CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 9-6-2008 01:28 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Edisi Wilayah

Utara: Tasik Meromiktik 'mutiara' tersembunyi

Oleh Norakmah Mat Youb


Link to original article







MEMPERSONAKAN: Pemandangan indah Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut dipisahkan oleh beteng pasir pantai yang terbentuk akibat fenomena alam semula jadi yang menjanjikan ketenangan bagi pengunjung.



Kewujudan fenomena alam dua kali setahun di Pantai Kerachut adalah anugerah tidak ternilai.

GEORGETOWN: Di sebalik kemasyhuran Pulau Pinang sebagai antara negeri maju di negara ini, negeri ini juga turut menyimpan 'mutiara' paling berharga yang perlu dilindungi sentiasa.

Kewujudan sebuah tasik di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang adalah anugerah tidak ternilai dan tidak dapat ditukar ganti lantaran berikutan fenomena yang berlaku dua kali setahun.

Itulah Tasik Meromiktik.

Ia sekali gus menjadi khazanah penting kerana tasik seumpama itu adalah satu-satunya di Malaysia. Paling hampir, tasik sedemikian hanya boleh ditemui di Australia.

Keunikan Tasik Meromiktik menjadikannya ia satu daya tarikan utama di negeri ini terletak pada suatu fenomena yang berlaku setiap April dan Mei serta Jun hingga September.





INDAH: Air tasik dikatakan berkhasiat untuk kulit walaupun tiada kajian saintifik dilaksanakan.



Ia digelar tasik meromiktik kerana tasik itu mengandungi separa campuran air laut dan tawar yang hanya terbentuk ketika peralihan Monsun Timur Laut (November-Mac) dan angin Monsun Barat Daya (Mei-September) saja.

Pada asalnya, tasik yang dikenali `seasonal lake' ini hanyalah sebuah lagun yang kering dan penuh dalam satu tempoh tertentu, secara bergilir setiap tahun.

Pada awal musim peralihan, angin dan ombak membawa bersama pasir ke pantai sehingga membentuk beting pasir, sekali gus menghalang air laut keluar dari tasik.

Fenomena bermusim ini menjadikan air laut yang melimpah ke tasik berkenaan terperangkap dalam tasik itu, sehingga berakhir peralihan musim monsun.





PANORAMA: Kawasan tasik menjadi dataran kering selepas peralihan musim.



Air laut itu, bagaimanapun tidak bercampur dengan air tasik kerana masing-masing mempunyai ketumpatan berbeza. Keadaan itu tidak dapat ditemui di tasik lain di negara ini.

Air laut hanya mengalir semula ke laut menerusi alur yang terbentuk pada beting pasir apabila musim peralihan berakhir dan ia menjadi tasik itu, kering.

Tasik berkeluasan 2.77 kilometer persegi itu, terbentuk hasil pertembungan aliran lima anak sungai yang ada di kawasan hutan Taman Negara berkenaan.

Pegawai Hidupan Liar Taman Negara Pulau Pinang, Nurul Azura Mohd Naim, berkata Tasik Meromiktik itu ada dua lapisan air yang berbeza suhu dan tahap ketumpatannya.

"Air laut yang lebih berat berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Kedua-duanya memang tidak akan bercampur," katanya.

Beliau berkata, jika pengunjung memasuki tasik itu, mereka dapat merasakan bahagian bawah air iaitu air laut, berasa panas manakala bahagian atas (air tasik), sejuk.

"Inilah keunikan yang tidak ada di mana-mana tasik di negara ini. Pengalaman berada dalam tasik itu pastinya membuat sesiapapun berasa sungguh teruja," katanya.

Bagaimanapun, katanya, struktur beting berkenaan tidak kuat dan pengunjung tidak digalak berdiri di kawasan itu kerana ia boleh runtuh, sekali gus mengundang bahaya.

Bagaimanapun, Nurul berkata, hanya organisma tertentu saja boleh hidup dan menghuni di tasik berkenaan iaitu yang tidak memerlukan kadar oksigen yang tinggi.

"Jika ada pun hidupan yang boleh bertahan di tasik ini ialah ikan laut yang dibawa ombak besar ketika fenomena itu berlaku. Di tasik ini, kurang oksigen, jadi, tidak sesuai untuk organisma lain," katanya.

Beliau mengakui, tiada satu kajian dilakukan mana-mana pihak untuk mengetahui khasiat air tasik berkenaan, sehingga kini dan berharap ia akan dibuat suatu hari kelak.

"Kami tidak tahu khasiat air ini tetapi kebanyakan pengunjung yang datang tidak akan melepaskan peluang mandi untuk merasai dua suhu berbeza dalam satu tasik," katanya.

Untuk menikmati keunikan tasik ini, pengunjung ada dua pilihan, sama ada melalui jalan darat atau laut dan tentunya masing-masing bakal menikmati pengalaman berbeza.

"Ada dua pintu masuk untuk sampai ke tasik ini iaitu pintu masuk utama terletak di Teluk Bahang dan satu lagi di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau," kata Nurul.

Dari Teluk Bahang, pengunjung boleh menggunakan jalan darat dengan merentasi hutan (jungle trekking) atau menggunakan bot manakala di pintu masuk kedua, perlu menaiki bot.

Pengunjung yang menggunakan jalan darat perlu merentasi taman negara selama kira-kira satu jam 30 minit manakala laluan laut hanya mengambil masa 20 minit.

"Tiket boleh diperoleh percuma untuk sementara waktu sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian," katanya.

Taman Negara itu TNPP dirasmikan Tuan Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas pada 5 Januari lalu, adalah taman negara yang pertama diwujudkan mengikut Akta Taman Negara 1980.

Taman yang diuruskan Jabatan Perhilitan selepas diwartakan pada 10 April 2003, mempunyai keluasan keseluruhan 2,562.963 hektar meliputi 1,181.949 hektar (daratan) dan 1,381.014 hektar (laut).

TNPP juga terkenal dengan jolokan 'Bay of Glowing Amber' kerana pemandangan yang menarik pada waktu senja berlainan pada setiap hari.

