CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
 Author| Post time 4-10-2007 09:30 PM | Show all posts
North

Thursday October 4, 2007

More 慹yes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2007 09:37 PM | Show all posts
Mayat anak ditemui nelayan

BALIK PULAU: "Saya terima ketentuan Allah apabila harapan untuk menanti kepulangan anak sulung ke rumah bertukar dengan kepulangan jenazahnya selepas lima hari menanti.

"Biarpun kehilangan dua insan tersayang serentak, namun qada dan qadar Alla menentukannya," kata Ramlah Ngah Jusop, 37, ibu Allahyarham Muhamad Asswad Johari, 18, yang ditemui selepas lima hari dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Kota Kuala Muda, Kedah, Sabtu lalu.

Mayat Muhamad Aswad yang terjatuh ke laut bersama bapanya, Johari Saad, 43, ditemui kira-kira jam 3.15 petang semalam di perairan Mukahead, Teluk Bahang, dekat sini oleh sekumpulan nelayan pukat tunda yang menangkap ikan di situ.

Isnin lalu, mayat Johari ditemui pada jam 3.15 petang oleh sebuah bot nelayan dari Kuala Muda, Kepala Batas yang kebetulan melalui kawasan terbabit.



sumber : myMetro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2007 03:25 PM | Show all posts
Berita Utara

October 14, 2007 19:37 PM

Punca Pintu Kecemasan RapidPenang Terbuka Disiasat

PULAU PINANG, 14 Okt (Bernama) -- Polis dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan meneruskan siasatan dan pemeriksaan bagaimana pintu kecemasan bas RapidPenang terbuka sehingga menyebabkan penumpang wanita terjatuh dan maut semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif RapidPenang Azhar Ahmad berkata siasatan tersebut perlu diteruskan memandangkan pihaknya masih belum mengetahui bagaimana pintu kecemasan bas itu boleh terbuka sedangkan kaca menutup selak pintu kecemasan itu tidak dipecahkan.

"Kita hairan bagaimana pintu itu terbuka. Memang tidak boleh dibuka dari luar. Ini adalah kejadian pertama kali berlaku sejak RapidPenang beroperasi tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Tempat Pembakaran Mayat Farlim di Air Itam di sini hari ini.

Azhar berkata syarikat bas itu sedang menimbangkan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa selepas mengetahui kejadian yang sebenarnya.

"RapidPenang akan mengambil tindakan keselamatan segera dengan meletak kon pada pintu kecemasan bagi mengelak penumpang berdiri atau bersandar di situ," katanya.

Azhar berkata pemandu bas terbabit bagaimanapun tidak digantung perkhidmatannya selepas beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam dan tindakan hanya akan diambil jika pemandu bas itu didapati cuai.

"Ketika kejadian bas itu dipandu perlahan kerana baru lepas mengambil dan menurunkan penumpang di pondok menunggu bas berhampiran Masjid Negeri," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.40 pagi semalam, Ng Siam Kiang, 35, yang bersandar pada pintu kecemasan yang terletak di sebelah kanan bahagian tengah bas terjatuh di atas jalan raya apabila pintu itu tiba-tiba terbuka.

Ng yang bekerja sebagai pengedar kuih perniagaan milik keluarganya meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, bas yang mampu memuatkan 55 penumpang itu sedang membawa kira-kira 30 penumpang tetapi mangsa dikatakan berdiri kerana tempat duduk penuh.

-- BERNAMA

sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2007 03:27 PM | Show all posts
Berita Utara

October 15, 2007 20:08 PM

PM Arah Kementerian Pengangkutan Periksa Semua Feri Dan Bot Penumpang


KEPALA BATAS, 15 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya memeriksa semua bot dan feri yang membawa penumpang bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

"Saya harap Kementerian Pengangkutan akan buat pemeriksaan semua bot yang digunakan termasuk bot berlesen yang dibenarkan digunakan sebagai feri atau untuk mengangkut penumpang dan barang," kata Abdullah kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini.

