan seorang tokoh wanita islam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 07:38 AM | Show all posts


Benazir's body to be laid to rest next to her father's grave Ratodero, Sindh, Dec 28, (PPI) - The body of Mohtarma Benazir Bhutto will be laid to rest next to her father's grave at her ancestral graveyard in Garhi Khuda Bux Bhutto near Larkana. (Posted @ 01:52 PST)
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 07:42 AM | Show all posts
takziah..aku rasa arwah ni yang banyak memajukan Pakistan berbanding ngan yang lain-lain tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2007 07:47 AM | Show all posts


  makin huru hara ler keadaan di Pakistan lepas nie


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 07:51 AM | Show all posts
my pakistani friend said she and her husband are as corrupt and as bad as pervez and other previous leaders of pakistan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 08:08 AM | Show all posts
lo dah meninggal ke?? baru je aku tgk dia dlm berita ari tu..

tak tau nk sedih ke tak tapi tragiknya cara dia mati..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:13 AM | Show all posts
Innalillahiwainilaihirojiun...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yg Maha Esa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:16 AM | Show all posts
Bodoh nya orang yang membunuh tu. Bukan nya mati syahid.
Kenapa le orang yang berpegang pada agama islam (versi ???) jadi suicide bombers? Kenapa cetek nya pemikiran? Kenapa? Kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:18 AM | Show all posts
innalillah...tersentak bila online pg ni dan terkenang kisah kematian perdana menteri india..INDRA GANDHI
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:19 AM | Show all posts
kira berani jugak benazir ni...walaupun dia tahu dirinya di ancam bahaya tapi masih berani muncul di khalayak ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:26 AM | Show all posts

Reply #8 nour2001's post

I agree..arwah bukan yer seorang pemimpin yang jujur..songlap wang rakyat Pakistan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:27 AM | Show all posts
takziah .............
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:27 AM | Show all posts
peliknya dgn sesetengah manusia yg fanatik sehingga sanggup mengebom diri sendiri
apa yg ada dlm pemikiran mereka agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 08:27 AM | Show all posts
Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:28 AM | Show all posts
perjuangan dan kekentalan semangat juang dia harus kita contohi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:35 AM | Show all posts
patutkah dia diperlakukan sebegini...........???
ada hikmahnya ............
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:41 AM | Show all posts
al fatihah....

bila la nak aman pakistan ni...bom sane sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063166 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list