FAKTA NOMBOR
Pantai Kerachut Pulau Pinang


2.77km - Persegi keluasan tasik
90 minit - Perjalanan darat
20 minit - Perjalanan guna laluan laut
5 - Anak sungai mengalir ke dalam tasik
2 - Pintu masuk utama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 04:19 AM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

Kastam Pulau Pinang Patah Cubaan Elak Cukai Lebih RM90,000

June 12, 2008 17:13 PM


Link to original article


BUTTERWORTH, 12 Jun (Bernama) -- Bahagian Pencegahan Kastam Diraja Malaysia cawangan Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan sebuah syarikat pengimport pakaian siap dari Parit Buntar, Perak mengelakkan cukai kastam bernilai lebih RM90,000 dengan membuat ikrar palsu.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian Pencegahan), Chik Omar Chik Lim hari ini berkata kegiatan itu terbongkar apabila anggota bahagian itu berjaya mengesan dua kontena di tempat berasingan pada Selasa lepas dan merampasnya.

Katanya kontena pertama berukuran 40 kaki, yang diikrarkan sebagai "Dyed Cotton Yard" iaitu bahan mentah untuk membuat pakaian, dirampas di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) manakala kontena kedua berukuran 20 kaki dirampas di premis syarikat berkenaan di Parit Buntar, Perak.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kontena yang tiba dari Hong Kong itu sebenarnya mengandungi pakaian siap iaitu baju panas bernilai RM194,390 dengan nilai cukai RM94,204.

Berikutan itu, dua lelaki berumur 50-an ditahan menurut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, pada 22 Mei lepas Bahagian Pencegahan itu menahan dua buah kontena berukuran 20 kaki di NBCT kerana mengikrarkan dagangan yang diimport dari China sebagai jubin Granit dengan harga dagangan lebih rendah.

Chik Omar berkata harga sebenar dagangan berkenaan ialah sebanyak RM70,026.70 berbanding harga yang diikrarkan sebanyak RM24,662.24 manakala cukai kastam yang sepatutnya dibayar ialah RM29,245.91 dan cukai yang dibayar hanya RM10,604.76.

"Hasil serbuan di premis pengimport di Jalan Argyll, Pulau Pinang, kami telah menjumpai invois asal dari negara pembekal yang mencatatkan harga sebenar dagangan dan cukai yang tidak dibayar bernilai RM18,641.15," katanya.

Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum 20 kali ganda jumlah duti kastam yang terlibat atau RM100,000 atau yang mana lebih tinggi atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya seorang lelaki berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kes itu.



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 12:30 PM | Show all posts


          Utusan Malaysia   Utara

Laksa Janggus RM2, murah dan lazat

Oleh Rodelio Junjun Taucan


Link to original article







FATIMAH Saad melayan pelanggan gerai Laksa Janggus di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang



PULAU PINANG 13 Jun - Sudahlah lazat, harganya pula berpatutan.

Jadi tidak hairanlah gerai Laksa Janggus Kak Timah di Pulau Betong, Balik Pulau di sini sentiasa menjadi tumpuan dan penuh dengan pelanggan.

Walaupun harga makanan di kebanyakan kedai dan gerai di negeri ini meningkat ekoran kenaikan harga barangan kesan kos bahan api, namun pemilik gerai Laksa Janggus, Sham Othman(gambar kecil), 42, tetap mengekalkan harga laksanya pada RM2 sepinggan.

"Saya tahu banyak pengusaha restoran di negeri ini menaikkan harga makanan yang dijual kerana kenaikan harga minyak, namun di gerai saya harganya tetap seperti dahulu.

"Sejak akhir-akhir ini, kos perniagaan yang saya tanggung semakin meningkat namun atas sokongan orang ramai saya masih mampu mengaut keuntungan dengan harga lama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Mengakui keuntungannya merosot kerana terpaksa membayar upah pekerja yang agak ramai iaitu seramai lapan orang, namun kata Sham, dia tidak merancang untuk menaikkan harga jualan walaupun pembekal telah menaikkan harga bahan mentah.

Menurutnya, kehadiran pelanggan yang sanggup datang dari jauh termasuk dari negeri lain terutama pada Sabtu dan Ahad, amat dihargai.

"Setiap kali hujung minggu, gerai saya ini pasti akan dipenuhi orang ramai sehingga ada yang sanggup beratur menunggu giliran.

"Kedudukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau yang terletak berhampiran juga memberi kelebihan kepada kedai saya apabila ibu bapa yang melawat anak-anak mereka, singgah makan di sini,'' katanya.

Sementara itu, orang ramai yang datang turut memuji keistimewaan Laksa Janggus Sham.

Seorang pelanggan setia, Ramli Tahir, 56, berkata, dia telah datang makan di kedai itu sejak 16 tahun lalu dan tidak pernah merasa jemu kerana kelazatannya.

"Saya pasti akan datang ke sini selalu kerana laksa yang dijual sangat sedap dan murah.

"Kalau di Bayan Lepas kita tidak akan dapat merasai laksa yang dijual pada harga RM2 kerana kebanyakan peniaga telah menaikkan harga," katanya yang berasal dari Bayan Lepas.

Seorang lagi pengunjung, Jamiah Kama, 40, turut memuji kedai Laksa Janggus Kak Timah itu kerana harganya yang murah dan berpatutan.

"Kalau mahu makan laksa, saya pasti akan datang ke kedai ini kerana ia dijual pada harga yang sangat murah berbanding di tempat lain.

"Kadang-kadang waktu hujung minggu saya ajak ahli keluarga saya datang sekali," jelasnya.

Kedai makan itu yang terletak di bawah pokok janggus turut menjual pelbagai juadah lain seperti kuih muih dan pelbagai jenis minuman termasuk jus buah pala.



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 12:45 PM | Show all posts


          Utusan Online   Dalam Negeri

CAP desak haramkan botol guna BPA

  
Link to original article


PULAU PINANG 13 Jun - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengharamkan pengimportan dan penjualan botol susu serta bekas air pilakarbonat yang mengandungi bahan sintetik Bisphenol A (BPA).

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian yang dikeluarkan oleh jurnal penyelidikan kanser membuktikan BPA boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi dan orang dewasa.

"BPA boleh mendatangkan kemudaratan kepada seseorang seperti kanser payu dara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan dalam struktur otak.

"Kesemua masalah ini tinggi risikonya terutama mereka yang mendapat pendedahan awal iaitu sewaktu pembesaran janin yang kritikal atau pada peringkat awal selepas lahir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, BPA adalah sejenis bahan sintetik yang boleh menjejaskan fungsi kelenjar yang merembes hormon dan mengganggu sistem endokrin seseorang termasuk tiroid, pituitari, pankreas, timus, adrenal, ovari dan testis.

