CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 1-3-2008 04:53 AM | Show all posts


          Utusan Online     RapidPenang beroperasi di Tasek Gelugor 9 Mac



PULAU PINANG 29 Feb. - Rapid Penang Sdn. Bhd. (RapidPenang) akan memulakan operasi di kawasan Tasek Gelugor mulai 9 Mac ini dengan permulaan 16 perhentian telah dikenal pasti untuk tujuan itu.

Penolong Pengurus Komunikasi Kreatif RapidPenang, Yap Lee Ying berkata, sebagai permulaan, perkhidmatan bas U602 yang meliputi jarak 30 kilometer itu akan dimulakan pada pukul 6 pagi sehingga 9 malam.

Katanya, kekerapan bas tersebut adalah pada kadar setiap setengah jam bergantung kepada keadaan lalu lintas dengan bayaran tambang yang dikenakan adalah antara RM1 hingga RM2.50.

''Laluan baru itu turut melibatkan perhentian utama termasuk di Bagan Luar, Butterworth, Bagan Jermal, Bagan Ajam, Sungai Puyu, Sungai Lokan, Sungai Dua, Lahar Yooi dan Merbau Kudong.

''U602 merupakan laluan kedua di daerah Seberang Perai Utara (SPU), sebelum ini U601 hanya melibatkan operasi dari Kepala Batas ke Terminal Bas Megamall," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Lee Ying, laluan baru itu diperkenalkan bagi membuktikan komitmen dan usaha berterusan RapidPenang untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan sedia ada.

''Ia juga merupakan pendekatan syarikat untuk menambah jumlah bilangan bas yang beroperasi di negeri ini sekali gus menepati misi penubuhan RapidPenang untuk muncul sebagai pengangkutan awam pilihan di negeri ini," katanya.

Tambahnya, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas boleh menikmati bayaran separuh harga sekiranya mereka mempunyai kad konsesi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau RapidPenang.

Ujar beliau, pelajar yang menaiki bas dengan memakai pakaian seragam sekolah juga dikenakan tambang separuh harga.

''Bagi golongan OKU dan warga emas yang berminat untuk menikmati keistimewaan tambang tersebut boleh membuat permohonan di Ibu Pejabat RapidPenang di LOrong Kulit atau kaunter informasi RapidPenang di Weld Quay pada waktu pejabat," ujarnya.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 10:06 AM | Show all posts



[table=96%,lemonchiffon]


- nation  -

Cosmonaut shows up


By ZARINAH DAUD
The Star Online
Saturday March 1, 2008


Link to original article



[table=94%,peru]




Dr Sheikh Muszaphar being mobbed by fans during his visit to Permatang Pasir yesterday.



Politicians had to take a back seat when Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor made a special appearance during a gathering in Permatang Pasir near Bukit Mertajam.

The villagers, who had gathered at the Happy Family carnival held at the SMK Permatang Pasir ground on Thursday, rushed forward to shake hands with the cosmonaut when the ceremony ended.

The surging crowd, ranging from students to mak cik in their sixties and seventies, requested for his autograph. Dr Muszaphar also sportingly posed with them for photo shots






Dr Muszaphar who stole the limelight during Najib's visit to Permatang Pasir.




The cosmonaut was part of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak抯 entourage, which had earlier visited Kedah. Permatang Pasir was the last leg of the day抯 tour.

Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor, 搒ensing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2008 12:03 PM | Show all posts
11 Mac, 2008 11:28 AM

  

Lim Guan Eng Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang


PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini.

Pada istiadat itu, Lim menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jamaluddin Hassan.

Lim mengetuai kerajaan negeri pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah parti pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum Sabtu lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga pemangku Presiden Gerakan dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Para anggota Dewan Undangan Negeri yang baru dari parti DAP, PKR dan wakil rakyat Permatang Pasir Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS juga hadir pada majlis itu.


sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 11:58 AM | Show all posts
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP, PKR
12/03/2008 10:50am

PULAU PINANG 12 Mac
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 12:15 PM | Show all posts
Berita Utara

March 11, 2008 21:45 PM


DPMM Pulau Pinang Sokong Pelan Baru Jika Lebih Baik Daripada DEB


PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang akan menyokong dan menerima sebarang rancangan baru bagi menambah baik kedudukaan orang Melayu di negeri ini jika ia memberi faedah yang lebih baik daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), kata pengerusinya, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir.

"Agenda Melayu tidak harus dikompromi langsung.

Harus ada kesinambungan dalam menawarkan peluang-peluang perniagaan kepada orang Melayu," katanya kepada Bernama apabila ditanya tentang rancangan kerajaan baru untuk menghapuskan DEB.