Abdullah berkata demikian merujuk kepada tragedi feri Seagull Express 2 yang terbakar dan karam kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Tioman, berdekatan dengan Pulau Tokong Bahara, pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

Empat orang terkorban dan tiga lagi hilang dalam kejadian itu.

Mereka yang terkorban adalah Hoo Lee Lan, 67, dari Kuala Lumpur; Hong See Tiew, 53, dan Teh Siew Lian, 52, kedua-duanya dari Klang, Selangor; dan Tee Moi alias Haw Lee Maoi, 68, dari Batu Pahat, Johor.

Tiga yang masih hilang adalah Choong Yoong Kim, 43, Wong Soong Leng, 37, kedua-duanya dari Petaling Jaya dan seorang penyelia kilang dari Klang, Wong Hann Wen, 29.

Abdullah berkata beliau telah menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy dan mendapat pengesahan bahawa feri terbabit tidak mempunyai lesen operasi angkut.

"Feri tidak mempunyai lesen. Lesen tidak diberikan kerana spesifikasi tidak betul. Oleh itu, lesen tidak boleh diberikan," katanya.

Sedih dengan tragedi itu, Abdullah berkata tindakan harus diambil kerana pemilik telah melanggar peraturan.

"Chan Kong Choy akan membuat kenyataan media esok. Saya benar-benar tidak senang dengan kejadian ini," kata Abdullah.

Sementara itu di MUAR, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman meminta Polis Marin dan Jabatan Laut mengambil tindakan tegas terhadap pemilik Seagull Express 2 yang dikatakan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

"Polis dan Jabatan Laut mempunyai peruntukkan undang-undang dan sepatutnya setiap bot diperiksa sama ada mempunyai kelengkapan peralatan keselamatan yang sempurna sebelum dibenar berangkat.

"Ini penting untuk meyakinkan masyarakat. Kita tidak mahu keyakinan orang ramai terhadap keselamatan penumpang perkhidmatan feri terjejas," katanya sambil meminta agar tidak ada pihak memandang ringan terhadap perkara ini.

Abdul Ghani yang amat kecewa dengan tragedi itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan rumah terbuka di kediaman ibunya di Sungai Mati hari ini. Kira-kira 20,000 orang hadir di majlis itu.

Mengulas lagi mengenai tragedi itu, Menteri besar itu berkata ia mungkin berlaku kerana permintaan penumpang begitu tinggi menjelang Hari Raya dan pengusaha bot mengambil jalan mudah menggunakan bot yang ditakrifkan sebagai tidak selamat.

"Sepatutnya, apabila berlaku kebakaran pada bahagian enjin, penumpang-penumpang harus meninggalkan bot. Tetapi oleh kerana kemudahan seperti jaket keselamatan yang tidak sempurna, penumpang terjun ke dalam laut lalu lemas," katanya.

--BERNAMA


sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2007 03:32 PM | Show all posts
Edisi Utara: Mangsa tsunami bersyukur sambut Aidilfitri di kediaman baru

RAI: Mohd Azmi (kanan) melayani tetamu yang bertandang ke rumah baru mangsa tsunami sempena Aidilfitri di Pangsapuri Tanjung Bungah, kelmarin.

100 penduduk terima kunci pangsapuri sebelum raya

GEORGETOWN: Sambutan Aidilfitri bagi kira-kira 100 mangsa tsunami di sini lebih bermakna tahun ini selepas dapat menduduki rumah kekal baru di Tanjung Bungah, sejak Selasa lalu.

Sebelum ini, penduduk terbabit terpaksa menyambut Aidilfitri sebanyak dua kali di rumah transit yang disediakan untuk mereka di Batu Feringgi dalam keadaan serba kekurangan.


Ternyata, selepas menduduki rumah transit selepas dipindahkan akibat tsunami pada 26 Disember 2004, mereka kini mampu menarik nafas lega apabila menerima kunci rumah baru beberapa hari sebelum 1 Syawal.