"BPA boleh meniru hormon semula jadi dalam tubuh seseorang dan akan mengganggu proses biologi seseorang," jelasnya.

Keadaan itu ujarnya, menyebabkan sel-sel dalam tubuh tidak dapat menerima insulin yang ada di dalam tubuh badan seseorang sehingga mendedahkan individu terbabit kepada serangan diabetis.

Oleh itu katanya, pihak berkuasa perlu menilai semula penggunaan botol- botol susu berkenaan dan mendesak supaya ia diharamkan di negara ini kerana memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan.

"Kerajaan perlu peka dengan masalah ini kerana beberapa negara telah mula mengharamkan penggunaannya termasuk Kanada dan Amerika Syarikat.

"Kita harus mencontohi langkah pencegahan yang dibuat oleh negara-negara itu memandangkan mereka telah melakukan kajian yang terperinci dan berjaya membuktikan bahaya BPA," tegasnya.



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:20 AM | Show all posts


          Bernama   Rencana

Perkhidmatan Feri Penting Bagi Penduduk Pulau Pinang

12 Jun, 2008 10:28 AM
Oleh Muna Khalid


Link to original article







Perkhidmatan feri penumpang merupakan antara pengangkutan awam terpenting di Pulau Pinang kerana ia menjadi penghubung antara tanah besar dan bahagian pulau.



PULAU PINANG, 12 Jun (Bernama) -- Perkhidmatan feri di Pulau Pinang yang bermula sejak 1894 masih menyumbang sebagai jalan penghubung terpenting antara tanah besar dan bahagian pulau.

Berikutan kerancakan ekonomi negeri ini terutamanya di bahagian pulau memaksa penduduk Pulau Pinang dan negeri jiran berulang-alik setiap hari menggunakan perkhidmatan feri penumpang pertama dan tertua yang masih beroperasi di negara ini.

Kini, terdapat lapan buah feri yang berulang-alik antara kedua-dua bahagian bagi setiap 10 minit pada waktu puncak dan antara 15 hingga 30 minit pada waktu biasa.

Ramai yang berpendapat masalah pengangkutan awam di negeri ini dan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang dapat diatasi sekiranya perkhidmatan feri dinaiktaraf sejajar dengan keperluan penumpang.


PERKHIDMATAN MASIH DIPERLUKAN

Seorang pengguna tetap feri, Azman Ahmad, 40, berkata perkhidmatan feri masih diperlukan dan sangat penting bagi penduduk Pulau Pinang walaupun terdapat alternatif lain seperti Jambatan Pulau Pinang.

"Yang perlu ialah penambahbaikan perkhidmatan feri sedia ada dan mungkin juga boleh tambah jumlah feri supaya orang ramai tidak perlu menunggu lama," katanya yang berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan di Georgetown di sini.

Katanya, untuk tujuan penambahbaikan itu, perancangan teliti perlu diadakan seperti penyediaan perkhidmatan bas dari jeti ke destinasi terpilih di Butterworth dan Georgetown.

Seorang lagi pengguna yang berkhidmat di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Azizah Mohd Noor, 29, berkata beliau memilih perkhidmatan feri berbanding menggunakan Jambatan Pulau Pinang kerana ia lebih dekat dengan Georgetown.

"Menggunakan feri menjimatkan petrol dan lebih selesa dan saya dapat mengelak daripada kesesakan Jambatan Pulau Pinang," katanya yang juga mahu perkhidmatan feri ditambah bagi menampung jumlah kenderaan dan penumpang yang semakin meningkat.


SUBSIDI MINYAK

Pengendali feri dan Pelabuhan Pulau Pinang, Penang Port Sdn Bhd (PPSB)juga telah menyatakan komitmen untuk menambahbaik perkhidmatan feri termasuk cadangan menggunakan bot penumpang.

PPSB pernah menyuarakan hasrat mendapatkan sokongan kerajaan untuk menampung kos pengendalian feri dan untuk tujuan itu satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan pada akhir tahun lepas.

Cadangan itu mengandungi saranan pemberian 100 peratus subsidi minyak kepada operator feri, kerja-kerja penyelenggaraan di jeti feri dan pembelian bot penumpang.

PPSB memerlukan RM50 juta untuk meningkatkan operasi perkhidmatan feri termasuk kos membeli bot laju yang akan digunakan sebagai pengangkutan antara tanah besar ke pulau yang dijangka diperkenalkan akhir tahun ini.

Sebelum ini, Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar dilaporkan berkata syarikat itu bercadang menggunakan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang dan motosikal dari tanah besar ke bahagian pulau.


KERUGIAN TERUS MENINGKAT

Beliau berkata dengan pelaksanaan bot laju itu, empat daripada lapan feri sedia ada akan ditamatkan perkhidmatannya.

Setiap bot laju yang dijangka mengambil masa kira-kira 10 minit untuk tiba ke destinasinya boleh membawa 200 penumpang dan 50 motosikal pada satu masa dan tiga buah dermaga akan digunakan untuk menurunkan mengambil penumpang.

Persoalannya, adakah PPSB dapat melaksanakan perkhidmatan bot laju itu memandangkan melalui perkhidmatan feri, syarikat itu kerugian kira-kira RM1 juta sebulan bagi menampung kos operasi feri.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang mengalami kerugian lebih RM14 juta tahun lepas berbanding RM13 juta tahun sebelumnya bagi membiayai kos pengendalian feri yang terus meningkat dari semasa ke semasa.

PPSB membelanjakan RM10 juta setahun untuk menampung kos petrol bagi lapan feri sedia ada.


TIADA CADANGAN HENTIKAN

Baru-baru ini Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan tidak pernah merancang untuk menghentikan perkhidmatan feri antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Ia berikutan kenyataan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Mohd Naina Merican Abd Kadir dilaporkan merancang untuk menghentikan perkhidmatan feri apabila kerja-kerja melebarkan Jambatan Pulau Pinang siap pada September tahun depan.

Persoalannya, apakah langkah kerajaan untuk memastikan perkhidmatan feri yang merupakan antara warisan negara itu dapat terus beroperasi memandangkan kos penyelenggaraannya yang tinggi sehingga menyebabkan perkhidmatan feri itu mengalami kerugian.