Beliau berkata DPMM yang mewakili kira-kira 10,000 usahawan mahu berbincang dalam satu sesi dialog yang membina dengan kerajaan negeri yang baru, khususnya berhubung perincian pelan baru bagi Bumiputera di Pulau Pinang.

"Kami difahamkan mereka ada rancangan baru bagi orang Melayu tetapi kami perlu lihat perinciannya terlebih dahulu," katanya.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melaksanakan pentadbirannya tanpa DEB yang didakwanya mengakibatkan amalan kronisme, rasuah dan ketidak cekapan sistem.

Guan Eng berkata kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.

Matlamat yang dinyatakan dalam DEB ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula ekonomi bagi menghapuskan pengenalan suku kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Dewan itu akan memastikan kerajaan negeri yang baru itu meneruskan agenda Melayu, terutamanya dalam mewujudkan lebih banyak usahawan Bumiputera yang berjaya, dan meningkatkan kepentingan ekuiti mereka, tegas Rizal.

Antara lain, katanya, Pulau Pinang perlu diposisi semula dan jaringan sedia ada di antara Pulau Pinang dan gergasi ekonomi dunia seperti India dan China perlu dipermantapkan.

"Dewan ini mengalu-alukan sekiranya polisi kerajaan negeri yang baru akan memberi ruang yang lebih saksama dalam pengagihan peluang-peluang perniagaan kepada semua kaum," katanya.

Rizal juga berkata kerajaan negeri yang baru haruslah mengotakan apa yang mereka janjikan, terutamanya dalam menaikkan taraf kehidupan rakyat negeri Pulau Pinang keseluruhannya, khususnya orang Melayu.

Beliau berkata disebabkan pembangunan pesat di Pulau Pinang, pemilikan aset orang Melayu semakin berkurangan dan sedikit sebanyak orang Melayu terpinggir dari kawasan-kawasan utama.

Meskipun ada program serta latihan selama ini, dan bilangan usahawan Bumiputera telah bertambah, namun pembangunan di Pulau Pinang berlaku terlalu pesat dan dengan harga harta yang meningkat dan juga inflasi, orang Melayu tidak terkejar kepesatan itu, katanya.

"Harus ada dasar-dasar khusus bagi menangani isu ini," tegas Rizal.

Beliau berkata orang Melayu di Pulau Pinang terkebawah dalam rantaian nilai dan hanya lima peratus kaum ini memegang jawatan pengurusan dalam sektor pembuatan.

"Tujuh puluh peratus orang Melayu di sini terdiri daripada mereka yang hanya makan gaji," katanya.

Sementara itu, Rizal juga berkata DPMM berpendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri haruslah diberikan kepada Bumiputera.

-- BERNAMA



sumber : BERNAMA



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 12:18 PM | Show all posts
Berita Utara

March 11, 2008 20:36 PM


Pentadbiran Pulau Pinang Bebas Daripada DEB, Kata Lim


PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Hanya selepas beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbirkan negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, Lim berkata kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.

DEB menyatakan bahawa pembasmian kemiskinan dan pengstrukturan semula ekonomi untuk menghapuskan pengenalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk Bangsa Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan dengan kenyataan Lim itu, beliau ditanya mengenai Hak-hak orang Melayu dan jawabnya "nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama."

"Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama," katanya.

Sebagai tanda keikhlasan kepada masyarakat Melayu, katanya, beliau telah melawat perkampungan Melayu di Tanjong Tokong semalam, beberapa jam selepas pakatan pembangkang diumumkan memenangi pilihan raya umum di Pulau Pinang, Sabtu lepas untuk meninjau masalah mereka.

Kerajaan negeri yang baru akan mengamalkan ketelusan dengan memberikan maklumat mengenai pembidaan tender melalui portal Internet yang akan diwujudkan pada masa akan datang untuk orang ramai mengaksesnya, katanya kepada pemberita selepas pertama kali memasuki pejabat barunya di Tingkat 28, Komtar, di sini hari ini.

Beliau berkata pemegang saham ekonomi adalah untuk semua, tanpa mengira bangsa dan agama serta berdasarkan prinsip perkongsian kemakmuran dalam cara yang saksama.

"Kita akan menggalakkan syarikat yang mengendalikan kontrak kerajaan bernilai lebih RM10 juta di Pulau Pinang untuk mengagih-agihkan keuntungan mereka untuk manfaat orang ramai," tambah beliau.

Lim berkata kerajaan baru akan menumpukan pada bidang utama ekonomi, tadbir urus dan keperluan sosiol orang ramai dengan menekankan peluang yang saksama dan keadilan ekonomi sosiol.

Sambil menekankan mengenai pembinaan Pulau Pinang yang dinamik untuk semua, katanya beliau akan cuba mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu yang dibangkitkan orang ramai pada pilihan raya umum yang baru berlangsung Sabtu lepas.

