CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 30-5-2008 04:22 AM | Show all posts

Reply #140 AcIkaNnA's post


sama-sama. thanks acik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 04:25 AM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]

School roof on verge of collapse

Thursday May 29, 2008


Link to original article


THE roof on the block of a century-old school in Nibong Tebal, Penang, is on the brink of collapsing.

SK Methodist Parent-Teacher Association chairman Idris Hasan said the roof was infected with white ants and would collapse anytime if no immediate action was taken to replace it.

Idris said the school, which has 600 pupils, got to know about the problem two months ago when it held its sports day.

揥e believe that the wooden beams supporting the roof is also decaying after they were attacked by the white ants,
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 04:28 AM | Show all posts


          Utusan Online   Berita Utama

Rugi RM933j akibat perisian palsu


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN


Link to original article


PULAU PINANG 29 Mei - Penggunaan perisian komputer palsu di negara ini menyumbang kerugian sebanyak RM933 juta dalam industri perisian tanah air pada tahun lalu.

Namun hasil kajian yang dibuat oleh gabungan syarikat perisian, Business Software Alliance (BSA) menunjukkan jumlah penggunaan perisian palsu itu berkurangan sebanyak satu peratus berbanding tahun 2006.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa BSA Malaysia, Ronald Chua berkata, sungguhpun jumlah kerugian yang dicatatkan amat tinggi namun wujud peningkatan positif dalam usaha kerajaan untuk membanteras penggunaan perisian palsu itu.

"Kita sedang melihat perkembangan positif dalam pengurangan penggunaannya selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Ops Tulen bagi menahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tahun lalu, kementerian melancarkan satu lagi operasi yang diberi nama Sikap Tulen bertujuan mewujudkan budaya menghormati harta intelek terutama perisian komputer," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah kepada individu yang memberi maklumat terhadap syarikat yang menggunakan perisian palsu di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang, M. Gunaselan berkata, pihaknya akan sentiasa bekerja keras bagi membendung masalah tersebut kerana aduan yang diterima semakin banyak mengakibatkan kerugian sehingga jutaan ringgit di negeri ini.

"Kami menerima banyak aduan daripada BSA tentang masalah ini, oleh itu Ops Sikap Tulen yang dilancarkan oleh kerajaan pada 12 Mei lalu membantu kami dalam mengesan pihak-pihak yang terlibat," jelasnya.

Menurut Gunaselan, sehingga hari ini, KPDNHEP negeri sedang menyiasat empat kes membabitkan penggunaan perisian palsu yang melibatkan kerugian sebanyak RM218,900.

"Kesemua pesalah ini akan didakwa di bawah Akta Hak Cipta melibatkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pada majlis hari ini, Chua dan Gunaselan, menyampaikan hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000 kepada seorang pemberi maklumat yang membawa kejayaan pada penangkapan pihak yang menggunakan perisian palsu.




Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 02:48 PM | Show all posts


          Bernama   Ekonomi

Pulau Pinang Raih RM1.5 Bln Pelaburan Asing

28 Mei, 2008 16:31 PM


Link to original article


PULAU PINANG, 28 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang memperoleh sekurang-kurangnya RM1.5 bilion dalam pelaburan asing dan berharap dapat melebihi jumlah tahun lepas sebanyak RM3.1 bilion, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, Rabu.

"Tahun lepas kami memperoleh RM3.1 bilion dalam pelaburan asing. Kami berharap angka itu sekurang-kurangnya sama dengan tahun lepas," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Lim berkata angka itu merupakan pencapaian yang baik untuk negeri, memandangkan keadaan ekonomi dunia yang lembap.

"Jika kami tidak menarik masuk pelaburan sekarang, kalau kami tunggu sehingga akhir tahun apabila ekonomi dunia lembap, sudah terlambat," katanya.

