CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 30-4-2008 01:18 PM | Show all posts


          The Star Online   'New' flea market ready next month




Link to original article



THE new flea market in Taman Selat in Butterworth which is being given a RM1mil facelift will be completed soon.

Taman Selat Bumiputra Small Traders Association (Ropewalk) chairman Idris Ibrahim said the project was now 95% completed.

"The traders are expected to move into the new place by the middle of next month," he said.

He said traders would be able to conduct their business in a more conducive environment.

He said there would also be a food court in the flea market.






Smooth: Idris having a discussion with site supervisor Musfirah Mustafa on the progress work.




Idris said Finance Minister Tan Sri Nor Mohammed Yakcop approved the RM1mil project when he visited the market before the general election. "The flea market will benefit some 200 traders who have been operating there since it opened in June 2000," he said.

He said the traders would be charged a nominal fee and the money would go to their welfare fund.

"Priority will be given to single mothers and the handicapped who want to trade at the flea market," he said.

Idris said foreign traders, who rented space from the locals, would not be permitted to operate there.

"We do not want the market to be colonised by there foreigners. We want to help bumiputra small traders to improve their income and livelihood.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2008 02:09 PM | Show all posts


          The Star Online   Ambush leads to seizure of 20kg opium
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]



Link to original article


PENANG: Police here made their biggest opium haul so far this year with the seizure of 20kg from a suspected drug distributor.

The drug, packed in 20 slabs with a street value of RM70,000, was found in the man抯 car on Wednesday.

The man, in his 30s, was said to be waiting in the car for his potential client near a hypermarket in Gelugor.

He was caught off-guard when about 16 policemen from the state narcotics team and their counterparts from Bukit Aman surrounded him at 2.40pm.

He surrendered without a fight.

Police searched his car and found the drug. They also recovered RM550 from him.

Acting state police chief Senior Asst Comm I Datuk Salleh Mat Rasid said that police received a tip-off which resulted in the ambush.

揥e planned for four days before deciding to act against the suspect.

揌e had no chance to escape or retaliate as our stakeout was well planned,
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 05:28 AM | Show all posts


          Utusan Online      Jalan Jones tawar pelbagai kuih-muih tempatan


Oleh NURUL HUDA HASSAN


Link to original article


PULAU Pinang bukan sahaja dikenali sebagai tempat percutian yang menarik kepada pelancong tetapi turut menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa yang enak.

Sebut sahaja nasi kandar, pasembor, mi udang, sotong kangkung dan pelbagai jenis makanan, pasti mengingatkan pelancong kepada negeri yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara ini.

Malah makanan-makanan yang telah menjadi ciri utama kepada negeri ini juga mampu membuatkan pelanggan-pelanggan mereka datang kembali semata-mata untuk menikmati hidangan yang lazat itu.

Walaupun negeri ini turut dikenali sebagai syurga makanan, namun masih terdapat ketika masyarakat di negeri ini agak sukar untuk mencari kuih-muih tradisional untuk dinikmati terutamanya semasa bersantai di waktu petang.

Jalan Jones atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai Kelawei merupakan satu-satunya kawasan yang menawarkan pelbagai jenis kuih-muih tempatan yang turut menjadikan tempat berkumpul masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Di jalan tersebut, terdapat sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih tempatan setiap hari kecuali hujung minggu bermula seawal pukul 6.30 pagi hingga 8 malam.

Ia menjual lebih daripada 80 jenis kuih tradisional dan moden antaranya tepung gomak, keria, seri muka, bingka ubi, donat, tepung talam, cucur badak, buah melaka, kuih ketayap, kuih cara, puding roti, apam lenggang, kuih lopes dan juga lepat pisang.

Di gerai tersebut juga turut menjual nasi tomato, nasi lemak, bihun goreng dan char koay teow serta pelbagai jenis minuman.

Turut terdapat beberapa buah gerai berhampiran yang menjual makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti laksa penang, mi kuah, nasi goreng, roti canai yang boleh dinikmati panas-panas sambil menghirup udara segar.

Jalan Jones yang terletak berhampiran kawasan perumahan, pelancongan dan komersiol, sering menjadi tempat melepak bagi semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama terutama pada waktu petang.

Menurut Abdul Wahab Abdul Majid, 61, gerai tersebut telah mula beroperasi sejak 12 tahun lalu dan kuih-muih yang dijual kebanyakannya dibuat sendiri dan ada juga yang dihantar oleh orang lain untuk dijual di sini.

''Dekat sini terutamanya pada waktu minum petang memang ramai pelanggan terutamanya mereka yang bekerja di kawasan sekitar dan ada juga yang datang sini jumpa pelanggan.