Pangsapuri tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan kira-kira 212 meter persegi, cukup selesa untuk mereka.

Tambahan lagi, kedudukan pangsapuri itu cukup strategik dan bersebelahan dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah menyenangkan mereka menunaikan solat Aidilfitri selain beribadah setiap hari.


Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan penduduk yang mendiami rumah baru gembira dan bersyukur kerana penderitaan yang ditanggung hampir tiga tahun lalu sudah berakhir.

Mohd Azmi Elias, 48, berkata mereka sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri kerana berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda sebelum berpindah ke rumah baru itu.

"Hari raya kali ini memberikan sinar baru kepada kami sekeluarga kerana dapat meraikannya dalam suasana meriah walaupun bersederhana," katanya ketika ditemui di Tanjung Bungah di sini, semalam.

Omar Noor, 42, berkata suasana hari raya dua tahun lalu tidak semeriah seperti kali ini kerana terpaksa merayakannya dalam suasana serba kekurangan.

"Namun kali ini, saya bersyukur dapat berpindah ke rumah baru yang selesa bersama keluarga tersayang," katanya.

Fazilah Ahmad, 47, berkata kenangan manis merayakan hari raya tahun ini tidak akan lenyap dari fikirannya selepas berdepan pelbagai cabaran ketika menduduki rumah tsunami sejak tiga tahun lalu.




sumber : BERITA HARIAN ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 01:16 AM | Show all posts
Berita Utara

October 27, 2007 16:56 PM

Pembinaan PGCC Bawa Transformasi Besar Kepada Ekonomi P. Pinang

PULAU PINANG, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Penang Global City Centre (PGCC), akan membawa transformasi besar kepada ekonomi Pulau Pinang dalam tempoh 20 hingga 25 tahun akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi berkata dalam tempoh itu, PGCC dijangka menjana nilai pembangunan kasar sebanyak RM25 bilion dan membuka peluang pekerjaaan kepada lebih 20,000 penduduk tempatan.

Katanya selain memberi faedah secara langsung kepada penduduk, projek berkenaan juga bakal menjadi ikon bagi negeri dan negara untuk menarik pelabur dan pelancong asing ke Malaysia khususnya Pulau Pinang.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jelajah penerangan dan pameran PGCC di Queensbay Mall di sini, beliau berkata pembinaan PGCC dirancang secara teliti dan mendapat sentuhan pakar bertaraf dunia yang terbabit merancang kota-kota ternama seperti Paris.

"Pembinaan PGCC juga mengambil kira pelbagai sudut termasuk alam sekitar, pengurusan lalu lintas dan pemodenan sistem pengangkutan di negeri ini, yang kesemua ini memberi kesan sama ada dari sudut ekonomi, sosial serta kualiti hidup rakyat," katanya.

Mohd Effendi menjelaskan bahawa pelaksanaan PGCC, yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta, Abad Naluri Sdn Bhd, menitik beratkan soal alam sekitar dan reka bentuk perbandaran yang bakal dimajukannya berkonsepkan bebas karbon.

Beliau berharap orang ramai di Pulau Pinang tidak perlu bimbang terhadap projek ini kerana ia mendapat sokongan penuh kerajaan, yang mahu melihat Pulau Pinang melalui proses transformasi positif ini.

"Projek ini dipantau oleh Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan semestinya kerajaan telah meneliti projek ini sebelum ia dijadikan antara projek pilihan.

"Kerajaan menyokong PGCC kerana ia boleh menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mampu menyediakan infrastruktur bertaraf dunia,"katanya.

Untuk memastikan kesinambungan kejayaan Malaysia, katanya amat penting bagi negara mengekalkan daya saingnya dan menjadi destinasi pilihan bagi perniagaan, pelancongan dan kehidupan yang selesa.

Abad Naluri memulakan siri penerangan mengenai PGCC kepada orang ramai mulai hari ini bagi memastikan maklumat yang tepat disampaikan bagi mengelakkan kekeliruan terhadap masyarakat berhubung projek berkenaan.