Terdahulu, Lim mengumumkan penubuhan kilang avionik di Pulau Pinang oleh syarikat yang berpangkalan di AS, Honeywell International melalui kumpulan perniagaan Honeywell Aerospace dan UOP LCC dengan jumlah pelaburan sebanyak RM115.2 juta.

Menurut Lim, pelaburan berkenaan telah meningkatkan industri dan rangkaian nilai modal insan Pulau Pinang.

"Ia juga mewujudkan tambahan 595 pekerjaan. Industri kecil dan sederhana (IKS) juga dijangka mendapat faedah daripada pelaburan ini," katanya.

Pembinaan kemudahan 220,000 kaki persegi di Pulau Pinang itu baru sahaja bermula, kata Lim sambil menambah bahawa pembuatan avionik tersebut dijadualkan bermula di kemudahan berkenaan pada akhir tahun.

Dalam masa 24 bulan akan datang, Honeywell Aerospace akan memulakan operasi pembuatan avionik untuk paparan kokpit, peralatan mekanikal-elektro dan komponen komputer.




Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 02:50 PM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

CAP Gesa Usia Minimum Pembelian Produk Tembakau Dinaikkan Kepada 21 Tahun


May 31, 2008 14:33 PM


Link to original article



PULAU PINANG, 31 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menaikkan usia minimum untuk pembelian produk melibatkan tembakau daripada 18 tahun kepada 21 tahun.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S M Mohamed Idris berkata pelaksanaan undang-undang itu perlu kerana terdapat remaja berusia bawah 18 tahun yang mula membeli dan menghisap rokok tanpa menghiraukan larangan kerajaan dan faktor kesihatan.

"Undang-undang juga perlu dilihat semula agar golongan muda di bawah usia yang ditetapkan dilarang sama sekali daripada merokok.

Ia lebih baik daripada hanya melarang penjualan kepada mereka," katanya kepada pemberita sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2008, yang disambut setiap 31 Mei.

Berdasarkan satu kajian, katanya terdapat 45 hingga 50 remaja Malaysia di bawah umur 18 tahun mula merokok setiap hari dan lapan peratus daripadanya adalah pelajar sekolah, keadaan ini turut menular dalam kalangan remaja perempuan.

"Daripada kajian yang dilakukan pada tahun 2000 dan 2004 terdapat peningkatan peratusan bilangan remaja perempuan yang merokok iaitu daripada empat peratus kepada lapan peratus," katanya.

Beliau berkata statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan terdapat 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan sebahagian daripada mereka merupakan kanak-kanak Asia.

Kanak-kanak berumur enam hingga 16 tahun yang terdedah sebagai perokok pasif juga memiliki tahap keupayaan yang rendah dalam aspek membaca, mengira dan kemahiran berfikir secara kritis, katanya.

Selain itu, CAP turut menggesa kerajaan supaya mengharamkan penjualan rokok dan melaksanakan Zon Larangan Merokok di kawasan pusat rehat, rekreasi awam, restoran dan tempat lain yang menjadi tumpuan golongan keluarga, kanak-kanak serta golongan tua.




Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 02:52 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

State govt to take action on mall project


Link to original article







Penang Chief Minister Lim Guan Eng (left) looking at the cracks as a representative of Indah Kiat Multipurpose Paper, one of the affected buildings, explains about the damage.



GEORGE TOWN: The state government plans to come down hard on a developer whose project had resulted in cracks appearing in neighbouring properties.

Chief Minister Lim Guan Eng said he would leave it to state Local Government Committee chairman Chow Kon Yeow and Penang Island Municipal Council president Datuk Zainal Rahim Seman to decide on the action against Ivory Properties Group.

The company is undertaking the RM1 billion Penang Times Square project on a 5.2ha site along Jalan Datuk Keramat.

About 150 residents in Jalan Kuantan have complained that large cracks had appeared in their pre-war houses and shops. The cracks, which first appeared in early January, were growing larger by the day.

The residents believed that work at the construction site was responsible for the cracks and called on the council to issue an immediate stop-work order. Lim said the state government was dissatisfied with measures which the company claimed it had taken to address the problem.