''Mereka ini biasanya tidak akan duduk lama-lama di sini tetapi hanya sekadar hendak menikmati kuih-muih tempatan yang sukar ditemui di kawasan lain di bandar Georgetown ini," katanya.

Abdul Majid memberitahu, abangnya, Mohd. Sidik Abdul Majid, 63, yang memulakan perniagaan tersebut dan beliau hanya mula membantu sejak lima tahun lalu.

Selain menawarkan pelbagai kuih-muih tempatan yang enak, Jalan Jones turut menawarkan kari kepala ikan di sebuah restoran yang terletak berhadapan dengan gerai menjual kuih muih.

Kedai yang dikenali sebagai Kari Kepala Ikan Kelawei ini juga turut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong asing kerana keenakan kari kepala ikan serta lauk pauk masakan Melayu yang lain.

Di kawasan ini bukan sahaja terkenal dengan gerai serta kedai menjual kuih muih tempatan dan kari kepala ikan tetapi di sepanjang jalan ini juga terdapat banyak kedai-kedai menawarkan pelbagai perkhidmatan.

Antaranya terdapat kedai urut dan spa, beberapa kedai menggunting rambut dan juga kedai-kedai kecantikan yang sering menjadi tumpuan pelbagai golongan masyarakat di negeri ini.

Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan dan makanan yang mampu ditawarkan di Jalan Jones ini bukan sekadar hanya sebatang jalan biasa yang terdapat di tempat-tempat lain tetapi ia merupakan sebuah jalan yang mampu menawarkan pelbagai aktiviti sekali gus menjadi tempat masyarakat berkumpul.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 07:58 AM | Show all posts


          Utusan Online     Pengguna feri gesa PPSB guna bot laju


PULAU PINANG 7 Mei - Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) digesa menggantikan perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang dengan bot laju khusus untuk pengguna yang tidak menggunakan kenderaan.

Rata-rata pengguna yang ditemui Utusan Malaysia di sekitar kawasan jeti feri menyifatkan perkhidmatan yang sedia ada sekarang hanya sesuai digunakan untuk membawa kenderaan.

Mereka turut mendakwa kemudahan untuk penumpang di bahagian atas feri sudah lapuk dan tidak selesa untuk digunakan lagi.

Menurut seorang peniaga kedai runcit, Salleh Salman, 52, sudah tiba masanya pihak PPSB menambah perkhidmatan mereka dengan menyediakan bot laju kepada para penumpang.

''Perkhidmatan feri ini kadang kala tidak menentu masa perjalanannya. Kadang-kadang 30 minit, kadang-kadang boleh mencecah satu jam.

''Kalau selalu jadi macam ini, memang susahlah pengguna macam kami ini kerana asyik lambat ke destinasi yang hendak dituju," katanya di sini hari ini.

Pada 30 April lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa PPSB menggantikan perkhidmatan feri yang sedia ada dengan bot laju.

Presidennya, S. M Mohamed Idris berkata, penggunaan feri dua tingkat pada masa ini tidak lagi relevan berbanding penggunaan bot laju yang menjimatkan masa dan lebih selesa.

Tinjauan CAP turut mendapati kerusi yang disediakan di tempat menunggu feri di kedua-dua pangkalan rosak teruk kerana berkualiti rendah.

Sementara itu, seorang pelajar kolej, Mohd. Rizal Abdul Rashid, 20, menyifatkan feri yang ada sekarang ini sudah tidak lagi sesuai digunakan untuk membawa penumpang.

''Kerusi yang ada di bahagian atas feri perlu ditukar atau dibaikpulih kerana nampak sudah terlalu lama. Bahagian tepinya pula perlu diletakkan penghadang kerana ketika hujan lebat, air akan tempias kepada kami.

''Negeri ini sememangnya terkenal sebagai tempat pelancongan. Malulah kalau para pelancong luar tengok keadaan feri macam itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Rasina Haja Mohideen, 40, menyuarakan harapannya untuk melihat sistem pengangkutan awam tersebut dikemas kini demi kemudahan para pengguna.

Tambahnya, penggunaan bot laju wajar dilaksanakan sekarang ini memandangkan ia lebih menjimatkan masa dan memberi keselesaan ekstra kepada penumpang.







Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:18 AM | Show all posts


          The Star Online     Alive with the sound of music
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]


By LOOI SUE-CHERN


Link to original article


THE Penang Botanic Gardens
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:23 AM | Show all posts


          BERNAMA     JPS Pulau Pinang Pasang Pintu Kawalan Air Pasang Besar



BUTTERWORTH, 7 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang akan segera memasang pintu kawalan air pasang surut dan perangkap sampah bagi mengatasi masalah banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerja-kerja pemasangan tersebut akan dimulakan minggu depan dengan memberi tumpuan di kawasan yang sering dinaiki air.

