Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Nape?Tak caye? Lv.12

Fav
Defender | Credits 10492   
Saya pernah mengikuti jemaah tabligh pada satu ketika dahulu ketika saya berusia 14 tahun....semasa saya mengikuti jemaah tersebut kami berjemaah dari satu surau ke satu surau selang berberapa hari ...kalau tak silap saya. Setiap petang atau setengah jam sebelum masuk waktu maghrib kami akan ke tempat dimana terdapat remaja atau orang yang lepak untuk dijemput menunaikan solat secara berjemaah..kami tidak memaksa mereka cuma menerangkan kebaikan sembahyang secara berjemaah dan tidak melalaikan sembahyang. Setiap perbuatan kami diikuti dengan doa...sebagi contoh ketika hendak memasuki tandas,makan, melihat sesuatu dan bermacam macam lagi...setiap habis solat maghrib dan subuh diadakan majlis membaca hadis .Soalan saya mengapakah banyak orang solah olah cuba melarikan diri ketika dihampiri jemaah ini atau adakah jemaah ini tersasar dari tujuan sebenar.Tolong jelaskan jika ada diantara anda semua yang lebih mengetahui untuk renungan dan kebaikan bersama.....wassalam

[ Last edited by  antiQue at 21-2-2007 09:17 PM ]
154.9K Views
1082 Reply Positive sequence

ADVERTISEMENT


mnm77 Lv.13 1082#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 6-5-2020 12:33 AM
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 02:34 PM
Saya tak hafal. Ada byk



Saya masih menunggu bukti yang saudara menyatakan ada banyak kitab Maulana Zakariyya.... bersanad mimpi?

Seperti tuduhan ini:
Quote: Tapi kitab karangan maulana zakariya dan muhamad assuhaimi mmg bukan berasal dari sanad ahlil bait. Sanad mimpi sendiri jumpa nabi muhamad

Saya cuma nak tahu dari mana maklumat yang saudara dapat bahawa banyak kitab Maulana Zakariyya bersanad mimpi?

Oleh kerana saudara tidak membawa sumber dakwaan saudara, saya kira itu merupakan kata-kata orang yang tidak mengetahui latar belakang Maulana Zakariyya, atau dari orang yang anti dengan Maulana Zakariyya. Dalam bebenang ini pun ada contoh orang yang anti dengan Jemaah Tabligh, dia sebar fitnah, mungkin asalnya dia tak tahu pun itu merupakan fitnah (tanpa sedar). Namun bila dijelaskan kedudukan sebenar, tetap dia tak mahu mohon maaf atas fitnah tersebut lalu bawa lagi fitnah yang lain pula, dengan rasa dirinya tu sangat betul. Orang yang begini tidak boleh dipercayai percakapannya, ucapannya, dan juga penulisannya, walaupun dia selalu copy paste kononnya ambil ilmu benar dari Ulama, kerana apabila dia menyebarkan fitnah, dia TIDAK membetulkan kembali setelah dia tahu keadaan sebenar.

Saya bawakan satu rakaman video youtube tentang PENGIKTIRAFAN TOKOH ULAMA HADITH dari negara Arab, berkaitan jasa Ulama hadith India. Apabila ilmu berkisar tentang hadith disampaikan, sanad itu penting, maka jalan kisah dan huraiannya pun penting, secara tak langsung jadi panjang. Namun itu pun dikira SANGAT SINGKAT, dalam masa yang terhad.

Secara ringkas, banyak Ulama hadith di India (yang masyhur yang disebut nama dalam video tersebut), asalnya dari keturunan Arab, dari keturunan sahabat Nabi Abu Bakr RA dan Umar RA. Bukan hanya sanad keturunan yang sampai kepada sahabat Nabi, sanad perguruan juga sampai kepada sahabat Nabi, yang mana sahabat Nabi belajar terus dengan Nabi (jadi sanad ilmu sampai kepada Nabi). Sanad perguruan mereka juga sampai kepada Ulama Hadith yang Masyhur seperti Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Suyuti dan lain-lain.



Elok ambil masa lihat dan dengar dari mula tentang sejarah Ulama hadith sampai ke India, dan jasa mereka dalam ilmu hadith dan pengiktirafan. Namun kalau nak terus dengar pasal Maulana Zakariyya boleh ke minit 69 (1 jam 09 minit).
https://www.youtube.com/watch?v=i4nC9SzgHDU&t=69m00s

Tambahan tentang Maulana Zakariyya oleh Maulana Asri

mnm77 Lv.13 1081#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 18-4-2020 04:33 PM
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 03:20 PM
Nak kena arif baru boleh cakap ke.