"I came here to see for myself the level of damage and it appears to be serious.

"The state government is not satisfied with the company at all. They should have acted much earlier to prevent such serious damage," he said.

Lim was also given a briefing by representatives of the company.

Ivory's executive director Datuk Nazir Ariff Mushir Ariff said the company would co-operate with the council.

"We hope the council will evaluate the situation fairly," he said, adding that the cracks were already there before their project started and worsened after that.

Nazir Ariff also denied that the company had not taken early measures, saying that the company had envisaged the problem and had conducted a survey in 2005.

He added that the company would repair the damaged properties.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2008 02:34 PM | Show all posts


          The Star Online   Sunday Metro

Coping with fame

Story and photo by GRACE CHEN


Link to original article




[table=75%,black]




Malaysia抯 first cosmonaut Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie is relishing the glare of public attention.



IT IS 10am and Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, the first Malaysian to go to space, turns up in a white cocktail jacket and pin-striped slacks at Rebung, the restaurant he co-owns with celebrity chef Ismail Ahmad.

Ordering a teh tarik, the 36-year-old bachelor confessed that he was not the t-shirt-slippers-and-shorts type, not even when it抯 a quick trip to the 7-11.

揧ou never know when someone wants to have a picture taken with you,
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 02:35 PM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

Guan Eng Ketuai Lawatan Ke Korea Selatan Dan Hong Kong

May 31, 2008 15:35 PM


Link to original article


PULAU PINANG, 31 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengetuai satu delegasi kecil yang terdiri daripada Anggota Parlimen dan pegawai kerajaan untuk lawatan seminggu ke Korea Selatan dan Hong Kong mulai hari Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, lawatan itu yang bermula di Hong Kong dan berakhir di Korea Selatan bertujuan menjalin hubungan sedia ada dan yang baru dengan ahli perniagaan dan pihak industri di negara dan wilayah itu.

"Ia merupakan usaha Ketua Menteri untuk mempromosi bidang perniagaan dan pelancongan Pulau Pinang di kalangan pengusaha Korea Selatan dan Hong Kong," kata kenyataan tersebut.

Beliau akan disertai isterinya Betty Chew, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah investPenang Datuk Lee Kah Choon, Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, Anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2008 02:37 PM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

Atlet Karate Pulau Pinang Raih Pingat Emas Pertama SUKMA

June 01, 2008 11:40 AM


Link to original article


KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Bernama) -- Atlet karate Tan Chee Sheng menyumbang pingat emas pertama untuk Pulau Pinang pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 di sini hari Ahad.

Atlet berumur 21 tahun itu menewaskan Emmanuel Leong dari Pahang dalam kategori Kata di dewan Institut Kemahiran Belia Negara.

Peserta separuh akhir, Salleh Jasmi dari Selangor dan Leong Tze Wai dari Sabah pula meraih pingat gangsa selepas muncul pemenang dalam kumpulan yang kalah.




Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 02:44 PM | Show all posts


          The Star Online   Sunday Metro
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]

Penang comes to KL

By HELEN ONG


Link to original article


The Penang Food and Cultural Promotion 2008 in the city is but a taste of what the state has to offer.

IF YOU have been a regular reader in the Klang Valley about Penang and all the delights it has to offer, but have yet to make it up north, fear not: this is your lucky week
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 08:26 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Sukan

Pulau Pinang tampil hebat pada hari ke-2


Link to original article









SUKAN Malaysia (Sukma) XII memasuki hari kedua semalam.

Dalam diam, Pulau Pinang tampil hebat apabila mendominasi beberapa acara yang menawarkan pingat.

Mereka unggul selaku pendahulu keseluruhan dengan pencapaian lima pingat emas.

Menariknya, semua lima emas yang diraih kontinjen Pulau Mutiara itu hadir daripada gelanggang karate.

Selangor pula berada di tempat kedua dengan tiga emas selepas melengkapkan hari kedua semalam dengan kejayaan gimnasnya meraih emas acara berpasukan.

