CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16115|Reply: 7

Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru

[Copy link]
Post time 3-9-2007 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Yayasan Kasih Sayang bantu saudara baru
03-09-2007 09:08:06 AM
Oleh LUQMAN NUR HAKIM MAZLAN

RAMAI di antara kita, terutamanya mereka yang baru memeluk agama Islam, yang tidak menyedari tentang kewujudan badan sukarelawan yang berada berhampiran yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah.

Antara badan sukarelawan ini ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKS) di Taman Bukit Pilah Perdana, Kuala Pilah, yang ditubuhkan pada 5 Feb, 2003.

Muhammad Adnan Abdullah, Presiden YKS Negeri Sembilan yang sudah 18 tahun memeluk agama Islam berkata, sebenarnya permohonan untuk menubuhkan pertubuhan ini telah dibuat pada tahun 2001, tetapi ia hanya diluluskan pada 2003.

"Saya menubuhkan pertubuhan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, ibu tunggal, saudara baru (mereka yang baru memeluk agama Islam) kerana jika tidak dibantu mereka akan hilang arah tujuan," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan yayasan ini ialah untuk membangunkan tahap sosio-ekonomi dan penjagaan kebajikan saudara baru serta ibu tunggal dan anak yatim piatu.

"Kita mempunyai inisiatif sendiri membantu ibu tunggal iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas," kata Muhammad Adnan.

Antara aktiviti yang dijalankan di YKS ialah kelas menjahit dan reka fesyen dengan tujuan membantu mereka untuk menguasai bidang jahitan. Dengan menguasai bidang jahitan, mereka boleh memperoleh wang untuk perbelanjaan.

Ia ibarat "memberi pancing" kepada mereka supaya mereka boleh berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain, jelas beliau.

BANTUAN KEWANGAN

Pertubuhan ini mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan kami berjalan dengan lancar," katanya lagi.

YKS turut membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjaga kebajikan saudara baru selain memberi nasihat dan kaunseling kepada mereka yang mahu kembali kepada agama asal mereka.

"Kes murtad di kalangan saudara baru memang mendukacitakan dan kami berdepan secara langsung dengan kumpulan ini. Kami turut mengadakan sesi runding cara untuk mengenal pasti masalah mereka dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Setiap bulan, pertubuhan ini menjalankan aktiviti ziarah dan dakwah iaitu dengan melawati rumah saudara baru dan bertanyakan masalah dan keperluan mereka bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dengan agama Islam dan kembali kepada agama asal mereka semula.

"Jika mereka mahu belajar di kelas fardu ain kita akan cuba aturkan mengikut kesesuaian masa mereka, selain itu juga kita akan menghantar guru dari pertubuhan kita yang datang ke rumah mereka untuk mengajar mereka mengaji".

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi saudara baru ialah dalam pertukaran kad pengenalan iaitu terlalu rumit untuk proses penukaran nama.

"Contohnya sebaik sahaja masuk agama Islam, mereka kena dapatkan surat akuan masuk Islam di jabatan agama, kemudian kena jumpa Pesuruh Jaya Sumpah untuk mengangkat sumpah.

"Akhir sekali kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk isi borang tukar nama dan kena tunggu hingga lima ke enam bulan barulah mereka (JPN) hantar surat kelulusan tukar nama".

Beliau berharap JPN mempermudahkan urusan saudara baru ini dan sepatutnya ada hubungan antara Jabatan Agama dengan JPN, maknanya sebaik sahaja seseorang itu masuk agama Islam maklumat itu sudah berada dalam rekod JPN.

"Walaupun pertukaran nama ada proses lain di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi sepatutnya sudah ada maklumat yang mengatakan bahawa orang ini sudah masuk Islam supaya apabila orang ini meninggal tidak berlaku perebutan terhadap mayat mereka.

BANTUAN PELAJARAN

Pertubuhan ini turut membantu mereka dari keluarga miskin yang mahu meneruskan pelajaran dengan cara menyalurkan maklumat kepada Majlis Agama Islam.

Dengan ini Majlis Agama Islam dapat mengenal pasti sama apa layak atau tidak untuk dibantu.

Mereka yang dibantu mesti dari keluarga yang susah dan mempunyai potensi untuk meneruskan pelajaran.

Yayasan ini juga memberi bantuan kepada mereka yang hamil tanpa suami dalam usia yang muda.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada menggugurkan kandungan, buang anak dan sebagainya," tambah Muhammad Adnan. -- BERNAMA





[ Last edited by  Syd at 20-5-2009 16:52 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2008 04:26 PM | Show all posts
Cawangannya di Johor?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:54 PM | Show all posts
Persatuan Kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu (SAHABAT)

http://sahabat-sumbangan.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 05:00 PM | Show all posts
[quote]Profil PKDN


PENUBUHAN
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 07:38 AM | Show all posts
Pusat Kegiatan Saudara Baru

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utsuan.com.my


MOHAMAD Hasan melawat pembinaan Pusat Kegiatan Saudara Baru yang bercirikan seni bina China yang terletak di Jalan Mufthi Ahmad, Seremban, semalam.

