CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 1-5-2009 09:29 AM | Show all posts


          Kosmo!  Online   Varia

Memulihara Batu Feringghi

Oleh AZELI ALI
mohdazeli.ali@kosmo.com.my


Link to original article


Hampir 80 pengusaha premis perniagaan di pantai Batu Feringghi lega kerana kerajaan menangguhkan proses merobohkan gerai mereka.






KEHADIRAN pelancong asing dan tempatan ke Batu Feringghi turut memberi sumber rezeki kepada peniaga kecil di pesisir pantai tersebut.



KEINDAHAN pantai Batu Feringghi yang menjadi antara daya tarikan pelancong di Pulau Pinang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pantainya yang mendatar dengan pasir putih bersih menyebabkan kawasan itu menjadi lokasi orang ramai terutama pada musim cuti sekolah sejak dulu lagi.

Sejajar dengan peredaran masa dan kepesatan pembangunan, kini hampir kebanyakan kawasan pantainya berubah wajah. Lebih-lebih lagi apabila ia dibangunkan dengan hotel atau resort bagi memenuhi keperluan sektor pelancongan khususnya para pelancong dari luar negara.

Kehadiran pelancong luar dan pengunjung tempatan ke Batu Feringghi turut memberi sumber rezeki kepada peniaga kecil di pesisir pantai itu. Malah, sejumlah premis perniagaan yang dikendalikan oleh orang tempatan itu sebenarnya sudah menjangkau usia lebih tiga dekad.

Bagaimanapun, beroperasi di tanah rizab kerajaan lebih 80 pengusaha kedai di situ kini berdepan dengan dilema apabila premis mereka khabarnya akan diroboh.

Namun, disebabkan tiada lokasi pemindahan yang sesuai, kerajaan negeri menangguhkan seketika hasrat untuk merobohkan premis perniagaan yang didakwa beroperasi secara haram di Batu Feringghi itu.

Berita itu melegakan 80 pengusaha premis perniagaan di situ yang diberi masa sehingga kerajaan negeri mendapatkan tapak sesuai untuk menempatkan mereka agar keindahan pantai Batu Feringghi terus terpelihara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri, Chow Kon Yeow berkata, kebenaran itu diberi Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL) dengan beberapa syarat yang harus dipatuhi.

"Antaranya, mereka harus menjaga kebersihan pantai dan memastikan keselamatan pelancong yang mengunjungi kawasan pantai terjamin.

"Pada masa sama, PDTTL akan mencari tapak yang sesuai untuk menempatkan gerai dan lokasi yang lebih sistematik," katanya ketika melawat pantai Batu Feringghi, baru-baru ini.

Pada 16 Februari lalu, PDTTL telah mengeluarkan notis mengosongkan premis yang beroperasi di sepanjang pesisir pantai dari Hotel Rasa Sayang sehingga ke Hotel Bayview Beach Resort sejauh lima kilometer itu.

Bagaimanapun, ia mendapat bantahan pelbagai pihak kerana kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Feringghi akan kehilangan mata pencarian.

Kon Yeow menambah, pihaknya sedar pengusaha terbabit telah lama beroperasi di situ tetapi mereka mendirikan struktur secara haram di atas tanah milik kerajaan.

"Jadi pengusaha juga perlu berkompromi untuk mengosongkan tanah tersebut supaya kerja-kerja menyusun semula kawasan tersebut dapat dijalankan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Timur laut, Mohd. Noor Rejab berkata, pihaknya akan mengadakan dialog bersama pengusaha terbabit.

"Setakat ini kami telah kenal pasti tiga tapak yang sesuai bagi menempatkan mereka secara lebih teratur," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 11:59 AM | Show all posts


          Bernama   Rencana

Nak Beli Aksesori Wanita India? Datanglah Ke Lebuh Pasar

Oleh K. Ganeson

Link to original article


PULAU PINANG, 30 April (Bernama) -- Bagi penggemar aksesori perhiasan wanita seperti gelang, rantai, cincin, anting-anting dan rambut palsu yang sering digunakan masyarakat India, kawasan "Little India" di Lebuh Pasar, di sini menjadi pusat sehenti bagi mendapatkan perhiasan seumpama.

Penggemar aksesori berwarna-warni itu mempunyai pilihan yang luas untuk mendapatkan perhiasan terbaik buat mereka kerana terdapat 15 buah kedai yang menjual aksesori berkenaan di kawasan itu.