Negeri-negeri lain termasuk Sarawak, Sabah, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan masing-masing mengutip dua pingat emas untuk berada dalam kelompok tujuh pasukan terbaik.

Apa yang menjadi tumpuan semalam ialah catatan satu rekod kebangsaan dan tiga rekod kejohanan yang berlaku di kolam renang.

Perenang Olimpik negara kelahiran Sarawak, Daniel Bego menepati ramalan awal selaku peserta pilihan di Kolam Renang Batu Burok apabila mencatat rekod kebangsaan dalam acara 200 meter gaya bebas dengan catatan satu minit 51.05 saat.

Turut menggegar kolam renang adalah perenang sensasi Negeri Sembilan, Lew Yih wey, Chu Lai Kwan dari Sabah dan Heidi Gan dari Wilayah Persekutuan yang masing-masing menyinar dengan catatan rekod baru Sukma.

Yih Wey yang turut melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos dalam acara 400m individu rampaian cemerlang dalam acara kegemarannya itu dengan rekod kejohanan yang baru, 4:53.68s.

Sementara Lai Kwan dan Heidi masing-masing memecahkan rekod Sukma dalam acara 50m kuak lentang dan 200m gaya bebas.

Dalam pada itu, saingan hari kedua semalam turut menyaksikan beberapa acara berpasukan dilangsungkan melibatkan perlawanan peringkat kumpulan.

Antaranya adalah acara bola jaring, sepak takraw, hoki, bola tampar pantai, boling padang dan badminton sambil acara individu yang masih berada pada pusingan awal ialah tinju, boling padang dan skuasy.

Hari ini, sejumlah 35 pingat emas bakal menjadi rebutan 15 pasukan bertanding dengan acara renang sekali lagi bakal menjadi tumpuan apabila menawarkan lapan emas.

Turut menjadi tumpuan ramai adalah acara memanah di Padang memanah UMT, Kusza, Gong Badak yang menyaksikan lapan emas dipertandingkan sementara wusyu dengan enam emas, karate (4), lumba basikal (2), angkat berat 2), lawan pedang (2) dan masing-masing satu untuk gimnastik dan tenpin boling.

Temasya Sukma XII edisi 2008 bermula dari 31 Mei sehingga 9 Jun ini.




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 05:35 AM | Show all posts


          Kosmo!Online   Negara

Berani kirim dadah dari Brazil


Link to original article



[table=85%,black]




MARDINA menunjukkan dadah yang dirampas di Pejabat Pos Besar Butterworth di Pulau Pinang semalam.




GEORGE TOWN
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 06:35 AM | Show all posts


          Utusan Online   Utara

Sistem kereta api Bukit Bendera dinaik taraf


Link to original article


PULAU PINANG 3 Jun - Usaha menaik taraf sistem kereta api Bukit Bendera dijangka dilaksanakan tidak lama lagi berikutan kesediaan Kementerian Pelancongan untuk mengagihkan dana kepada semua negeri secara berperingkat.

Exco Pembangunan Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Law Heng Kiang berkata, dengan adanya dana berkenaan, ia boleh digunakan untuk menaik taraf Bukit Bendera yang menjadi tempat tumpuan pelancong selama ini.

"Kerajaan negeri telah memohon sebanyak RM40 juta daripada Kementerian Pelancongan untuk tujuan berkenaan dan Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said telah berjanji akan memberikan dana yang akan diagihkan ke negeri-negeri secara berperingkat.

"Kami menjangkakan kerja-kerja menaik taraf itu akan bermula beberapa bulan lagi,'' katanya di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, perkhidmatan kereta api berkenaan telah tergendala selama dua kali berikutan beberapa kerosakan menyebabkan pengunjung yang berada di atas Bukit Bendera terkandas.

Dalam kejadian pertama pada 15 April lalu, seramai 150 orang terkandas selama kira-kira dua jam selepas kereta api kabel yang digunakan untuk membawa pengunjung ke Bukit Bendera mengalami kerosakan.

