CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3713|Reply: 5

Meminta Idea-Rebut Tanah

[Copy link]
Post time 6-9-2007 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Kepada pembaca sekalian, saya menghadapi masalah yang agak besar. Ia mengenai perebutan tanah. Bukan kami yang merebut tanah tersebut tetapi ada pihak lain.
Tanah tersebut adalah Tanah bukit yang diwariskan dari nenek moyang kami lagi.

Baru baru ini ada orang(sekampung) yang ingin melebarkan tanahnya sehingga melewati sempadan yang sepatutnya. Apabila kami menegur bahawa dia telah melebihi sempadan dia amat marah sehingga mengugut untuk membunuh sedangkan kami cuma menuntut hak sebenar kami. Orang ini sangat degil dan sering  'tunjuk kuat' apabila berjumpa dengan kami.

Minta lah kalau-kalau ada dari kalangan pembaca cari.com.my yang tahu tentang
bagai mana mengatasi orang seperti ini dan undang-undang yang diperlukan.

terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 05:24 PM | Show all posts
Negara kita ader undang undang.....saya nasihat awak buat laporan polis....dulu pastu minta nasihat dari ketua kampung atau AJK tempat anda tinggal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 05:33 PM | Show all posts

Reply #2 wizardLy_boy's post

Ketua kampung kami pun 'out'. Kami dah buat adauan sama ketua kampung tapi dia juga takut dengan orang(si perebut tanah) ini. Dia tidak mengendahkan laporan kami.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 06:00 PM | Show all posts
sebaiknya confirmkan dgn pejabat tanah yg berkenaan mengenai sempadan tanah u dengan tanah jiran u tu.. nak lagi senang engage juru ukur, bagi dia ukur mengikut saiz tanah yg tertulis di geran tanah u.. lepas tu letak batu sempadan.. so takde issue next time dia terlebih masuk tanah org..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 12:25 AM | Show all posts

Reply #4 Airis's post

Tanah ni sebenarnya belum ada geran. Kedua-dua nya masih berstatus LA. Sebelum ni tiada masalah, sehinggalah orang ini membukanya untuk penanaman padi bukit.

Orang ini pernah juga berebut dengan tanah adiknya sendiri. Sehinggakan timbul perkataan 'membunuh'

Kalau kamu ada senarai tindakan yang perlu dilakukan sila anjurkan. kami sebenarnya tidak berhasrat untuk membawa kes ini ke mahkamah, cukuplah diselesaikan di peringkat kampung. dengan itu saya mahukan hujah-hujah yang kukuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 04:40 PM | Show all posts
saya rasa bleh lapor polis sebab cubaan mengugut tu. Kasi polis warning sama dia. Family saya pun penah juga mengalami masalah begini. Arwah atuk sedara mengambil tanah pusaka lebih dari yg menjadi haknya...kita naik court, bawak bukti dari pejabat tanah dsbnya tapi dia degil. Kita biarkan aje, tanah tu pun kita kosongkan dan tak buat apa2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.161826 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list