Kepelbagaian dan keindahan warna serta bentuk aksesori yang terdapat di situ bukan sahaja menarik perhatian masyarakat India, malahan turut digemari oleh kaum lain seperti Melayu, Cina dan pelancong asing terutama dari Eropah kerana ia sesuai untuk digayakan mengikut citarasa masing-masing.

Antara kedai yang menjadi tumpuan penggemar aksesori dari India di situ ialah B.Mathavon Store yang diusahakan oleh M.Kanagaratnam, 59, sejak 30 tahun.

Keistimewaan kedai itu terletak pada pelbagai jenis gelang tangan yang dijual yang antaranya diperbuat daripada kaca, tembaga dan perhiasan tangan yang disadur dengan warna emas.


DIIMPORT DARI INDIA

Menurut Kanagaratnam, walaupun aksesori itu diimport dari India, namun harganya tidak begitu mahal dan setanding dengan kualiti buatannya yang kemas, cantik dan elegan.

"Sebenarnya, aksesori dari India ini sesuai untuk digayakan oleh semua kaum mengikut kesesuaian keadaan dan majlisnya dan corak atau rekaannya mengikut peredaran zaman.

"Selain itu, aksesori berkenaan juga tidak menarik perhatian orang yang tidak diingini seperti penjenayah berbanding aksesori yang diperbuat daripada emas dan permata asli," katanya.

Kanagaratnam berkata, pada kebiasaannya gelang kaca yang berwarna-warni digunakan wanita India pada majlis perkahwinan, upacara keagamaan dan sambutan perayaan tertentu tetapi kini ia digayakan sebagai satu fesyen atau trend hiasan seharian oleh wanita moden.

"Gelang kaca dijual dengan harga RM2 segelung dan bagi setiap gelung ada 24 urat gelang manakala gelang tembaga, yang mengandungi 48 urat dalam satu gelung, dijual dengan harga antara RM6 dan RM15 mengikut saiz dan bentuknya.

"Bagi gelang yang disadur dengan warna emas pula dijual dengan harga antara RM3 dan RM7 sepasang mengikut saiz dan bentuknya. Saduran warna emas itu tidak akan luntur dalam masa tiga bulan jika si pemakai menjaganya dengan cermat," kata Kanagaratnam.


GELANG KACA, TEMBAGA

Kanagaratnam berkata, beliau menjual antara 50 dan 100 gelung gelang kaca dan tembaga setiap hari dan jumlah itu akan meningkat apabila tiba musim perayaan.

Selain gelang, B. Mathavon Store juga menjual pelbagai jenis rantai leher yang dipanggil 'Neckles Bombay' dan 'Neckles Delhi' dengan harga antara RM7 dan RM70 serta barang perhiasan pengantin.

Set aksesori pengantin mengandungi perhiasan di atas rambut, rantai leher, perhiasan pada kedua bahagian lengan dan rantai pada bahagian pinggang yang dijual dengan harga antara RM300 dan RM 500 bagi setiap set mengikut bentuk dan saiznya.

Bagi melengkapkan keperluan pengantin, Kanagaratnam turut menjual rambut palsu yang diperbuat daripada nylon dan rambut asli dengan harga antara RM3 dan RM45 mengikut bentuk dan kualiti dandanannya.

"Selain kegunaan harian, rambut palsu juga digunakan untuk menambahkan seri hiasan pada pengantin dan memudahkan barang perhiasan kepala dipasangkan", katanya.


REKABENTUK

Menurut seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, kedai itu akan dikunjunginya setiap tiga bulan untuk mendapatkan rekabentuk gelang tangan, rantai atau anting-anting terbaru.

Seorang lagi pelanggan tetap kedai itu, Siti Zainab Abdullah gemar membeli aksesori yang dihiasi manik berwarna-warni.

"Selain warnanya yang menarik, susunan manik pada gelang, rantai atau anting-anting di sini sangat unik dan mempunyai nilai seni", kata beliau.

-- BERNAMA



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 11:05 AM | Show all posts


          Berita Harian Online    Wilayah

Utara: Terminal Pengangkutan sementara Penang Sentral operasi akhir bulan

Link to original article


BUTTERWORTH: Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral di sini, yang menempatkan operasi bas dan teksi serta peniaga akan beroperasi sepenuhnya akhir bulan ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Penang Sentral.