"Kerja-kerja meninggikan ban serta pemasangan pam mudah alih akan turut dilaksanakan bagi menghalang air laut melimpah setiap kali fenomena air pasang besar berlaku," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan yang mengalami fenomena tersebut.

Beliau berkata sebanyak RM500,000 diperuntukan untuk memasang pintu kawalan air pasang surut, perangkap sampah serta pam mudah alih itu.

Katanya antara kawasan yang sering terjejas ialah Taman Limbongan, Taman Kerapu, Taman Robina, Kampung Tok Sani, kawasan Perusahaan Mak Mandin serta Kampung Bagan Dalam di sini.

Pada Isnin lepas, air laut naik secara mendadak sehingga 0.8 meter di sekitar Perai menyebabkan beberapa jalan raya terputus hubungan.







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2008 08:27 AM | Show all posts


          The Star Online     High tide hits 3m peak


BUTTERWORTH: Shop houses along Jalan Chain Ferry here were once again inundated in knee-deep water, when the tide rose to an all-time 3m high.

Besides badly affecting their businesses, the two-hour long flood, from 1pm to 2pm, caused a lunchtime traffic snarl along the busy stretch yesterday.

On Monday, the same area was hit by flash flood between noon and 2pm, when the tide rose to an exceptional 2.9m high.

Seberang Prai Municipal Council president Farizan Darus said low-lying areas in Seberang Prai might experience a similar flooding today between 2pm and 3pm as the tide would rise up to 3m again.


[table=85%,black]




Water,water,everywhere:A motorist riding through floodwaters at Jalan Chain Ferry in Butterworth yesterday.




揂ll the while the tide used to be at an average of 2.4m. The high tide since Monday has been quite extraordinary. On May 18, we can expect high tide at 2.7m, while on June 3 and June 4, the tide would be at at 2.9m,
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:44 AM | Show all posts


          Kosmo! Online     Vios terbang, lapan cedera







BEGINILAH keadaan kereta Toyota Vios yang terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town semalam.



GEORGE TOWN - Bagaikan adegan dalam filem.

Begitu aksi stunt sebuah kereta Toyota Vios yang 'terbang' hampir 10 meter dipercayai hilang kawalan akibat memandu secara berbahaya di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini pukul 1.30 pagi semalam.

Akibatnya lapan mangsa cedera membabitkan lima remaja berusia 18 tahun yang menaiki kereta selain dua penunggang motosikal dan seorang pekerja Telekom Malaysia (TM).

Menurut seorang saksi, Abdul Ghani Mahmud, 40-an, kereta tersebut yang dinaiki lima remaja dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh sebuah motosikal di hadapannya.

Katanya, akibat rempuhan itu, penunggang itu tercampak ke bahu jalan manakala kereta terbabit terhumban sejauh 10 meter sebelum melanggar salah seorang pekerja TM yang membuat kerja utiliti di jalan itu dan kereta itu terhenti selepas merempuh sebuah pondok keselamatan.

Kesemua remaja itu tersepit di dalam kereta yang remuk dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 06:27 AM | Show all posts


          Utusan Online      Ditahan curi kabel


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN


Link to original article


BUKIT MERTAJAM 9 Mei - Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi kabel selepas menahan empat lelaki dan merampas 29 gulung kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai lebih RM30,000 dalam dua serbuan berasingan sekitar sini Rabu lalu.

Empat suspek termasuk dua warga India berusia antara 25 hingga 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) antara pukul 12.20 tengah hari dan 1 petang.

Polis masih menyiasat kaitan kumpulan tersebut dengan siri kejadian curi kabel sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Dr. Mohamed Shah Hussin Shah berkata, kegiatan itu terbongkar berikutan serbuan ke atas sebuah lori yang sarat membawa muatan bahan itu di Juru Autocity, di sini kira-kira pukul 12.20 tengahari.

"Dalam serbuan itu polis menahan pemandu lori berkenaan dan hasil maklumat yang diperoleh membawa kepada penemuan lokasi penyimpanan kabel di Bukit Mertajam.

"Hasil serbuan kedua di pusat penyimpanan tersebut, polis menahan tiga lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamed Shah berkata, kabel pelbagai jenis yang dirampas merupakan milik TNB dan dipercayai dicuri selepas proses pemasangan saluran elektrik di beberapa buah lokasi sekitar daerah ini baru-baru ini.

"Selepas (pemasangan) itu, kabel-kabel berkenaan sepatutnya dikembalikan kepada pihak TNB, jadi kita masih menyiasat bagaimana ia boleh dibawa ke lokasi lain," katanya.

