CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8379|Reply: 31

Ibu bapa cuai jaga anak boleh dipenjara 2 tahun

[Copy link]
Post time 10-5-2007 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa cuai jaga anak boleh dipenjara 2 tahun


KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga yang cuai atau membiarkan anak mereka tanpa pengawasan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

Jika disabitkan kesalahan mengikut peruntukan itu, ibu bapa dan penjaga boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang tidak melebihi RM5,000.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharum, berkata dalam tempoh Januari hingga April lalu, 303 kanak-kanak dilaporkan hilang di seluruh negara.

Katanya, perangkaan Polis Diraja Malaysia juga menunjukkan hanya 176 kanak-kanak daripada jumlah dilaporkan hilang itu, ditemui semula.

揚ada tahun lalu, sebanyak 1,485 kes dilaporkan dengan 900 kanak-kanak berjaya ditemui semula manakala pada tahun 2005, 1,803 kes dilaporkan dengan 1,254 daripadanya ditemui semula,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2007 10:30 AM | Show all posts
Peguam syarie menulis: Ibu bapa abai anak boleh dipenjara
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kenakan hukuman keras kes kecuaian

ANAK adalah kurniaan Allah yang sangat besar bagi setiap pasangan. Anak kecil sifatnya 憆apuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 04:03 PM | Show all posts
Penjarakan ibu bapa cuai jaga anak
10-05-2007 03:44:56 PM  

PETALING JAYA:  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendesak pihak berkuasa mendakwa ibu bapa yang didapati cuai semasa menjaga anak sehingga menyebabkan kemudaratan kepada anak itu, dan mahukan supaya ibu bapa berkenaan dihukum penjara jika mereka disabit dengan kesalahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan undang-undang yang membenarkan hukuman penjara dikenakan terhadap ibu bapa bagi kesalahan itu memang ada.

Bagaimanapun beliau berkata biasanya tindakan itu akan diambil sebagai langkah terakhir terhadap kes-kes di mana ibu bapa benar-benar tidak bertanggungjawab semasa menjaga anak-anak mereka.

"JKM akan melihat secara holistik setiap kes yang terlibat seperti fakta kes bagi menentukan punca sebenar ia berlaku sebelum meminta tindakan penjara diambil terhadap ibu bapa," katanya kepada wartawan selepas melancarkan majalah Agenda Gender, terbitan Jabatan Pembangunan Wanita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tentang kes kanak-kanak hilang dan tindakan ke atas ibu bapa cuai, yang dibangkitkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum di Dewan Negara semalam.

Johari berkata 303 kanak-kanak hilang dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini di seluruh negara dan ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai sehingga menyebabkan anak hilang, boleh didakwa mengikut Seksyen 33 di bawah akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Menurut Shahrizat setiap kes yang terlibat harus ditangani secara berhemah kerana hukuman penjara juga boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada anak-anak.

Beliau berkata langkah-langkah lain seperti mengarahkan ibu bapa mengikuti sesi kaunseling interaktif boleh diambil bagi kes-kes yang tidak terlalu berat.

Mengenai anak-anak yang lari dari rumah, Shahrizat berkata ibu bapa boleh mengambil tindakan awal bagi mengelakkan ia berlaku kerana mereka boleh mengesan bibit-bibit awal anak-anak mereka akan melakukan perbuatan tersebut. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 05:00 PM | Show all posts
Tadi pergi SJMC, nampak satu ibu ni tengah nak sendawakan anak dia. Kecil lagi baby girl tu dalam nak masuk 2 bulan agaknya.
Terbeliak mata Shin nampak tangan baby tu berbalut macam orang patah tangan.
Apalah yang jadi kat baby tu sampai patah tangan dia. Kesian....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 11:19 AM | Show all posts
salah angkat baby
salah dukung
salah baringkan/tidokan