Semua 31 syarikat bas ekspres dan henti-henti, teksi serta 51 peniaga yang beroperasi di tapak sementara bersebelahan terminal itu sejak lapan tahun lalu, akan berpindah masuk ke terminal berkenaan, mulai 26 Mei ini.

Rapid Penang Sendirian Berhad (RapidPenang) sudah beroperasi di terminal sementara itu sejak Julai tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Tan Cheng Liang, berkata semua syarikat bas dan teksi diberikan masa dua minggu untuk memindahkan operasi masing-masing ke terminal itu.

Katanya, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) juga sudah mengeluarkan notis kepada peniaga di Kompleks Makanan Sementara MPSP supaya mengosongkan kawasan itu, minggu lalu.

“Selepas syarikat pengangkutan dan penjaja beroperasi di terminal sementara yang baru, tapak lama akan diserahkan kepada Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) untuk dibangunkan Penang Sentral," katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Pentadbiran Tanah dan Wilayah Utara PHB, Khairil Anuar Sadat Salleh dan Ketua Pegawai Operasi Semasa Sentral Sdn Bhd (Semasa), Roslan Datuk Shariff.

Penang Sentral yang mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion, akan dijadikan sebagai hab pengangkutan dan logistik di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Ia membabitkan pembangunan bersepadu termasuk komersial yang akan dimajukan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), sekali gus mengubah landskap bandar ini.

Pembinaan terminal itu bagi menggantikan Kompleks PPC yang musnah dalam kebakaran lapan tahun lalu. Penang Sentral akan dibangunkan di kawasan seluas 12 hektar.

Operasi Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral dikendalikan oleh Semasa yang menyediakan 28 petak pengangkutan awam, perhentian teksi, kaunter tiket, informasi, tandas awam dan surau.

Terminal itu juga disambungkan dengan Pangkalan Sultan Abdul Halim bagi memudahkan penumpang feri.

Sementara itu, Khairil Anuar berkata, fasa pertama Penang Sentral yang mengambil masa antara tiga hingga lima tahun membabitkan pembinaan bangunan kompleks pengangkutan, dijangka bermula tahun depan.

Sebaik fasa pertama siap, ia akan diikuti fasa kedua yang membabitkan pembangunan lanjutan dan khidmat sokongan kepada terminal utama.



Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 07:08 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Negara

Masih banyak makanan guna asid borik


Link to original article


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 12:15 PM | Show all posts

hmm... kenapa code table jadik macam ni? ni mesti sebab forum di upgrade hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 12:28 PM | Show all posts


          The Star Online   Storm damages 37 homes



Link to original article



NIBONG TEBAL: Thirty-seven partially wooden houses in several areas here were damaged by unusually strong winds yesterday.

The storm, which lasted about an hour, started wreaking havoc at 6.30am when most of the villagers were still asleep.






After the storm: Hassan Hamid, 71, (right) describing the storm which wreaked havoc and damaged his house in Kampung Sungai Chenaam, Nibong Tebal,Wednesday.




Sungai Acheh assemblyman Datuk Mahmud Zakaria said many of the houses had their roofs blown away.

He said the affected houses were in Sungai Chenaam, Sungai Udang, Sungai Tongkang, Batu Empat, Batas Pinang and Sungai Acheh.

“I will help them find aid to repair their homes. Apart from the state Welfare Department, I will also get the help of Nibong Tebal Umno division chief Datuk Zainal Abidin Osman,” he said after visiting the affected houses here.

Sungai Chenaam resident Zulkifli Hassan, 38, said he was out fishing while his wife was at work at a nearby factory when the storm hit.

He said he quickly rushed back to see if their children, aged between five and 12, were safe when a relative called to say that his house was badly damaged.

“Thank God they were not injured. They had rushed to their grandfather’s house next door after being awoken by the storm,” said Zulkifli, who estimated the damage to his house at RM15,000.

In Kedah, more than 30 houses were damaged in a storm which hit six villages in Alor Setar at 10.30am yesterday.

The villages were Kampung Teluk Bagan, Kampung Luar, Kampung Lorong Penghulu Lama, Kampung Lorong Kenanga, Kampung Tok Jering and Kampung Alor Terung.