"Saya akan mencadangkan supaya hasil Petronas digunakan bagi membiayai sepenuhnya dana untuk pembinaan projek Jambatan Pulau Pinang kedua. Saya harap kerajaan persekutuan tidak akan memberhentikan pembiayaan kepada negeri ini.

"Kita percaya bahawa Perdana Menteri yang berasal dari Pulau Pinang tidak mahu penduduk Pulau Pinang akan sengsara hanya kerana mereka mengundi untuk perubahan," tambah beliau.

Ditanya mengenai janji untuk memberikan bonus RM6,000 setahun kepada orang ramai semasa kempen pilihan raya umum, beliau berkata ia boleh dipenuhi jika pembangkang mengetuai negara ini dan boleh akses dengan dana Petronas.

Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan cuba mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan mengikut peruntukan di bawah Artikel 113(4) perlembagaan dan berharap pemilihan itu boleh diadakan sebelum akhir penggal kerajaan sekarang.

"Dalam masa tempoh perantaraan ini, kita akan mengkaji amalan sekarang dengan hanya melantik ahli politik sebagai wakil dalam majlis perbandaran dan bukan melantik profesional sebagai anggota."

Lim juga mahukan semua pegawai penyandang seperti Ketua Menetri, anggota EXCo negeri, speaker dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama-sama dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Seberang Perai (MPSP) untuk mengisytihatkan aset peribadinya kepada umum.

-- BERNAMA


sumber : BERNAMA



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2008 12:21 PM | Show all posts
Berita Utara

March 11, 2008 20:03 PM


Lim Guan Eng: Dari Penjara Ke Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang


PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menyangka kesukaran yang dilaluinya setelah merengkok beberapa tahun dalam penjara dan 10 tahun tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya umum akhirnya berbaloi setelah beliau dipilih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim tidak pernah menduga nasibnya begitu baik kerana masih diberi peluang oleh rakyat untuk memimpin sebuah negeri yang pesat membangun setelah parti yang diwakilinya berjaya menubuhkan kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Masa berada di penjara dahulu, tidak pernah terlintas untuk saya memegang jawatan ini dan ketika itu saya hanya berusaha mahu dibebaskan.

Ini mungkin ditakdirkan oleh tuhan saya menjadi ketua menteri Pulau Pinang," katanya kepada pemberita sebaik sahaja memulakan tugas rasminya sebagai Ketua Menteri hari ini.

Beliau ditemani bapanya, Lim Kit Siang serta semua wakil rakyat DAP yang baru dipilih semasa sidang akhbar yang mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara termasuk daripada Hong Kong dan Singapura, di pejabat Ketua Menteri, di Tingkat 28, Komtar di sini.

Lim, 48, gembira dan terharu kerana ini merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai pada dirinya.

"Rasa susah nak cakap. Sudah lama saya tidak menjadi wakil rakyat sebab saya merupakan bekas banduan dan semasa merengkok di penjara, ia merupakan satu pengalaman yang mana saya rasa saya bukan seperti manusia lagi.

"Bagaimanapun, saya terus berikhtiar dan tabahkan hati untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan selepas 10 tahun, akhirnya saya dipilih menjadi wakil rakyat sekali lagi," katanya.

Beliau menganggap perubahan kedudukannya sekarang berbanding semasa dipenjarakan merupakan satu proses transformasi.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memikul tanggungjawab barunya itu dan tidak menghampakan rakyat yang telah memilihnya.

Lim yang memenangi kerusi DUN Air Putih dan kerusi Parlimen Bagan, merupakan lulusan perakaunan dan ekonomi dari Monash University, Australia. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai bank selama dua tahun sebelum berhenti untuk bertanding dan memenangi kerusi Kota Melaka pada pilihan raya umum 1986 pada usia yang muda, 26 tahun, mengalahkan bekas pemain bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dengan majoriti 17,606 undi.

Pada Mac 1999, anak kelahiran Johor itu terpaksa melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Kota Melaka kerana menjalani hukuman penjara selama 12 bulan atas kesalahan di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan.

Hukuman itu sekaligus tidak membenarkan beliau aktif dalam bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 hingga 25 Ogos 2004, bermakna Lim terlepas dua kali pilihan raya umum (1999 dan 2004) dan hanya layak bertanding pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lepas.

Sementara itu, Kit Siang berkata, kejayaan anaknya menjadi Ketua Menteri itu merupakan titik paling tinggi dalam karier politik Setiausaha Agung DAP itu.

"Semasa saya menyambut hari jadi pada 20 Februari lepas, saya membuat permintaan (birthday wish) bahawa jika DAP berjaya di Pulau Pinang maka Guan Eng boleh menerajui Pulau Pinang dengan jayanya. Dan permintaan itu menjadi kenyataan hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau memberi tunjuk ajar kepada anaknya itu, Kit Siang berkata: "I will tell him quietly".