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:22 AM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

Kerajaan Negeri Bincang Cari Mekanisme Beri RM100 Kepada Keluarga Miskin


June 16, 2008 13:19 PM


Link to original article


PULAU PINANG, 16 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membincangkan mekanisme sesuai bagi melaksanakan hasrat memberi RM100 kepada 100,000 keluarga miskin di negeri ini.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata wang tunai itu akan dibayar sekali sahaja pada setiap keluarga miskin, bagaimanapun tarikh pemberian itu masih belum ditetapkan.

"Ia melibatkan kos sebanyak RM10 juta dan perbincangan akan dibuat untuk mendapatkan mekanisme yang sesuai bagi mengagihkan wang itu," katanya pada sidang akhbar sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di pejabatnya di sini hari ini.

Lim mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada 11 Mac lepas. Pada 21 Jun genap 100 hari pentadbirannya.

Beliau mendapat mandat mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang selepas memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, sekaligus merampas pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

"Pemberian wang tunai secara 'one off' ini bertujuan meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini," katanya.

"Kerajaan negeri akan bantu apa yang termampu, dan seharusnya rakyat juga mempunyai hak berkongsi apa yang diperolehi oleh kerajaan negeri," katanya.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2008 10:24 AM | Show all posts


          Berita Harian   Utara

Empat lokasi dikenal pasti untuk bina pusat MICE



Link to original article


GEORGETOWN: Pulau Pinang bakal menjadi pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) yang terkenal, sekali gus dapat menarik lebih ramai pelabur asing ke negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membina sebuah pusat MICE, dan empat lokasi sudah dikenal pasti, masing-masing dua di bahagian pulau dan tanah besar untuk dibangunkan pusat berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif investPenang, Datuk Lee Kah Choon, berkata kemudahan itu bakal menyediakan landasan kepada sektor swasta tempatan meneroka aliran baru pemasaran dan mempelajari lebih banyak mengenai produk pelancongan antarabangsa.

Katanya, MICE mampu mencatatkan penambahan perolehan di Pulau Pinang berikutan peningkatan aliran pelancong asing yang mengunjungi Malaysia meningkat saban tahun.

揚eluang itu tidak akan disia-siakan dan jika ada kemudahan infrastruktur mencukupi bagi melaksanakan MICE, sektor itu mampu menjana pulangan lumayan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, kelmarin.

Lee yang juga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung lokasi MICE yang dirancang itu.

揑a memerlukan kajian terperinci dari semua sudut sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya sambil menambah pusat itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, kerajaan negeri serius untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah pusat pameran terkenal di rantau ini, selain lokasi persinggahan kedua bagi pelancong asing.

"Kita perlu bersaing dengan negeri lain dan negara luar untuk dipilih sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI). Kerajaan negeri perlu bekerja lebih kuat bagi meyakinkan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Lee berkata, kerajaan negeri sedang meninjau beberapa peluang pelaburan baru di Australia dan India serta mewujudkan jalinan perhubungan udara secara terus.

Katanya, penerbangan terus terus mampu meningkatkan kemasukan pelancong asing kerana mereka tidak perlu transit di negeri lain.

"Jadi, kita boleh mempromosikan sektor pelancongan negeri ini yang mempunyai pelbagai lokasi menarik dan bersejarah," katanya sambil menambah pelancongan penyumbang ekonomi utama selain perindustrian.

Sejak awal tahun hingga sekarang, kerajaan negeri berjaya menarik FDI lebih RM2 bilion dan dengan trend itu, sasaran RM3.8 bilion sehingga hujung tahun ini dapat dicapai.



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:17 PM | Show all posts


          The Star   North

Read more, urges Angkawasan

Link to original article


READ at least one book in a month, advises Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

The Angkasawan who has been chosen as the nation抯 Reading Idol (Idola Membaca) this year, made an appearance during the launch of Penang抯 Reading Carnival.

The two-day carnival organised by the state library kicked off yesterday and will include a read-ing session by Malaysia抯 first Angkasawan in Seberang Jaya at 10.45am today.

[table=75%,black]




Dr Sheikh signing autographs at the launching of the carnival.



揧ou should read at least one book per month. Reading will enrich your life. Knowledge is power,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2008 12:23 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Berita Wilayah

Utara: Medan promosi produk

Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar


Link to original article







MAHIR: Peserta cacat penglihatan menunjukkan kamahiran menganyam bakul.



Program Seni Setempat beri peluang pengusaha perkenal barangan secara terus kepada orang ramai.

GEORGETOWN: Program Seni Setempat (PSS) yang julung kali diperkenalkan di Pulau Pinang, bulan lalu, mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus memberi suntikan baru kepada penggiat dan pengkarya seni di negara ini.

Ini juga bermakna, arus pemodenan tidak akan menenggelamkan seni tempatan. Dengan usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang memperkenalkan PSS, ia diharap dapat mengembangkan lagi seni tempatan.

Program itu bermatlamat menyediakan ruang kepada penggiat dan pengkarya seni untuk mempamer, mempersembahkan dan memasarkan hasil karya seni yang berindentitikan tempatan, sekali gus mampu menjana sumber pendapatan.

PSS juga memberi peluang kepada pengunjung mengenali, mendekati, menikmati, menghayati dan merasai karya produk seni melalui pelbagai kegiatan disediakan.

Ia juga berfungsi sebagai ruang untuk proses pemuliharaan, pengekalan dan pengembangan seni setempat, selain mampu meningkatkan pendapatan usahawan Bumiputera.

Penganjuran PSS adalah lanjutan daripada program yang diperkenalkan di Kuala Lumpur, tahun lalu, dan ia mampu meneruskan tradisi keagungan karya seni pada zaman silam.

Sebagai permulaan, PSS diadakan di pekarangan Stadium Bandaraya di sini selama dua hari, bermula pada 24 Mei lalu dan Kompleks Datuk Kailan di Kepala Batas pada 7 Jun lalu.

Kedua-dua lokasi itu akan menjadi 'gelanggang' secara bergilir-gilir untuk penganjuran PSS setiap bulan.

Penganjuran PSS di Stadium Bandaraya akan datang ialah pada 5 dan 6 Julai serta 1 dan 2 November depan, manakala di Kompleks Datuk Kailan akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos, 20 dan 21 September serta 13 dan 14 Disember.

Ketika PSS pertama diadakan di Stadium Bandaraya, lebih 5,000 orang mengunjungi program itu.

