CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15566|Reply: 97

Antara Jebat dan Tuah..

[Copy link]
Post time 15-8-2007 03:43 PM | Show all posts |Read mode
hye all..nak tanya pendapat dan pandangan uols..
yg mana lebih korang respek?
jebat atau tuah.

MOD..kalau topik nie dah ada, tolong merge yer..
thanks..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 03:47 PM | Show all posts
aku sokong jebat...
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:15 PM | Show all posts
jebat pengasas demokrasi alam melayu nusantara..
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah..

tuah lambang kesetiaan kpd raja & tanah air...

tp syg, kebodohan & iri hati pemimpin yg telah menjahanamkan ke 2-2 unsur kekuatan ni sampai bumi sebelah sini dibelenggu penjajah hampir 500thn..

fkr2 kn la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:18 PM | Show all posts
Kalau ada Jebat, tak lah hancur FAM seperti sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:33 PM | Show all posts
hmm hang jebat ...

perintis demokrasi .... korang tau tak berape byk nyawa dh dicabut oleh tangan dier ...
aku penah baca citer ...hang jebat membunuh seribu dayang istana ...dan semasa kematiannya dier sempat membunuh beratus nyawa org tak berdosa sebelum menghembus nafas terakhir .... dier ... cam ni ke org yg nk di sokong ...

hang jebat adelah seorang guerrilla ....yg tk kisah berape byk nyawa yg perlu dikorbankan utk mencapai ... goal dier .... well klau korang nk sokong dan mengagung seorang pembunuh silekan ... pengasas demokrasi my ass laa ....

lgpon hang jebat bukannya memperkenalkan ...system baru dlm kerajaan atau pon menanam idealogi baru dlm masyarakat melayu .... dier cumer melawan raja dan bertinak sesuka hati ... membunuh dan berlaku zalim ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 08:54 PM | Show all posts
besar sgt ke istana sultan melaka tu sampai blh muat seribu dayang..
kena ingt, ms zaman feudal dayang tu milik sultan, tinggal di istana.
bunuh seribu dayang my ass la...
jgn percaya segala yg dibaca..
tp kaji & buat penilaian..

jebat mmg pembunuh..
tuah pengkhiatan sahabat sendiri..
jd 2-2 insan ni x boleh dibanggakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 09:41 AM | Show all posts
Menarik betul thread nih.Saya rasa fakta yang diberi oleh fish_07 tuh tak logik.Besar mana sangat istana Melaka sampai boleh muat 1000 dayang?Pulak tuh,bunuh beratus ratus orang,larat ker?Tolong tapis apa yang dibaca,maklumlah,sejarah melayu nih ada yang dah bercampur baur dengan mitos dan cerita mengarut ngarut.

As for my opinion,dari segi kecerdikan dan kesedaran,hang jebat lebih baik berbanding dengan hang tuah.Jebat adalah seorang yang boleh berfikir dengan logik kerana pada pandangan beliau,buat apa dia mahu taat kepada seorang sultan yang zalim yang menghukum orang tanpa soal siasat,yang mempercayai bulat bulat fitnah yang ditabur oleh orang istana.

Tuah pulak menunjukkan ketaatan yang membuta tuli kepada sultan sedangkan sultan yang sama lah yang telah menghukum beliau tanpa pembelaan yang adil.Bila kedudukan sultan dah terancam,barulah nak teringat kat Tuah dan menyesal.Cuba kalau Jebat tak mengamuk,ada sultan nak menyesal?Aku tak respek sangat kat Tuah di atas sikap mengikut sahaja arahan tanpa soal (guna akal ler).

Itu ler pendapat saya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:48 AM | Show all posts
ambil sifat baik kedua-dua tokoh tu...taat-taat jugak..tapi jangan membuta tuli...kalau pemerintah salah perlu diperbetulkan...tapi bukan la cara Jebat tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #7 adwim79's post

sama la cam org2 melayu sekarang... ada yg boleh berfikir dgn logik apa benda baik dan tak baik dibuat oleh sultan2 dan ada juga melayu yg taat membuta tuli dan sanggup tutup mata tutup telinga atas segala perbuatan sultan2 ni....