Beliau berkata, keempat-empat suspek ditahan reman sejak Rabu lalu sehingga esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah SPT di talian 04-5382222 atau balai-balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.








Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 06:30 AM | Show all posts


          Kosmo! Online     Dua ahli samun 'Geng Palembang' ditembak mati








Inilah kereta dinaiki ahli 'Geng Palembang' yang mati ditembak di Plaza Tol Kubang Semang, Lebuh raya Butterworth-Kulim semalam.




BUTTERWORTH - Polis menembak mati dua lelaki daripada 'Geng Palembang' yang menjadikan mangsa yang baru keluar dari bank sebagai sasaran samun di Lebuh Raya Butterworth-Kulim di sini semalam.

Kedua-dua lelaki Indonesia itu terbunuh dalam kejadian tembak menembak pada pukul 1 petang.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, dalam kejadian tersebut, kumpulan suspek yang menaiki kereta Proton Iswara itu datang dari arah Padang Serai, Kedah sebelum diekori sepasukan polis dan berlaku kejadian tembak menembak apabila tiba di plaza tol tersebut.

"Selepas suspek menyedari mereka diekori, mereka melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan itu,'' kata beliau.

Menurut beliau, akibat kejadian berbalas tembak, dua lelaki itu mati manakala dua lagi rakan mangsa yang terbunuh dapat melarikan diri.

"Polis menemui sepucuk pistol .38 pada pemandu kereta Proton Iswara tersebut selain beberapa bilah parang di dalam kereta yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka.

"Selain itu, kita juga menemui pasport Indonesia pada kedua-dua suspek tersebut namun belum dapat dipastikan lagi sama ada pasport itu palsu atau tidak," ujarnya.

Salleh memberitahu, polis kini sedang menyiasat sama ada kereta yang dinaiki penjenayah itu kereta curi atau sebaliknya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:05 AM | Show all posts


          Utusan Online      Ketenangan di Pulau Aman


Oleh ROKIAH ABDULLAH


Link to original article


Pulau Pinang 11 Mei - Pulau Aman ialah sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan.

Berdasarkan maksud yang tersirat pada namanya, Pulau Aman dianggap sebagai pintu masuk untuk mengecapi ketenteraman dan ketenangan yang dicari-cari oleh orang ramai.

Pulau yang hanya berkeluasan 115.2 hektar itu cukup menarik dan seaman nama yang diberikan kepadanya. Ia terletak di perairan Pulau Pinang, kira-kira 30 minit perjalanan bot dari Nibong Tebal.

Lambaian alam semula jadinya yang menghijau, air laut yang membiru serta flora dan fauna alam yang masih tidak terusik menggamit rasa tenang dan damai. Suasana alam yang jarang dapat dinikmati terutama dalam arus pembangunan sekarang ada di pulau itu.

Pulau yang dulunya terkenal sebagai sebuah perkampungan kecil nelayan yang kaya dengan buah sukun kini mula mendapat perhatian kerajaan negeri untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan.

Walaupun tidak sehebat Pulau Pinang atau Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan, Pulau Aman sedang mengalami perubahan fizikal yang mendadak untuk menjadi pusat agropelancongan yang penting di negeri ini.

Menurut Penghulu Yaakob Talib, 61, berdasarkan sejarah, nama asal kepulauan itu ialah Pulau Keramat. Mengikut kepercayaan penduduk zaman dahulu, pulau itu dipelihara oleh Keramat Serban Hijau, Keramat Serban Kuning dan Keramat Tok Janggut.

''Pada malam Jumaat nelayan-nelayan biasa terdengar suara seseorang membaca ayat-ayat suci al-Quran dan tercium bau kemenyan yang datang dari atas Bukit Pulau Gedung yang tidak didiami orang yang terletak bersebelahan Pulau Aman," katanya.

Yaakob berkata, semasa kedatangan British pada tahun 1800, mereka menukar nama pulau itu kepada Pulau Kera kerana terdapat banyak kera di pulau tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan penduduk kampung kurang senang atas nama baru yang diberikan itu.

"Atas desakan penghulu mereka ketika itu, Datuk Penghulu Mohd. Noordin Mastan, pada tahun 1952 nama pulau ini ditukar kepada Pulau Aman.

"Nama itu memang amat bersesuaian dengan keadaan pulau yang aman dan damai tanpa sebarang kejadian kecurian atau jenayah," katanya sambil tersenyum bangga.

Kebanggaan yang ditunjukkan Yaakob cukup kena pada tempatnya kerana di samping keindahan yang masih terpelihara, persekitaran kampung Pulau Aman amat bersih.