-- BERNAMA


sumber : BERNAMA



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 12:27 PM | Show all posts
Berita Utara

March 11, 2008 20:10 PM


"Pemimpin Jalanan" Bijak Ambil Alih Kepimpinan Pulau Pinang

Oleh Salbiah Said

PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Di sebalik kejutan kejayaan pembangkang menawan negeri ini pada pilihan raya umum Sabtu lepas, kehidupan terus berjalan seperti biasa di sini dan rakyat Pulau Pinang terus menikmati hidangan kegemaran ramai roti canai dan nasi kandar di warung-warung tepi jalan.

Di setiap gerai berkenaan, anda boleh mendengar orang ramai berbincang dan melahirkan pendapat masing-masing terhadap keputusan pilihan raya yang baru berakhir, di samping memberikan penilaian sendiri mengapa perkara sedemikian berlaku dan seterusnya apa yang akan berlaku setelah pengundi memilih pembangkang untuk mentadbir negeri ini.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, yang mengetuai gerakan bagi menafikan kemenangan majoriti dua per tiga Barisan Nasional, dilihat mewakili suara rakyat yang mahukan suara mereka didengar.

Guan Eng, yang berusia 48 tahun, seperti juga pemimpin-pemimpin lain dalam parti itu dengan berpakaian biasa membawa imej bahawa mereka boleh diterima oleh semua tanpa mengira kaum ketika mereka bergaul dengan orang ramai.

"Pembangkang mempunyai sejumlah calon yang bijak. Meskipun mereka kelihatan tidak bagus semasa berucap di khalayak ramai, mereka tahu bergaul. Lihat mereka semasa mengendalikan sidang akhbar, mereka tidak berpakaian sut, malahan melipat lengan mereka," kata seorang penganalisis politik, Dr Baharuddin Aziz.

Beliau berkata pemimpin "jalanan" yang bijak tidak akan membuang masa mereka mengadakan perjumpaan di "coffee house" di hotel-hotel mewah bertaraf empat atau lima bintang, sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah perlu berada di luar untuk rakyat dan bersama-sama rakyat.

Dr Baharuddin, seorang profesor madya dan dan juga pensyarah prinsipal Pusat Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang berada di sini mengumpul maklumat bagi kajian mengenai pengaruh media dalam pilihan raya.

Dibantu oleh para penuntutnya, beliau kini mengendalikan satu kajian mengenai peranan dan pengaruh Internet terhadap pengundi semasa pilihan raya umum 2008, hasil kajian itu dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.

"Anda perlu menjadi seorang individu baik yang cemerlang untuk bertanding di Pulau Pinang. Mereka turun padang, makan di warung, dan mereka berbual dengan rakyat di pasar malam," katanya.

Menurut Dr Baharuddin, pilihan raya umum yang baru selesai menunjukkan keupayaan internet mempengaruhi pengundi terutamanya penduduk bandar dan perkara itu jelas adalah satu fenomena bandar.

Memetik kajian pada 1999, Dr Baharuddin berkata 85.2 peratus responden menyatakan bahawa Internet memainkan peranan utama dalam pilihan raya dan tidak dinafikan bahawa pengundi muda dipengaruhi oleh laman-laman blog.

"Ini (pengaruh internet) adalah pedang dua mata: ia boleh membantu dan ia juga memboleh membunuh. Inilah yang telah berlaku pada pilihan raya umum ini, dan pembangkang tahu akan keupayaan internet, dan ini jelas digambarkan apabila beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

"Generasi muda berkongsi pandangan, bersembang dan membuat ulasan dalam internet, dan saya telah membaca beberapa komen yang mengutuk dalam ruang sembang. Saya condong untuk mempercayai, saya mungkin silap, semakin kerap seseorang itu melayari internet dan blog, lebih banyak kecenderungan untuk seseorang itu mengundi parti pembangkang," katanya.

Perubahan di luar jangkaan yang kuat oleh pengundi ke arah pembangkang, katanya juga adalah disebabkan sokongan nyata media arus perdana kepada Barisan Nasional (BN).

"Inilah, pada fikiran saya, tindakan berlebih-lebihan menggunakan media arus perdana oleh BN telah memusnahkan diri mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya media harus berusaha untuk menyiarkan berita kedua-dua belah pihak," katanya.

Dr Baharuddin berkata Internet adalah satu cara lain untuk menonton tv dan apa yang tidak diperoleh dalam media arus perdana, rakyat akan mencari satu alternatif bagi ratifikasi.

Pakatan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) begitu berkesan dalam menyakinkan rakyat bahawa pembangkang bukan satu ancaman dan inilah kejayaan yang dicapai oleh pembangkang," katanya.