Mereka berpeluang menyaksikan pelbagai pameran dan demonstrasi produk kraf tangan, lukisan, batik, kuih-muih tradisional, hadiah, cenderahati, hiasan dalaman, perhiasan diri, pakaian dan produk kegunaan rumah.

Pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil bahagian dalam pameran itu termasuk termasuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Pulau Pinang, Arkib Negara, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, St Nicholas Home, Pelukis Melayu Pulau Pinang, Jabatan Penjara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang, Puspanita dan Koperasi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang (Koppel).

Sebagai acara selingan, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum.

Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang, Fariza Ahmad, berkata PSS dapat membantu pengusaha produk seni dan kraf tempatan mempromosi keluaran masing-masing.

Katanya, program itu turut menyediakan persembahan kepada pengunjung untuk bersantai bersama keluarga sambil 'menjamu mata' dan menikmati persembahan hiburan yang disediakan.

"Kita berharap program ini akan terus menjadi platform untuk proses pemuliharaan, pengekalan dan pengembangan seni setempat," katanya.

Seorang peserta yang mengusahakan sulaman, Khairiyah Ghazali, 29, berkata PSS membolehkannya mempromosi pakaian tradisional yang semakin dilupakan khususnya generasi muda.

"Melalui program ini, ia bukan saja dapat mengetengahkan pakaian sulaman, tetapi pada masa sama menjana pendapatan," katanya sambil menambah pengunjung bukan saja boleh membeli produk yang dihasilkan tetapi melihat sendiri proses menjahit pakaian sulaman.

Pengusaha makanan dan kuih tradisional, Puziah Din, 49, berkata pihaknya memberikan hadiah menarik kepada pengunjung yang membeli pelbagai jenis kuih tradisional.

揔ita menggoreng kuih tradisi seperti peneram atau beberapa kuih lain dan dibungkus rapi dengan harga jualan berpatutan," katanya.

Puziah yang mewakili Kumpulan Pengembangan Wanita dari Bagan Nyior, Bukit Mertajam, mahu program itu diteruskan bagi membolehkan lebih ramai usahawan mempromosikan barangan yang dihasilkan.

Pengurus Projek Koppel, Fadzil Mat Nor, berkata walaupun Pulau Pinang bukan pusat pengeluaran batik, tetapi pengunjung berpeluang proses menghasilkan batik di PSS.

揔ita membuat demonstrasi dari awal proses termasuk mencanting, mewarna, merebus dan menjemur kain batik," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang menganjurkan program seumpama itu, beliau berharap PSS dapat dikembangkan bagi membolehkan lebih ramai usahawan Bumiputera mengetengahkan produk mereka.

Seorang pelukis cacat pendengaran, Ong Hean Tooi, 63, berkata PSS dapat dijadikan medan baginya mengembangkan lagi bakat dimiliki, sekali gus menjaga pendapatan.

"Saya juga melukis potret mengikut kehendak pelanggan dengan harga berpatutan," katanya yang melukis sejak 2003.

Bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jamaludin Hassan, PSS menjadi fungsi penting dalam menyumbang kepada kelangsungan masyarakat harmoni negara ini melalui program kesenian.

Sehubungan itu, katanya, kegiatan seni budaya harus didukung oleh segenap lapisan masyarakat.

"Penganjuran PSS akan dapat menjana pembangunan kreatif seni budaya dan memberikan manfaat kepada masyarakat tempatan membeli hasil produk seni kraf yang unik dan kreatif," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 12:25 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

Bridge rush-hour ban on heavy vehicles

By : Audrey Dermawan


Link to original article


GEORGE TOWN: Heavy vehicles will be banned from using the Penang Bridge during peak hours between 6.30am and 9.30am and 5pm and 8pm.

Chief Minister Lim Guan Eng said the Federal Government had given the green light for the ban but the ruling could only take effect after it has been gazetted.

Lim said he was informed by Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed recently that the process would take a few months.

Heavy vehicles are those above six tonnes (without any load). However, public service vehicles such as factory buses, as well as army and police trucks are exempted.

"We hope to improve traffic congestion on the bridge where over 120,000 vehicles use the bridge daily. My advice to heavy vehicle operators is to make the necessary adjustment and plan their journey well," he said after chairing the weekly state executive council meeting here yesterday.

Lim said at present, the state government and Penang Bridge Sdn Bhd were taking other measures to address congestion on the bridge like engaging traffic controllers.

"Once the third lane on the bridge is completed by Aug 24 next year, we will be able to see a marked improvement in traffic flow," he said.

The 13.5km bridge which links Prai on the mainland and Batu Uban on the island, is notorious for its traffic crawl triggered by minor accidents and vehicles breaking down.

The Penang Freight Forwarders Association (PFFA) has critised the government's decision to ban heavy vehicles on the bridge during peak hours.

PFFA president Joachim Loo said Penang was very dependent on its manufacturing sector and such a move would collapse the industry.

Loo said he had explained the situation to the state Public Works Committee chairman and had also asked for an exemption for cargos carrying urgent shipment.

"We are appealing to the federal and state government to review the decision."

On another issue, Lim Guan Eng clarified that DAP's state and national manifestos were totally different. He said DAP had not promised to give any money to people in the state in its state manifesto but they would do so if they took over the federal government.

On the move by the state government to give RM100 to 100,000 poor families in the state, Lim said that was not tantamount to bribery as alleged by Balik Pulau member of parliament Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.



Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 05:56 AM | Show all posts


          Utusan Online   Utara

8 beranak tinggal bawah khemah

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
  
Link to original article


KEPALA BATAS 22 Jun - Lapan sekeluarga yang tinggal di Kampung Padang Beka di sini memohon bantuan daripada orang ramai berikutan dua buah rumah mereka telah dirobohkan pihak berkuasa atas perintah mahkamah pada Rabu lalu.

Kesemua lapan beranak itu kini hanya tinggal di bawah khemah yang daif berhampiran bekas tapak rumah mereka tanpa sebarang bantuan daripada pihak yang berkuasa.

Pemilik rumah tersebut, Norhashimah Ishak, 36, dan bapanya, Ishak Salleh, 60, menyatakan tiada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ambil peduli dengan kesulitan mereka sejak beberapa hari lalu.

Norhashimah berkata, sejak empat hari lalu, dia dan tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun hanya berteduh di bawah pokok dan amat kesal kerana tiada sebarang bantuan dihulurkan walaupun mengakui menduduki tanah itu atas ihsan saudara mereka sejak 36 tahun lalu.