Setiap rumah di pulau itu mempunyai laman bunga dengan pelbagai jenis tanaman yang tersusun cantik selain pokok-pokok buah sukun yang menghijau dan rendang.

Salah satu keunikan kampung itu ialah tidak terdapat sebuah pun kenderaan bermotor kecuali beberapa buah basikal yang salah satunya dimiliki oleh Yaakob.

Menurut Yaakob, penduduk kampung itu memang dilarang membawa kenderaan masing-masing. Semua kenderaan perlu ditinggalkan di Jeti Bukit Tambun yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan menaiki bot.

"Kampung ini kecil. Rumah pun dalam 54 buah sahaja dan kedudukannya rapat-rapat. Kalau pusing satu pulau, peluh pun tidak sempat keluar.

"Basikal pun tidak banyak, saya guna pun hanya untuk membuat pemantauan keadaan penduduk, kalau-kalau ada yang memerlukan bantuan.

"Saya amat mementingkan faktor keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Apa gunanya motosikal kalau ia hanya akan membahayakan kanak-kanak dan penduduk di sini," kata Yaakob yang telah menjadi ketua kampung sejak 17 tahun lalu.

Kampung nelayan yang indah itu cuma mempunyai kira-kira 255 penduduk dan kebanyakan penghuninya adalah warga tua dan kanak-kanak.

Dari segi pengangkutan, kebanyakan penduduk kampung mempunyai bot sendiri dan bagi yang tidak memilikinya, mereka boleh menggunakan bot penumpang kecil yang menghubungkan mereka ke Bukit Tambun dengan bayaran tambang RM8 untuk perjalanan pergi balik.

Pengusaha bot di situ menjalankan perkhidmatan empat kali sehari mulai pukul 8 pagi. Perjalanan dengan bot mengambil masa kira-kira 30 minit.








Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 05:44 AM | Show all posts


          Kosmo! Online     Pos eramin Taiwan ke P. Pinang


Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my






MATRANG (kanan) menunjukkan sebahagian bungkusan pil eramin 5 bernilai RM150,000 yang berjaya dirampas pada sidang media di Perai semalam.




Link to original article


PERAI - Dua kotak yang mengandungi 10,000 biji pil dipercayai eramin 5 yang dikirim menerusi khidmat pos laju oleh sebuah 'syarikat' dari Taipei, Taiwan boleh terlepas daripada pemeriksaan pihak berkuasa negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun, kedua-dua kotak itu yang diposkan pada 30 April lalu yang dialamatkan kepada sebuah 'syarikat' di Pulau Pinang berjaya dikesan oleh Pasukan Pegawai Kastam Bahagian Pencegahan ketika pemeriksaan di Pejabat Pos Bagan Dalam, Butterworth.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang, Matrang Suhaili berkata, kedua-dua kotak tersebut berjaya dikesan kira-kira pukul 11 pagi Isnin lalu.

Menurutnya, kotak berkenaan yang diikrar sebagai peralatan komputer oleh penghantarnya masing-masing mengandungi 5,000 pil berkenaan yang dibalut menggunakan pembalut aluminium peralatan komputer dan bernilai RM150,000 yang disembunyikan di bawah susunan puluhan novel berbahasa Taiwan.

"Kami percaya teknik balutan kesemua pil ini menggunakan plastik pembalut aluminium ini menyebabkan ia tidak dapat dikesan menggunakan mesin pengimbas sehingga menyebabkan ia terlepas masuk ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap alamat yang dicatatkan sebagai penerima kotak tersebut juga mendapati ia tidak wujud.







Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 02:40 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Nasional

Tiga pesakit jantung mohon bantuan

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


Link to original article







MOHON SIMPATI: Tan (kiri) dan Siti Aishah bersama anak masing-masing, Emmer dan Al Musyahnakeir (kanan) di GMC, Georgetown, kelmarin.




Bayi 9 hari antara penghidap perlukan RM50,000 untuk pembedahan

GEORGETOWN: Seorang bayi berusia sembilan hari adalah antara tiga kanak-kanak yang memerlukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan jantung di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini.

Bayi lelaki itu yang belum diberikan nama, memerlukan antara RM45,000 hingga RM50,000 bagi membiayai kos pembedahan dan rawatannya yang perlu dilakukan dengan segera.

Bapanya, Md Nahar Walong, 45, seorang penoreh getah yang memperoleh upah sebanyak RM800 sebulan dan ibunya, Anita Kulub, 35, suri rumah sepenuh masa, tidak mampu untuk membiayai perubatan anak mereka.

Pasangan itu juga mempunyai tiga lagi anak yang berusia empat hingga sembilan tahun.

"Kami merayu kepada orang ramai membantu bagi membolehkan anak bongsu kami menjalani pembedahan segera," katanya ketika ditemui di GMC di sini, kelmarin.