Mohd Khairul Rafiq Abd Aziz, 15, from Kampung Teluk Bagan, said he was watching TV when he heard a loud sound coming from the roof.

“I immediately ran to my grandfather’s house next door,” he said. Pengkalan Kundur chieftain Zainal Abidin Othman said most of the houses had their roofs blown away.

“We are assessing the damage and will submit a report to the Welfare Department,” he added.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2009 12:35 PM | Show all posts

ok...got the table code back but table untuk gambar tu tak sits in the middle walaupun dah bagi command center...hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 07:41 AM | Show all posts


          Utusan Online   Dalam Negeri

Semua Masjid digesa adakan solat hajat



Link to original article




KEPALA BATAS 9 Ogos - Semua masjid di seluruh negara digesa mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat akan datang bagi memohon negara diselamatkan daripada penularan wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom turut mencadangkan khutbah khas diadakan bagi menerang mengenai kaedah dan persediaan menghadapi penularan wabak tersebut.

''Saya harap semua masjid boleh mengambil inisiatif ini untuk kita sama-sama memohon kepada Allah agar negara dijauhkan daripada bahana penyakit ini.

''Mungkin pada hari Khamis malam Jumaat itu kita boleh adakan bacaan Yasin supaya keberkatan daripada Allah SWT, kita sama-sama dapat menghindarkan segala penyakit yang memudaratkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelancaran Karnival Zakat dan Program Nur Ramadhan 1430 Hijrah anjuran Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang di Dewan Milenium di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang juga Pengerusi PUZ negeri, Shabudin Yahaya dan Pengurus Besar PUZ Pulau Pinang, Dr. Azman Abdul Samat.

Jamil Khir berkata, penularan wabak H1N1 semakin serius dan orang ramai khususnya umat Islam perlu melakukan segala persediaan bagi membantu kerajaan memerangi wabak tersebut.

''Selain usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, kita juga perlu mempersiapkan diri dan berdoa agar wabak ini dapat ditangani secepat mungkin," tambahnya.

Sementara itu, beliau memuji pendekatan PUZ Pulau Pinang yang kreatif dalam pengagihan wang zakat dengan mengamalkan kaedah 'memberi jala' berbanding pendekatan 'memberi ikan' semata-mata.

Melalui kaedah itu katanya, pengagihan sumber zakat tidak hanya berbentuk material tetapi disertai pemberian ilmu dan kemahiran agar golongan asnaf mampu meningkatkan keupayaan dalam bidang ekonomi.

''Saya tertarik dengan kewujudan Gerak Asnaf Niaga, Asnaf Kraf, PUZ Mart dan Asnaf Katering. Semuanya menunjukkan bagaimana penyaluran wang zakat sudah melalui transformasi yang sangat baik.

''Ini membuktikan golongan asnaf boleh dimajukan dan akhirnya mereka yang sebelum ini adalah penerima zakat menjadi golongan yang mempunyai kemampuan memberi zakat," katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 07:46 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Varia

Batu asas tapak asal USM


Link to original article







Ahmad Shukri (tiga dari kiri) bersama para mahasiswa melihat batu asas USM selepas merasmikan prapelancaran Convex 09 di Kem Batalion Ke-2 RAMD Sungai Ara, Pulau Pinang, baru-baru ini.



SEMPENA genap 40 tahun penubuhan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, pelancaran Ekspo Konvokesyen (Convex 09) USM yang akan diadakan pada 11 Ogos nanti cukup berbeza dan unik. Jika tahun-tahun sebelumnya, majlis tersebut bertempat di Dewan Tuanku Canselor, kali ini ia diadakan di Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sungai Ara.

Signifikannya kerana batu asas penubuhan USM atau dulunya dikenali Universiti Pulau Pinang terletak di dalam kem tersebut yang ketika itu disempurnakan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Namun, atas beberapa masalah termasuk faktor strategik, cadangan itu berubah apabila lokasi universiti berteraskan sains itu dipindahkan ke Bukit Minden manakala tapak sedia ada di Sungai Ara itu dijadikan kem tentera.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, selepas 40 tahun bertapak sebagai salah sebuah universiti penyelidikan terbaik negara, banyak peristiwa dilalui USM.

"Pencapaian yang dibuat di peringkat tempatan dan antarabangsa itu pastinya membanggakan para penuntut serta seluruh warga USM.