Cakap berkaitan kebesaran Allah, boleh aja... Cakap yang baik-baik, boleh aja... TAPI apabila ada tuduhan yang dibuat, maka kena lah arif tentang tuduhan itu. Kerana sesungguhnya jika tuduhan itu TAK BETUL, ia jadi FITNAH, dan fitnah itu lebih besar dari membunuh!

Isu yang saya nak penjelasan ialah isu TUDUHAN yang saudara bawa...

Quote: Saya tak campur aduk apa2. Saya cuma curious camana mimpi boleh dijadikan sandaran sesuatu ilmu. 2 org ni je yg saya tahu. Sebab 2 org ni wujud di kalangan org2 kat malaysia

Ini pun tak betul dan memang ada unsur CAMPUR-ADUK. Sebab tu saya dah sebut beberapa kali, jangan campur aduk.

Maulana Zakariyya bukannya untuk kalangan orang2 kat Malaysia saja, kitabnya dirujuk oleh umat Islam di seluruh dunia.
Kitab bahasa Arab yang dikarang oleh Maulana Zakariyya termasuklah:
  • Awjaz al-Masalik ila Muwatta' Malik (أوجز المسالك إلى موطأ مالك‎)
  • Al-Kawkab ad-Durri `ala Jami` at-Tirmidhi (الكوكب الدري على جامع الترمذي)
  • Al-Abwab wa at-Tarajim li Sahih al-Bukhari (الابواب والتراجم لصحيح البخاري‎)

Yang mana satu sandaran mimpi yang saudara maksudkan? Kalau kitab yang lain boleh jelaskan nama kitabnya?

TravellingBear Lv.11 1080#

Highlander | Credits 9020   
Quote: mnm77 replied at 18-4-2020 03:06 PM
Yang ni tak ada masalah.



Nak kena arif baru boleh cakap ke.

Saya tak campur aduk apa2. Saya cuma curious camana mimpi boleh dijadikan sandaran sesuatu ilmu. 2 org ni je yg saya tahu. Sebab 2 org ni wujud di kalangan org2 kat malaysia
Follow Us

mnm77 Lv.13 1079#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 18-4-2020 03:41 PM
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 02:50 PM
Maksud saya ada banyak tu kitab yang dari guru bersanad. Beliau bukan sahaja ada degree , malah berpuluh tahun mmg mencari peluang berjumpa dgn guru bersanad, biasanya mmg kita sbg manusia biasa susah nak cari masa utk pergi berguru macam ustaz2 tu. So kita hanya dapat ilmu dari yg bertauliah dan bersanad / ijazah dari tok guru masing- masing

Yang ni tak ada masalah.

Quote: Saya mmg tak arif. Tapi saya tahu ada kitab dari maulana zakariya yg dia sendiri mengaku buat kitab selepas mimpi jumpa nabi. Abdullah assuhaimi pon mengaku benda sama

Kenyataan yang ini ADA MASALAH, kerana:

1. Saudara sendiri mengaku TAK ARIF tapi bercanggah pula saudara mengaku TAHU. Jadi saudara kena ambil tahu dengan lebih mendalam tentang dakwaan yang saudara buat itu (LEBIH ARIF), jika tidak saya AMAT KHUATIR saudara termasuk dalam kategori orang yang jahil dan menyebarkan FITNAH tanpa pengetahuan.

2. Saudara buat kenyataan Maulana Zakariyya mengaku buat kitab selepas mimpi jumpa Nabi. Jika benar, dari mana sumbernya? Adakah sekiranya Maulana Zakariya bermimpi Nabi sekalipun, lalu sanad perguruannya sudah tak terpakai? Lalu dianggap sanad mimpi?
Sila jelaskan kefahaman berkaitan tuduhan saudara ini supaya lebih jelas.

3. Isu Abdullah Suhaimi ni isu lain. Harap jangan campur aduk. Saya lihat saudara seperti menyamakan kepimpinan bekas kumpulan Arqam dengan jemaah Tabligh? Harap selesai satu per satu isu tuduhan anda ini, jangan campur aduk.


TravellingBear Lv.11 1078#

Highlander | Credits 9020   
Quote: mnm77 replied at 18-4-2020 02:42 PM
Ada banyak kitab sanad mimpi? Macamana boleh buat tuduhan macam ni tanpa beri sumber? Tak perlu ha ...

