CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6564|Reply: 6

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

[Copy link]
Post time 13-5-2007 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2007 06:48 PM | Show all posts
Sejarah Pengasas GPMS


Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura.

Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 07:10 AM | Show all posts
macam mana nak join....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2007 09:45 AM | Show all posts
IBUPEJABAT,
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS),
6-5 JALAN 13/48A,
SENTULRAYA BOULEAVARD,
51000 SENTUL,
KUALA LUMPUR.
Tel : 03 - 4043 9948
Faks : 03 - 4043 3948

PEJABAT BIRO TINDAKAN KHAS & PROGRAM GPMS KEBANGSAAN,
NO 1, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,
50480 KUALA LUMPUR.
TEL & FAKS: 03-26927026

atau Hubungi terus:
Sdr Ahmad Yakqub Bin Nazri,
Pengerusi,
Biro Pembangunan & Aktiviti Mahasiswa GPMS Kebangsaan,
H/p : 013-247 9344

Layari Laman Web GPMS Kebangsaan:
www.gpms.org.my

Email: info@gpms.org.my, editor@gpms.org.my

BELAJAR TERUS BELAJAR
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 01:56 AM | Show all posts

salam

Dulu pernah gak la melawat member GPMS buat khemah motivasi/ belajar

Bagus gak la aktiviti mereka... tapi rasanyer persatuan GPMS ni wujud di bandar2 je
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 02:04 AM | Show all posts
Satu lagi...

Kalo tak silap dulu diorg ada krisis dalaman semasa pemilihan pengerusi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2007 02:45 AM | Show all posts
Qen penah join GPMS ni skali mase darjah 6.. skali mase form 3.. kat Batu Gajah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.063851 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list