Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Laxamana. Lv.11 3#

Highlander | Credits 8000   
Apa yang dibuat oleh jemaah Tabligh adalah untuk kebaikan dan mengingatkan orang lain sama lah dengan mengingatkan diri sendiri... itu jelas bagi mereka, kalau tak salah saya. Para maulana yang mengetuai Tabligh adalah manusia-manusia mulia... kalau kenkawan ada masa, sudi kan lah mengikut perhimpunan Tabligh di India ke, Islamabad ke... banyak perkara yang sungguh membuka minda sebagaimana saya dimaklumkan oleh seorang pakcik saya yang mengikuti jemaah Tabligh sejak hampir 25 tahun yang lalu...  Pakcik saya ni jawatan besar, Timbalan Ketua Pengarah... tapi kerja excellent... siap dapat melintang menegak lagi... cuti bahagi antara urusan keluarga dan urusan ummah... muka bersih dan bercahaya macam bulan penuh... senyum sentiasa di muka... amat mengambil berat kebajikan keluarga terutama ibu nya ( yakni nenek saya ) yang sudah tua... dia seorang yang soleh.... dan saya tak nampak apa cacat cela Tabligh... yang saya nampak adalah kebaikan yang jelas terpampar pada diri Pakcik saya. Dia juga amat mengambil berat tentang saya dan akan mendakap dengan penuh kasih sayang beserta dengan do'a-do'a dan ucapan yang baik-baik apabila bertemu... Entah lah berkenaan orang lain... saya hormati Jemaah Tabligh...

Ku Anis, saya tertarik dengan apa yang Anis  katakan... meninggalkan isteri sampai 40 hari pun ada isteri yang marah-marah..... bagaimana pula suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad? Ada isteri marah-marah jugak ke?  :wink:

ADVERTISEMENT


Tengku Anis Lv.9 2#

Adventurer | Credits 4614   
Tah lah tapi bagi Anis, Anis sentiasa mengagumi perjuangan mujahid seperti ahli Tabligh. Terpulanglah apa orang lain nak kata..sebagai contoh ada orang mengatakan Tabligh tak betul sebab sanggup tinggalkan Isteri sampai 40 hari...tapi apa nak di hairankan sebab ada sesetengah dari kita meninggalkan isteri/Suami sampai bertahun contohnya orang yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Bagi Anis Tabligh adalah satu golongan yang penting dalam menyampaikan ingatan pada ummah...dan melaluinya sesaorang itu dapat merasai betapa payahnya Rasullulah menyampaikan seruan Islam dimasa beliau mengetuk setiap pintu dan menyuru atas nama Allah...

Kalau ada yang menghina anggaplah sebagai dugaan bukan kah tabligh itu adalah sebahagian dari kerja Rasul..........

ps: kadang-kadang terpandang golongan tabligh melalui rumah Anis walaupun Anis tahu mereka tak berdakwah pada wanita tapi melihat mereka Anis cukup gembira kerana masih ada yang sanggup mengorbankan masa dan wang untuk agama........
1 ..535455