Maksud saya ada banyak tu kitab yang dari guru bersanad. Beliau bukan sahaja ada degree , malah berpuluh tahun mmg mencari peluang berjumpa dgn guru bersanad, biasanya mmg kita sbg manusia biasa susah nak cari masa utk pergi berguru macam ustaz2 tu. So kita hanya dapat ilmu dari yg bertauliah dan bersanad / ijazah dari tok guru masing- masing

Saya mmg tak arif. Tapi saya tahu ada kitab dari maulana zakariya yg dia sendiri mengaku buat kitab selepas mimpi jumpa nabi. Abdullah assuhaimi pon mengaku benda sama

mnm77 Lv.13 1077#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 18-4-2020 04:27 PM
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 02:34 PM
Saya tak hafal. Ada byk

Ada banyak kitab sanad mimpi? Macamana boleh buat tuduhan macam ni tanpa beri sumber? Tak perlu hafal pun, tapi perlu TAHU dan ARIF tentang tuduhan yang dibuat.

Tuduhan yang tak betul itu FITNAH

Quote: Tapi kitab karangan maulana zakariya dan muhamad assuhaimi mmg bukan berasal dari sanad ahlil bait. Sanad mimpi sendiri jumpa nabi muhamad

Ini dah bercampuk aduk ni, hati-hati dengan tuduhan yang dah jadi FITNAH.

Maulana Zakariyya tidak tulis kitab bersanad mimpi. Kitab karangan beliau sudah masyhur. Boleh cari kitab-kitab beliau dan disarankan saudara baca sendiri. Alasan tak hafal bukanlah menjadi bukti dakwaan saudara itu benar, justeru tidak menghalalkan saudara terus dari membuat tuduhan tanpa ambil tahu apa yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut. Dikhuatiri menjadi FITNAH yang disebarkan...

ADVERTISEMENT


TravellingBear Lv.11 1076#

Highlander | Credits 9020   
Quote: mnm77 replied at 18-4-2020 02:23 PM
Ok...Sila jelaskan... kitab mana yang dimaksudkan....?

Saya tak hafal. Ada byk


Tapi kitab karangan maulana zakariya dan muhamad assuhaimi mmg bukan berasal dari sanad ahlil bait. Sanad mimpi sendiri jumpa nabi muhamad

mnm77 Lv.13 1075#

Challenger | Credits 16681   
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 01:36 PM
Setahu saya , pengajaran guru agama itu susurgalur kitab /ilmu akan terus berambung sehingga para  ...



Ok...Sila jelaskan... kitab mana yang dimaksudkan....?

TravellingBear Lv.11 1074#

Highlander | Credits 9020   
Edited by TravellingBear at 18-4-2020 02:33 PM
Quote: mnm77 replied at 18-4-2020 01:33 PM
Ya mana? Sila jelaskan


Setahu saya , pengajaran guru agama itu susurgalur kitab /ilmu akan terus bersambung sehingga para sahabat / dari rasulullah sendiri

mnm77 Lv.13 1073#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 18-4-2020 02:47 PM
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 01:28 PM
Kenapa susut galur kitab terhenti setakat mimpi?



Yang mana? Sila jelaskan

TravellingBear Lv.11 1072#

Highlander | Credits 9020   
Quote: mnm77 replied at 18-4-2020 01:20 PM
Ini mungkin pandangan orang dari kaca mata luar dari Jemaah Tabligh, kerana dalam pegerakan kh ...

Kenapa susut galur kitab terhenti setakat mimpi?

mnm77 Lv.13 1071#

Challenger | Credits 16681   
Quote: TravellingBear replied at 18-4-2020 11:46 AM
Kitab-kitab yg tidak sesuai pada zaman atau yg bukan ahlinya pon boleh membawa kepada taksub. Spt  ...



Ini mungkin pandangan orang dari kaca mata luar dari Jemaah Tabligh, kerana dalam pegerakan khuruj Jemaah, tidak dianjurkan bawa kitab2 yang banyak. Ada sebab-sebabnya....

Quote:  Spt yg berlaku kpd maulana zakariya & abdullah assuhaimi (guru tarekat aurad muhammadiyah)

Isu Abdullah As-Suhaimi, kita letak ke tepi dulu supaya tidak campur aduk.

Apa yang saudara ingin sampaikan berkaitan Maulana Zakariyya? Adakah saudara ingin menyatakan Jemaah Tabligh taksub kepada kitab karangannya?

Jika itu yang ingin disampaikan, ingin saya menyatakan bahawa ini bukan isu taksub, akan tetapi isu tertib. Macam di sekolah juga, ada buku-buku teks yang menjadi rujukan utama, bukannya semua buku akan dijadikan rujukan, hanya buku-buku tertentu yang dijadikan rujukan utama. Adakah dengan sebab buku tertentu dijadikan rujukan utama, maka wajar dikatakan pihak sekolah taksub pada buku tersebut? Tidak kan?

