CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8009|Reply: 26

Hantu dari sudut fizik

[Copy link]
Post time 11-7-2007 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Hantu dari sudut fizikOleh Nasron Sira Rahim

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya


FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

"Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

"Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

"Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.


"Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

"Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

"Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

"Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

"Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

"Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

"Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

"Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya.

FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 02:55 PM | Show all posts
Good info Syd..
aku penah tgk rancangan Halaqah kat TV9..tajuk apa tah..ada citer tentang ayat suci Al Quran bila dibaca membentuk gelombang sekata dan membentuk seperti bunga
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 03:04 PM | Show all posts
that's right.. di barat mmg they explain those hantus and jins in that form. sbb tu lah juga dia org ni tak takut sgt ngan hantu hantu... perhaps paling2 pun they will say... ada bad energy - contohnya kawan puteri dia selalu sakit kaki dan doktor tak tau nak kata apa dah sbb secara fiziikal nya kaki dia ok. dia juga bukan psychosomatic. las las in our class tu masa belajar ttg metaphysics nih.. cikgu minta volunteer, dia bangkit.. so lect. kata... ada 'bad energy' yang 'duduk' kat kawasan tuh.. so dia buat hypnotherapy (depan class) dia kita 'pakat' dgn that ;bad energy' untuk keluar.. las las lepas demo dan 1 week after the next class tu.. mmg kaki dia dah ok.

tapi cite nih dah beberapa tahun dulu aaa masa puteri studi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 07:41 PM | Show all posts
ooooooooohhhh....baru kini ku tau....
Reply

Use magic Report

harjo07 This user has been deleted
Post time 11-7-2007 08:22 PM | Show all posts
Originally posted by puterikhaleeda at 11-7-2007 03:04 PM
that's right.. di barat mmg they explain those hantus and jins in that form. sbb tu lah juga dia org ni tak takut sgt ngan hantu hantu... perhaps paling2 pun they will say... ada bad energy - con ...


ishhhhhhhh....aku rasa macam kenal aja.....................lecturer ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by harjo07 at 11-7-2007 08:22 PM


ishhhhhhhh....aku rasa macam kenal aja.....................lecturer ko ni..images/smilies/titter.gif

ia la aku pun sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2007 11:03 PM | Show all posts
Kita tak perlu takut pada mereka, kerana mereka juga adalah makhluk Allah........
Good info SYD
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 10:14 AM | Show all posts
sharing is caring kan?

dulu aku penah buat thread nih..

tapi dah ilang...

so, aku tepek lagi sekali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2007 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by bhc_keorange at 11-7-2007 08:44 PM

ia la aku pun sama



ekekek... kenal eh?  lama tak contact dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 01:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 02:50 AM | Show all posts
ermm good info....

dulu ada website khas utk syarikat Cvt tu...tapi sekarang dah x leh aksess

ni address dia:www.harmonisers.net
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 11:05 AM | Show all posts
mantapnye thread neh
very good info..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 11:19 AM | Show all posts
huhhh...akhirnya abis gak aku baca.....

thanks syd.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 03:50 AM | Show all posts
Originally posted by feirina at 11-7-2007 02:55 PM
Good info Syd..
aku penah tgk rancangan Halaqah kat TV9..tajuk apa tah..ada citer tentang ayat suci Al Quran bila dibaca membentuk gelombang sekata dan membentuk seperti bunga

aku plak selalu tengok al kuliyah kat tv3....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 10:54 AM | Show all posts

Reply #14 GRINDSAKHTANIC's post

Aku plak slalu tgk SmackDown! kat TV3.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 03:03 PM | Show all posts
oooooooohhhh.... kesahnya...
              
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 04:24 PM | Show all posts
aku plak suka tengok spongebob squarepants kat tv9...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 06:48 PM | Show all posts

Reply #17 GRINDSAKHTANIC's post

Eh, sama la kita...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 07:30 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 29-9-2007 06:48 PM
Eh, sama la kita...

ko ni sama dan serupa je ngan  . . . . .
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #19 ianho's post

Uiks...? X paham...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.097596 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list