Sementara itu, dalam kejadian kedua pula pada 24 April lalu, perkhidmatan kereta api Bukit Bendera tergendala disebabkan sistem pemanduan di bilik enjin stesen tengah dan atas mengalami kerosakan akibat terkena kilat.

Menurut Heng Kiang, pada masa ini, pihaknya sedang meneliti beberapa masalah teknikal yang dialami oleh pengangkutan berkenaan sebelum kerja-kerja menaik taraf dimulakan.

Kerja-kerja menaik taraf itu, katanya, akan memakan masa sehingga setahun dan sepanjang tempoh berkenaan, pengangkutan alternatif akan disediakan kepada pelancong yang ingin ke puncak Bukit Bendera.

Ujar beliau, pengangkutan alternatif berupa perkhidmatan jip itu akan disediakan memandangkan sistem kereta api itu akan diberhentikan ketika kerja-kerja menaik taraf dijalankan.

Heng Kiang menambah, selepas kerja-kerja menaik taraf itu selesai, pelancong akan menikmati perjalanan tanpa henti ke puncak bukit, berbanding ketika ini yang memerlukan pertukaran kereta api.

''Pada masa ini, kita memerlukan tempoh 20 minit untuk sampai ke puncak, namun apabila kerja-kerja menaik taraf itu siap kelak, kita hanya memerlukan masa selama 15 minit sahaja untuk sampai ke puncak Bukit Bendera,'' katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 06:40 AM | Show all posts


          Utusan Online   Utara

Lorong Kulit jadi tumpuan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
  
Link to original article






Suasana dan aktiviti perniagaan di Lorong Kulit.
Gambar ZHAFARAN NASIB



PULAU PINANG 3 Jun - Asalnya, Lorong Kulit hanyalah satu nama jalan untuk satu lorong sempit di negeri ini yang menjadi laluan harian orang ramai.

Namun menjelang penghujung tahun 1992, nama Lorong Kulit mula terkenal apabila ia berubah menjadi sebuah pasar tumpuan yang beroperasi setiap hari.

Dengan lokasinya yang terletak di hadapan pintu masuk utama Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Lorong Kulit seolah-olah menjadi tempat persinggahan khas bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin membeli barang-barang antik atau sekadar melihat budaya masyarakat di negeri ini.

Jika berkunjung ke lorong tersebut, ia pasti mendorong orang ramai mengimbau sejarah lama kerana di Lorong Kulit, pelbagai jenis barangan dijual termasuk tembikar antik dan duit syiling yang pernah digunakan pada zaman kolonial dulu.

Lorong Kulit bukan hanya menjual barangan antik tetapi bagi golongan muda yang ingin mendapatkan pakaian dengan fesyen terkini, di sinilah tempatnya.

Malah selepas penat berjalan, pengunjung boleh singgah membasahkan tekak mereka di gerai-gerai minuman yang dijual di kawasan sekitar.

Setiap kali hujung minggu, Lorong Kulit pasti akan sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan membeli-belah pada hari cuti.

Seorang pengumpul duit syiling lama, S. M. Latiff, 62, yang membuka kedai di situ berkata, semakin hari Lorong Kulit semakin mendapat perhatian pengunjung tidak kira rakyat Malaysia sendiri ataupun pelancong asing.

Dia yang mula mengumpul wang syiling sejak 45 tahun lalu berharap dapat berkongsi hobinya itu dengan orang ramai.

''Saya sudah berniaga di sini sejak 10 tahun lalu dan tujuan utama saya berniaga di sini bukanlah untuk mencari wang semata-mata.

''Tetapi untuk mendapat kepuasan berkongsi syiling-syiling lama ini dengan orang ramai," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, dia mendapatkan semua koleksi syiling itu di seluruh negeri dan antara koleksinya ialah duit syiling yang telah berusia lebih 300 tahun yang digunakan oleh pemerintah Acheh.

