CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5727|Reply: 1

Barang-Barang Terpakai untuk AKTIVITI AMAL Diperlukan

[Copy link]
Raja_Dewa This user has been deleted
Post time 4-4-2007 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Hi there...


Saya dan ahli kumpulan akan mengadakan Jualan Barang-Barang Terpakai di mana hasil jualan akan didermakan kepada pihak MERCY.

Ini adalah aktiviti oleh company Saya di mana kami dikehendaki melakukan aktiviti amal yang boleh mendatangkan duit untuk didermakan.

Oleh itu, Saya dan kumpulan merancang untuk mengadakan Jualan Barang Terpakai ini. Di mana tempatnya, masih di dalam perbincangan akhir dan barangan akan dijual pada SABTU dan AHAD minggu hadapan. Jadik, minggu ini, Saya dan kawan-kawan akan mengumpul barang-barang tersebut yang ingin didermakan.

Besarlah harapan Saya agar kawan-kawan di Forum Cari dapat memberikan sumbangan dari segi material yang tidak lagi digunakan tapi masih boleh dipakai. Contohnya Majalah-majalah lama (suratkhabar lama tak mau), periuk, cerek, barang elektrik ke, barang hiasan ker, lampu ker, frame ke, komputer ke, pinggan mangkuk sudu garfu dan apa saja barang yang difikirkan masih boleh digunapakai dan boleh dijual kepada orang lain.

Harus diingat, barangan yang ingin didermakan bukanlah pakaian. Kasut atau handbag yang masih lagi baik boleh diterima.

Juga kepada sesiapa yang ingin menderma itu, dapatlah kiranya tuan-tuan dan puan-puan membersihkannya dahulu ala kadar, manalah tahu kot-kot barang dah perap kat dalam stor entah berapa kurun, tumbuh segala macam mak nenek. Ah.. oh ya. Anda semua bolehlah pi check kat rumah tu kot-kot adalah barang yang boleh diberi kepada Saya ini, untuk tujuan kebajikan. Dari diperap tak berguna, elok jual kat orang yang boleh guna.

Saya dan kawan-kawan akan membuat kutipan minggu ini start hari ni ler. Mana yang dekat dekat tu, boleh Saya terus amik. Oh yer.. Saya tak mampu nak kutip di seluruh Malaysia. Hanya kawasan Lembah Kelang sahaja yang boleh Saya kutip. Saya mempunyai wakil di kawasan:

1. Puchong/Shah Alam/Subang/Petaling Jaya
2. Seri Kembangan/Serdang/Bangi/Kajang
3. Pandan Indah/Ampang/Cheras
4. Gombak/Selayang/KL

Kamelah - 019-319 0078 / 019-3244 972 / 016-7010 104 / 012-908 6962

Kawasan yang jauh sikit dari yang disebutkan ini, hujung minggu Saya boleh urus. Terhad di kawasan Lembah Klang sahaja. Tapi kalau kata tuan-tuan dan puan-puan nak suh amik hujung minggu ni, lagi senang.

Semuga aktiviti ini mendapat sambutan yang memberansangkan.

Terima kasih semuaaaaaaa...

*P/s: saya akan mewar2kan tempat dan waktu jualan tersebut dan berapa banyak hasil kutipan sebaik selesai aktiviti ini. Jualan dijangka pada hari AHAD minggu depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2007 10:40 AM | Show all posts

salam

noted..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053786 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list