Rujukan biasanya untuk kesesuaian sukatan silibus. Maka begitu juga dalam amalan infiradi (amal ibadat persedirian) dan juga ijtima'i (secara ramai-ramai/berjemaah) seperti khuruj (keluar) Jemaah Tabligh, maka ada buku/kitab yang sesuai untuk tujuan itu. Bukan bermakna kitab2 lain ditolak. Juga dalam kitab Fadha'il Amaal itu begitu banyak rujukan dari ayat Al-Quran dan juga hadith dari Sahih Bukhari/Muslim, dan kitab2 hadith yang lain. Namun, bagi pihak yang anti kepada kitab tersebut, akan membangkitkan beberapa riwayat yang ada khilaf dari kalangan muhaddithin, dengan tujuan untuk diskredit pada pengarang kitab tersebut (Shaikhul Hadith Muhammad Zakariyya Rah.A).

WAllahu a'lam




TravellingBear Lv.11 1070#

Highlander | Credits 9020   
Quote: mnm77 replied at 14-7-2009 08:47 AM
Tak salah ambil gambar persekitaran.



Kitab-kitab yg tidak sesuai pada zaman atau yg bukan ahlinya pon boleh membawa kepada taksub. Spt yg berlaku kpd maulana zakariya & abdullah assuhaimi (guru tarekat aurad muhammadiyah)

mnm77 Lv.13 1069#

Challenger | Credits 16681   
Quote: Kilokahn replied at 12-4-2020 11:51 AM
Antara kesesatan Tabligh, mereka tafsirkn Taghut/Berhala adalah takassub,tarazzuq
(Bekerja,berniaga ...


Quote: Antara kesesatan Tabligh, mereka tafsirkn Taghut/Berhala adalah takassub,tarazzuq
(Bekerja,berniaga&cari rezeki) walaupun halal ia adalah Berhala KECUALI jika hasilnya digunakan UTK KHURUJ bersama mereka.


Tidak pernah saya dengar kata-kata seperti ini diucap oleh Jemaah Tabligh, apatah lagi oleh kepimpinan Jemaah Tabligh.

Boleh beri sumber mana kamu dapat? Siapa yang ucap sedemikian supaya semua ahli Jemaah Tabligh kena ikut macam tu?

ADVERTISEMENT


mnm77 Lv.13 1068#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 14-4-2020 08:41 AM
Quote: Kilokahn replied at 12-4-2020 11:49 AM
Tidak dapat membezakan antara iradah kauniyyah dengan iradah syar’iyyah jugalah menyebabkan Jamaah Tabligh tiada Nahi Mungkar, mereka hanya Amar Makruf. Kita pernah lihat bagaimana adanya artis-artis yang bermain muzik, gitar, menyanyi dangdut dan sebagainya apabila masuk menyertai Tabligh perbuatan mereka tidak diingkari oleh Alim Ulama mereka bahkan digalakkan lagi dan cuba diislamisasikan dengan serban dan jubah.

Bahkan sebahagian di kalangan mereka jugalah yang mempelopori dakwah dengan nyanyian, muzik bahkan ada juga masih mengekalkan nyanyian dangdut atas alasan dakwah.

Puncanya mereka tidak dapat membezakan antara iradah kauniyyah dan syar’iyyah. Jahil tentang syariat juga adalah punca utama. Mereka sebenarnya meghimpunkan bid’ah murjiah dan jabriyyah dari sisi ini. Itu belum lagi kita dedahkan bagaimana Ulama Ahli Sunnah membantah kesesatan mereka sebelum ini, ia lebih serius apabila melibatkan fahaman Tauhid mereka yang hanya membataskan kepada Rububiyyah.

Apabila berita tentang keburukan Jemaah Tabligh sampai kepada Sheikh Ibn Baaz (Saudi), beliau (Rahimahullah) berfatwa Jemaah Tabligh sesat. Kemudian berita yang benar tentang Jemaah Tabligh sampai kepada beliau, beliau (Ibn Baz) menulis buku tentang Jemaah Tabligh dan kebaikan Jemaah Tabligh.

Kedudukan kamu seperti orang yang suka ambil maklumat yang tak benar berkaitan Jemaah Tabligh. Selagi kamu tidak mengikhlaskan diri dan membersihkan diri dari KEBENCIAN kamu dengan cara (manhaj) kamu ambil ilmu, kamu terus-menerus usaha ambil maklumat-maklumat yang memburukkan... itulah manhaj kamu yang kamu cintai, yang kamu dakwa kamu ni WAHABI TULEN.... kamu memang memalukan puak WAHABI!


mnm77 Lv.13 1067#

Challenger | Credits 16681   
Quote: Kilokahn replied at 12-4-2020 11:48 AM
Antara punca mengapa golongan Jabriyyah seperti Jamaah Tabligh sesat berkenaan memahami konsep berim ...


