CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2334|Reply: 15

Yusry KRU terima anugerah khas

[Copy link]
Post time 6-5-2007 04:14 PM | Show all posts |Read mode
SUBANG JAYA: Penyanyi utama kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU dipilih menerima anugerah khas Young Creativity Award dari Oxford Centre for Leadership (Oxcel) pada Majlis Anugerah Oxford kali kedua di sini, semalam.

Anugerah Khas yang diberikan selepas menilai kredibiliti Yusry atas pencapaian mengagumkan menerusi filem Cicakman yang mencecah kutipan RM5 juta disampaikan sendiri Pengarah Pusat Oxcel, Profesor Marshall Glenn Hall di Dewan Victorian Holiday Villa di sini.

Dua anugerah khas lain, Young Innovation Award diterima David Taylor, manakala Ralf Kohlstrunk menerima Young Achievers Award.

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi itu juga menandakan berakhirnya pengajian Yusry selama setahun dalam kursus Produksi Video & Pengurusan Media di Oxcel.

Pengarah, penerbit dan pelakon itu adalah sebahagian daripada 70 graduan yang menerima skrol masing-masing selepas menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan kolej itu.

"Hasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang multimedia sudah lama wujud, cuma tiada kesempatan. Saya tidak mengejar pengiktirafan kelayakan profesional tetapi saya teruskan kerana ia perlu untuk melengkapkan diri"katanya yang ditemani bapanya, Abdul Halim Kamal dan ibunya, Zarina Abdul Wahab Fenner.

Yusry berkata, sejak menyertai Oxcel dia tidak menghadapi banyak masalah kerana apa yang dipelajari di Oxcel sudah dialami menerusi pengalaman menerbitkan filem sains fiksyen pertama arahannya, Cicakman.

"Saya perlu menyiapkan dua kertas kerja selama setahun dan agak memeranjatkan, apabila anugerah khas ini berpandukan kerja produksi Cicakman"katanya.

Oxcel juga akan mengadakan majlis anugerah di Oxford United Kingdom pada 3 September ini yang turut dihadiri Yusry.

Lebih membanggakan, pelakon filem Kuliah Cinta, Cinta Kolesterol dan Mr Cinderella itu dijemput untuk berucap di hadapan pelajar Oxford antara lain menyentuh pengalaman dan pencapaiannya dalam menerbitkan filem Cicakman.

Kalangan artis dan selebriti lain yang turut menerima skrol dan anugerah Oxcel termasuk model dan pengacara, Ashraf Daniel Sinclair yang menerima Diploma Kursus Lepas Ijazah Pengurusan Perniagaan; selebriti TV3, Nizal Mohamad dan chef selebriti, Chef Ismail yang menerima Master In Business Hospitality.

[ Last edited by  F685 at 6-5-2007 04:16 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sovereign This user has been deleted
Post time 6-5-2007 06:29 PM | Show all posts
TAHNIAH YUSRY, KRU BROTHERS MEMANG SUPERHEROES KENTAL PUNYER!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 08:06 AM | Show all posts
tahniah............
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 08:30 AM | Show all posts
Tahniah KRU!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 08:43 AM | Show all posts
tahniah abg yuci.. .
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 02:40 PM | Show all posts
tahniah... semoga lebih berjaya lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2007 11:37 AM | Show all posts
aku tumpang bangga kalau ada anak-anak melayu yang hebat cam ni.......Tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 02:26 PM | Show all posts
TAHNIAH YUSRY...!!! SEMOGA KERJA YG MENDATANG MEMBUAHKAN HASIL YG LEBIH KREATIF.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2007 08:36 PM | Show all posts
yeah...aku pon nak ucapkan syabas kepada Yusry sebab dapat anugerah itu...semoga dengan anugerah yg diterima, selepas ini Yusry akan lebih bekerja keras untuk menghasilkan karya2 yg lebih mantap

actually cite cicakman tu, dr segi kaedah grpahic yg dihasilkan, aku bole ucap syabas gak la...walaupon tak setanding dgn mane2 filem barat...its really good enough....ok la gak org malaysia dah leh wat graphic yang camtu

cume plot cite cicakman tu cam sgt lemah aku rase...leh jadi membosankan.....maybe bebudak suke la kot cite tu...tapi utk org yg dah matang...jalan cite die nampak cam kelam kabut.....

anyway, congrats Yusry
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 08:46 PM | Show all posts
hebat - tahniah :clap: -
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 10:50 PM | Show all posts
tahniah. semoga yusry terus cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 06:47 AM | Show all posts
Wah, caya lah Yusry. So kiranya dia study buat Course work lah yek.

Dia dulu takat A-LeveL jer ker or ade diploma...

Ni yg bersemangat nak belajar betul2 ni. Another artiste yang berjaya dlm study...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 02:13 PM | Show all posts
TAH-NI-YAH ...
Reply

Use magic Report

digi1 This user has been deleted
Post time 10-5-2007 05:22 PM | Show all posts
tahniah Yusry







kalau koyak paha darsita, potong kelenntit nya,darsita tetap jadi
seekor babi betina juga. sejak azali lagi darsita dah tersurat utk jadi babi betina.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 10:24 PM | Show all posts
baguuuushhh.. tahniah  & syabas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 02:16 AM | Show all posts
congrate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071474 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list