"Di Pulau Pinang, terdapat pengundi Melayu di beberapa bahagian yang memilih pembangkang. Jadi, apa yang berlaku di sini adalah situasi di mana DAP dilihat bukan sebagai satu ancaman.

"Mereka bersedia untuk bersama dengan parti-parti lain yang membangkang Barisan (Nasional). Rakyat cenderung berkata 'tidak mengapa untuk mengundi DAP, anda tidak akan dihukum atau dipulaukan'.

"Mereka sangat gembira, jadi mereka mengundi DAP dan PKR. Ancaman berkenaan tidak ada kerana ia telah dipadam menerusi strategi bijak pembangkang," kata Dr Baharuddin.

Cabaran yang akan dihadapi DAP dan sekutunya PKR, kata beliau adalah bagaimana mereka boleh menggunakan kemudahan Kerajaan Pusat bagi membantu rakyat, yang tidak mungkin bagi kerajaan BN akan bertindak begitu kejam dengan mengalihkan segala kemudahaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta hospital.

"Lazimnya semua kemudahan-kemudahan ini dimiliki Kerajaan Pusat, dan ini merupakan satu cabaran bagi mereka bagaimana mereka boleh menggunakan segala kemudahan untuk rakyat. Jika mereka tidak mempunyai strategi, mereka pastinya akan menghadapi masalah," katanya.

Dr Baharuddin berkata rakyat seharusnya tidak mengenepikan terus mereka yang kalah.

"(Calon) yang kalah juga memperoleh undi. Mereka juga berhak bersuara. Tidak semua calon BN diketepikan.

Mereka masih mempunyai suara dan mereka masih boleh memainkan peranan.

Apa yang penting adalah apakah tindakan selanjutnya setelah proses demokrasi yang dilakukan, satu semangat muhibah seharusnya wujud.

"Saya ingin melihat DAP melantik seorang Timbalan Ketua Menteri. Lebih cepat mereka melantik timbalan ketua menteri, adalah lebih baik dan ini akan dapat mengelakkan rasa curiga rakyat," katanya.

Beliau berkata bagi kaum Cina, mereka akan melihat ini sebagai satu tanda muhibah manakala bagi kaum Melayu, ia akan menenangkan kebimbangan mereka.

"Beberapa kebimbangan perlu ditangani. Mereka perlu mewujudkan satu keadaan menang-menang. Satu formula perlu diikuti, berdasarkan kepada tanda muhibah, semangat bertolak ansur. DAP perlu bertolak ansur dan melantik seorang Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Dr Baharuddin berkata pada masa depan, calon BN katanya perlu lebih bijak.

"Sebahagian rakyat tidak pernah berjumpa wakil rakyat mereka. Wakil rakyat seharusnya berupaya bergaul dengan rakyat, boleh makan roti canai atau nasi kandar di gerai mamak. Mereka sepatutnya bersama rakyat biasa.

"Rakyat akan bersedia memaafkan mereka (DAP) jika mereka terkial-kial pada peringkat awal kerana mereka telah membuat pilihan. Rakyat mesti tahan.

Tetapi jika DAP gagal teruk, mereka tentunya hanya akan berkhidmat untuk rakyat sepenggal sahaja," katanya.

Sebaik sahaja pentadbiran DAP bertapak di Pulau Pinang, katanya DAP perlu bekerjasama dengan PKR untuk mendapat sokongan dari dunia luar demi pembangunan ekonomi Pulau Pinang.

Mengenai projek seperti jambatan kedua, mungkin akan berlaku penanggguhan. "Saya cenderung untuk mempercayai bahawa mereka membuat penilaian semula tentang apa yang harus dilaksanakan dan apa yang perlu ditangguhkan.

Kita tidak boleh menghapuskan integriti mereka (DAP). Kita perlu berlaku adil kepada semua. Tolong jangan memungkiri janji anda," kata Dr Baharuddin.

Pada pilihan raya umum Sabtu lepas, DAP memenangi 19 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS satu kerusi untuk kemenangan majoriti dua per tiga di Pulau Pinang.

-- BERNAMA



sumber : BERNAMA



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2008 12:29 PM | Show all posts
Berita Utara

March 11, 2008 21:57 PM


Kerajaan P. Pinang Yang Baru Kaji Semula PGCC


PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang yang baru, pimpinan DAP-Keadilan, akan mengkaji semula kesesuaian keseluruhan projek Penang Global City Centre (PGCC).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta lain-lain agensi yang berkaitan hari ini.

"Saya ingin mendapatkan maklumat berhubung projek ini daripada MPPP dan akan membuat keputusan mengenainya selepas melihat setiap pilihan yang ada, tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri hari ini.

Ditanya sekiranya kerajaan negeri akan menghentikan projek itu, beliau berkata ia merupakan salah satu daripada pilihan yang ada, memandangkan projek itu sedang dikaji semula.

September lepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan pelan induk PGCC, sebuah projek berbilion ringgit yang menjadi antara projek impak tinggi Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), yang akan menjadi mercu tanda baru Pulau Pinang.

Abad Naluri, anak syarikat Equine Capital Berhad merupakan pemaju PGCC di kawasan tapak seluas 104-hektar di Batu Gantung, dengan fasa pertama projek itu dijangka bermula dalam tempoh 12 bulan akan datang.

PGCC dijangka menampilkan hotel lima bintang, Penang Performing Arts Centre (PenPAC), outlet perniagaan runcit, dua menara indah, kawasan perumahan dan komersil, serta pusat mesyuarat dan konvensyen bertaraf dunia.

Berhubung NCER, Lim berkata memandangkan ia adalah projek yang menjadi inisiatif kerajaan persekutuan, ia akan dilaksanakan mengikut rancangan.

"Saya akan memberikan tumpuan hanya kepada projek-projek di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.

Lim dijadualkan bertemu dengan pelbagai agensi persekutuan yang berkaitan hari ini untuk berbincang mengenai kemungkinan membatalkan kutipan tol di Sungai Nyior yang mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai. -- BERNAMA


sumber : BERNAMA



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 01:23 PM | Show all posts
Utara: Penduduk kecewa BN kalah di Pulau Pinang
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

Kerajaan baru diminta kotakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12

GEORGETOWN: Kegagalan Barisan Nasional (BN) membentuk semula kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-12 menimbulkan rasa kecewa di kalangan penduduk negeri ini.

Mereka sedih kerana kekalahan kerajaan pimpinan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh selepas menerajui kerajaan negeri selama 18 tahun dilihat sesuatu yang mengejutkan dan di luar jangkaan.


Apakah punca kekalahan teruk ini berlaku, kini menjadi persoalan rakyat Pulau Pinang yang sudah membuat keputusan siapa yang layak menerajui negeri ini.

Penduduk mengakui parti pembangkang berjaya menawan dan menguasai negeri ini dengan mengutarakan pelbagai isu tempatan dan nasional.

Namun mereka tetap kecewa kerana BN selama ini dilihat berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditangani.


Ong Hoy Chin, 56, berkata Gerakan perlu mengkaji kelemahan dan punca kekalahan yang dialaminya.

揚embangkang pula perlu membuktikan janji dalam manifesto mereka dilaksanakan dan tidak hanya membuat `janji kosong' sekali gus yang boleh dilihat seolah-olah menipu pengundi," katanya.

Beliau berkata, amalan `turun padang' yang diamalkan pemimpin Umno, Gerakan, MIC dan parti komponen lain BN perlu diteruskan bagi menawan hati pengundi.

Jamilah Yassin, 51, berkata, walaupun kecewa kerana BN gagal menerajui Pulau Pinang, namun tetap menerimanya dengan hati terbuka.


"Pemimpin BN khususnya Gerakan perlu menilai semula perkhidmatan yang diberikan dan sejauh mana keberkesanan kepada rakyat di peringkat bawahan," katanya.

Beliau berkata, pemimpin BN tidak harus terus kecewa sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memenangi kembali hati rakyat.

Katanya, kekalahan itu bukanlah penamat sebaliknya mahu dijelmakan kembali dan ia adalah satu cabaran kepada BN.

Adam Omar, 50, berkata kekalahan itu adalah sesuatu yang mengejutkan dan di luar jangkaan, namun tetap menerima dengan hati terbuka walaupun terpaksa berdepan dengan kerajaan pimpinan parti pembangkang.

"Parti pembangkang perlu mengotakan janji yang termaktub dalam manifesto pilihan raya kali ini iaitu menurunkan harga minyak dan harga tol Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, pemimpin baru itu perlu bersikap lebih jujur dan tidak memberikan alasan jika gagal menunaikan janji yang dibuat selepas memenangi pilihan raya.

Katanya, pemimpin perlu terus berusaha memberikan perkhidmatan tanpa mengira waktu dan tidak lupa bahawa mereka diangkat oleh rakyat.

"Penduduk bimbang jika keadaan itu berlaku pada satu masa kelak, mereka tidak lagi akan keluar mengundi kerana beranggapan semua pemimpin sama saja," katanya.

Teh Koy Tiang, 56, berkata, Gerakan perlu melakukan bedah siasat bagi mengesan punca kekalahan teruk pada pilihan raya ini dan perlu berubah untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat.

"Saya berharap parti pembangkang tidak terlalu seronok dengan kemenangan sebaliknya terus menjalankan usaha bagi memenangi hati rakyat seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto mereka," katanya.

