CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19435|Reply: 29

Tan Sri Lim Goh Tong

  [Copy link]
Post time 23-10-2007 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Genting founder dies


PETALING JAYA: Tan Sri Lim Goh Tong, founder and honorary life president of Genting Group, passed away at 11.20am Tuesday at the Subang Jaya Medical Centre.   The tycoon, who turned 90 in April this year, was renowned for his vision in transforming Genting Highlands from an unexplored hilltop to one of the world's most successful casino resorts.   The fifth child in a family of seven children, Lim migrated from China's Fujian province in 1937 at the age of 19 with only a small suitcase and US$175.    The idea of a hill resort was chanced upon by Lim amidst the crisp air of Cameron Highlands in 1964. Lim was then working on a hydro-electric power project at the popular hill resort, patronised mostly by British colonials seeking cool refuge from the tropical heat, when he foresaw a prosperous Malaysia of the future desiring a cool mountain holiday resort within the reach of all Malaysians.   To date, Genting Highlands Resort has five hotels and two apartment blocks at the hilltop and Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.   The company, founded in 1965, has since expanded and diversified from its initial hotel and resort activities to plantations, properties, paper manufacturing, power generation, oil and gas, electronic commerce and information technology development under Genting Group.   According to Forbes Asia, the Genting Group founder was third richest in the country with a net worth of US$4.3bil (RM14.6bil).  Lim is survived by wife Puan Sri Lee Kim Hua, and their six children and 19 grandchildren.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 02:21 PM | Show all posts
memang patut punn....
dah tua sangat tuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:25 PM | Show all posts
aiiikkkkkkkkkkkk..............kat sini pun ader citer pasal big bos aku nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:27 PM | Show all posts
aku kenal cucu dia. sombong and arrogant giler. damn proudlah kononnya, ingat dia tuh kaya sangat. pakaian and shopping bende2 branded belaka. dia nak jadi modellah. kekadang nyampah aku tengok. baru je habis sekolah dah sombong.

anyways, may he rest in peace.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:28 PM | Show all posts
abis lah pada sapa2 yg beli share genting....
takut harga turun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:33 PM | Show all posts
my ex boss, very down to earth old man. Cakap omputeh tak tau pun cakap melayu caca marba tapi mmg baik. so dikebumikan di genting lah kan? Dia siap buat satu area reserve tempat dia kebumi kat area goh tong jaya tu. kalau betullah, jam lah sesapa yg nak ke genting sebab mesti goodbye parade dia panjang giler
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2007 02:40 PM | Show all posts
Pengasas Genting meninggal dunia
23-10-2007 01:37:50 PM  

PETALING JAYA:  Saudagar ketiga paling kaya Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting, meninggal dunia pada jam 11.20 pagi hari ini di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Lim, 90, terkenal dengan wawasan mengubah wajah Genting Highlands daripada sebuah kawasan perbukitan yang tidak diterokai orang kepada salah sebuah resort kasino yang paling berjaya di dunia.


Lim sewaktu majlis pelancaran buku kisah hidup karangannya Cerita Saya pada Disember 2003. (foto The Star)

Anak kelima daripada tujuh beradik, Lim berhijrah dari wilayah Fujian, China pada 1937 dalam usia 19 tahun dengan sebuah beg kecil dan wang US$175.  

Idea untuk membangunkan kawasan peranginan di puncak bukit itu muncul sewaktu mendiang di Cameron Highlands pada 1964.

Lim waktu itu sedang mengendalikan projek bekalan elektrik hidro di kawasan peranginan terkenal itu, dibangunkan oleh pegawai-pegawai British yang mencari tempat dingin bagi melarikan diri daripada iklim panas tropika, apabila beliau terfikir untuk membangunkan kawasan seumpamanya yang boleh dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia.

Genting Highlands Resort hari ini memiliki lima buah hotel dan dua blok apartment di puncak bukit dan juga Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Syarikat tersebut, diasaskan pada 1965, kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik dan pembangunan teknologi maklumat bawah nama Kumpulan Genting.

Menurut majalah Forbes Asia, pengasas Kumpulan Genting merupakan orang ketiga paling kaya di Malaysia dengan jumlah aset US$4.3bil (RM14.6bil).

Lim meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:43 PM | Show all posts

Reply #4 0077's post

cucu dia tak tahu hargai apa yang sedia ada..

kalo sehari genting bankrap,i tengok cucu dia nak action apa..

tapi kadang kadang i tak percaya kat kataan orang..

memang benar ada yang jealous kekayaan mereka..

so mereka start gossips sini dan sana..

haih.,.

apa nak jadi..