pun boleh akibatkan tu semua
tak semestinya kena dera jerk
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:33 AM | Show all posts
......itu kalau yang buat report anak hilang boleh lah polis tahu..........yang tak report nie camana plak??????? ada baiknya undang-undang begini di kuatkuasa kan tapi adakah ibu bapa boleh berubah??????? begitu juga dengan kes mat rempit sepatutnya ibu bapa jugak patut dipenjarakan kerana membenarkan anak menggunakan motosikal tanpa lesen.........tapi yang Has peliknya....kenapa sistem perundangan di Malaysia nie terlalu lambat untuk menguatkuasa satu-satu undang-undang?????? nampak macam terlalu lembab sangat.................dah merebak satu-satu gejala itu belum tentu lagi nak dikuatkuasa.....pelik sungguh......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2007 08:46 AM | Show all posts
Akta Perlindungan Kanak-Kanak wajar digubal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 09:29 AM | Show all posts
Peguam Syarie Menulis: Tanggungjawab masyarakat melindungi kanak-kanak
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim
[email protected]


NEGARA kita masih terkejut dengan kisah kehilangan dan akhirnya penemuan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Semua pihak mengutuk perbuatan pelaku yang kejam dan bersifat kebinatangan. Betapa tidak berperikemanusiaan penjenayah yang sanggup melakukan jenayah itu.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan banyak kisah kehilangan kanak-kanak. Ada yang ditemui dengan selamat seperti kisah Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, dan ada yang sebaliknya.

Perkembangan ini sangat memilukan dan menyentak perasaan mereka yang prihatin. Apakah sebenarnya terjadi dalam masyarakat kita? Apakah keselamatan kanak-kanak untuk menjalani hidup secara bebas dan ceria menjadi satu perkara yang tidak ada jaminan?

Mungkin ramai kalangan kita masih mengingati beberapa nama dan wajah kanak-kanak yang memenuhi akhbar atas kisah yang sama, hilang dari rumah, diculik dalam perjalanan ke sekolah, tempat mengaji, taman permainan, dirogol, dicederakan dan dibunuh seperti Haserawati Saridi, Nurul Huda Ghani, Norshuhada Burak, Nor Shawani Dahlan, Siti Nadirah Budah dan Nor Syakila Ramli Abdullah Choo.

Laporan polis menunjukkan antara Januari hingga April lalu, seramai 303 kanak-kanak dilaporkan hilang di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 176 saja yang ditemui kembali. Sepanjang 2006, jumlah kanak-kanak hilang yang dilaporkan ialah 1485 dan 900 berjaya ditemui kembali. Bagaimanakah nasib anak yang tidak diketahui nasibnya itu?

Anak adalah kurniaan Allah yang sangat besar bagi setiap pasangan. Sifat kanak-kanak adalah rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan menyelamatkan diri apabila berdepan dengan bahaya.

Mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan, penderaan dan keganasan. Kanak-kanak hari ini adalah modal insan negara masa depan. Masyarakat perlu memainkan peranan, bersikap lebih prihatin, mengambil tahu dan sama-sama menolong menjaga kanak-kanak walaupun mereka bukan anak atau keluarga kita.

Jika kita dapat bayangkan kembali kisah Yin yang hilang dari pasar raya di Kuala Lumpur baru-baru ini, kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau berjalan sendirian di luar bangunan pasar raya sambil menangis dan ada beberapa lelaki serta perempuan berjalan di tepi beliau.

Kenapa tidak ada yang peduli dan bertanya kanak-kanak itu kenapa, siapa dan bagaimana boleh berada di situ dan seterusnya menyerahkannya kepada pengawal pasar raya? Mungkinkah perkara yang hampir sama berlaku kepada kanak-kanak lain?

Cuba kita renungkan tahap ambil peduli dan ambil berat masyarakat kita. Kita mendesak semua ahli masyarakat sama-sama berubah dan mengamalkan sikap ambil tahu, ambil peduli dan prihatin, terutama dalam isu membabitkan kebajikan kanak-kanak.