Walau apapun keadaannya, Gerakan tidak harus mudah patah semangat dan melipatgandakan usaha untuk kembali ke arena politik pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

FAKTA NOMBOR:

672,362 - Pengundi Biasa

9,159 - Pengundi Pos

700,163 - Jumlah Pengundi

13 - Jumlah Kerusi Parlimen

40 - Jumlah Kerusi DUN




sumber : Berita Harian Online


p/s : pak cik adam omar ni..kalo minyak ngan penang bridge punyer tol tu under kerajaan negeri bleh ar senang2 nak kasik turun tapi kalo under federal? huhu....


~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 01:30 PM | Show all posts
Utara: Pemuda Umno tetap sokong PM

GEORGETOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri, Datuk Mohd Salim Abd Bari, berkata Pemuda percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri untuk terus menerajui negara ini.

"Kami sepakat mahu Perdana Menteri meneruskan agenda negara dan menolak tuntutan atau desakan supaya Abdullah mengundur diri atau meletakkan jawatan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, kelmarin.


Mohd Salim berkata, Pemuda Pulau Pinang tidak terbabit dalam penganjuran sebarang majlis di negeri itu untuk menuntut Perdana Menteri memberikan penjelasan atau meletakkan jawatan.

"Kami tidak pernah meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana kegagalan kerajaan mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan individu dan pertubuhan tertentu yang membuat tuntutan supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.


"Ini semua dugaan yang harus diterima penyokong parti dan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk bangun bersama-sama meneruskan pembangunan negara," katanya.


sumber : Berita Harian Online



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 10:06 PM | Show all posts
Berita Utara

March 12, 2008 19:22 PM


CAP Minta Ketua Menteri Tidak Pinda Undang-undang


PULAU PINANG, 12 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)membidas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng yang memansuhkan saman terhadap penjaja dan kesalahan meletak kenderaan yang dikeluarkan sebelum 11 Mac lepas.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata ketua menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sendiri undang-undang.

"Kita terkejut ketua menteri telah membuat keputusan sebelum ahli exco kerajaan negeri dibentuk untuk membincangkan perkara tersebut.

"Kita percaya beliau tidak mempunyai kuasa untuk meminda undang-undang hanya semata-mata untuk kepentingan politik. Kita mahu beliau mempertimbangkan keputusannya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Idris berkata ketua menteri perlu menegakkan undang-undang dan bukannya memihak kepada pihak yang melanggar undang-undang.

CAP juga menyeru kerajaan negeri yang baru supaya membatalkan projek Penang Global City Centre (PGCC) dan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang membawa implikasi serius terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosiol rakyat.

"Kita juga menyeru kerajaan baru menyediakan sistem pengangkutan awam yang berkesan, mengurangkan kemasukan kenderaan ke bandaraya dan menyediakan laluan motosikal dan pejalan kaki," katanya.

-- BERNAMA


sumber : BERNAMA



~ ♥ ~ Kiss me once & I will surely melt & die.  Kiss me twice & I will never leave your side ~ ♥ ~

No one, no one, no one
Can get in the way of what I'm feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

~ ♥ ~ Nothing you confess could make me love you less ~ ♥ ~
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 09:56 PM | Show all posts



[table=96%,lemonchiffon]


- north  -

Queen Victoria calls at Penang




By K.KASTURI DEWI
The Star Online
Friday March 21, 2008

Link to original article



[table=94%,peru]




The Queen Victoria Cunard liner which sailed into Penang waters on Thursday.




FROM sailing on one of the biggest cruise liners in the world to exploring the heritage sites of George Town on Penang's famous little trishaws.

That was the experience of some of the 2,000 passengers of the Queen Victoria when the ship visited Penang for the first time since it entered service in December last year.

Penang was the 90,000-tonne Cunard liner's third Malaysian port call after Kota Kinabalu and Port Klang.

The ship arrived and anchored in Penang waters at about 7am yesterday where a warm welcome reception awaited its passengers and 1,003 crew members of various nationalities.

Some of its passengers went on a half day tour around the island on tour buses while others opted for the George Town heritage trail on trishaws before the ship left for Chennai, India, in the evening.

Margie Sparhr and husband Bill Sphar, in their 60s, from New York, said they wanted to see the old sights of George Town on a trishaw.






A view of one of the two swimming pools on deck 9 on board the Queen Victoria.




揂fter having been to Kota Kinabalu and Port Klang, we were curious about Penang, especially her heritage buildings.

揥e thought the best way to see the real Penang is by going on a trishaw ride,
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 01:43 PM | Show all posts


          The Star Online   Grandpa of 20 now a graduate



Link to original article



PENANG: Abdul Karim Yahaya, 67, did not let his age stand in the way of pursuing a tertiary education.

The grandfather of 20 was conferred the Bachelor of Social Science degree during Universiti Sains Malaysia's (USM) 37th convocation ceremony here yesterday.