"Tengoklah keadaan kami sekarang hanya tidur berlapikkan bumi dan beratapkan langit selepas habis barang-barang rumah kami tertimbus bersama sisa-sisa rumah yang dirobohkan,".

"Selama empat hari jugalah kami tidak dihulurkan sebarang bantuan, malah untuk tempoh tersebut kami mencari sisa-sisa besi buruk yang dikutip dari rumah untuk dijual bagi menampung belanja makan kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, mujurlah jiran-jirannya datang memberi bantuan makanan kepada mereka sekeluarga.

Menurut Norhashimah, tapak rumah yang diduduki mereka sekeluarga telah diarah supaya dirobohkan oleh mahkamah berikutan pemilik tanah mahu mengambil kembali tanahnya selepas notis pindah dikeluarkan sebelum ini.

Katanya, dia tidak mengharapkan bantuan yang besar, cukup sekadar memberi tempat tinggal sementara yang lebih selesa untuk mereka sekeluarga sebelum mencari alternatif lain untuk dijadikan tempat tinggal.

Menurutnya, dia juga bimbang dengan pembelajaran anak-anaknya yang tertangguh selama empat hari berikutan pakaian dan peralatan sekolah telah tertimbus bersama runtuhan rumah mereka yang dirobohkan itu.

"Saya pun sudah habis ikhtiar, hanya mampu memohon daripada Allah agar tidak hujan pada malam hari kerana keadaan khemah yang terlalu daif, selain memohon dijauhkan ancaman haiwan bahaya terutamanya ular kerana rumah kami dikelilingi sawah padi," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 10:45 AM | Show all posts


          NST Online   Local News

Food, money for 'tent' family
  

Link to original article







Ishak Salleh (second from left) talks to state zakat management centre assistant general manager Mohd Khairi Ghazali (left). Ishak was touched by the amount of aid that he received.



KEPALA BATAS: The Seberang Prai Utara district office has provided food supplies to odd-job worker Ishak Salleh and his family, who have been staying in a canvas tent since their rented houses were demolished last Wednesday.

The houses were demolished following a court order obtained by his niece, who wanted to develop the land commercially.

They had been living in the houses for more than 30 years.

Assistant welfare officer Zaharudin Mohd Tahir said Ishak was surprised and happy when he visited them.

"We brought rice, sugar and biscuits for them and they could last for at least three days."

He said the department would monitor the family and provide assistance whenever possible.

Ishak also received RM200 from the state zakat management centre.

Ishak, who was touched by the assistance, said he would move to Padang Serai in the next couple of days.

"We will be looking for a house near there to enable my children to continue working in the padi field," he said.

Ishak's daughter, Norhashima, 36, said she planned to rent a house in Sungai Petani.

"My 11-year-old son and 9-year-old daughter have been skipping school lately as they were upset after our house was demolished," she said.



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:57 PM | Show all posts


          The Star Online   Nation

Credit card refusal draws ire

Wednesday June 25, 2008


Link to original article


GEORGE TOWN: Motorists here are fuming over the sudden move by petrol stations here as well as Kedah and Perlis to refuse payment by credit and fleet cards.

The decision was made following a meeting in Butterworth at 3.30pm yesterday to discuss a circular by the Petroleum Dealers Association of Malaysia, which had sent out a notice to 3,200 members nationwide advising them to refuse all cards.

More than 400 stations in the northern region decided to enforce the move and started refusing the payment from midnight.

In the meeting, Mobil Stations Malaysia deputy president Roslan Jamaludin said petrol station operators could no longer shoulder the burden of the card charges.


[table=85%,black]




Sorry, no credit: Workers informing a customer that only cash would be accepted at a petrol station in Tajung Tokong, Penang on Tuesday



"We lose nearly 50% of our profit to card transactions. How are we going to cut costs if everyone uses cards for their purchase?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #173 oobi's post

semakin bengong la konglomerat2 nie sumer
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 07:10 AM | Show all posts


          Utusan Online   Utara

CCTV di kawasan sekolah
  

Link to original article


PULAU PINANG 27 Jun - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan memasang 24 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa sekolah berisiko tinggi terlibat dengan jenayah di seluruh negeri ini.

Yang dipertua MPPP, Datuk Zainal Rahim Seman berkata, setakat ini pihaknya mengenal pasti beberapa sekolah di sekitar Georgetown untuk dipasang alat tersebut.

Tambahnya, permohonan bagi pemasangan alat itu dilakukan atas cadangan kerajaan negeri dan pihak polis dalam usaha menangani jenayah.

"Sebanyak RM4.2 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan untuk menjayakan rancangan ini. Sekarang kita sedang menunggu kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membolehkan CCTV itu di pasang di kawasan strategik.

''Dijangka menjelang akhir tahun ini sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti akan dipasang dengan CCTV sepenuhnya dan diharapkan dengan pemasangan CCTV itu, ia dapat membantu polis mengurangkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat biasa MPPP di Padang Kota Lama di sini hari ini.

Januari lalu, kerajaan Pusat meluluskan peruntukan khas sebanyak RM75 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyediakan CCTV di tempat-tempat awam berisiko tinggi yang berlaku kejadian jenayah.

Peruntukan itu diluluskan pada 2 Januari lalu untuk diagih-agihkan kepada 25 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara berikutan kadar jenayah yang tinggi dicatatkan di kawasan-kawasan tertentu berbanding tempat lain.

Antara negeri yang dikenal pasti mencatat kejadian jenayah yang tinggi termasuk Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor.

Menurut Zainal Rahim, sebelum ini sebanyak 31 CCTV telah dipasang di beberapa kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah dan tumpuan pelancong.

''Kami telah meminta sebanyak 80 CCTV daripada kerajaan Persekutuan, namun setakat ini hanya 24 kamera telah dipersetujui.

''CCTV itu dipasangkan dengan menghubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk memudahkan kes jenayah ditangani dengan berkesan," katanya.

Sementara itu, Zainal Rahim berkata, pihaknya telah mengenal pasti 508 bangunan warisan terbiar dan hampir reput yang perlu dipulihkan di seluruh negeri ini.

Perkara berkenaan, katanya telah dimaklumkan kepada pemilik-pemilik bangunan tersebut supaya mereka dapat membaikpulih premis masing-masing.

''MPPP boleh membaik pulih bangunan terbabit tetapi kosnya perlu ditanggung oleh pemilik. Kebanyakan pemilik bangunan ada yang sudah bertukar alamat dan sukar dikesan.

