CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4798|Reply: 11

Isa Kamari

[Copy link]
Post time 26-7-2007 11:14 AM | Show all posts |Read mode


MEMELUK GERHANA

Zaman kanak-kanak... kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?

Inilah kisahku, anak muda berumur dua puluh satu tahun. Ilham Sidek. Anak kampung Tawakal. Pelajar Raffles Institution. Tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri... Aku utuskan doa kepada ayah dan ibu. Aku rindukan Syakila, kulitnya yang cerah, matanya yang jernih... tawanya yang riang serta hatinya yang teguh dan ikhlas. Kata-kata hikmah Syakila kepadaku menjelma lagi dalam ingatan. 'Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh...yang sukar tertempuh oleh manusia biasa.'

'Inilah warkahku dari perut bumi. Entah berapa lama lagi aku terpaksa memeluk gerhana ini.'


p/s novel terbaru yg saya beli...masih dlm peringkat pembacaan....tapi so far....mmg besttt....saya suka...nostalgia.....

[ Last edited by  mardhiah12 at 24-8-2007 04:08 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #1 NonaNaga's post

nona, best tak?
tergoda nak beli ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 04:03 PM | Show all posts


BIODATA ISA KAMARI


Isa dilahirkan pada 1960. Beliau meraih ijazah B.Arch. (Hons) daripada Universiti Nasional Singapura pada 1988. Beliau kini sedang menjalani program M.Phil. bagi kajian sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bertugas sebagai Arkitek Prinsipal dengan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura, LTA..

Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Arkib Negara dan ahli Majlis Bahasa Singapura. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Pengemudi Festival Seni Singapura dan Perlaksanaan Galeri Seni Negara, MICA.  Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Khas Penggalakan Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan.

Pada 2006, Isa telah menerima S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand.

Kumpulan Puisinya Sumur Usia yang diterbitkan pada 1993 telah memenangi Anugerah Buku National Book Development Council pada 1995 dalam kategori puisi. Beliau juga telah meraih Hadiah Sastera Anugerah Persuratan pada 1997 bagi cerpen, Pertemuan dan esei sastera, Milik Siapa Bumi Yang Satu Ini pada 2001. Beliau juga memenangi Hadiah Penghargaan bagi kategori puisi dan esei sastera pada 1993, 1995 and 1997 di majlis Anugerah Persuratan, yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu, Singapura. Beliau juga menerima Hadiah Penghargaan Saadon Ismail pada 1995, yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Melayu bagi kategori puisi dan cerpen. Novel sejarah, Satu Bumi, yang diterbitkan pada 1998 telah memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Persuratan pada 1999. Novel tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan diterbitkan pada 1999 dengan judul 慪i Pien Re Tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 05:02 PM | Show all posts

Reply #2 mardhiah12's post

besttt...saya suka...
sbb ni mcm novel pengalaman kan....
suka sgt....kadang2 terimbau kenangan zaman kanak2 kita...
citer ni kisah benar saya rasa....watak ilham dari kecil sampai dewasa digarap dengan cantik

isa kamari pun ada satu novel bas on truth story...atas nama cinta - kisah natrah kan....
yg itu osmate saya beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 05:45 PM | Show all posts
dah beli dedua..tp lom ade kesempatan nak membaca..`~! sedihnye
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 01:16 AM | Show all posts
aku dah baca dah cite nie

first time baca tulisa Isa Kamari
aku suka tulisan pakcik neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2008 04:12 PM | Show all posts
anyone kat sini yg dah baca buku Isa Kamari tajuk Atas Nama Cinta ...?

redrose teringin nak baca..

kisah pasal tragedi Natrah ( Maria Hertogh ) yg berlaku kat Singapore tu...
that day ada nampak buku ni...klu x silap 29.90 harganya...ada cd sekali dlmnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 10:47 AM | Show all posts
sesape yg dh bace karya isa kamari ni meh lah share2 ulasan...

many thanxxx.... ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 09:06 PM | Show all posts
novel ni best. Kampung Kambing dalam novel Salina rasanya dihidupkan kembali dalam Kampung tawakal. Cerita ni best. Paling penting ayat kat cover dia tuh best. Dia penulis besar Singapura. Novel terbaru Isa kamari yg saya beli- Tawakul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 05:35 PM | Show all posts

Reply #9 sarah_syahira's post

TAWAKUL...
ok.. mcm menarik dan nak carik.....tq for info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 05:40 PM | Show all posts
Ulasan Buku:
MENJEJAKI "TAWASSUL" ISA KAMARI

Judul: Tawassul
Pengarang: Isa Kamari
Penerbit: Pustaka Nasional, Singapura
Tebal: 160 halaman
Cetakan pertama: 2002
Pengulas: MARSLI N.O

"MERPATI itu membawa khayalanku jauh ke awang-awangan di celah awan kapas. Impianku menjengah pelangi yang melengkung di dada, ketika pancaran mentari memintas renyai gerimis di jiwaku. Dengung enjin dan putaran kipas pesawat menambahkan gemuruh yang mengiringi pencarianku kali ini. Aku merasakan akulah masa hadapan yang akan mengunjungi masa lalu. Dan pesawat ini adalah mesin jelajah waktu yang akan mengenderakan dan menyatukan harapan dan sejarah. Harapan setinggi awan. Sejarah seluas mega. Dan aku adalah sebutir pasir yang terapung-apung di antara kedua-duanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:18 PM | Show all posts
buku ni best sgt! mengujakan. cuba lah pula tawassul, atas nama cinta, rawa, satu bumi. Isa Kamari tidak pernah mengecewakan-p
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075836 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list