Cheering the retired headmaster on were 42 members of his family who came to witness his convocation.


[table=74%,peru]




Our hero: Abdul Karim getting hugs from his grandchildren after the convocation in Penang Saturday.





揑 have a diploma in education but never pursued a degree because I had to work and raise a family.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 07:48 AM | Show all posts


          The Star Online   Police raid illegal betting centres
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]



By BERNARD SEE
Tuesday March 25, 2008


Link to original article



PENANG: Three illegal 4-digit lottery-counting centres, which had accepted bets amounting to some RM9mil monthly, have been raided in George Town and Butterworth.

Police believe they have busted one of the betting syndicates here with the arrest of nine suspects, including three men, in the raids last Wednesday and Saturday.

Police also seized hundred of betting slips, two computers, eight facsimile machines, five handphones and two telephones in the operation.

In the first raid on Wednesday, police raided a house in Air Itam and nabbed two men, aged 42 and 55, suspected to be involved in the illegal betting activities.

In a follow-up operation, three days later, they raided two houses in Telok Air Tawar and Jalan Raja Uda, Butterworth.

Police arrested six women and a man, aged between 26 and 53, at the two premises.

State CID chief Senior Asst Comm (II) Datuk Abdul Samah Mat said they found hundreds of betting slips from the three centres.

揑nvestigations revealed the centres were all linked and had been in operation for several months.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 03:40 AM | Show all posts


          The Star Online   Yacht sails into Penang
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]


By ANTHONY TAN
The Star Online
Thursday March 27, 2008


Link to original article



THE Crocs Yacht sailed into Penang recently as part of its tour of Asia to promote the Crocs brand of footwear.

The 17m-long vessel anchored at Tanjung City Marina in George Town last Wednesday was in Penang for several days before leaving for Port Klang enroute to Singapore and Bangkok. It was also at Port Klang before coming to Penang.

Members of the media were taken on a cruise in the waters off George Town during its stopover at the island.

Accompanying them on the 190-minute trip were Pinang Medical Supplies director Teh Teong Ei and several of his staff members. The company is Crocs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 02:29 PM | Show all posts



[table=96%,lemonchiffon]


- nation  -

Fans mob angkasawan


By CAROLYN OOI
The Star Online
Friday March 28, 2008


Link to original article



ANGKASAWAN Dr Sheikh Muszaphar Shukor was definitely a crowd puller when he appeared at University Sains Malaysia Dewan Tunku Syed Putra抯 foyer on Wednesday as part of USM抯 Brain Awareness Week (BAW) 2008.

The part-time model was mobbed by a screaming crowd as soon as he stepped into the foyer.  

Some 1,000 primary and university students had gathered at the university to take a close-up look of the Malaysian doctor who went to space.



[table=94%,peru]




Celebrity: Dr Sheikh Muszaphar being mobbed by fans upon his arrival at USM




He was also there to autograph copies of Reaching for the Stars, a book which was written by his late brother, Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie.  

He also signed his posters, pictures and had a photography session with his fans.

The book is an account of him participating in the angkasawan programme.

揑 was touched by my brother抯 effort to come up with the book.  

揑 have promised him I will try to continue his effort to convince the youngsters that dreams are not impossible to achieve,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 03:47 AM | Show all posts



[table=96%,lemonchiffon]


- north  -

Aim high, urges space pioneer



The Star Online
Tuesday April 1, 2008


Link to original article



[table=94%,peru]








LIKE cosmonaut Yuri Gagarin who was the first human to travel into space and astronaut Neil Armstrong who was the first man to walk on the moon, angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor wants to fuel the imagination of the nation.

Malaysia抯 first angkasawan said his mission was not merely to travel into space but to come home and inspire the young generation.

揗y mission is also to change the mindset of Malaysians
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 01:33 PM | Show all posts


          NST Online   68 fall ill after meals



Link to original article







Some of the pupils of Sekolah Kebangsaan Sungai Dua leaving the hospital after being given outpatient treatment.




BUTTERWORTH: Sixty-eight pupils from two schools in the Seberang Prai Utara district sought treatment at two hospitals here in separate food poisoning incidents yesterday.

Four of the 43 affected pupils of Sekolah Kebangsaan Sungai Dua have been admitted to Seberang Jaya Hospital. The four - two girls and two boys - are from Year Two and Year Six, respectively.

At Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, 25 pupils received outpatient treatment at Kepala Batas Hospital.

The children began complaining of stomachache after they consumed food at their school canteens during recess.

State Health and Welfare Committee chairman Phee Boon Poh, who visited the pupils at the hospital, said the state would conduct checks at both canteens to see whether the operators had adhered to cleanliness procedures.






Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 03:44 PM | Show all posts


          Utusan Online   Baiki segera loji kumbahan
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]



Link to original article



PULAU PINANG 4 April
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.076242 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list