Seorang lagi peniaga yang menjual tembikar antik, Ah Chue, 70, pula berkata, kesemua barangan berkenaan dikumpul kerana hobi sehinggalah timbul keinginan untuk menjualnya kepada orang ramai.

Barang-barang itu, katanya, dibeli daripada orang ramai di negeri ini untuk dikumpulkan namun kini dia mahu berkongsi barang-barang berkenaan dengan peminat barangan antik.

''Kesemua tembikar dan barangan antik ini kebanyakannya berasal dari negara China kerana kita tahu China dulu merupakan sebuah negara yang menjadikan tembikar sebagai barang dagangan," jelasnya.

Seorang pembeli yang hanya dikenali sebagai Shahril, 32, berkata, Lorong Kulit pasti akan menjadi tempat persinggahan keluarganya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

''Paling kurang pun saya akan datang ke sini sebulan sekali dan selalunya saya datang tanpa dirancang dan apabila saya tertarik dengan sesuatu barulah saya akan beli kerana terdapat pelbagai barang di sini," katanya.

Bagi pelancong Australia yang ditemui, P. Robert, 73, dan isterinya, P. Gwen, 69, walaupun baru tiga hari berada di negeri ini tetapi mereka sudah tertarik dengan keunikan Lorong Kulit.

Ujarnya, tempat berkenaan sangat menarik malah mereka tidak menyangka akan melihat barangan sejarah seperti syiling emas, tembikar dan pinggan mangkuk yang digunakan pada sekitar tahun 1900 di situ.

''Walaupun saya tidak membeli apa-apa namun memori yang saya dapat di sini sangat berguna," kata P. Robert.

Seorang peniaga minyak wangi, Abu Hurairah, 24, berkata, kedainya akan dipenuhi dengan pembeli setiap kali musim cuti.

''Hari biasa kami boleh rehat lagi tetapi kalau hari cuti dari waktu buka sampai tutup pun tetap masih ramai pelanggan yang datang melihat dan membeli barangan jualan," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 01:13 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

US vessels on goodwill visit


Link to original article



[table=65%,black]




The USS 'Cape St George' anchored in Penang.



GEORGE TOWN: Two United States Navy warships docked here yesterday for a five-day port visit.

While in town, the 340-odd sailors of the Ticonderoga class Aegis guided-missile cruiser USS Cape St George and the Arleigh Burke class guided-missile destroyer USS Halsey will help renovate a school or an orphanage and play football with the Royal Malaysian Navy.

The commanding officer of USS Cape St George, Captain Patrick Rabun, said it was his third visit to Malaysia but most of the sailors of both vessels were here for the first time.


[table=65%,black][tr][td]



The ship remains guarded while its sailors are on shore in a community relations exercise.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 11:12 AM | Show all posts


          NST Online   Local News

Penang is a hit with cruise ships

By : Lee Keng Fatt


Link to original article







Some Australian tourists coming ashore at the city marina in George Town yesterday.



GEORGE TOWN: Penang is now regarded as a popular must-berth destination among the international cruise ships plying the region.

State Tourism Committee chairman Law Heng Kiang said this was reflected in the regular berthing of the ships at the Swettenham Pier.

"We are now receiving a few thousand visitors on a monthly basis.

"We have an average of 2,000 visitors every week and this augurs well for tourism in the state," he said yesterday.

Law said Penang could expect more tourist arrivals when the new RM60 million international cruise terminal was completed in March.

We now have to make do with make-shift tents to welcome the tourists but that did not deter the international cruise ships from making a beeline to the island."

Law was speaking after greeting about 2,600 Australian tourists from the Sun Princess cruise ship here for a day-long visit to the island.

He said among Penang's main attractions were its heritage value, food and historical sites.

Law also said he was happy that there was enough transport to cater to the tourists upon their disembarkation.

"We have stage buses, trishaws and taxis all readily available to ferry the tourists."