KASIH IBU: Anita bersama anaknya yang belum diberikan nama ketika dirawat di GMS, Georgetown, kelmarin.




Sementara itu, Al Musyahnakeir Al Muhazam, 3, pula memerlukan kira-kira RM28,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan.

Bapanya, Al Muhazam Sudin, 36, seorang kakitangan awam, hanya memperoleh pendapatan RM450 sebulan, manakala isterinya, Siti Aishah Osman, 37, seorang suri rumah.

Pasangan yang berasal dari Langkawi, Kedah, yang mempunyai beberapa anak lain berusia antara tujuh hingga 13 tahun, tidak mampu untuk mengumpul wang bagi membiayai kos perubatan.

"Anak bongsu saya menghidapi penyakit ini sejak berusia setahun. Walaupun dia kuat makan, akibat penyakit jantung, berat badannya sukar untuk bertambah," katanya.

Seorang lagi bayi yang berusia dua minggu, Emmer Lee, pula memerlukan RM45,000 bagi menjalani pembedahan sama.

Bapanya, Lee Yew Fai, 34, seorang tukang masak dengan pendapatan RM1,800 sebulan dan isterinya, Tan Sue Chun, 25, seorang kapten restoran, dengan gaji RM1,150 sebulan, hanya mampu mengumpul RM11,000.

"Saya mengetahui mengenai penyakitnya sehari selepas dia dilahirkan. Saya sedih melihat keadaannya dan berharap dia dapat sembuh selepas pembedahan ini," katanya.

Orang ramai boleh memberi sumbangan dengan mengirim cek atas nama Berita Harian dan nama kanak-kanak ditulis di belakang cek dan dihantar kepada Juruwang Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, 31 Balai Berita, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.





Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 02:50 PM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

Intel Akan Teruskan Hubungan Kerjasama Dengan Kerajaan P. Pinang

May 17, 2008 22:37 PM
  

Link to original article



PULAU PINANG, 17 Mei (Bernama) -- Intel Corp, pengeluar cip komputer terbesar di dunia, akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang walau pun berlaku perubahan pentadbiran baru-baru ini, kata Pengerusinya, Dr. Craig Barrett.

"Kami telah berada di sini sejak 35 tahun lepas, kami menjalin hubungan kerjasama dengan kerajaan negeri," katanya di perayaan ulang tahun ke-40 di sini, Sabtu.

Intel telah beroperasi sejak 1972 di negeri ini, yang merupakan tapak luar pesisirnya yang pertama di luar AS. Sejak itu, ia telah berkembang hingga ke Kulim dan Kuala Lumpur dan telah mempunyai lebih 1,00 pekerja pada masa ini, berbanding dengan kira-kira 100 orang pekerja asal.

"Saya telah menemui Ketua Menteri (Lim Guan Eng) semalam (Jumaat) dan telah mengadakan perbincangan dan akan terus menjalin kerjasama untuk menuju ke hadapan," katanya.

Di segi operasi, Dr Barrett menyifatkan Malaysia sebagai sangat kompetitif dan akan terus menyokong keupayaan di Malaysia, yang kini melakukan pengilangan kejuruteraan dan penyelidikan.

Dr Barrett berkata pihaknya sedia mengembangkan keupayaan kakitangan Malaysia dan mereka merupakan kakitangan yang baik dan berdaya saing.

Intel telah melabur di Malaysia lebih AS$3 bilion sehingga sekarang, katanya.

Sebelum itu, Dr Barrett telah menyerahkan sekeping cek bernilai RM710,000 kepada Kementerian Pendidikan. Wang itu didermakan oleh kakitangan Intel Malaysia sebagai sebahagian daripada Program Geran Pemadanan Yang Membabitkan Intel.




Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:27 AM | Show all posts


          Utusan Online   Berita Utara

Nasib peniaga pasar malam

Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS


Link to original article


PULAU PINANG 20 Mei - Pasar malam merupakan antara sumber penjana ekonomi utama bagi penduduk Melayu di Pulau Pinang dengan kira-kira 3,000 penduduknya menceburi sektor perniagaan tersebut.

Walaupun pasar malam merupakan perniagaan yang dikategorikan sebagai kecil-kecilan namun ia mampu menjana pendapatan hampir RM100,000 untuk setiap malam.

