View: 9701|Reply: 11
|
Tarian senaman (pelbagai)
[Copy link]
|
|
Tarian senaman
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
[email protected]
Seni tari wajar dijadikan alat kecergasan alternatif
RAKYAT Malaysia semakin malas bersenam tetapi kuat makan! Itulah senario yang melanda masyarakat hari ini dan perkara itu diakui Kementerian Kesihatan yang turut melaporkan akibat malas bersenam, lebih 40 peratus penduduk negara ini menghadapi masalah berlebihan berat badan berbanding 10 tahun lalu.
Sejak 2003, Kementerian Kesihatan menggunakan pendekatan holistik dengan tema 'Sihat Sepanjang Hayat' iaitu menumpukan kepada empat komponen tingkah laku utama dalam kehidupan seharian iaitu makan secara sihat, melakukan aktiviti senaman dan fizikal selain memupuk minda sihat dan tidak merokok.
Satu daripada senaman yang mendapat perhatian dan amalan ialah tarian. Hakikat itu diakui koreografer tarian kontemporari dan juga Pensyarah Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Mustapha Syed Yasin, yang menegaskan seiring dengan perubahan masa, tarian diberi mandat sebagai alat bantuan kecergasan khususnya bagi golongan yang malas melakukan senaman berat.
Sebagai individu yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam bidang tarian, beliau berpendapat, seni tari wajar dijadikan alat kecergasan alternatif untuk membantu membakar kalori, melancarkan pengaliran darah, meregangkan otot badan selain berkesan mengajar kaedah mengawal pernafasan dengan baik yang bermanfaat untuk kesihatan.
揟arian adalah senaman, tidak kira sama tradisional atau moden kedua-duanya tetap dianggap sebagai gerakan yang mempunyai fungsi sinonim yang baik terhadap anatomi manusia. Misalnya, tarian tradisional kuda kepang, semua gerakan dan lenggok dalam tarian ini kebanyakannya berunsurkan senaman.
揟arian Kuda kepang berkesan menegangkan dan menguatkan otot kaki seperti betis dan paha ketika penari melakukan aksi kekuda (iaitu dengan menopang pada sebelah kaki) hampir 10 hingga 15 minit, ia mampu menegangkan otot betis dan paha, jika gerakan itu kerap dipraktikkan ia mampu mengurangkan masalah kekejangan otot, |
|
|
|
|
|
|
|
Poco-poco diminati golongan veteran
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
[email protected]
Tarian dari Sulawesi Utara digemari semua peringkat masyarakat
POCO-POCO yang kini menjadi kegilaan rakyat di negara ini membuktikan senaman tarian mendapat tempat di hati masyarakat. Tarian yang asalnya tarian tradisi masyarakat Yospan di daerah Papua dan Wayase di daerah Ambun, Indonesia, kini divariasikan menjadi tarian senaman menghiburkan.
Malah, tarian poco-poco atau maksud lainnya adalah tarian beramai-ramai ini menjadi wadah senaman yang dipertandingkan di kebanyakan agensi kerajaan dan swasta. Bukan saja golongan berusia malah murid tahun satu juga sudah ligat menggelek ala poco-poco.
Hakikatnya, nama poco-poco itu diilhamkan seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette, ia bermula apabila beliau menghadiri satu majlis keraian di sebuah daerah berdekatan kampungnya, pada majlis itu beliau melihat seorang gadis gempal menari sejenis tarian dengan bertenaga dan lincah.
Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu terus kekal dinamakan poco-poco sehingga ke hari ini.
Arie juga menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah lagunya yang turut dinamakan poco-poco sejurus beliau berhijrah ke Jakarta pada 1995, lagu poco-poco popular di seluruh Indonesia dan dinyanyikan semula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul.
Pensyarah Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Mustapha Syed Yasin berkata, poco-poco bukan sekadar tarian biasa ia memiliki aura dan kekuatan tersendiri. Tarian yang berasal dari daerah kecil di Ambon di Sulawesi Utara, Indonesia, ini digemari semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia, tambahan pula gerakan tarian ini mudah dipelajari dan menghiburkan.
揗enariknya tarian ini mendapat sambutan menggalakkan malah, pertandingan tarian poco-poco juga diadakan dan menjadi sebahagian pendekatan gaya hidup sihat di agensi kerajaan serta mendapat tempat terutama ketika majlis keraian.
揋erakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, walaupun badan tegak bagaikan tiang lampu, jangan khuatir kerana langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing.
揃egitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
:setuju: dgn syd..
enjoy & best dgn dancing..
start to practice it..
mula2 dgn belly dance dulu..
then baru..latin & salsa..
cant wait.. |
|
|
|
|
|
|
De_Ka This user has been deleted
|
aku suker senaman sorang sorang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 auntie_girl's post
nak kene lagu rock kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Melayu malas bersenam
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
[email protected]
DIKURNIAKAN tubuh badan yang sihat adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya dan tidak semua di antara kita berpeluang memilikinya.
Tidak kira lelaki atau perempuan, kita semua perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi memastikan tubuh serta minda sentiasa sihat dan cergas.
Bagaimanapun, aliran terkini menyaksikan masyarakat terutama warga kota gemar ke pusat kecergasan atau gimnasium untuk mengeluarkan peluh kerana senaman sedemikian dianggap cara terbaik dan mudah dilakukan.
Selain mempunyai pelbagai peralatan senaman, pusat kecergasan turut menyediakan jurulatih peribadi bagi mereka yang baru mencuba kemudahan di tempat berkenaan.
Jurulatih senaman kecergasan, Sharina Sultan, 37, berkata masyarakat tidak kira tua atau muda tidak seharusnya menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk mengelak daripada melakukan senaman.
Menurut Sharina, senaman amat penting untuk semua terutama wanita yang mempunyai peranan utama dalam membina sebuah kehidupan berkeluarga yang bahagia.
Dia yang sudah lebih lima tahun membabitkan diri dengan dunia senaman kecergasan mengakui wanita Melayu jarang bersenam berbanding kaum lain kerana alasan biasa, suami mereka tidak berfikiran terbuka.
Kata Sharina, jika suami boleh keluar pada malam hari untuk bersukan seperti bermain badminton dan futsal, mengapa tidak membawa bersama isteri serta anak-anak?
Sharina yang juga pemilik Studio Kecergasan Sports Barn di Seksyen 19, Petaling Jaya berkata, kini ada banyak pusat sukan sehenti berkonsepkan kekeluargaan di seluruh negara berbanding 10 tahun dulu.
揝ebagai contoh, kami di Sports Barn menawarkan pusat sukan sehenti berkonsepkan kekeluargaan yang sesuai untuk seisi keluarga.
揓ika suami bermain futsal, isteri dan anak boleh ke kelas senaman Jazzercise yang turut disediakan di bawah satu bumbung.
揝enaman amat penting untuk semua tanpa mengira jantina atau umur. Kita perlu melakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika tidak menyertai mana-mana pusat kecergasan, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berjalan, joging, menunggang basikal mahupun bersukan, |
|
|
|
|
|
|
|
teringin gak nak menari.. |
|
|
|
|
|
|
|
ako try tadi jazzercise ngan sharina nih...
mak aihhh penat giler...nah putus urat ako ... ahahahaha
tp not bad la class dia..fun gak...takde la menari sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|