Siri penerangan itu melibatkan penganjuran dua seminar, dua pertandingan mencipta slogan, projek ekologi serta pameran selama sebulan mengenai projek PGCC itu.

Sejak dilancarkan, projek itu menerima bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, individu dan pembangkang yang mahu pelaksanaannya dikaji semula kerana bimbang ia menjejaskan alam sekitar serta menimbulkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk pada masa akan datang.

-- BERNAMA



sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2007 01:18 AM | Show all posts
Berita Utara

October 29, 2007 14:11 PM

Kos Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Dijangka Meningkat

PULAU PINANG, 29 Okt (Bernama) -- Kos pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata kenaikan bahan mentah seperti besi dan simen akan menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan jambatan yang akan dibina merentangi Selat Selatan, menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau negeri itu.

"Esok saya akan mengadakan perjumpaan dengan pihak yang terlibat untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai perkara itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan "RosettaNet Global Community Summit and Conference" di sini hari ini.

Kos asal pembinaan jambatan sepanjang 24km termasuk 17km di atas air itu ialah RM3 bilion.

"Kos RM3 bilion itu berdasarkan penilaian yang dibuat beberapa tahun lepas dan kos itu dijangka lebih tinggi jika dinilai mengikut keadaan semasa selepas harga bahan mentah meningkat," kata Koh.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu telah dimulakan dan dijangka siap pada Januari 2011.

Pembinaan jambatan ini melibatkan pembiayaan dari Exim Bank of China, Bank Pembangunan Malaysia dan kerajaan. Perjanjian pembiayaan telah ditandatangani pada 13 Julai lepas di Putrajaya.

Mengenai RosettaNet, Koh berkata lebih 400 syarikat di negara ini dijangka melaksanakan standard RosettaNet dalam tempoh setahun ini di mana kini 446 syarikat telah melaksanakannya sejak diperkenalkan pada 2002.

RosettaNet bertujuan menyediakan standard perniagaan secara terbuka yang dihubungkan dengan jaringan perniagaan global.

-- BERNAMA



sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 01:23 AM | Show all posts
Harga tepung naik: Restoran cadang naikkan harga roti canai

PULAU PINANG 29 Okt. - Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang bercadang untuk menaikkan harga makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, bihun dan mee berikutan kenaikan harga tepung.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, melalui permohonan yang dibuat minggu lepas, persatuan itu mahu harga roti canai dinaikkan ke 80 sen sekeping dari 60 sen mulai bulan depan.

揔erajaan akan menimbang permohonan persatuan tersebut. Namun cadangan kenaikan sebanyak 80 sen sekeping itu di lihat agak tinggi dan akan membebankan pengguna.

揝elain roti canai, persatuan berkenaan juga turut memohon untuk menaikkan beberapa jenis makanan lain berasaskan tepung seperti mee, bihun dan capati,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2007 01:31 AM | Show all posts
EDISI WILAYAH

Utara: Lima syarikat bas hadapi tekanan, belum serah kalah
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

Perkhidmatan RapidPenang semakin mendapat sambutan tetapi pengangkutan awam lain tetap jadi alternatif di laluan lama

GEORGETOWN: Bas RapidPenang yang mula beroperasi kira-kira tiga bulan lalu di negeri, memberi tamparan hebat kepada pengusaha syarikat bas sedia ada di negeri ini yang mengalami penurunan penumpang sehingga 60 peratus.

Dengan perkhidmatan yang lebih memuaskan kerana menggunakan bas baru, membolehkan penumpang yang sudah berpuluh tahun 'sakit mata' dan 'sakit hati' dengan bas sedia ada serta publisiti besar-besaran, sudah tentu pengguna pengangkutan awam beralih kepada RapidPenang.

Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan hebat kepada syarikat bas sedia ada yang banyak berjasa kepada warga Pulau Pinang sejak kira-kira 45 tahun lalu.