''Ini antara penyebab banyak bangunan warisan terbiar begitu sahaja dan membahayakan penduduk berhampiran namun setakat ini, kami hanya memagar bangunan-bangunan tersebut bagi tujuan keselamatan," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 01:05 PM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]

Fuel prices put brakes on 憆empit抂/font]
  

Link to original article


George Town:The higher price of fuel has a positive consequence too - no more Mat Rempit.

Just ask any Tanjong Tokong and Tanjung Bungah residents who, after a long while, can finally get a good night抯 sleep over the weekends.

One of them, businessman H.H. Ang, 47, said the 揺ar-splitting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 01:07 PM | Show all posts


          The Star Online   North

Russian ship visits Penang

  
Link to original article


THE Russian training ship Pallada sailed into Penang on Wednesday as part of its nine-month world tour of 22 countries spanning some 32,800 nautical miles.

The Pallada, with its 200-strong crew, which included 121 marine cadets, was given a rousing welcome by an entourage led by state Tourism, Culture, Arts and Heritage Committee chairman Danny Law Heng Kiang.

The frigate of the Far Eastern State Technical Fishing Univer-sity departed from Vladivostok, Russia抯 largest port on the Pacific, on Nov 2 last year.

The three-mast ship has entered the Guinness Book of Records as the world抯 fastest ship.

[table=85%,black]




Three-day visit:The Pallada docking at the harbour.



The ship, the winner of many international races, has gone on over 100 international trips over 13 years.

The round-the-world trip is dedicated to the 190th anni- versary of the round-the-world trip by Russian ships led by Faddei Bellinsgauzen and Mikhail Lazarev, as well as 50 years of Russian research in Antarctica.

Its commander Capt Zorchenko Nikolai Kuzmich who said this was his maiden trip to the Pearl of The Orient said the crew was looking forward to touring the island.

Deputy Russian Ambassador to Malaysia Pavel L. Goncharov and Melvin Low from Russian Resources Sdn Bhd gave the Ma-laysian entourage a two-hour tour of the ship.

The visitors were briefed about the ship抯 sonar controls and radar facilities and the duties of the marine cadets.

The crew played a friendly football match against Penang Sports Club football team on Thursday.

揑 have informed the crew that Penang has wonderful beaches and food,
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 01:12 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Berita Utama

Saham dunia jatuh


Oleh Kamarulzaidi Kamis


Link to original article







TAK BERDAYA: Seorang pelabur terduduk melihat kejatuhan pasaran saham di Taiwan, semalam.




Harga minyak mentah melepasi paras AS$141 setong

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah melonjak melepasi paras AS$141 setong semalam menyebabkan pasaran saham utama dunia menjunam susulan kebimbangan mengenai meningkatnya tekanan inflasi berikutan kenaikan kos perniagaan dan sara hidup.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi 'Light, Sweet' bagi penghantaran Ogos merekod paras tertinggi baru AS$$142.26 setong, naik AS$7.71 atau 5.7 peratus dalam urus niaga tengah hari di London, semalam.

Kira-kira 18 jam sebelum itu, harganya buat pertama kali mencecah paras melebihi AS$140 setong di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan tercetusnya aktiviti jualan besar-besaran di pasaran saham negara berkenaan dan mengheret indeks penanda aras utamanya, Indeks Perusahaan Dow Jones menjunam 358.41 mata atau 3.03 peratus pada penutup dagangannya kepada 11,453.42 mata.

Keadaan itu mempengaruhi prestasi pasaran saham utama Asia yang menyaksikan indeks utama masing-masing turut merudum.

Mendahului kejatuhan terbesar ialah pasaran China dengan Indeks Komposit Shanghai menjunam 5.29 peratus kepada 2,748.43 mata, diikuti BSE Sensex, Mumbai (4.3 peratus); TSEC, Taiwan (3.37 peratus); Nikkei 225, Tokyo (2.01 peratus); Indeks Komposit Seoul (1.93 peratus); Hang Seng, Hong Kong (1.84 peratus); Straits Times Singapura (0.84 peratus) dan Indeks Komposit Jakarta (0.80 peratus).

Pasaran saham tempatan turut menerima tempias sentimen negatif pasaran global itu dengan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali susut ke bawah paras 1,200 mata apabila ia jatuh 13.35 mata atau 1.11 peratus untuk ditutup pada 1,190.54 mata semalam, berbanding penutup kelmarin 1,203.89 mata.

Sementara itu, pasaran saham Eropah yang sebahagian besarnya ditutup kukuh kelmarin juga mengalami penurunan sebaik dibuka semalam didahului Indeks Am Stockholm (1.66 peratus), diikuti Indeks Pasaran Swiss (1.48 peratus); OSE, Oslo (1.03 peratus); CAC 40, Paris (0.93 peratus); ATX, Vienna (0.74 peratus) dan DAX, Jerman (0.71 peratus). Bagaimanapun Indeks FSTE 100, London naik 0.6 peratus.

Mengulas perkembangan terbaru itu, Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata kejatuhan berterusan nilai dolar AS adalah punca utama kenaikan harga minyak mentah dan komoditi utama lain termasuk bahan makanan.

"Sebahagian besar pelaburan dan aktiviti perdagangan global dibuat dalam dolar AS dan ekonomi AS yang kini mengalami kegawatan berterusan, menyebabkan nilai mata wang itu terus susut berbanding mata wang utama lain khususnya euro.

"Krisis dolar AS yang mencetus tekanan inflasi menyebabkan pelaburan dalam instrumen pelaburan seperti ekuiti, derivatif, opsyen dan bon, menjadi kurang menarik. Justeru mereka beralih untuk membeli kontrak komodoti yang dianggap lebih selamat berbanding yang lain," katanya.

Ahamed Kameel berkata, peralihan pelaburan oleh pengurus dana lindung nilai antarabangsa ke dalam komoditi menyebabkan harga minyak mentah dan bahan makanan global melambung tinggi, sekali gus mencetuskan krisis bahan api dan makanan global di sebilangan negara.

"Walaupun wujud peningkatan permintaan, krisis bahan api dan makanan semasa bukan disebabkan kekurangan bekalan tetapi disebabkan oleh kelemahan AS dalam menguruskan ekonominya hingga mengheret masyarakat antarabangsa ke kancah inflasi.


