CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4797|Reply: 11

Apa nak buat dgn kakak saya ni?

[Copy link]
ganbate This user has been deleted
Post time 30-8-2007 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Salam..

Saya sikit pening dgn masalah yg melanda kakak saya yg berumur 42 tahunni.Sejak kematian ibu, tinggallah dia keseorangan di Alor Setar sana (di rumah murah yg saya belikan untuk arwah ibu).
Ada kerja berhenti pula. Ada adik beradik pantang berjumpa bergaduh.Ada anak saudara yg tinggal serumah dgn arwah ibu dihalaunya keluardari rumah (terpaksalah budak tu pergi ke rumah ibunya dan berbapakan bapatiri).Ada jiran tak nak berkawan. Lepas kematian ibu kata jiran2 dia selalubuat bising waktu malam dan memaki hamun org yg lalu lalang. Lalu di report kpd polis dan polis pun tangkap bawa ke hospital. Lepas keluar hospital kurang sikit penyakit bising-bising dan memaki hamun tu.

Tapi dia mula talipon adik saya yg selalu dia buat musuh dulu dan juga diri saya. Dia kata dia tak boleh kerja (kerana badan rasa lemah dan tangannya terketar-ketar 卻aya agak mungkin disebabkan oleh ubat hospital ataupun kerana Allah menunjukkan balasan kerana sikapnya yg kasar dgn arwah ibudulu..wallahualam) dan juga katanya duit tak ada nak makan. Saya tau dia ada duit simpanan (sebab saya dah tengok buku bank dia, dia juga ada simpanan dgn bank rakyat yg agak banyak). Walau bagaimanapun saya cakap kat dia saya boleh masukkan duit dlm bank untuk dia makan minum. Rumah pula tak payah sewa.Lebih pada tu saya pun tak mampu.

Ada juga saya cakap dgn isteri nak ajak kakak tinggal bersama. Tapi isteri saya menolak dgn memuncungkan mulut, dia kata dia tak sanggup nak jaga kakak saya. Saya pula kerja kilang, pergi gelap balik pun gelap.Berpendapatan sederhana, ada hutang rumah, hutang kereta proton yg akan tamat tahun ini (2007), anak-anak ada 4orang (masih bersekolah rendah).
Saya sendiri merasakan tak sanggup untuk menjaga kakak saya,tambahan pula mengenangkan sikapnya yg tak boleh ada silap sikit, dgn serta merta dia akan menjerit2 dan menengking2 tanpa ada rasa malu lagi. Lagipun jiran2saya kebanyakannya ahli masjid. Malu rasanya kalau dia dah mula tunjuk perangai.Masalah isteri lagi yg memang tak suka dgn adik dan kakak saya ini (sejak dia kenal hati budi mereka).


Baru-baru ni kakak saya tu talipon adik saya pula, minta ambil dia sebab dia kata nak tinggal dgn adik saya. Terkejut juga saya. Dulu pantang berjumpa mesti bergaduh. Adik saya kata dia kesian, tapi dia sendiri pening memikirkan rumahnya yg sempit (dua bilik) ada pula anaknya bersama (anaksaudara saya yg dulunya dihalau oleh kakak saya keluar dari rumah), ditambahpula lagi 2 orang anaknya (dgn suami baru) dan juga anak-anak orang yg dijaga/asuh olehnya.
Keputusannya adik saya pun tak sanggup nak jaga dia.

Saya memang pening memikirkan masalah kakak saya ini. Saya mengharap kalau2 ada tempat penjagaan yg boleh menjaga kakak saya ini. Saya akan menyumbang setakat termampu untuk perbelanjaan sara hidupnya. Mungkin saya akan jual saja rumah murah kat AS tu buat perbelanjaannya. Ada ke tempat yg boleh jaga kakak saya ni?
Harap ada pembaca budiman yg sudi membantu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 01:36 PM | Show all posts
tumpang simpati dgn masalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:16 PM | Show all posts
salah tpt ni.. sepatutnya ke Personal Problem
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:16 PM | Show all posts
sy pun mcm tue..tp tk tau nk tlg mcm maner..?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:18 PM | Show all posts
mungkin thread ni sesuai kat bod Family Discussion.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 12:07 PM | Show all posts

Reply #1 ganbate's post

g kat board kedah/perlis

pasti ada yg dapat membantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2007 09:26 PM | Show all posts

Reply #1 ganbate's post

Salam

Sekarang ni individu yg berpenyakit seperti ur sister memang terdapat di mana2.  Yang bekerja kerajaan menyusahkan tempat kerja, yg tidak bekerja menyusahkan org sekeliling.

