CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6849|Reply: 2

Pusat Dialisis / Rumah Dialisis

[Copy link]
Post time 10-7-2007 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Rumah Dialisis YKN mesra pesakit
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


SELESA dan menenangkan. Dekorasi yang santai dan moden ilham sebuah syarikat hiasan dalaman, pasti memberi keceriaan kepada pesakit buah pinggang yang mendapatkan perkhidmatan di Rumah Dialisis Yayasan Kebajikan Negara, di Bangsar, Kuala Lumpur.

Idea dan konsep home based yang dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ini, memberikan satu imej baru pusat dialisis yang mesra pesakit dan keluarga mereka. Tujuan utama penubuhannya adalah bagi menampung keperluan pesakit dialisis yang jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.

揗isi utama kami adalah untuk menyumbang kepada masyarakat sihat dan produktif melalui peningkatan taraf kesihatan dan kebajikan, dan memberi keselesaan kepada mereka tanpa mengira status,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2007 12:04 PM | Show all posts
Pusat zakat sediakan pusat dialisis di semua daerah
16-02-2007 10:25:50 PM  

SHAH ALAM:  Lembaga Zakat Selangor (LZS) merancang untuk membuka pusat dialisis di semua daerah di negeri ini bagi membantu pesakit buah pinggang beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata pusat itu akan memberi keutamaan kepada golongan asnaf atau tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

"Umat Islam yang berkemampuan juga boleh menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan pusat itu, tetapi mereka akan dikenakan bayaran rawatan dengan kadar yang lebih rendah berbanding di tempat lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Dialisis LZS pertama di sini hari ini.

Pusat Dialisis LZS itu juga adalah yang pertama seumpamanya di negara ini yang dibina melalui sebuah pusat zakat bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Pusat dialisis yang terletak di Wisma Mais Seksyen 3 di sini, mempunyai lapan mesin hemodialisis dengan kos keseluruhan pembinaan dan peralatan kira-kira RM600,000.

Ia dikhususkan kepada penerima bantuan perubatan LZS untuk mendapatkan rawatan dialisis dan setakat ini seramai 22 orang pesakit mendapatkan rawatan secara tetap di pusat dialisis itu.

Dr Mohamad Khir berkata pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan dialisis di negeri ini semakin meningkat dan tahun lepas sahaja terdapat kira-kira 12,000 pesakit.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 01:12 AM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

sampai bila nak guna mesin tersebut.....tahukah anda buah pinggang yang problem boleh dibaiki.....PM saya untuk penerang lebih lanjut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057805 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list