Malaysian richest man Robert Kuok..

anak anak nya kerja kat orang lain..

bukan ngan bapa diaorang..

malah pakai kereta biasa..

toyota dan honda..

nih yang kita patut ikuti..

tapi ada syarikat besar memaksa robert menjual segala syer serta perniagaan gula dia..

iaitu.... tak yah cakap.. politic nih..

anyhow..

hope lim goh tong rest is peace..

pray his generation will not spends all the money to bankrap..

bcz it will effects our country economy..

keke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 02:43 PM | Show all posts
uik. selamat dah pergi?? sempat gak aku jaga dia ari tu masa dia saket.. tapi memang dah saket benar dia kali nih....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:46 PM | Show all posts
HUHUHU
TAKZIAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by bubblyadrina at 23-10-2007 14:33 my ex boss, very down to earth old man. Cakap omputeh tak tau pun cakap melayu caca marba tapi mmg baik. so dikebumikan di genting lah kan? Dia siap buat satu area reserve tempat dia kebumi kat a ...
Memang baik dia ni... yang menjadikan things difficult sometimes orang2 di sekeliling dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by bubblyadrina at 23-10-2007 14:33 my ex boss, very down to earth old man. Cakap omputeh tak tau pun cakap melayu caca marba tapi mmg baik. so dikebumikan di genting lah kan? Dia siap buat satu area reserve tempat dia kebumi kat a ...
Memang baik dia ni... yang menjadikan things difficult sometimes orang2 di sekeliling dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #8 anyon996's post

maybe in my eyes sajelah dia arrogant. but that doesn't mean that you can just say that aku nak start rumours man. kalau aku start pun, aku yg rugi pasal dia jadi terkenal. if i were to hate him, takkan aku nak mem-famouskan diakan? haha.

he's a pretty decent lad. maybe i just got on his badside or not used to his way of being very open. besides, what i said was a statement/thought. it's up to the other readers to make use of it: to either believe me and be judgmental of one side of the story, OR think for themselves and make their own judgments. up to them.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 03:11 PM | Show all posts
biasala.. anak2 muda skang ni.. berlagak ngan harta mak bapak... tapi ader sorang cucu tan sri ni very the humble.. bawak brabus.. tapi ok jer.. depends la... individual attitude..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 03:15 PM | Show all posts
* correction. cicik dia, i think. not cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 03:39 PM | Show all posts

Reply #6 bubblyadrina's post

selama aku keje ngan dia memang best
tapikan...kadang2 aku tak puas hati ngan management...kedukut ya amat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by Trunkk_ZZ at 23-10-2007 03:39 PM
selama aku keje ngan dia memang best
tapikan...kadang2 aku tak puas hati ngan management...kedukut ya amat


AKu dgr dia ni sgt humble.Pi bersantai kat kapal pakai baju pagada,suar pendek dan selipar jepun, sebijik macam tipikal apek cina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 10:16 AM | Show all posts
Perginya seorang taikun


Mendiang Lim Goh Tong.
--------------------------------------------------------------------------------

SEJAK beberapa tahun lepas, Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, yang juga individu keempat paling kaya di negara ini, seakan memilih untuk menjauhi publisiti. Autobiografi beliau, Cerita Saya, yang mendedahkan potret suka-duka kehidupannya daripada melarat sehingga menjadi hartawan, diterbitkan pada tahun 2003.

Ia dilancarkan pada 1 Januari 2004 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan membuat perutusan dalam buku berkenaan.

Serentak itu, beliau turut mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi Kumpulan Genting, yang diterajuinya selama 36 tahun. Tempatnya digantikan oleh anak lelaki kedua beliau, Tan Sri Lim Kok Thay.

Dan sejak itu, cerita mengenainya barangkali tidak kedengaran, cuma sesekali kita di sini diburu rasa kekaguman apabila majalah Forbes, yang berpangkalan di Washington menyenaraikan beliau antara yang terkaya di dunia.

Terbaru pada Mac lepas, Goh Tong menyertai lapan rakyat negara ini dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes bagi 2007, menduduki tempat ke-204 dengan harta bernilai AS$4.2 bilion.

Goh Tong bagaimanapun meninggal dunia semalam dengan 憁eninggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #17 Neraka Bulan's post

a...ah
aku jumpa dia skali kat hong kong
coz aku keje under SC
memang cool arrr org tua nih
dengan semua org pekerja,pelancong pun baik giler
bila dia tau org mesia cepat jek dia tegur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 01:57 PM | Show all posts
Belasungkawa: Lim bermula sebagai tukang kayu
Oleh Anwar Hussin dan Azli Ayob


KONGSI PENGALAMAN: Lim bersama Timbalan Presiden Genting, Tun Haniff Omar melancarkan buku mengenai kisah kejayaan berjudul My Story.