Terdapat beberapa pasar malam yang dibuka serentak di seluruh Pulau Pinang untuk setiap malam merangkumi Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Namun begitu, di sebalik pendapatan yang dianggap lumayan itu, terselit kekecewaan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa menganaktiri golongan peniaga tersebut.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang (PPMPMPP), Yusoff Mohd. (gambar kecil), terdapat beberapa masalah dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh para peniaga sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Beliau berkata, antara masalah utama yang dihadapi oleh mereka ialah kegagalan mendapat lesen penganjuran pasar malam, kebanjiran warga asing yang turut berniaga di pasar malam hingga menjejaskan pendapatan peniaga tempatan serta perkhidmatan yang tidak berkesan yang disediakan oleh pihak penganjur pasar malam terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan penduduk.

''Dah lama kami suarakan masalah-masalah ini kepada kerajaan negeri dan PBT namun selalunya ia berakhir dengan jalan buntu.

''Jika keadaan ini berterusan, saya bimbang ia akan menjejaskan pendapatan beribu-ribu peniaga Melayu yang mencari nafkah untuk menampung keluarga mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, katanya PPPMPP pernah memohon kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mempertimbangkan permohonan mereka dengan melantik seorang wakil daripada persatuan itu sebagai Ahli Majlis PBT.

Ini bagi memudahkan Ahli Majlis berkenaan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh peniaga tersebut tetapi permintaan tersebut mereka telah ditolak.

Sementara itu, menceritakan mengenai masalah mendapat lesen pasar malam, Yusoff berkata, hampir semua peniaga Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai lesen.

Katanya, apabila mereka tidak mempunyai lesen, secara tidak langsung ia akan menyukarkan peniaga tersebut untuk memperkembangkan perniagaan kerana tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

''Cuba bayangkan, kalau kita pergi bank, mereka mesti akan minta lesen perniagaan, terkedu kita. Sampai bila harus dibayangi oleh belenggu sebegini.

''Sekurang-kurangnya, berilah lesen penganjuran kepada PPPMPP. Kami lebih tahu dan prihatin terhadap nasib para peniaga pasar malam ini kerana kami juga peniaga," jelasnya.

Selain masalah lesen, beliau turut menyuarakan harapan agar PBT dan mana-mana organisasi penguatkuasa yang berkaitan dapat membanteras kebanjiran warga asing di pasar-pasar malam tempatan.

Menurutnya, kebanjiran warga asing yang turut menjual barang-barang yang sama dengan peniaga tempatan telah menjejaskan pendapatan mereka.

''Kita tidak tahu sama ada warga asing itu mempunyai permit atau pendatang asing tanpa izin dan mereka ini dengan senang masuk ke pasar malam dan menjual barang-barang.

''Sedangkan peniaga tempatan terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran, jadi kita amat berharap supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera membendung kebanjiran peniaga di kalangan warga asing ini," katanya.

Selain masalah warga asing, peniaga pasar malam juga terpaksa berhadapan dengan JKKK dan persatuan penduduk yang bertindak sebagai penganjur pasar malam.

JKKK terbabit, ujarnya, mengutip sebanyak RM3 daripada peniaga pasar malam bagi setiap lot di tapak perniagaan itu dan dalam satu malam sahaja, mereka mampu mengutip bayaran sehingga RM300.

''Apabila mereka telah mengutip wang berkenaan, mereka sepatutnya menggunakan wang itu dengan sebaik-baiknya termasuk mengupah tukang sapu sampah atau menyediakan kemudahan elektrik kepada peniaga seperti kami," katanya.

Namun, dakwanya keadaan adalah sebaliknya apabila ada JKKK yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Justeru katanya, dalam usaha penambahbaikan sistem perniagaan pasar malam di negeri itu, beliau berharap PBT seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dapat merombak semula garis panduan yang telah ditetapkan sebelum ini.




Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 07:28 AM | Show all posts


          Kosmo!Online   Negara

Cipta jam anticulik


Link to original article







AZRY (kanan) dan Shafizal menunjukkan set Jam Pintar yang boleh mencegah kejadian culik di Pulau Pinang semalam.



PULAU PINANG - Dua pelajar dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mencipta sistem keselamatan canggih yang berupaya menghantar amaran kepada ibu bapa apabila anak mereka diculik.

Alat yang dikenali sebagai Jam Pintar ini direka dan dibangunkan oleh Nur Azry Zainudin dan Mohd. Shafizal Zainal Abidin yang membolehkan ibu bapa menerima amaran bahawa anak mereka diculik dalam jarak tiga meter daripadanya.

Menurut Nur Azry jam tangan yang dipakai oleh ibu atau bapa dan pita pelekat di pakaian kanak-kanak dilengkapi sistem Pengenalan Frekuensi Pantas (RFID) menggunakan cip yang dipasang dalam jam tangan.

"Jam Pintar itu berfungsi apabila pemiliknya menggunakan jam berkenaan sementara pakaian atau kasut yang anak mereka pakai dilekatkan dengan pita pelekat yang mempunyai cip RFID itu dan amaran akan berbunyi di jam berkenaan apabila anak mereka berada jarak tiga meter daripadanya.