Secara mata kasar ia menjadi satu masalah yg tak seharusnya wujud.  Secara tersirat ia adalah dugaan kehidupan utk u sebagai ahli keluarga.  

Sekiranya yg berpenyakit adalah anak u, by hook or by crook tentu u sanggup jaga kan...

I selalu tengok movie tentang rumah penjagaan sakit mental, tapi tak tahu la kat Malaysia ini ada atau tidak.  Kat Hospital Sakit mental itu pesakit yg betul2 kronik. Rumah Kebajikan Masyarakat utk yg tiada keluarga.

Org yg sabar shj yg dapat tahan utk hidup dengan org seperti ur sister.

Kalo org dulu2, ada penyakit mental sikit2 emak bapak cepat2 kahwinkan, supaya ada yg jaga atau penyakit tu boleh pulih.

Adik beradik mungkin sanggup jaga tapi bila melibatkan org bukan dr darah daging seperti isteri atau suami, memang susah sikit.

My idea..

Lebih afdal kalo u yg jaga.

Mungkin u boleh bawa ur sister tinggal berdekatan, biar dia tinggal seorg diri. Then u boleh melihat2 beliau setiap hari, ur family tak perlu tinggal bersama beliau.  U boleh mohon bantuan Pejabat kebajikan Masyarakat utk bayar sewa or makan.

Tentang malu pd jiran2, u harus faham, ur sister sakit bukan dgn kehendak u. Kita ni tak boleh sgt fikir tentang apa org lain kata, selagi apa yg kita buat itu bukan berdosa n bukan sengaja memberi mudarat pd org, InsyaAllah Allah swt akan memberi kita kekuatan dan peluang.  ahli masjid lagi boleh fikir n memahami situasi pesakit mental, u terus terang je bhw u terpaksa jaga sister yg sakit mental.

One more thing, penyakit mental ni mcm juga penyakit lain, mcm sakit darah tinggi ke, perlu makan ubat tiap2 hari.  Kalo tak makan ubat n stress mula la penyakitnya dtg.

I tulis sehingga ini dulu, mungkin ada yg lain boleh beri idea

Take care. Allah bless u
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:23 AM | Show all posts
kesiannyer kakak ko. saya tumpang sympathy. ko pulak cuber2 la bantu dia.
kurang duit?...takper

fleurzsa: sorry, edited, thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 3-1-2008 06:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 06:49 PM | Show all posts
ish.. ish... ish....
salah port ni......
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 09:52 PM | Show all posts
minta maaf minta ampun banyak2
kenapa lah masa aruah mak pak u ade, tak di carikan jodoh utk nye?
mak pak tak bole sambil lewa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 02:56 AM | Show all posts
jauh merantau tajuk.................
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 02:09 PM | Show all posts
Salam,

Saya tumpang simpati dengan nasib awak dan kakak awak tapi syukur dia punya adik yang amat prihatin seperti awak.
Saya taklah pandai beri nasihat cuma saya cadangkan agar awak dapat memujuk kakak awak untuk bergaul dgn masyarakat.

Kalau boleh timbulkan minat dia dalam persatuan2 wanita terutama yang seperti PERKIM, WI , SIS (dimana ada berdekatan dikawasan tempat tinggal kakak awak tu). Selain boleh bergaul dan bertukar fikiran dgn ahli2 persatuan. Mereka adakala mengikuti seminar motivasi diri serta melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Selain dari itu cuba awak cari apa kelebihan kakak awak yang boleh dijadikan hobi. Adakalanya hobi itu boleh mendatangkan hasil pendapatan seperti menjahit, memasak atau melukis.
Awak boleh juga belikan buku2 yang berkaitan dgn hobi sebagai hadiah sebagai langkah permulaan agar dia berminat ke arah itu   Dengan menyibukkan diri, dia mungkin tidak merasa sunyi dan tiada lagi memikirkan perkara2 yang remeh sehingga boleh menyebabkan jiwanya tertekan.

sekarang banyak kelas spt menjahit manik, melukis stencil & decoupage untuk dijadikan hobi (of course dikenakan bayaran)
Kalau kakak awak ahli WI mungkin tunjuk ajar secara percuma akan diberi untuk hobi2 seumpama ini.

Beri pujian sekiranya dia berjaya membuat sesuatu dari hobinya itu.
Adakalanya wanita yang kasar hatinya jadi lembut dan sensitif apabila kita melakukan dan mengucap sesuatu perkara yang menyentuh jiwanya.

Semoga niat suci murni awak dikabulkan tuhan dan awak berjaya merubah sikap kakak awak itu.

[ Last edited by  ELEKTRA at 24-12-2008 02:18 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.345787 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list