Selepas perkembangan kes Nurin, pihak polis menubuhkan unit baru dikenali Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak. Unit itu bertanggungjawab menangani kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga yang diperluaskan untuk mencari mereka yang hilang.

Kita juga menyarankan supaya pihak polis memperluaskan usaha dengan menggunakan khidmat anjing pengesan seperti mengesan penjenayah melalui bau badan. Kanak-kanak yang hilang dan diculik, dalam masa sangat singkat akan terdedah kepada pukulan, deraan fizikal dan seksual. Mereka perlu diselamatkan dengan kadar segera, dengan apa cara terdaya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula mencadangkan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak diwajibkan memakai tanda atau gelang tangan khas selepas dibebaskan. Ini bertujuan supaya masyarakat mengenalinya dan dapat mengambil sikap berhati-hati.

Masyarakat juga mendesak penguatkuasaan undang-undang lebih keras dalam memastikan hukuman setimpal dijatuhkan terhadap perogol dan pembunuh kejam. Reaksi orang ramai terhadap soal selidik sebuah stesen televisyen menunjukkan mereka menyokong perogol dan pembunuh ini dikenakan hukuman lebih keras. Sekali gus, ini memberi pengajaran kepada pelaku salah yang lain.

Sudah sampai masanya hukuman lebih berat dipinda dan dikenakan kepada pelaku jenayah itu apabila disabitkan. Pada masa sama, ibu bapa digesa memantau dan mengambil berat semua aktiviti anak. Berilah sepenuh perhatian kepada anak, terutama kanak-kanak dan remaja perempuan.

Akhbar juga menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sama ada ibu bapa Nurin boleh didakwa atas kecuaian menjaga kebajikan anak. Istilah cuai memberi maksud yang besar dan perlu dibuktikan terlebih dulu.

Kecuaian ibu bapa sebenarnya memang termaktub dalam peruntukan undang-undang. Ia membabitkan tanggungjawab ibu bapa menjaga anak mereka sebagai sebahagian daripada hak anak.

Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan jika wujud kecuaian ibu bapa yang menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah, penderitaan, pengabaian dan terdedah kepada keadaan bahaya.

Ibu bapa boleh dihukum jika gagal menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak yang berada dalam jagaan mereka. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa dianggap cuai jika tidak menyediakan makanan, pakaian, perubatan, perubatan pergigian, tempat tinggal dan jagaan anak yang mencukupi serta menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi anak.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) prihatin dengan perkembangan menyedihkan ini dan berharap semua langkah diperkasakan ke arah menjaga kebajikan kanak-kanak. PGSM menyokong sepenuhnya usaha baik yang dijalankan dan perlakuan jenayah itu dikutuk sekeras-kerasnya.

Kepada ahli keluarga Nurin Jazlin, PGSM mengucapkan takziah dan didoakan semoga dapat bersabar menerima qada dan qadar. Semoga roh beliau berada dalam perlindungan dan kasih sayang Allah.

Semoga pemergian beliau menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan perkara itu berulang. Mari kita war-warkan slogan dan kempen baru, 'Ke arah Membina Kepedulian Umat'. Kita perlu bersama berganding bahu, menggembleng usaha membina masyarakat yang sejahtera dan selamat untuk didiami semua.

Penulis ialah Presiden dan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Semua komentar boleh dihantar ke [email protected]

Cetak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 09:43 AM | Show all posts
hhmmm... kena ada guideline on what are the things that constitute kecuaian menjaga anak

contoh kalau kes budak hilang di shopping complex for example, adakah hilang sebab mak dia 'terlupa' akan anak dia sebab asyik sgt bershopping? or masa dok pegang anak dia tu sekali anak dia lepaskan tangan and lari susup sasap hilang and terus 'lost'?
kalau kes yg anak kena rentap dari tangan ibu bapa cemana?
itu kegagalan ibu bapa ke?