SEREMBAN 8 Okt. - Pusat Kegiatan Saudara Baru yang kini rancak dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, sekali gus menjadi mercu tanda baru bandar ini.

Pusat yang terletak di Jalan Mufthi Ahmad, Rahang Square dekat sini itu merupakan salah satu projek Pembangunan Harta Wakaf di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dilaksanakan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pusat tersebut akan menjadi tempat tumpuan beribadat secara khusus seperti bersolat serta tempat penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan seperti kelas bimbingan akidah dan al-Quran.

"Ini merupakan satu-satunya pusat kegiatan saudara baru bagi orang Cina yang diwujudkan atas keperluan untuk memberi kemudahan kepada golongan tersebut menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan serta meneruskan dakwah.

"Sudah ramai orang Cina yang memeluk Islam iaitu lebih 2,000 orang di negeri ini, jadi sudah sampai masanya mereka mempunyai pusat sendiri," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan pusat tersebut, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Dr. Roslan Taha selaku agensi pelaksana.

Kata Mohamad, pusat yang dibina dengan kos RM7.7 juta itu juga akan menjadi tempat bimbingan selain perlindungan kepada golongan berkenaan terutamanya yang disisih oleh ahli keluarga.

"Begitu juga bagi mereka yang memeluk Islam dan memerlukan perlindungan, selain mendalami lagi ilmu dan mengukuhkan akidah mereka.

"Apa yang penting adalah hasrat kita untuk melihat supaya kepentingan dan kebajikan saudara baru ini dijaga," katanya.

Tambah beliau, pusat kegiatan saudara baru itu akan dilengkapi dengan beberapa komponen seperti dewan sembahyang utama, kelas bimbingan, pejabat, asrama kediaman, bilik mesyuarat serta perpustakaan.

"Selain memberi kemudahan kepada warga mualaf di negeri ini, kita juga turut mengalu-alukan mualaf atau persatuan mereka dari negeri-negeri lain untuk mengadakan kegiatan di pusat ini," katanya.

Mohamad menambah, pusat tersebut dibina dengan konsep senibina tradisi kaum Cina iaitu gabungan senibina Masjid Xian di China yang lengkap dengan laman dan menara pagoda dalam usaha memberi keselesaan kepada golongan tersebut.

Terletak dalam zon pelancongan negeri, kata Mohamad, pusat tersebut juga mampu menjadi tarikan baru untuk pelancong kerana keunikan seni binanya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 05:45 PM | Show all posts
salam
ada tak saudara2 baru yg memerlukan perlindungan atau keluarga angkat
krn mereka ni tak dapat pulang ke keluarga asal atau tiada pekerjaan.
bagaimana nak tahu ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2010 06:03 AM | Show all posts
Kompleks Darul Hidayah pusat saudara muslim



Jamil Khir Baharom bersama saudara baru selepas merasmikan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah meluluskan peruntukan RM35 juta bagi membina Kompleks Darul Hidayah sebagai pusat sehenti untuk saudara baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kompleks itu akan dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar milik MAIWP di Sentul.

"Pembinaan kompleks ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan MAIWP untuk membantu saudara baru.

"Kompleks itu akan menjadi pusat kepada saudara baru bukan sahaja bagi yang di Wilayah Persekutuan malah akan menjadi tempat transit kepada mereka dari negeri lain," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Wilayah Persekutuan 2010 di sini hari ini.

Seramai 1,000 peserta yang terdiri daripada saudara baru hadir untuk memperkukuhkan ikatan persaudaraan di samping bertukar pendapat dan menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman bagi panduan menjalani kehidupan sebagai Muslim yang baik.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Zainal Abidin Jaafar.

Tambah Jamil Khir, kompleks tersebut sedang dalam peringkat mengenal pasti reka bentuk dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun yang akan dapat menempatkan 300 orang pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, MAIWP melalui Jawi juga telah memperuntukkan RM2.7 juta bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk saudara Muslim agar mereka merasa dilindungi dan diberi perhatian.

"Kertas kerja yang dibentangkan hari ini dapat memberi maklumat baru dan perkongsian pengalaman bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi mereka.

"MAIWP dan Jawi akan berterusan melihat keperluan dan kepentingan saudara Muslim kita," jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, modul kursus perkahwinan akan dikaji semula tahun depan dan sama ada perubahan akan dilakukan atau tidak adalah berdasarkan kepada keperluan.

"Modul kursus kahwin disemak dari setahun ke setahun terutama selepas lima tahun. Pada tahun depan, bengkel akan diadakan bagi membincangkan sama ada topik dan tajuk-tajuk dalam kursus itu masih relevan atau pun tidak.

"Kursus perkahwinan adalah penting bagi membantu pasangan kerana terdapat implikasi yang besar seperti proses mendaftar anak, apabila berlaku masalah rumah tangga, hak penjagaan, pewarisan, nafkah dan lain-lain," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 04:56 PM | Show all posts
Nak tanya..pertubuhan ini memerlukan sukarelawan tak?..mana tahu untuk kerja-kerja sukarela urusetia program ke..ceramah ke...
kat KL ini ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.063813 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list