Lima syarikat yang masih beroperasi iaitu KGN-Hin Sdn Bhd, Siang Cemerlang Sdn Bhd, Transit Link Sdn Bhd, Milan Travel Sdn Bhd dan Inter Runner Sdn Bhd, kini dalam dilema sama ada meneruskan perkhidmatan atau 憁enyerah kalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 05:52 PM | Show all posts

Kapal Maksiat


Penari seksi

GEORGETOWN: Hanya dengan bayaran serendah RM60, kaki judi beragama Islam mendapat lesen besar untuk melepas gian di dalam kasino manakala kaki maksiat juga bebas menjalankan aktiviti tanpa bimbang ditahan pihak berkuasa.

Inilah 慿emudahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 05:56 PM | Show all posts
Berita Utara

November 25, 2007 12:11 PM

Kaji Selidik Bagi Mengetahui Masalah Penduduk Bangunan Tinggi


PULAU PINANG, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melaksanakan kaji selidik untuk mengetahui masalah yang dihadapi penduduk yang tinggal di bangunan tinggi di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kaji selidik yang dijangka dimulakan tahun depan itu akan dapat membantu kerajaan negeri mengetahui dengan lebih mendalam dan cuba mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi penduduk di bangunan tinggi.

"Selain mengetahui masalah yang dihadapi penduduk, kami juga ingin mendapatkan maklum balas mengenai amalan baik yang boleh dipraktikkan oleh penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perumahan di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meminta kerjasama kerajaan pusat dan beberapa pihak lain seperti Universiti Sains Malaysia untuk melaksanakan kaji selidik itu.

Koh berkata sejak 11 tahun lepas, sebanyak 981 projek perumahan melibatkan lebih 100,000 unit rumah di negeri ini telah diberi Hak Milik Strata.

"Projek perumahan semakin bertambah dan pelbagai masalah timbul melibatkan penduduk yang tinggal di bangunan tinggi dan kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka," katanya.

-- BERNAMA


sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 06:04 PM | Show all posts
UDA diminta selesai kemelut Tanjung Tokong

GEORGETOWN: Kementerian Kewangan meminta UDA Holdings Bhd (UDA) menyelesaikan kemelut yang dihadapi agensi itu dengan penduduk Tanjung Tokong bagi memastikan projek pembangunan yang akan dilaksanakan di perkampungan tertua itu berjalan lancar.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata sebagai agensi kerajaan yang diamanahkan untuk membantu pemilikan harta Bumiputera di bandar, UDA perlu memastikan pembangunan yang dijalankan menepati hasrat penduduk.

"Kalau penduduk tidak gembira, bantu mereka (supaya) gembira. Kita sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, perlu menjaga kepentingan rakyat bagi memastikan mereka dapat hidup dengan selesa.

"Walaupun jumlah penduduk yang tidak berpuas hati dengan pembangunan projek ini hanya minoriti saja, kita mesti buat mereka gembira dan puas hati," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran gotong-royong UDA bersama penduduk rumah pangsa Tanjung Tokong, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Syed Ameruddin Syed Ahmad dan Pengarah Urusan UDA, Datuk Jaafar Abu Hassan.

Sebanyak RM470,000 diperuntukkan untuk mengindahkan tiga blok bangunan rumah pangsa UDA yang membabitkan penyelenggaraan lif, mengecat dinding bangunan dan memasang permaidani surau.

Daripada jumlah itu, Nor Mohamed mengumumkan sumbangan peribadi sebanyak RM20,000 dan Kementerian Kewangan RM200,000, manakala baki selebihnya sumbangan UDA.

Rumah pangsa satu, dua dan tiga bilik itu dibina UDA pada 1970-an selepas tapak rumah lama penduduk dimajukan untuk pelbagai projek pembangunan.



sumber : BERITA MINGGU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 06:06 PM | Show all posts
Pulau Pinang sedia tambah Wataniah
Oleh Shahrin Osman

NIBONG TEBAL: Pulau Pinang bersedia menubuhkan kompeni askar Wataniah di setiap Parlimen bagi menyahut saranan Kerajaan Pusat, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan berhubung perkara berkenaan tidak lama lagi.