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2008 12:29 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

Gold award for stroke invention

By : Bharathi Jeganathan


Link to original article







Prof Mohd Zaid Abdullah with the gold medal award won at the Invention, Innovation and Technology Exhibition 2008 in Kuala Lumpur and a picture of a stroke patient using the device.




GEORGE TOWN: A device developed by Universiti Sains Malaysia can help stroke patients recover better use of a paralysed arm.

Prof Mohd Zaid Abdullah, the dean of the engineering faculty at the Nibong Tebal campus, said the axoskeletal arm trainer, or Axotrain, would help enhance the quality of a stroke patient's rehabilitation.

"It functions as a therapy aid to improve the mobility of a paralysed arm," he said.

"Its effectiveness depends on how often it is used and the condition of the limb."

He said he took about a year to develop the Axotrain with his final year students.

Their efforts won them the gold medal at the Invention, Innovation and Technology Exhibition 2008 (Itex) in Kuala Lumpur recently.

Mohd Zaid said Axotrain had already been tried on an 18-year-old patient at the Kubang Kerian Hospital, who suffered from a stroke due to an accident.

"Besides the youth, we have also used this device on other patients at the hospital. We are proud that they were able to use it without difficulty," he said.

"Similar products are already available on the international market, but they cost around RM80,000. We are looking at commercialising the Axotrain at about RM6,000."

This would make it more accessible to the more than 40,000 stroke patients in the country, he added.

He explained that when a patient placed his or her paralysed arm on the device, it will automatically raise it to a 90 degree position.

Sensors detect the amount of pressure needed to help the patient move the arm, thus encouraging mobility.



Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 12:31 PM | Show all posts


          The Star Online   Nation
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]

CAP finds boric acid in 18 samples of dumplings


Link to original article

GEORGE TOWN: Those celebrating the dumpling festival tomorrow have been advised to make their own bak chang.

Consumers Association of Penang (CAP) president S.M. Mohamed Idris said that a recent test by CAP on 18 samples of bak chang bought in markets in Penang, Kuala Lumpur and Ipoh found boric acid in all of them.

The quantity ranged from 4.86 ppm to 1,695ppm (parts per million).

Mohd Idris said bak chang makers used boric acid to prevent the glutinous rice from sticking to the bamboo leaf wrappers.


[table=65%,black][tr][td]



Dangerous stuff: Mohamed Idris showing the 慴ak chang
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:20 PM | Show all posts


          The Star Online   North
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]

Making heads turn


By YENG AI CHUN


Link to original article


AUTO-City carnival was back for the fifth consecutive year, thrilling the crowd with fast cars, beauty pageants, Japant GT Queens and a variety show.

An anxious crowd thronged the carnival in Juru in Seberang Prai over the weekend, wanting to have a closer look at the 搈ean machines
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:25 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

Free tickets at Penang Matta fair

By YENG AI CHUN


Link to original article


GEORGE TOWN: The country's first community airline will be offering 100,000 free tickets at the Matta Fair Penang 2008 next month.

The tickets are to all of Firefly's eight destinations - Koh Samui and Phuket in Thailand, and its local flights to Kota Baru, Kuala Terengganu, Kuantan, Langkawi, Penang and Subang.

The tickets will only be available at the Firefly booth during the travel fair from July 4 to 10 at the Penang International Sports Arena.

Malaysian Association of Tour & Travel Agents (Matta) Penang chapter chairman Ann Tan said all 281 booths had been snapped up by 74 exhibitors, including 36 travel agents.

"Visitors can choose from a huge variety of great value travel and holiday packages and other services. They will be spoilt for choice."
Tan added that both local and foreign tourism boards would be joining Tourism Malaysia at the fair.

They include the Sabah Tourism Board, Langkawi Tourism Board and tourism boards from Hong Kong, Macau, India, Australia, Thailand, Taiwan and South Korea.

Visitors will also receive attractive door gifts and have a chance to participate in lucky draws.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.149709 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list