"Saya berharap semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk mengekalkan USM sebagai menara ilmu dan meletakkan namanya di persada dunia," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis prapelancaran Convex 09.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pemerintah kem itu, Lt. Kol. Muhammad Huzaimi Sabri dan Pengarah Convex 09, Elrafida Syahfitri.

Pada majlis itu juga, satu siri pengkisahan sejarah penubuhan USM telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Pemajuan dan perhubungan Alumni Anjung Budi USM, Prof. Madya Mohamed Talhah Idrus.

Upacara Konvokesyen USM akan berlangsung pada 12 hingga 16 Ogos ini di Dewan Tuanku Syed Putra manakala Convex 09 bermula sehari lebih awal.

Antara program yang akan diadakan sepanjang Convex 09 ialah Kejohanan Futsal: Jaguh Kampung, Forum perpaduan: Siapa Yang Tidak Bertoleransi, Persembahan 1Siswa for 1Malaysia, Hari OKU: Caring is Loving dan banyak lagi.

Selain itu, pameran dan gerai jualan juga disediakan sepanjang ekspo yang bertemakan Convex 09 Untuk 1Malaysia itu dan penduduk negeri ini dijemput hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran Convex USM edisi tahun 2009. - AZELI ALI





Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 03:55 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Negara

Anak buruh muncul pelajar cemerlang


Link to original article








SYUKRI (kanan) menunjukkan isyarat bagus kepada Boon Wah (tengah) sambil diperhatikan Ahmad Syahir pada sidang media khas Konvokesyen Ke-40 USM di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Kesusahan hidup sebagai anak seorang buruh binaan tidak pernah menghalang Ahmad Shahir Saleh untuk muncul sebagai pelajar cemerlang graduan Sains Fizik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Hasil kegigihannya, anak jati Merlimau, Melaka itu dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Bumiputera oleh Majlis Raja-Raja Malaysia selepas meraih Anugerah Dekan pada setiap semester pengajian.

Menurut Shahir, 22, pengorbanan bapanya, Saleh Adam, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh menyara dia dan tiga adiknya menjadi pendorong kepadanya untuk cemerlang dalam pelajaran.

Katanya, ibunya, Sharifah Hamdan, 47, pula yang bertugas sebagai guru tadika sentiasa memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anak.

"Prinsip tidak salah berkongsi ilmu dan mengajar orang lain juga banyak membantu kerana ia membuatkan saya lebih faham apa yang dipelajari," katanya ketika ditemui di USM semalam.

Penerima biasiswa Petronas itu akan melaporkan diri sebagai Geo Saintis di Petronas Carigali Sdn. Bhd. pada 1 September ini.





Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 03:56 AM | Show all posts


          Kosmo! Online   Negara

Pelajar sekarang malas membaca


Link to original article


GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."

Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.

Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.

"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.





Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 06:36 AM | Show all posts



          Kosmo! Online   Negara

Jumlah kes 3,574, jangkitan sebenar mungkin 70,000 -  Lima juta boleh dijangkiti



Link to original article


BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau H1N1 jika orang ramai masih bersikap sambil lewa dalam mengambil langkah pencegahan wabak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan di antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduk akan terdedah dengan jangkitan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini semalam.

Katanya, wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.





Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 08:33 AM | Show all posts


          Bernama Online     Berita Utara

PLKN Bersedia Hadapi Gelombang Kedua H1N1

January 28, 2010 19:20 PM


Link to original article


PLKN Bersedia Hadapi Gelombang Kedua H1N1

PULAU PINANG, 28 Jan (Bernama) -- Jabatan Program Latihan Khidmat Negara telah mengambil segala langkah perlu bagi menghadapi gelombang kedua Influenza A(H1N1), kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Khamis.

Oleh itu katanya, ibu bapa tidak mempunyai sebab untuk berasa bimbang bagi menghantar anak mereka mengikuti program itu.

"Setiap langkah pencegahan yang disaran oleh Kementerian Kesihatan dilaksanakan di semua 79 kem di seluruh negara untuk mengelakkan daripada penyebaran selsema maut itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort di Balik Pulau di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai seruan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican baru-baru ini agar semua pelatih dan warga kem PLKN mengamalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 untuk mengelakkan kemungkinan letusan wabak.

Mengulas mengenai penyertaan pelatih pada sesi ini, beliau berkata kira-kira 90 peratus daripada 38,000 remaja yang terpilih mengikuti program itu.