Antara lain, perbincangan itu juga akan mencadangkan supaya bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tinggal di negeri ini supaya menganggotai askar Wataniah.

Ketika ini, hanya segelintir masyarakat yang berminat menjadi Askar Wataniah di Pulau Pinang dengan menerima elaun antara RM4 dan RM5 sejam.

"Kerajaan negeri mahukan lebih ramai bekas pelatih PLKN serta pelbagai lapisan masyarakat menyertai Askar Wataniah untuk memastikan negara mampu menghadapi apa juga cabaran termasuk soal keselamatan," katanya.

Abdul Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap berkata demikian selepas merasmikan Program Khatan Perdana di pekarangan Surau Al-Ikhwan, Bandar Tasek Mutiara, dekat sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Program itu, Mohd Anur Hussain dan Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Tasek Mutiara, Mohd Murad Malek.

Program yang julung kali diadakan itu adalah anjuran bersama Surau Al-Ikhwan dan Kawasan Rukun Tetangga fasa lima dan enam Bandar Tasek Mutiara, yang disertai seramai 33 kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mahu negeri lain mencontohi Johor kerana menjadi negeri pertama yang menubuhkan satu kompeni askar Wataniah dalam semua 26 kawasan Parlimen negeri itu.

Najib berkata, penubuhan kompeni askar Wataniah di setiap Parlimen di seluruh negara memang menjadi sasaran Kementerian Pertahanan kerana pasukan keselamatan itu boleh memainkan peranan mempertahankan negara dan membantu ketika bencana berlaku.

Abdul Rashid berkata, sebelum ini beliau sudah menerima pangkat Kolonel Kehormat Askar Wataniah, manakala 13 Ahli Parlimen di Pulau Pinang pula menerima pangkat Leftenan Kolonel Kehormat.



sumber : BERITA MINGGU
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 05:01 PM | Show all posts
Am

--------------------------------------------------------------------------------
27 November, 2007 16:25 PM     

Kerja Pelebaran Jambatan Pulau Pinang Dilanjut Setahun Lagi


PULAU PINANG, 27 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu kerja pelebaran Jambatan Pulau Pinang yang dijangka siap pada September 2008 terpaksa dilanjutkan sehingga September 2009 kerana masalah geoteknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Negeri, Datuk Koay Kar Huah berkata masalah geoteknikal itu ialah berhubung kerja-kerja menanam cerucuk.

"Namun keteguhan struktur dan keselamatan jambatan berada pada tahap yang baik berdasarkan laporan pemeriksaan daripada jurutera perunding Penang Bridge Sdn Bhd.

"Hanya berlaku kerosakan struktur iaitu berlaku keretakan yang melebihi 1mm ditemui di beberapa lokasi. Bagaimanapun ia berlaku pada lokasi yang tidak kritikal dan tiada kesan terhadap keteguhan struktur dan keselamatan jambatan.

"Kerja-kerja pembaikan keretakan telahpun siap dilaksanakan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2008.

Koay juga berkata pembinaan jalan lencongan bagi mengelakan kesesakan lalu lintas di Bayan Lepas telah diluluskan dan kerja-kerja membuat pelan reka bentuknya telah siap.

"embinaan projek ini dijangka bermula pada Mac 2008 dengan kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM2.5 juta dan sekarang ia dalam proses pengambilan balik tanah," katanya.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 05:24 PM | Show all posts
muahahahha...lanjut lagi ka?

dengaq cerita second bridge to dah call off...apa dah jadi? tihtihtih
syyyyyhhhhh...jgn heboh naaa.....P & C nih...baru kabar angin..wait n see lorrr   
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 03:50 AM | Show all posts

[table=100%,wheat][tr]
[td]

[table=96%,lemonchiffon][tr][td]


- nation  -

New Habitat For Animals


By ONG YEE TING
The Star Online
Friday December 28, 2007

Link to original article


ENDANGERED animals, reptiles and orchids from the Bukit Jambul Orchid, Hibiscus and Reptile Farm in Penang will be sent to the 2ha Flora and Fauna Village at the Teluk Bahang Forest Reserve.  

