CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8390|Reply: 1

Persatuan Ehsan Wanita dan Anak-anak Kuala Lumpur (PEWANIDA)

[Copy link]
Post time 30-4-2007 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Alina harap nasib berubah setelah bertemu Pewanida
30-04-2007 10:21:02 AM
KUALA LUMPUR: Ketika tiba di kediaman mereka di tingkat 2, blok 41, Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Siti Maryam, 10, dan dua sepupunya Malik, 7, dan Ika, 4 baru sahaja memulakan makan malam.

Jam hampir menunjukkan pukul 7.00 malam dan mereka baru sahaja pulang dari sekolah. Berselera sungguh anak-anak yang sedang membesar ini menikmati hidangan yang nampaknya cukup ringkas, telur dadar bersama sayur kacang panjang dan kicap.

Dalam malu-malu, Maryam bangun bersalam dan turut mempelawa tetamunya makan bersama. Bagaimanapun saya dengan sopan menolak pelawaan itu tetapi duduk bersama-sama mereka dan memulakan perbualan. Sambil berbual, mata sempat memandang sekeliling melihat kedua-dua buah bilik yang dipenuhi dengan pelbagai barang dalam rumah yang kecil itu.

Rak kain baju terpaksa diletak di ruang tamu yang telah sedia dipenuhi dengan sebuah meja makan. Beberapa helai pakaian bergantungan di ruang tamu serta berbungkus-bungkus plastik dan beg berisi pelbagai barangan digantung di dinding rumah, di atas para dan juga meja. Menjadikan ruang tamu yang kecil itu semakin sempit dan nampak tidak tersusun.

Ya, nampaknya terlalu padat untuk 11 orang penghuni berteduh di sini. Sukar membayangkan bagaimana mereka tidur dan juga belajar.

Namun, bagi Puan Alina, 42, yang bergelar ibu tunggal kepada empat orang anak  Mohd Shahrul Nizam, 17, Mohd Farhan, 14, Nor Fatehah, 13, dan Siti Maryam, 10,  itulah syurga baginya dan anak-anak selepas ditinggalkan suami dan ayah sejak 9 tahun yang lalu.

Setelah berkahwin lain, mereka sekeluarga ditinggalkan tanpa nafkah dan khabar berita. Manakala Alina terpaksa mencari pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan menjual ais krim dan makanan ringan dari rumah. Bertahun-tahun digantung tidak bertali, Alina akhirnya memohon cerai taklik.

"Rumah inipun bukanlah rumah saya, tetapi rumah emak yang kami tumpang. Selain kami anak-beranak, dua orang adik yang masih bujang juga tinggal di sini dan seorang lagi juga turut menetap di sini bersama dua orang anaknya.

Rumah flet itu adalah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang disewa oleh ibu Alina.
Beliau juga pernah beberapa kali memohon rumah daripada DBKL, namun ditolak. Kini, Alina berusaha membuat rayuan lain mengenangkan anak-anak yang perlu suasana selesa untuk belajar.

"Berniaga ni pun selalu terencat kalau tak cukup duit nak pusing modal. Saya menabung setiap duit hasil jualan kecil-kecilan ini. Duit itulah saya gunakan untuk belanja sekolah anak-anak selain bantuan RM300 sebulan daripada Baitulmal," cerita Alina.

"Saya sudah lali dengan keadaan hidup kami. Cuma yang menjadi masalah adalah perbelanjaan persekolahan anak-anak. Mujur juga ada bantuan daripada pihak sekolah seperti pakaian dan buku-buku. Kadang-kadang, saya kasihan melihat mereka belajar dalam suasana yang amat tidak selesa.
"Tentang makan minum pula, bagi kami sekeluarga, biarlah kami keputusan lauk asalkan tidak keputusan beras. Kadangkala dibuat nasi bubur atau dibuat nasi goreng. Ke sekolah pula, kadang-kadang mereka bawa bekal. Tapi saya tetap bersyukur dikurniakan anak-anak yang memahami kesusahan yang dialami ibu mereka," tambahnya yang sesekali terdiam menahan sebak.