so byk grey areas la
tu yg kena kasik clear dulu
guideline mesti terang so that tak ada loopholes yg boleh menyebabkan parents yg bebetul cuai boleh elakkan diri dari kena dakwa

just my humble 2 sen...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:00 AM | Show all posts
aku rase nazri aziz tu lagi cuai dlm membela anak dia..... dia tau ke ari ni air apa anak dia minum dgn kenkawan..dia tau ke club mana anak dia singgah atau pompuan mana anak nye pelok ini hari???

duh ..leadership by example!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #9 cik_dee_na's post

i setuju dgn cik dee na, nak buat guidelines kena byk lihat semua sudut..pro dan kon..mana ada parents yg waras shj2 nak hilangkan anak..kecuaian tuh mmg kita bole cegah dr berlaku kalau kita benar2 alert dan prihatin pd keadaan sekeliling dan behaviour anak itu sendiri. tp kalau nak berlaku, berlaku jugak...ish... nowadays mana2 tmpat pun dah tak tentu selamat...

but honestly lah i don't really agree dgn nazri aziz psl hal dakwa parents arwah nurin coz kot yer pun tunggulah dpt penjenayah tuh dulu baru kasi clear apa yg patut buat. ini kubur si arwah pun masih merah dah tak sabar2 nak dakwa..gerem plak rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 10:43 AM | Show all posts
nazri teksi tuh mmg bimbo

polis bckap, dia pun sibuk nak bckp

berlumba2 plak nak bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 05:23 PM | Show all posts
tu la.. satu family masih dirundung duka & shock yg teramat sgt, tetiba je dibangkitkan lak bebanan mental lain.. ada ke nak saman pada saat2 camni.. kot ye pun kerahkan kedrat tu dulu jejaki org gila sex yg cabut nyawa & seksa arwah nurin tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 06:43 PM | Show all posts
haha.... penuhla jail dgn parents yg cuai......

ptg ni ajer mac dah jumpa:

1. budak 5 tahun pergi kedai sorang2 which is 200 meters from his house.
2. 13 underaged boys bawak motor kat housing area (yes... I counted)
3. Several houses yg anak2 kecil 2-5 tahun bermain di jalanraya (di luar gate rumah) tanpa pengawasan adults.
4. I saw a car parked with the engine on with only a 2 yr old child sleeping in it.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 07:03 AM | Show all posts
pd saya plak.....mak/ayah nie kena dididik, cara nak mendidik org2 melaya nie susah...kalo tak, tun takkan mengeluh org melayu khususnya memang semuanya jenis mentaliti "tak apa"...jenis terantuk baru tengadah...

i berpeluang bersembang dgn sorang wanita india, duk berjiran dgn arwah si nurin.....dia cakap, nak tahu mentalilti mak/ayah dikawasan tu sila dtg dan tengok sendiri, bukan nak bersifat perkauman....dia kata, yg plg byk kes adalah keluarga melayu....suka sgt biar anak berkeliaran dgn anggapan dia nak anak berdikari...berdikari dan isu keselamatan adalah 2 perkara berbeza, itu pun nak kena ajar gak ke?.....dia cerita lagi, ada kes jiran kat situ gak, melayu gak....anak nak ikut ayah pergi kedai, ayah tak bagi...suruh masuk gate rumah, ayah pecut dgn moto...anak pecut berlari, kete hentam dr belakang...mati kat situ jugak!...anak baru 2 thn...

memang nampak kejam, kalo depa saman mak/ayah cuai nie....tapi peruntukkan sebegini dah lama org buat kat negara luar, anak2 bawah 14 thn...tak dibernarkan keseorangan dirumah, atau mak/ayah jugak kena saman...cemana tu?...mungkin mak/ayah dlm nie semua prihatin tapi ingat tak semua berfikir cam kita dan sesuatu peraturan dibuat kena meliputi semua mentaliti yg ada dimelaya nie....drp mak/ayah yg sgt paranoid sampailah ke mak/ayah yg tahu beranak saja!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 09:16 AM | Show all posts
undang2 ni lebih displinkan mak bapak
bukan main lepas jerk

berdikari?