Actually utk context zaman sekarang, sultan melaka boleh la kita samakan dgn kerajaan sesebuah negara.... jebat berani mempertahankan yg benar smpi sanggup berbunuhan.... bg jebat, keadilan patut ditegakkan walaupun byk nyawa atau darah yg mengalir....

tp tuah juga ada satu quality iaitu taat.... tanpa kita sedar taat sebenarnya akan meningkatkan patriotik dlm diri seseorang... kalau takde perasaan taat so takde la perasaan patriotik kepada negara... mcm sesetengah bangsa/ org kt negara kita yg kurang rasa taat dan menyebabkan rasa patriotik kepada negara pun kurang smpi sanggup menghina negara dgn pelbagai cara... adakah org mcm ini yg akan berjuang utk negara jika negara menghahapi musibah??? sure org2 yg tidak taat akan awal2 lg lari kalau negara kita bermasaalah... tetapi kepada yg ada semangat taatkan negara, sudah pasti mereka akan berjuang untuk menjaga maruah negara kita...

so bg pendapat aku, jebat dan tuah represent the most extreme scenario... kita sbg manusia yg berpelajaran, patut ambik iktibar la mana yg baik atau tidak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 11:29 AM | Show all posts

Reply #9 alangGIRL's post

kita pun stuju mcm tue, cuma sokong jebat tue bukan sbb dia dah
bunuh ramai org..tapi sebab semangat setiakawan dan sanggup
menuntut bela di atas kematian kawan yg dianggap saudara kandung sendiri.
tgk pada diri sendiri, mampukah kita membela kawan kita
sampai begitu? tak percaya, tgklah bila time susah, ada ke kawan yg
nak tolong sampai berhabis?belum bukak mulut, semua kawan dah
cabut lari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:14 PM | Show all posts

Reply #10 joyahglam's post

betul tu...semangat setiakawan... susah nk cari tu... org kata kawan time senang mmg ramai, kawan time susah, mmg susah jugak la nk dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:17 PM | Show all posts
Tuah dan Jebat adalah mengenai pertembungan dua ideologi yang berpaksikan kepada kemakmuran Melaka.

Kedua-duanya mempunyai nilai dan hasrat yang sama tapi landasan yang mereka pilih tidak memungkinkan mereka bersama.

Tuah boleh dinilai menerusi ketaatan kepada Raja. Unsur ini adalah unsur Patriotik. Tuah adalah manusia yang melihat Raja sebagai pelengkap kepada empaya. Demi kelangsungan dan kestabilan empayar Melaka institusi DiRaja Melaka mesti dipertahankan dari apa jua ancaman. Tuah tahu dia difitnah dan tahu Sultan telah membuat keputusan yang silap tetapi kerana kepentingan dan kelangsungan empaya Melaka maka institusi DiRaja Melaka mesti dipertahankan.

Tindakan ini juga boleh dilihat dari segi budaya masyarakat ketika itu. Melayu pada ketika itu masih kuat dengan resam feudalnya. Sebarang ancaman kepada kestabilan DiRaja akan mencetuskan kacau bilau yang lebih dasyat kepada masyarakat. Jadi dengan itu tindakan Tuah mempertahankan Sultan adalah bertepatan dengan keadaan dan ketika ia berlaku.