Menurut beliau antara faktor menyebabkan 10 peratus lagi tidak dapat menyertai program itu kali ini ialah masalah kesihatan selain melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.





Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 02:36 PM | Show all posts


          The Star Online     North

Penang to become first halal leather trading hub

Saturday January 30, 2010


Link to original article







Chief Minister Lim Guan Eng (in suit) launching the Penang International Halal Expo and Conference held at the Penang International Sports Arena here yesterday. With him are (from left to right) Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, Deputy Chief Minister (I) Mansor Othman and State Domestic Trade, Religious and Consumer Affairs Committee chairman Abdul Malik Abul Kassim.




Penang will become the first international halal leather trading hub in the world.

This is through the signing of a memorandum of understanding (MoU) between the state’s halal facilitation agency and a company in Britain.

State Domestic Trade, Religious and Consumer Affairs Committee chairman Abdul Malik Abul Kas-sim said the smart partnership was sealed yesterday between Penang International Halal Hub (PIHH) and Halal Industries Group UK (HIG).

Abdul Malik said the venture would see Penang becoming the central hub for the halal leather supply chain including importing, certifying and trading with halal leather producers from China, India, Pakistan, Bangladesh and Brazil.

“The total skin and hide market in the world is estimated to worth US$100bil (RM341bil) with products ranging from apparel, accessories, bags, wallets and furniture.

“Penang is well-positioned to serve the halal leather industry due to its strategic location and investment-friendly infrastructure,” he said in his speech before Chief Minister Lim Guan Eng launched the first Penang International Halal Expo and Conference at the Penang International Sports Arena yesterday.

A total of 87 exhibitors took part in the three-day expo.

The MoU was signed after the opening of the event, where Abdul Malik represented PIHH and HIG was represented by its director Patrick Duwernell.

Abdul Malik said HIG had been working on the halal concept for two years.

Duwernell said with the halal leather collaboration, HIG would bring its 20 years of experience working with its own brands and doing the design and manufacturing for world famous brands.

On the event, Abdul Malik said several companies and agencies were undecided if they wanted to participate.

“Some think it will not be successful, while some were instructed not to take part as the state government is ruled by Pakatan Rakyat,” he said.

However, Lim told a press conference later that there was a misunderstanding about the matter and that it could be sorted out.

“We don’t want to play up such issues,” he said.





Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 03:53 PM | Show all posts
140,000 kenderaan dijangka guna jambatan PP


2010/02/11      BUTTERWORTH: Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) menjangkakan kira-kira 140,000 kenderaan akan menggunakan Jambatan Pulau Pinang mulai hari ini sehingga Ahad ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Jurucakap PBSB berkata pengguna dijangka mula masuk ke bahagian pulau hari ini selepas negeri Kedah akan mula bercuti esok dan jumlah kenderaan dijangka terus bertambah menjelang Ahad.

"PBSD sudah membuat persediaan dengan menambah jumlah kakitangan terutama peronda bagi memastikan Jambatan Pulau Pinang tidak mengalami kesesakan," katanya di sini hari ini.

Katanya orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Jambatan Pulau Pinang di 1300-1300-03 untuk mendapatkan maklumat berhubung trafik terkini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 07:39 AM | Show all posts


          The Star Online     North

Dengue hot spots

Thursday February 18, 2010


Link to original article


FOUR locations in Penang have been identified as dengue ‘hot spots’ by the state Health Department.

The areas are Kampung Melayu flats in Air Itam, Villa Sri Kenanga and Flat Desa Riang in Batu Uban and Taman Seri Sari in Relau.

The department’s deputy director Dr Yasmin Sulaiman said those staying in the areas must take extra precaution.

She said they only have to spend 10 minutes each week to ensure that there were no breeding grounds for the Aedes mosquito.

“There were at least two dengue cases reported in each of the areas.

“By releasing this information, we hope the public will be more alert about the dengue situation in the state,” she said in a press statement yesterday.

Dr Yasmin said those with high fever must seek immediate treatment at the nearest clinic or hospital.

For details, call 04-2296500.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 12:56 AM | Show all posts


          Kosmo! Online     Negara

USM cipta kit penapisan Nano Sinar UV

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


Link to original article







DR. SHAROM (kiri) menyembur Kit Penapisan Nano Sinar UV (Ultra Ungu) pada payung semasa membuat demonstrasi di USM, Pulau Pinang semalam.




