CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safbrina

saper ada pengalaman uruskan harta pusaka

[Copy link]
Post time 8-5-2008 01:53 PM | Show all posts
kes aku kat atas tu.... aku rasa complicated...
tu sbb x de org nk jwb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 02:57 PM | Show all posts

Reply #64 afja's post

Tak tahu nak jawab tang mana ntah pasai masa ayah anis meninggal dunia, pembahagian harta dibahagi ikut seperti yang telah dipersetujui masa ayah masih hidup..So, after my father meninggal, kitaorang adik beradik dan mak pi ke pejabat tanah (selepas temujanji dibuat dengan pegawai berkenaan) dan selepas dibacakan semua2 harta (tanah2) tersebut, dan pegawai tersebut bertanya kepada seorang demi seorang adik beradik dan juga kepada emak,adakah setuju dengan pembahagian tersebut...selepas tiada bantahan, terus abang mewakili saudara yang paling tua angkat sumpah diikuti dengan kami di belakang (mcm ikrar kat sekolah tu)...Proses tak sampai 6 bulan pun...kalau tak silap hari itu tak sampai 1 bulan pun dah selesai..Pokok pangkalnya adik beradik sepakat dan bekerjasama...Alhamdulillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by AnisSuraya at 8-5-2008 02:57 PM
Tak tahu nak jawab tang mana ntah pasai masa ayah anis meninggal dunia, pembahagian harta dibahagi ikut seperti yang telah dipersetujui masa ayah masih hidup..So, after my father meninggal, kitao ...


ada didocumented kan ke wasiat ayah tu?

yup... kalau semua setuju.... mmg x de mlsh...
x yg setuju je yg jd meleret2 mkn masa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #66 afja's post

tak  ada wasiat bertulis, aruah ayah dan kitaorang anak beranak sebelum ayah sakit, berkumpul dan ayah beritahu begitu begini kat kitaorang.Kami semua patuh dengan kehendak ayah.Jadi apabila ayah meninggal dunia, semasa di dalam kamar perbicaraan tu, emak yang beritahu pasal hal tersebut.Pegawai tersebut bertanya kepada kitaorang adik beradik, adakah betul aruah ayah berkata begitu begini..Setelah itu, emak keluarkan semua geran-geran tanah tersebut dan pegawai tersebut pun jalankan tugas dia.Apabila bahagian untuk emak anis disebut, emak anis terus bangun, beritahu yang dia tak mahu sebaliknya dia nak serahkan semua kepada anak2nya.

Selepas ikrar dibuat, kami semua menandatangani satu dokumen pasal persetujuan pembahagian tersebut.Urusan tukar nama kepada nama kitaorang ambil masa pun tak lama, alhamdulillah sebab Allah s.w.t permudahkan semua urusan.Sekarang, walau tanah2 tu dah nama kitaorang, tapi hasilnya kami beri kepada emak...kitaorang bayor cukai tanah jer,bayar upah orang utk petik hasilnya dan bersihkan tanah tersebut.

Jiran sebelah rumah mak anis, kes pembahagian harta dari aruah emak ayah deme makan tahun dah dekat 7 tahun masih tak selesai2..abang ni tak setuju, kakak ni tak setuju...asal pertemuan dibuat, ada sahaja bantahan...sudahnya, harta terperam dekat 7 tahun...kalau semua sepakat kan senang..yang kat dalam kubur pun tenang, yang hidup pun senang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by afja at 8-5-2008 01:50 PM


kalau bawah 600k....
tu pusaka kecil....

leh pegi terus ke pejabat tanah di mana tanah berada....

amik borang A...
isi segala docement needed
then byr RM10 tuk proses...

then....  ...


tkasih..tapi ikut hukum faraidh, bapa saudara dpt ke harta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 10-5-2008 09:12 PM


tkasih..tapi ikut hukum faraidh, bapa saudara dpt ke harta tu?


kena tgk siapa waris yg dekat...
siapa waris yg jauh....
dia ada susur galur...

kena lihat cabang2 dia...

1)isteri/suami
2)anak lelaki/anak perempuan/cucu ... dan kebawah
3)ibu/bapa/tok/nenek.... dan keatas...
4)saudara lelaki/perempuan... dan seterusnya...
5) n etc.... termasuk Baitulmal...

konsep dia.... yg dekat mendinding/halang yg jauh....

kalau bapak saudara nih...
kena tgk kes la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2008 09:02 PM | Show all posts

Reply #63 afja's post

Bayaran Pendahuluan Secara Tunai, Cek, MO, PO atas nama AMANAH RAYA BERHAD mengikut jenis harta:

1. Harta alih bernilai kurang RM5,000.00 sahaja = RM 50.00

2. Harta alih/x alih sahaja atau kedua2nya = minima RM 300.00

                           ATAU

Fee 2% X Jumlah Nilai Asset.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 01:34 PM | Show all posts
Saya nak tanya, sekiranya arwah hanya meninggalkan pusaka cuma rumah dan kereta.
Perlu pegi Pejabat Tanah juga ke ehh???
Atau pegi pejabat perumahan???
Kalau nak buat valuation kereta, macam mana caranya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 11:28 AM | Show all posts
kalau bawah 600k....
tu pusaka kecil....

leh pegi terus ke pejabat tanah di mana tanah berada....

amik borang A...
isi segala docement needed
then byr RM10 tuk proses...

then.... dia a ...
afja Post at 8-5-2008 13:50



salam...

aku rasa masalah aku sekarang ni lebih kurang sama dengan ko.

Cumanya sekarang ni, tanah ade 2 nama.nama arwah ibu aku & abang dia.Tanah tu sekarang family aku duduk.
Baru2 ni , pak sedara aku ni mula nak mintak bahagian dia.Dia suruh aku bayar kat dia dan boleh tukar nama.
Adik-beradik aku ade 5 orang.Mereka suruh aku selesaikan dulu bahagian pakcik aku tu.Bahagian arwah mak aku, boleh kira nanti.Macam mana pulak tu?

1.Ni nak kena kira berapa value tanah tu ke?Pejabat tanah boleh nilaikan ke?

2.Pastu,kira  berapa bahagian pakcik & arwah mak aku.

3.Bila dah tahu bahagain masing2, time aku bayo duit kat pakcik tu boleh tak salin nama terus?Sebab bahagian arwah mak aku tu, adik-beradik aku kata nanti2 boleh kira.Lagipun part waris perempuan ni tak banyak dapat kan.
Sekarang yang penting nak settle part pakcik aku.Dia pun dah cakap nak guna duit tu pi haji.:re:

Sesiapa kat sini, boleh bagi pandangan tak kat aku.Tengah pening ni.kalau boleh bagi step by step lebih mudah.

Thanks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 05:12 PM | Show all posts
72# akulynn

utk kes ko ni dah confirm kena gi pejabat tanah.. tanah tu perlu dinilaikan (biasanya pejabat penilaian la kan)...
mmg takde cara lain... mahkamah tinggi hanya melantik pejabat tanah atau Amanah Raya utk mentadbir harta pusaka... tapi since cuma melibatkan tanah... perlulah dirujuk kepada pejabat tanah daerah yg berkenaan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 08:54 AM | Show all posts
72# akulynn

utk kes ko ni dah confirm kena gi pejabat tanah.. tanah tu perlu dinilaikan (biasanya pejabat penilaian la kan)...
mmg takde cara lain... mahkamah tinggi hanya melantik pejabat tanah ...
ryo_takahashi1 Post at 21-8-2009 17:12


oo..maknanya nak kena selesaikan dulu bahagian pakcik dengan arwah mak aku dulu le kan.

kalau kena pi pejabat tanah, okey lagilah.Jangan sampai pi court,sudah le.

apapun, nasihat ko sangat dihargai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 08:54 AM | Show all posts
salam,sya newbie here.ada masalah harta pesaka.arwah bapa baru meninggal.kita orang nak tuntut rumah arwah.tapi masalahnya rumah belum tukar nama dari pembeli sebelum arwah..pegi cek kat lawyer yang uruskan beli rumah,dia cakap diaorang tak mau tukar nama sebab arwah tak mau bayar rm300 kat diaorang untuk borang proses ape tah..sekarang ni kitaorang mintak lawyer tu settle kan jugak masalah ni.tolong sape2 yang expert..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 09:14 PM | Show all posts
ermm saya pun ada isu yg sama ngan akulynn.

family kitaorang duduk kat tanah pusaka tinggalan datuk (sebelah abah), adik beradik semua dah pindah gi tempat lain.

sekarang pakcik (suami my makcik-kakak ayah) nk mintk bahagian diaorang, tapi mintk kami yang amik tanah tu.. tp rasa mcm xmampu sbb tanah kat Pulau Pinang ni mcm emas!

dia demand 100k utk tanah sahaja (tanpa mengira rumah). rumah lama tu my mom yang renovate semua.. isk sekarang dah problem mcm mana nk faraidkan. rumah tu milik arwah pakcik yang tinggal sekali ngan kami- bujang dan meninggal tanpa anak.

soalan:
1. kalau faraid adakah renovation cost tu termasuk sekali?
2. adakah tanah dan rumah yang didirikan di atas tanah itu di faraid sekali, atau asing2 utk setiap satu?
erm dah xtau nak tanya soalan apa.. he he he..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 02:31 PM | Show all posts
nk tanya pendapat, bapa sy dah meninggal 4 thn yg lalu,arwah tggalkan  rumah, tanah 6 relong dan 2 relong lgi dtmpt lain,kami adik beradik ada 8, sblm ni x penah buat apa2 pembahagian hrta, kalau bapa dah meninggal adakah automatik hrta tu jatuh kepada ibu@ kena bahagi kepada anak2?kalau x nak ikut siistem faraid..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 03:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by AnisSuraya at 2-10-2009 15:06