Jebat pula dianggap sebagai seorang Nasionalis. Dia meletakkan rakyat melangkaui resam Melayu ketika itu iaitu Sultan. Alasan dia bertindak menyanggah Sultan atas usahanya mengembalikan keadilan kepada rakyat secara am dan kepada Tuah secara khas. Intipatinya betul bagi masyarakat kita sekarang tetapi pada ketika masa Jebat bertindak masyarakat masih tidak boleh menerima idea baru itu iaitu bernaung dibawah seorang manusia yang tidak mempunyai talian darah yang "berdaulat". Melaka jika Jebat berjaya dengan revolusinya mungkin tidak perlu tunggu Portugis datang menyerang untuk tinggal menjadi hanya sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:27 PM | Show all posts
dua2 pun aku hormat tp bg aku, dua2 pun manusia biasa - ada kelebihan & kelemahan...
senang cter, mana yg baik kita ambil & mana yg x elok, jgn kita contohi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:49 PM | Show all posts
makin menarik subjek ni kn..

aku suka kalau kita dpt bincang ape kualiti, nilai & pengajaran yg di bawa oleh kisah pertembungan tuah-jebat..
kita tak perlu berdebat sapa salah & sapa betul.. kedua-dua tokoh ni dah lama meninggal. diorg tak dapat nak membela diri. jadi kita sebagai generasi baru, ambil iktibar dari kisah mereka.

jebat cuba melakukan reformasi dlm masyarakat feudal melayu yg taat kepada sultan yg berdaulat. jebat cuba membebaskan diri dari belenggu menjadi hamba sultan, yg taat membuta tuli sehingga dinafikan hak utk bersuara.

tuah yg taat mempunyai nilai cintakan tanah air. idealogi tuah, taat kpd sultan akan menguatkan empayar melaka. tp taat seperti itu, kita sebagai generasi moden yg boleh menjana pengetahuan tanpa sempadan perlu menolaknya kerana ia akan membawa mudarat berbanding kebaikan.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 17-8-2007 11:53 AM | Show all posts
aku sokong Tuah..pantang melayu durhaka pada Raja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 03:08 PM | Show all posts

Reply #15 dempol's post

jgn taat tak bertempat beb!!
kita perlu tgk pada keadaan lah..kan ker pernah terjadi satu kes
sultan mahmud mangkat dijulang..jikalau sultan yg ambil berat akan
rakyatnya mengapa perlu rakyat menderhaka..bygkan kalau sampai
skrg kuasa sultan tak disekat..boleh berbuat sewenang2nya..sapa
yg susah? kita jgk yg hidup dlm ketakutan..nasib baik TDM dah pikir
hal2 tue smua..
but, kuasa sultan still perlu krn itulah nilai keistimewaan org melayukan..Daulat Tuanku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2007 03:09 PM | Show all posts

Reply #13 ijad_adiputera's post

setuju sgt2!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 08:00 PM | Show all posts
Kesian kat Sultan zaman sekarang.......bini sorang aja.......gundik dan dayang pon tiada
Kesian.....
keluar makan dengan artis pon orang dah bising
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 17-8-2007 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by joyahglam at 17-8-2007 15:08
jgn taat tak bertempat beb!!
kita perlu tgk pada keadaan lah..kan ker pernah terjadi satu kes
sultan mahmud mangkat dijulang..jikalau sultan yg ambil berat akan
rakyatnya mengapa perlu rakyat  ...



anda tak baca perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang SaPurba..didlm itu ade disebut perihal Rajan-Raja Melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 09:51 PM | Show all posts
cuba fahamkan btl2 maksud tersirat perjanjian antara Demang Lebar Daun dgn Sang Sapurba..

perjanjian akan dipatuhi & ketaatan akan diberi sekiranya raja itu berlaku adil..
apabila rakyat menderhaka, maka si penderhaka itu dikatakan bakal terkena tulah..

ini contoh awal wujudnya sistem raja berpelembagaan dlm alam melayu. raja membuat perjanjian dgn rakyat berhubung had penggunaan kuasa raja. raja tak boleh menyalahgunakan kuasa. rakyat pula tak boleh menderhaka @ melanggar undang-undang, kalau tak nnt kena hukum (tulah).

tp biasa la. zaman berubah, manusia pun berubah. ada juga raja-raja melayu yang menyalahgunakan kuasa & berlaku zalim kepada rakyat..
kalau dulu cuma raja-raja, tp sekarang ni pemimpin-pemimpin politik & pemimpin-pemimpin negara pula yang menyalahgunakan kuasa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068029 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list