State Tourism Development and Environment Committee chairman Teng Chang Yeow said the state had allocated RM700,000 for this new tourism product.

揟he project started early this year and is expected to be ready by March,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 05:12 AM | Show all posts

[table=100%,wheat][tr]
[td]

[table=96%,lemonchiffon][tr][td]


- nation  -

Courts Moving Back Soon


By PRISCILLA DIELENBERG
The Star Online
Monday January 14, 2008

Link to original article


THE new RM85mil court complex on Light Street, Penang, is ready and everything looks set for the Penang courts to begin moving in by next month.

State Public Works Department (JKR) director Shahawai Awang said the physical aspect of the complex was 100% completed, leaving only the cleaning work and the trial run of the utilities.

揟he complex should be handed over to the client, the Legal Affairs Division of the Prime Minister抯 Department, most probably by the end of this month,
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:56 AM | Show all posts



[table=96%,lemonchiffon]


- Local News  -

PM: Add value to education



NST Online
2008/01/20

Link to original article



[table=94%,black]




Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, flanked by Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (left) and Penang Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon at the opening of the Wawasan Open University campus in George Town yesterday. With them is vice-chancellor and CEO of the university, Tan Sri Emeritus Prof Gajaraj Dhanarajan.




GEORGE TOWN: Malaysians can be assured of the highest quality of education to ensure the development of human capital.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the Higher Education Ministry had introduced various programmes to provide a more conducive learning environment.

Abdullah said: "There is a need for us to improve further and add value to the quality of education, especially as we are facing a fast-changing and ever-challenging world.

"I can assure you that greater development will continue to take place in our education system for us to move forward and to attain progress we can be proud of," the prime minister said at the opening of Wawasan Open University (WOU) campus here yesterday.

He also stressed the importance of life-long learning and said educational opportunities should be made available to all, irrespective of their background.

"Every university and institution of higher learning should improve educational facilities and offer programmes suited to the employment market."

Located in the heritage mansion "Homestead" which has a recently-completed 12-storey tower block, WOU is the country's first private, not-for-profit open learning institution.

Homestead was handed to the Wawasan Open Foundation as a gift from the family of Datuk Seri Stephen Yeap, grandson of magnate Yeap Chor Ee.

Abdullah also announced a RM20 million grant to the university fund.

Teng said Bukit Jambul was no more suitable for the animals and reptiles because the area was now surrounded by housing projects.  

揊ollowing the Prime Minister's (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) suggestion to fully utilise the Teluk Bahang Forest Reserve, we decided to work together with the company to set up the new village there,
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 07:00 AM | Show all posts





- Local News  -

Technology museum to be built



NST Online
2008/01/23

Link to original article


GEORGE TOWN: Malaysia's first technology museum will take shape here over the next three years.

Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said yesterday that the proposed facility, aimed at charting Penang's success story in industralisation, would be a component of a RM500 million commercial project located within the Penang Cybercity Multimedia Super Corridor.

"The proposed museum will mark Penang's long-term relationship with technology," he said when launching "The One" project at Bandar Bayan Baru, here.

Although Koh did not indicate funding and other details of the project, it is learnt that the effort to set up the museum, akin to a science discovery centre, will be a public and private sector initiative.

The integrated commercial development of The One, carried out by Penang-based Ideal Capital Intelligence Sdn Bhd, will be on a 5.2 hectare site.

Invest-in-Penang Berhad board member Datuk Wong Siew Hai who mooted the idea of the museum, later said that it was aimed at showcasing the technology applied and manufactured on Malaysia's "Silicon Island".

"This would include semiconductors, communications, lighting, storage, and Internet and digital technology," he said, adding that the museum was likely to be the first of its kind in the region.