77# ungu_violet191

Kalau harta tu semua atas nama bapa then bapa meninggal tanpa tinggalkan wasiat bertulis/sah, maka harta2 tersebut akan dibahagi secara faraid dan tidak akan jatuh kesemuanya kepada ibu/isteri simati..sebaliknya akan difaraid mengikut hukum yang telah ditetapkan kecuali mereka yang berhak menerima sepakat untuk menerima samarata...atau kalau si bapa telah berpesan awal2 sebelum meninggal dunia kepada semua waris2nya, dan kesemua warisnya bersetuju tanpa bantahan, pun boleh harta tersebut dibahagi tanpa mengikut faraid..pokok pangkalnya waris2 semua sepakat dan setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 05:16 PM | Show all posts
kalau x nak ikut sistem faraid..
ungu_violet191 Post at 2-10-2009 14:31


tak boleh.. dah disyariatkan utk ikut sistem faraid bg yg beragama Islam...
btw.. jgn gusar & gundah... ni lebih kepada pemegang amanah... distribution tetap boleh dibuat oleh pemegang amanah andai kata sepakat dan persetujuan dapat dibuat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 12:01 PM | Show all posts
apa kata korang rujuk kat amanah raya?  aku sendiri pun tak reti sangat bab ni.  betul la, korang anggap je amanah raya tu berfungsi sebagai administrator.  harta tetap difaraidhkan, tapi yuran yang diorang charge tu, mak aihhh.
lain kali, at least buat persetujuan atau wasiat lantik sorang jadi administrator.  jangan kasik peluang amanah raya masuk hehehehe.. opss sori melawak je.


tsunade,
tanah dan rumah tu milik sapa.  kalau milik arwah, dedua kena lah difaraidhkan.  kalau memang dari dulu dah akui rumah tu milik orang lain, ianya tak difaraidhkan la.  sebab kita kena ikut faraidh untuk harta si arwah je.  renovation cost, kenapa lak perlu difaraidhkan.  takde kaitan pun.  ianya cost, bukan asset, kan?

syylar,
walaupun belum tukar nama tapi kalau proses penjualan dah dilakukan, si penjual tak leh buat apa-apa.  para pewaris, bayar je la RM300 tu.  jangan risau, si penjual tu tak boleh elak dari tukarkan nama geran kerana biasanya urusniaga camni akan ada dokumen deed of assignment dan power of attorney.  malah, lawyer si penjual tu sendiri ada kuasa nak tukarkan nama geran.  lepas dah dapat hakmilik ke atas rumah (walaupun belum tukar nama), boleh le ikut bahagikan harta.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:52 PM | Show all posts
upkan thread ni.

uol penah dengar as salihin trustee tak? fungsi sama mcm ARB, tapi nak tau fees yang dikenakan mahal mcm ARB or lg ok?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 04:44 PM | Show all posts
penerangan yang diberikan anis tu betul
kalau ada persepakatan....boleh tak ikut faraid
tapi kalau tak bersefahaman....kena la ikut faraid
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 12:48 AM | Show all posts
tsunade,
tanah dan rumah tu milik sapa.  kalau milik arwah, dedua kena lah difaraidhkan.  kalau memang dari dulu dah akui rumah tu milik orang lain, ianya tak difaraidhkan la.  sebab kita kena ikut faraidh untuk harta si arwah je.  renovation cost, kenapa lak perlu difaraidhkan.  takde kaitan pun.  ianya cost, bukan asset, kan?
Gemukkkkkkk Post at 3-10-2009 12:01 PM


makasih gemukkk, sori baru baca balik topik ni...

1. rumah milik pakcik (dah meninggal 3 tahun lepas, takder anak dan tidak berkahwin)
2. tanah milik datuk sebelah abah (meninggal tahun 1943, anak 5- 4 lelaki 1 perempuan)

Rumah tu pakcik wasiatkan (verbal) kepada mak dgn disaksikan semua adik beradik abah. so tinggal la kes tanah tu aje.
nak amik ARB tapi bila pikirkan valuation tanah tu yang risau sangat. kalau 100k rasa boleh la kami korek2 simpanan. tapi kalau lebih dari tu rasa tak sanggup..

ada terbaca kat artikel yang pembelian tanah pusaka mesti tunggu selesai pembahagian. tapi sementara menunggu pembahagian tu boleh ke kami duduk tanah tu? or kena pindah tempat lain? musykil tang situ la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072074 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list