GEORGE TOWN - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan Kit Penapisan Nano Sinar Ultra Ungu (UV) yang menjadi penyebab utama kanser kulit dan kanser mata di dunia.

Hasil penyelidikan selama lima tahun pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik USM, Dr. Sharom Mahmud berjaya membangunkan Kit Penapisan Nano ZT-UV yang pertama seumpamanya di dunia.





Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:45 AM | Show all posts


          The Star Online    North

Handicraft attraction

Thursday March 18, 2010


Link to original article



SOUVENIRS and handicraft of Penang will soon be available under one roof, said state Tourism Development and Culture Committee chairman Danny Law.

“We are thinking of setting up a night market at the Esplanade selling such items and also women’s accessories and clothing,” he said.

“Our concept is simple. We want to have a place where tourists in Penang can source for the best bargain in souvenirs and handicraft.

“For a start, we plan to have 30 stalls operating during weekends. The stalls will be placed in front of the 30-odd Celebrity Walk trees along Light Street.”

Law said countries like Thailand, Taiwan and China boast night markets which are deemed must-visit sites.

He added that his office and the Penang Municipal Council had started looking for traders.

“We hope that these traders will come out with unique, distinctive and homemade handicraft and souvenirs which cannot be found elsewhere,” he said.

Those interested can call his office (04-2619012).

He said talks would also be held with cruise operators to bring their passengers to the market.

“Cruise passengers will have another attraction to visit while stopping over on the island,” he said.

“It is just a short walk to the night market from the Tanjung City Marina where the vessels are berthed.

“I will submit a layout plan to the council for approval.

“We have yet to fix the operating hours but they are likely to be from 6pm to 10pm or 7pm to 11pm.”







Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 03:28 AM | Show all posts


          mStar Online     Jenayah

Polis Pulau Pinang Tahan 21 Pelacur Warga Asing

Selasa Mac 23, 2010


Link to original article


PULAU PINANG: Polis menahan 21 wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah pusat hiburan dalam Ops Noda di Jalan Burmah di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata mereka yang ditahan dalam serbuan kira-kira 11.45 malam itu terdiri daripada 13 warga China dan lapan warga Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.

Beliau berkata turut ditahan tiga lelaki berusia 30-an yang dipercayai penjaga dan pembantu penjaga pusat hiburan berkenaan.

"Polis turut merampas kondom yang telah dan masih belum digunakan, wang tunai hasil pelacuran serta resit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua wanita itu berjaya ditahan meskipun cuba melarikan diri dan bersembunyi dalam premis terbabit.

"Tiga lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit kerja sah manakala wanita pula kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya.

Wan Abdullah berkata antara kesalahan itu ialah tidak memiliki dokumen perjalanan sah, pas lawatan tamat tempoh dan menyalahgunakan pas lawatan.

Katanya dalam serbuan yang dilakukan oleh Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu, polis turut mengambil keterangan 17 lelaki dipercayai melanggani pelacur di pusat hiburan berkenaan.

"Kesemua yang diambil keterangan itu telah dibebaskan dan siasatan lanjut berhubung aktiviti pelacuran di pusat hiburan berkenaan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 08:51 AM | Show all posts


          The Star Online     North

A green finger for George Town?

Tuesday March 23, 2010


Link to original article


THE World Heritage Office is mulling over the idea of setting up a committee to look into landscaping George Town’s Unesco World Heritage enclave.

Its head Maimunah Mohd Sharif said the suggestion was discussed during a talk with several stake holders and department heads recently.

“Once we get all the relevant information and feedback then a comprehensive blueprint will be developed,” she said.

Penang Heritage Trust president Khoo Salma Nasution said it would be good to make George Town especially the inner city green as it would make a lot of difference in terms of environment quality.

“Having more trees and plants will help lower temperature which is hot currently.

“Nutmeg, clove, sugar cane, pepper are some agricultural plants associated with Penang. These plants were once important to the state’s economy, and I am sure that planting such trees will add additional heritage value to the enclave,” she said.

Khoo Salma said more community gardens should be created around the area, adding that more trees should also be planted along the roads, although this would require cars to share the road space.

“Neem trees and others plants can play an important role to create shade and make the heritage city a better place to visit,” she said.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.687249 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list