Merantau dari China berbekal AS$175 tersenarai antara individu terkaya di dunia

TAN Sri Lim Goh Tong yang meninggal dunia semalam, berhijrah ke Tanah Melayu dari China pada 1937 dan bekerja sebagai tukang kayu bagi mencari 'sesuap nasi' tapi kemudian mampu membina pusat peranginan bertaraf dunia di Genting Highlands pada 1965 dan muncul sebagai hartawan Asia.

Lim akan terus dikenang sebagai lelaki yang menentang arus dengan membina pusat peranginan berkenaan yang ketika itu lokasi berkenaan tidak mahu dimajukan oleh sesiapa.

Beliau yang dilahirkan di Anxi, Wilayah Fujian, China pada 28 Februari 1918, berhijrah ke Malaysia, ketika berusia 20 tahun berbekalkan wang AS$175 (RM665 nilai mata wang sekarang).

Dengan kisah hidup yang agak menarik dalam kegigihannya mencapai kejayaan, beliau akhirnya tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

Beliau berada pada tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).


BERTARAF DUNIA: Genting Highlands yang dirakam pada 1996 semakin pesat dimajukan dan menerima ramai pengunjung.


Lim yang meninggalkan seorang balu, Puan Sri Lee Kim Hwa dan enam anak juga dikenali sebagai 'Raja Kasino' tiba di negara ini selepas mengharungi perjalanan 10 hari dan bekerja sebagai tukang kayu serta menjual barang runcit sebelum membabitkan diri dalam perniagaan kontraktor kecil.

Dengan menggunakan hasil simpanan wangnya, beliau menubuhkan syarikat pertama, Kien Huat Construction pada 1951 yang kekal sebagai entiti perdana persendiriannya.

Salah satu kejayaannya ialah menjadi kontraktor kecil bagi projek pembangunan Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur dan kemudian menyiapkan projek bernilai RM300,000 membangunkan sistem pengairan di Kuala Lumpur.

Keupayaannya itu membolehkan Kien Huat Construction menjadi kontraktor kerajaan berlesen yang memberikannya pelbagai kontrak. Antara projek yang dilaksanakan Kien Huat ialah Empangan Air Itam di Pulau Pinang, Skim Pengairan Kemubu Kelantan dan Projek Kuasa Elektrik Hidro Cameron Highlands.

Ketika menyiapkan empangan Cameron Highlands dalam 1964 beliau dikatakan melihat peluang memajukan satu pusat peranginan atas bukit berdekatan Kuala Lumpur. Pada 1965, beliau mengasaskan Genting Bhd yang diberikan lesen tunggal kasino oleh Kerajaan Persekutuan.

Kumpulan Genting kini menjadi antara konglomerat terulung Malaysia yang disenaraikan di bursa saham tempatan, Singapura dan Hong Kong dan menerusi beratus anak syarikat dan syarikat sekutunya, ia terbabit dalam pelbagai perniagaan daripada perhotelan, riadah dan peranginan, perladangan, pembinaan, minyak dan gas sehinggalah penjanaan tenaga elektrik.

Ramai yang hanya mengetahui Genting Highlands sebagai projek beliau, tetapi sebenarnya, banyak lagi projek besar seperti Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang, Jambatan Sultan Yahya Putra Kota Bharu dan Rancangan Pengairan Kemubu.

Selain mempunyai perniagaan kasino di Malaysia dan Britain dan sebuah lagi yang dirancang di Singapura, Kumpulan Genting juga mempunyai kepentingan dalam sektor percutian, tenaga, minyak dan gas, hartanah dan perladangan.

Anak syarikatnya yang disenaraikan di Hong Kong iaitu Star Cruises adalah pengendali kapal persiaran mewah ketiga terbesar di dunia. Anak syarikat lain termasuk Genting International yang memiliki Stanley Leisure iaitu pengendali kasino terbesar di United Kingdom.

Pada 31 Disember 2003 beliau menyerahkan empayar perniagaannya kepada anak lelakinya, Tan Sri Lim Kok Thay dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Genting Berhad yang diasaskannya lebih 30 tahun lalu.

Lim yang juga seorang dermawan juga diingati melalui derma RM20 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga banyak menerima anugerah termasuk Anugerah Hartanah Tahunan 2002 oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), Pengurus Tahunan oleh Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia 1987 dan Business Achiever of the Year oleh Yazhou Zhoukan, sebuah akhbar harian perniagaan China antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong.

Beliau juga melancarkan autobiografi dalam 2003 yang bertajuk My Story. Lim pernah mendedahkan 15 resipi kejayaannya sehingga menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.331751 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list