"Ini membolehkan ibu bapa berkenaan berada dalam keadaan berjaga-jaga tentang anak-anak mereka terutama ketika berada di pusat membeli-belah atau taman permainan," katanya semasa membuat demonstrasi keberkesanan Jam Pintar dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan (NCIR) di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 12:12 PM | Show all posts


          Utusan Online   Utara

Kaji sistem tempat letak kereta


Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS


Link to original article


PULAU PINANG 22 Mei - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) digesa mengkaji semula sistem tempat letak kereta di negeri ini yang didakwa tidak lagi relevan kerana kebanyakan petak tempat letak kereta itu terletak di hadapan pintu masuk kediaman penduduk.

Pengerusi Pasukan Khas Pusat Khidmat MCA Pangkalan Kota, Lee Hack Teik berkata, tindakan MPPP yang masih mengekalkan petak tempat letak kereta di hadapan kediaman penduduk telah mengganggu privasi penghuni rumah berkenaan.

''Pada 2006, ketika saya masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkalan Kota, saya telah menghantar surat kepada MPPP supaya menangani masalah tersebut namun tiada jawapan diberikan.

''Di bawah kerajaan baru Pulau Pinang, saya berharap pihak MPPP bersedia untuk mendengar masalah rakyat yang sudah lama terabai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah-rumah kediaman di Lebuh Cecil, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hack Teik turut menggesa MPPP supaya menurunkan kadar bayaran tempat letak kereta yang didakwa terlalu tinggi sehingga membebankan orang ramai.

''Setiap hari orang ramai perlu membayar kira-kira RM5.60 sebagai bayaran untuk letak kereta dan dalam sebulan ia bersamaan dengan RM168," katanya.

''Sehubungan itu, saya sebagai mewakili penduduk di negeri ini berharap pihak kerajaan negeri yang baru serta MPPP akan memandang serius mengenai masalah ini dan tidak membiarkannya berlarutan,'' jelasnya.




Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 12:53 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

Residents live in fear after their walls start cracking

By : Phuah Ken Lin


Link to original article







Komtar assemblyman Ng Wei Aik examining the wall crack in one of the shophouses along Jalan Kuantan yesterday. The crack, due to contstant adjacent piling work, was so deep that Ng could insert half his hand into the wall.



GEORGE TOWN: About 150 residents in Jalan Kuantan here are living in fear after large cracks appeared in their pre-war houses and shoplots.

The cracks, which first appeared in early January, are growing larger by the day and the residents fear the buildings will collapse soon.

The residents believe work at a nearby construction site is responsible for the cracks and called on the Penang Island Municipal Council to issue an immediate stop-work order to prevent further damage to the buildings.

"We told the developer about the damages and they carried out repair works. Then, new cracks appeared," said Lim Kok Wah, 48. "We dare not sleep at night as we fear the buildings will collapse."

Another resident, whose printing shop is situated along the road, said a huge crack had appeared on his wall.
Komtar state assemblyman Ng Wei Aik, who visited the area yesterday, said investigations revealed that at least 20 houses were affected.

"Four of these houses experienced sinking floors. The cracks are big. I can even place my hand inside the cracks."

He urged the council to investigate and issue an immediate stop-work order to the construction site.

"The MPPP should also implement a remedial plan to deal with the cracks and the sinking floors."

In an unrelated matter, Ng said about 400 vacant pre-war shophouses in the inner city were in a dilapidated state and on the verge of collapsing. He said the state government would co-ordinate with the council to restore the buildings.




Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 12:54 PM | Show all posts


          The Star Online   North

USM students grab Best Project Award


Link to original article


TWO final-year Universiti Sains Malaysia (USM) chemical engineering students bagged the top prize at the 2008 National Research and Innovation Competition (NRIC).

Using carbon nanotubes, metal-oxide and polimer, Fan Mun Sing, 25, and Nor Khonisah Daud, 23, developed an energy-saving supercapacitor that saves 10 times more energy than existing supercapacitors to win the competition's Best Project Award and received a trophy and RM5,000.

Fan said he hoped the prototype would be useful in the electronics industry and further promote sustainable energy and development.

揟he materials used to produce the supercapacitor (carbon nanotubes made from natural gas, metal-oxide and polimer) are very cost-efficient and not harmful to nature.


[table=85%,black]




Winners of the NRIC main awards.



揟he energy stored in the supercapacitor can power appliances in an eco-friendly manner.

揊or example, by using the supercapacitor to power vehicles, petrol will not be needed,
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:53 AM | Show all posts
thnks oobi ~~~ byk tepek news
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 1.155124 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list