Besides highlighting the contributions of small- and medium-sized industries and charting their evolution into world-class players, the museum will also introduce children to science and technology.

"The project is also intended to showcase the transformation of Penang's economy which has evolved from an agro-based one into an electronics powerhouse over the last 35 years.

"The contributions of individuals such as former chief minister Tun Dr Lim Chong Eu, who was instrumental in Penang's economic success, will also be showcased," Wong added.

For over three decades, Penang has served as the off-shore base of technology giants such as Intel, Motorola, Advanced Micro Devices, Robert Bosch, Seagate and Renesas Semiconductor.





Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 07:10 AM | Show all posts





- Dalam Negeri -

Jambatan Kedua P. Pinang dibina bulan depan



Utusan Online
2008/01/23

Link to original article


PULAU PINANG 23 Jan. - Kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung di sini akan dimulakan sepenuhnya selepas cuti Tahun Baru Cina, bulan depan.

Ketua Pasukan Khas Jambatan Kedua Pulau Pinang, Tan Sri Zaini Omar berkata, perkembangan projek itu ketika ini juga mengatasi jadual asal dan yakin ia akan dapat disiapkan sebagaimana dirancang pada tahun 2010.

Menurut beliau, kebanyakan kerja persediaan dan asas bagi pembinaan jambatan itu juga telah pun selesai mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kerja-kerja asas seperti penyelidikan tanah, kajian topografi, kajian dasar air, ujian cerucuk telah selesai dibuat dan tiada masalah yang timbul.

"Bagaimanapun, kerja sebenar secara keseluruhan berkaitan projek akan kita laksanakan sepenuhnya selepas pekerja kembali daripada bercuti Tahun Baru Cina, bulan depan," katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perkembangan projek itu di Hotel Equatorial di sini hari ini.

Tambah beliau, keputusan bagi menetapkan reka bentuk jambatan kedua itu juga akan diketahui pada Jumaat ini selepas perbincangan dilakukan antara Unit Perancangan Ekonomi (EPU), UEM Builders dan China Engineering.

''Reka bentuk jambatan itu masih mempunyai persamaan dengan konsep Jambatan Kedua Pulau Pinang yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Namun, kita tidak dapat elak, bila ramai orang yang terlibat banyak pendapat dan cadangan yang diutarakan. Kita harap Jumaat ini, reka bentuk sebenar dapat kita ketahui ," katanya.

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan Batu Maung di kawasan Barat Daya Pulau Pinang membabitkan kos sebanyak RM3 bilion.

Sebanyak 68 hektar tanah telah dibersihkan untuk dijadikan jajaran jambatan tersebut sementara tiang yang dibina mampu menghadapi bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami pada kekuatan tujuh pada skala Richter.

Jambatan tersebut dijangka dapat menampung sebanyak 88,880 buah kenderaan sehari apabila siap nanti.

Pembinaan jambatan ini melibatkan pembiayaan dari Exim Bank of China, Bank Pembangunan Malaysia dan kerajaan. Perjanjian pembiayaan telah ditandatangani pada 13 Julai tahun lepas di Putrajaya.

Dalam pada itu, Zaini mengakui kos pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang asalnya dijangka sekitar RM2.8 bilion dijangka meningkat sehingga RM4 bilion berikutan kenaikan harga bahan binaan di dunia ketika ini.

Tambahnya, kos asal itu juga berdasarkan penilaian yang dibuat beberapa tahun lepas dan ia dijangka lebih tinggi jika dinilai mengikut keadaan harga bahan mentah semasa.

Selepas sidang akhbar tersebut, Zaini kemudiannya dibawa meninjau kerja-kerja menyiapkan loji bahan binaan berhampiran tapak projek Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Kawan, dekat sini.

Dalam lawatan kira-kira setengah jam itu, Zaini turut diberi taklimat oleh beberapa pegawai UEM Builders mengenai perkembangan kerja-kerja tanah di kawasan itu.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.378409 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list