View: 5581|Reply: 1
|
Impetigo merebak akibat kongsi pakaian, tuala
[Copy link]
|
|
Kesihatan Anak: Impetigo merebak akibat kongsi pakaian, tuala
JIKA kawasan sulit anak anda merah, berkutil-kutil dan dia sering menggaru-garunya, kemungkinan anak kecil anda berhadapan dengan masalah kulit yang dikenali sebagai impetigo.
Impetigo adalah masalah jangkitan yang biasa pada kulit. Ia lebih kerap menyerang kanak-kanak berbanding orang dewasa. Impetigo biasanya disebabkan bakteria Staphylococcus (staph) atau Streptococcus (strep).
Ada dua jenis impetigo iaitu impetigo biasa atau impetigo bullous. Impetigo biasa berkuping dan kelihatan berjerawat. Masalah kulit ini disebabkan strep. Impetigo jenis ini bermula dengan kutil-kutil kecil yang meninggalkan kesan kemerah-merahan. Pada kanak-kanak, keadaan ini selalunya bermula berdekatan hidung dan mulut.
Impetigo bullous pula adalah bengkak-bengkak yang selalunya lebih besar berbanding impetigo biasa. Ia disebabkan bakteria staph. Biasanya bengkak itu seakan berkutil-kutil dan mengandungi air. Ia akan pecah dan kering dengan sendiri yang mana secara perlahan akan tertanggal sendiri daripada kulit. Impetigo jenis ini meninggalkan kesan berwarna merah dan lembap.
Impetigo selalunya berukuran satu atau dua milimeter. Perubahannya daripada kutil kecil kepada luka yang bengkak dan berair agak cepat. Ia bermula dengan kutil-kutil kecil pada muka terutama mulut, hidung, tengkuk dan tangan. Bagi bayi, impetigo selalu terjadi di kawasan sulit kerana pemakaian lampin.
Kutil-kutil kecil ini ada yang terjadi secara berkelompok dan berasingan. Ia mengandungi air dan mungkin menyebabkan gatal atau bengkak. Jika tidak dirawat dalam beberapa hari ia boleh pecah dan kering sendiri.
Ia boleh berjangkit apatah lagi di kalangan kanak-kanak yang aktif. Jika kulit terluka atau berlaku rekahan pada kulit, bakteria akan lebih senang untuk menyebabkan jangkitan.
Impetigo boleh berjangkit dan dirawat dengan antibiotik. Dalam kes yang tidak teruk, penggunaan krim boleh membantu. Selalunya ia boleh dirawat dalam masa seminggu.
Dalam kes yang ekstrem, jangkitan mungkin boleh menyerang bawah kulit dan terbentuk 慹cthyma |
|
|
|
|
|
|
darkling This user has been deleted
|
bahaya betul....dar memang tak bagi anak dar kongsi kongsi tuala ni..
bahaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|