Ibunya, Mazni Che Ahmad, 60, masih menggagahkan diri bekerja sebagai pencuci di sebuah bank di Maju Junction.

Menurut makcik Mazni, hatinya sedih melihat keadaan cucu-cucunya yang membesar dalam keadaan serba kekurangan. Malah, rumah kecilnya itulah dunia mereka. Mazni sendiri biasanya akan tidur di bawah meja manakala yang lain memenuhi manamana ruang yang ada.
Bertemu Pewanida

Beberapa orang lagi rakan Alina yang turut bergelar ibu tunggal seperti Zakiah Kordi, 59, Faridah, 59, dan Norazian Mohd Said, 48, yang juga tinggal di kawasan sama juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran getir.

Tetapi mereka bernasib baik kerana Persatuan Ehsan Wanita dan Anak-anak Kuala Lumpur (Pewanida) sedang berusaha untuk mengubah nasib golongan ibu tunggal khasnya.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk golongan ini keluar daripada kepompong dan belenggu hidup yang pudar.

Ahliahlinya terdiri daripada para ibu tunggal di sekitar Kuala Lumpur diberi kursus jahitan sulaman, manik dan yang lain anjuran majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Hasilnya, selain dapat mengisi masa lapang, kerja tangan mereka itu juga dapat membantu menambah pendapatan menerusi tempahan yang diterima. Paling utama, mereka tidak terasa terasing dan dapat bercampur gaul dengan orang ramai di samping dapat mengurangkan sedikit kesedihan dan keperitan hidup yang dialami.
Misi Pewanida

Menurut Setiausaha Pewanida Puan Rosmaini Sulaiman, sungguhpun mereka adalah NGO yang tidak menerima apa-apa bantuan kerajaan atau derma secara langsung namun hasrat murni yang dimulakan oleh Presidennya Puan Sri Saidatul Akmar Rashid telah membantu kira-kira 150 orang ibu tunggal dan 90 anak-anak yatim yang menetap di sekitar Kuala Lumpur.

"Objektif kami hanya satu iaitu membela nasib dan mempertingkatkan pembangunan wanita khususnya yang terlibat dengan gejala sosial di samping membantu memberi pendidikan yang sempurna untuk anak-anak mereka.

"Selain pendidikan untuk anak-anak mereka, Pewanida turut membantu ibu-ibu tunggal ini mendapatkan tempat kediaman tetap dan pekerjaan yang sesuai.

"Ahli juga ditawarkan kursus atau bengkel kemahiran sebagai bekalan untuk berdikari dan meneruskan kehidupan," jelas Rosmaini.

Bagi mengumpulkan dana, Pewanida menerima sumbangan orang ramai untuk menggerakkan aktiviti persatuan. Malah satu majlis jamuan teh bertema "Tautan Kasih" untuk mengutip dana bagi membantu ahli Pewanida akan diadakan pada 2 Mei 2007 bertempat di Hotel Sheraton Subang Hotel & Towers. Majlis itu bakal dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Bagi individu atau badan korporat yang berminat untuk menghulurkan sumbangan dan menghadiri jamuan itu sambil menderma, bolehlah menghubungi:

[b[PEWANIDA
No.68C, Jalan Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur.
0322734621/4623/4633
Sumbangan juga boleh dibuat atas nama PEWANIDA melalui nombor akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad: 14060003486715.


BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2007 09:52 AM | Show all posts
Penghuni Pewanida tunjuk bakat
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

SETIAP kali melihat wajah kanak-kanak malang yang terpampang di media cetak dan elektronik, pasti hati anda akan tersentuh dan bersimpati dengan nasib mereka.

揝aya tidak dapat menahan sebak. Terfikir saya.., apalah yang mereka makan, macam mana tempat tinggal mereka dan macam-macam lagi,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055570 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list