CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama.
Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Tidak disyariatkan untuk beramal dengan amalan yang dapat dari mimpi. Juga tiada hukum yang jelas untuk menyatakan buat amalan tersebut terus jadi bidaah yang tercela sampai masuk neraka, kerana:
Bacaan Al-Fatihah 3 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Dan 313 kali حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ (dari surah Aali 'Imran, ayat 173)
Semua ini dari Al-Quran! Lihat apakah makna dari ayat di atas ?
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung
Adakah jadi kafir atau melakukan syirik dengan beramal dengan amalan tersebut dengan i'tiqad Allah adalah sebaik-baik Pelindung? Perlu diingat, mana-mana mimpi pun, perlu disaring dengan Al-Quran dan Hadith. Amalan tersebut memang bersumberkan dari Al-Quran dan ada hadith kelebihan-kelebihan ayat dan surah tertentu disebut dalam hadith. Umpamanya Surah Al-Fatihah mempunyai kelebihan sebagai penawar kepada penyakit (dengan cara ikut Sunnah).
Kamu terlalu cepat untuk menghukum, hanya screenshot chat dari Whatsapp (post#1047 di atas), lalu terus BERHUKUM? Kamu tidak lihat konteks sepenuhnya tentang amalan tersebut dari siapa? Apakah penjelasan awal dalam video berdurasi 18 minit lebih tersebut. Sedangkan FITNAH kamu yang kamu buat sebelum ini belum pun kamu betulkan balik, tanpa rasa bersalah langsung terus-menerus membuat celaan terhadap Jemaah Tabligh.
Adakah kamu suka digelar WAHABI TULEN AHLUL FITNAH?