tgk peringkat umo jugak lah kalau nak kasik anak berdikari

sebelum kasik anak berdikari, ada tak kasik dorang 'ilmu berdikari"?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 09:54 AM | Show all posts
ermm.. mmg betul semua bermula dari keluarga tu sendiri.. cemana mak pak bimbing & didik anak2 mereka.. malang tak berbau.. org jahat ni saling berganti, tak habis2, kena jail satu, kena hukum mati satu, muncul lagi yg baru.. lagi ganas lagi kejam..

kita kena didik anak2 pasal safety, kita sendiri kena belajar byk pasal safety.. every day is learning process.. jgn sampai kita kena belajar the hard n bitter way mcm kes arwah nurin tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:33 AM | Show all posts

Reply #15 my-alja's post

pernah lalu kawasan ni tak? i've been to this area few times... ade ex staff dok situ..ad sedara in law pon ade..kawasan tu mmg congested ..congested dgn kereta.. congested dgn blok2 flats yg dekat2

aku rase keadaan cam ko ckp tu berlaku sebab rumah diorang kecik sgt..so kalau yg anak ramai tu pening kepala kalau anak2 dok dlm umah, kalau dpt cam anak2 aku yg sepanjang mase bercakap/berebut mainan/beraduh, mau biol.. ini kan pulak yg anak ramai...

rumah aku kecik jugak..tp i still have the luxury to bring kids out on outings so kalau kene kurung dlm umah pon budak2 ni tak la sakit kepala...mungkin dorang takde luxury camtu..cam arwah nurin tu lah, ayah bawak teksi ari2 kuwa pagi balik mlm, mak sibuk dgn adik kecik

cemana nak cure masalah ni? nanti nak suh nazri aziz bimbo itu pikirkan sesuatu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:39 PM | Show all posts
terpikir seketika kalau ibu bapa atau penjaga kena masuk penjara 2 tahun sapa nak kasi makan satu keluarga tuh nanti...x melarat ke budak2 tuh nanti..anak sendiri bole tercuai ini kan pulak org lain yg jaga..

[ Last edited by  Sasha at 27-9-2007 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:03 PM | Show all posts
..isu seumpama ini berkait, tapi pd hemat i...mak/ayah nie kena dididik supaya boleh faham apa isu yg ada disekeliling kita sekarang...haritu baca dlm front page star, bapak arwah cakap, dia sayang anak dia..dia tak bersalah, yg bersalah adalah sipembunuh tu...

bila dgr lawyer bercakap kat TV3 lagi tadi, memanglah kita tak salah sebab tak bunuh anak tu...tapi kita tak boleh nak kawal org lain yg memang ada penyakit mental...jadi apa yg kita boleh buat adalah, awasi anak2 tu....

isu pendidikan pd mak/ayah nie kena bermula dr mula dia mendirikan rumahtangga, nanti kalo ada suruh beranak skit sebab rumah kecik, ramai yg kata kita nak lawan tuhan...jadi isu begini sgt sensitif, isu rumah kecik, setahu i...prof.ungku aziz dah berbuih cakap kat mana2 tapi apa tindakan kita plak, kalo nak tunggu rumah besar kawasan tak congested baru nak awasi anak...sampai bila ianya nak jadi kenyataan, kita takleh nak ubah benda yg diluar kawalan kita...esp org gila diluar sana...i dulu pun dibesarkan dlm rumah sempit flat askar, tapi kami tak keluar sesuka hati, nak pi rumah jiran pun sekali-sekala, adik beradik pun ramai...

tak ingat mana me dapat maklumat nie, dgrnya keluarga nie memang lepas bebas anak2 dia keluar malam sampai jam 9 mlm...kalo tak balik baru dicari, cemana tu ekk?....anak2 lepas magrib, byk sgt aktiviti depa sampailah waktu tidu kol 9.30 malam...dan ada anak2 masih berkeliaran dgn basikal dlm waktu2 begini...

anyway i hv to admit...i am paranoid!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.251755 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list