"Terbaru, susulan tekanan inflasi Bank Pusat Eropah dijangka menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuaratnya minggu depan, sekali gus mencetuskan kejatuhan dolar AS apabila pelabur dana spekulatif global berebut membeli kontrak komoditi termasuk minyak mentah bagi melindung nilai pelaburan mereka, sedangkan mereka bukan pembeli sebenar bahan api itu," katanya.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd, Alsetdek Al Haj Ali pula berkata, lonjakan harga minyak mentah semalam juga disebabkan pertambahan mendadak pesanan setelah Presiden Opec, Chakib Khelil dalam satu temubual oleh stesen televisyen Perancis kelmarin, menjangka harga bahan api itu meningkat sehingga ke paras antara AS$150 hingga AS$170 setong dalam jangka terdekat ini.

"Kenyataan Presiden Opec itu dibuat berdasarkan jangkaan kelemahan berterusan dolar AS berbanding mata wang utama lain bergantung kepada polisi Bank Pusat Eropah terhadap mata wang euro serta sama ada Barat akan memberi tekanan kepada pengeluar minyak Iran berhubung krisis nuklear negara itu.

"Tekanan berterusan AS ke atas negara pengeluar minyak utama seperti Iran, Libya, Iraq dan Venezuela akan mewujudkan ketegangan politik yang berterusan, sekali gus membawa kepada gangguan bekalan minyak global," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:17 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Edisi Wilayah

Utara: Penduduk Pulau Pinang paling banyak guna air

Oleh Fazallah Pit
  
Link to original article


Pengunaan 287 liter sehari dianggap membazir dan boleh jejas bekalan masa depan: Ketua Menteri

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) yang mengurus bekalan air di negeri ini, berjaya mencatat kadar kehilangan air tanpa hasil (RNW) paling rendah di Malaysia sejak 2000.

Pengurus Besarnya, Ir Jaseni Maidinsa, berkata peratusan air tanpa hasil berjaya dikurangkan daripada 23.3 peratus kepada 17 peratus pada tahun lalu berbanding purata nasional iaitu 34 peratus.

Air tanpa hasil ialah air yang hilang disebabkan kebocoran, paip pecah, kecurian air, meter tidak tepat, kerja pembaikan paip dan kegunaan bomba.

"Kejayaan ini penting bagi memastikan bekalan air sedia ada dapat digunakan untuk jangka masa panjang," katanya pada majlis sambutan Hari Air Sedunia di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Jaseni berkata, pihaknya juga sedang mempertimbang tiga pendekatan yang diharap dapat membantu mengatasi masalah dalam mengendali kekurangan bekalan air di negeri ini.

Katanya, ia termasuk membangunkan rawatan air mentah tambahan dengan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak pada kadar segera jika berlaku peningkatan permintaan air pada masa depan.

"Pada masa ini, 80 peratus air mentah di negeri ini datang dari Sungai Muda yang turut dikongsi dengan Kedah," katanya sambil menambah, Pulau Pinang sudah mewartakan tujuh kawasan tadahan air.

Jaseni berkata, pihaknya juga mempertimbang kemungkinan memproses semula air untuk kegunaan sektor industri dan kajian mengenainya sudah dijalankan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, kos mengitar semula air didapati lebih mahal berbanding merawat air mentah, sekali gus menjadikan pendekatan itu kurang sesuai buat masa ini.

Satu lagi ialah pendekatan jangka panjang iaitu mendidik masyarakat supaya berjimat menggunakan air.

"Sebab itu kita sentiasa memberi sokongan terhadap inisiatif badan bukan kerajaan seperti Water Watch Penang yang berkempen berjimat menggunakan air," katanya.

Pada 2007, seorang penduduk Pulau Pinang menggunakan 287 liter air sehari berbanding 160 liter mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 11:10 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Edisi Wilayah

Utara: Rapidpay mudahkan jelas bil, tambah nilai prabayar telefon

  
Link to original article


GEORGETOWN: Mulai hari ini, penumpang bas RapidPenang yang memiliki kad bank boleh menjelaskan bil dan tambah nilai prabayar telefon bimbit menerusi sistem yang dikenali Rapidpay.

Difahamkan, kemudahan pembayaran di atas bas itu adalah yang pertama oleh sebuah syarikat bas di Asia Tenggara.

Sebagai permulaan, kemudahan itu disediakan di atas 25 bas RapidPenang sebelum diperluaskan kepada bas lain milik Rapid Penang Sdn Bhd.

Penolong Pengurus Komunikasi Kreatif RapidPenang, Yap Lee Ying, berkata antara kad bank yang boleh digunakan adalah Affin Bank, Alliance Bank, Am Bank, Bank Islam, CIMB Bank, Eon Bank, Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Public Bank, Maybank dan RHB Bank.

Katanya, antara bil yang boleh dibayar menerusi sistem itu termasuk bil Celcom, Maxis, DiGi, TMnet, Jaring, TD Tone, TimeContact, Redtone, PosPay dam Chatz (kad panggilan IDD/STD.

Selain itu, penumpang juga boleh membeli tiket untuk memasuki Litar F1 Sepang dan tiket bas ekspres, Plusliner.

"Kemudahan ini akan diperluaskan dalam tempoh terdekat demi kepentingan dan kemudahan masyarakat umum di Pulau Pinang termasuk membayar bil air dan elektrik," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menerusi sistem itu, penumpang hanya perlu memasukkan kad bank dan diikuti pemilihan jenis produk dan jumlah pembayaran, jenis akaun, memasukkan nombor pengenalan diri (PIN) kad bank dan sahkan jumlah pembayaran serta simpan resit urus niaga.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi RapidPenang di talian 04-2381818 atau e-mel careline@rapidpg.com.my atau layari laman web www.rapidpg.com.my.

Sementara itu, Yap berkata, RapidPenang juga akan memulakan perkhidmatan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, bagi kemudahan orang ramai.

Sebanyak lapan bas akan beroperasi iaitu U401 dan 401E bermula jam 6.35 pagi sehingga 11 malam, dan kekerapan setiap bas adalah setengah jam tetapi bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Katanya, tiga lokasi perhentian utama bagi laluan itu adalah di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Weld Quay dan Terminal Bas Balik Pulau.

"Sebagai inisiatif tambahan atas permintaan tinggi, tambang bagi perjalanan itu ditetapkan RM2 saja," katanya.

Perkhidmatan itu disediakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Malaysia Airports Sdn Bhd (MAB).



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065364 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list