Quote: Antara punca mengapa golongan Jabriyyah seperti Jamaah Tabligh sesat berkenaan memahami konsep beriman dengan qadar adalah kerana mereka tidak dapat membezakan antara iradah kauniyyah dan iradah syar’iyyah.

Iradah Kauniyyah: Kehendak Allah terhadap kauni(penciptaanNya) yang tidak terikat dengan kecintaan ataupun keredhaanNya. Contohnya: Wabak penyakit yang merebak.

Iradah Syar’iyyah: Kehendak Allah yang berkait dengan kecintaanNya dan keredhaanNya. Contohnya: Bersabar dengan wabak penyakit, memohon perlindungan, mengambil sebab pencegahan dan tidak memudaratkan orang lain. [ Dalilnya Nabi Sallallahu’alaihiwasallam memohon perlindungan dari wabak penyakit dan menunjukkan pencegahan darinya ]

Bagi mereka segala yang berlaku itu adalah dengan iradah Allah dan semua yang dikehendaki Allah itu adalah yang dicintai dan diredhaiNya. Termasuklah wabak penyakit, inilah yang menyebabkan sebahagian dari kalangan mereka memberi alasan Allah sahaja yang memberi manfaat dan mudarat makhluk tidak berkuasa, dan semua yang dikehendaki Allah itu adalah yang Dia suka dan Dia cintai jadi tidak perlu mengambil asbab perlindungan dan pencegahan.


Lagi fitnah kamu, ini tuduh Jabariyyah pula.

Kononnya Jemaah Tabligh tolak Syariat...tak perlu ambil asbab perlindungan dan pencegahan....

Ada bahagian dari TUDUHAN dan FITNAH yang kamu lontarkan yang saya sengaja tidak jawab, sebab tu kamu SAMBUNG LAGI FITNAH ni. Kamu mahu saya jawabkan?


mnm77 Lv.13 1066#

Challenger | Credits 16681   
Quote: Kilokahn replied at 12-4-2020 11:46 AM
Antara kesesatan Tabligh,mereka meyakini Nabi Muhammad ﷺ adalah makhluk,tapi hakikat Muhammad ...


Quote: Antara kesesatan Tabligh,mereka meyakini Nabi Muhammad ﷺ adalah makhluk,tapi hakikat Muhammadiyyah bukan makhluk krn ia adlh Nur zat Allah,dalil mereka mubham ayat Quran & riwayat Palsu.


Apa yg kamu cuba FITNAH lagi ni?

Sila jelaskan FITNAH kamu yang kali ke berapa kamu nak buat ni, supaya lebih jelas kamu ditelanjangkan!

mnm77 Lv.13 1065#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 14-4-2020 09:03 AM
Quote: Kilokahn replied at 12-4-2020 11:45 AM
Hakikat khuruj JT ialah untuk pergi kepada berhala-berhala mereka.
#KempenBoikotTabligh

Lihatlah kamu SANGAT SUKA ambil MAKLUMAT YANG SALAH demi tujuan memburukkan Jemaah Tabligh. Kamu LANGSUNG TIDAK SELIDIK maklumat yang kamu ambil itu benar atau tidak.

Khuruj pergi kepada berhala?

Lihat di awal video tersebut padal saat ke-30, TUJUAN video ini dinyatakan UNTUK MEMBEDAKAN ANTARA BANGLAWALI MASJID DENGAN PERKUBURAN, SUPAYA ORANG TAHU YANG MANA SEBENARNYA MASJID/MARKAS JEMAAH TABLIGH, DAN YANG MANA PERKUBURAN.

Kamu TIDAK AMBIL TAHU TUJUAN video itu, tetapi kamu BUAT KESIMPULAN pergi ke BERHALA-BERHALA. INIKAH CARA KAMU BELAJAR? CARA KAMU AMBIL ILMU?

Maaf saya katakan, samada kamu JAHIL atau kamu TERTIPU dengan fitnah dengan KEJAHILAN kamu, atau kamu BEBAL sebab sangat MEMUSUHI Jemaah Tabligh tanpa kamu tahu apakah manhaj dan objektif Jemaah Tabligh bergerak. Kamu juga tak dapat bezakan yang mana Ahli Jemaah Dakwah Tabligh, dan juga kumpulan Barelwi yang melakukan amalan dan perkara bida'ah, termasuklah memuja kubur. Saya sendiri pernah ke markas Nizamuddin, dan saya sendiri TIDAK DIMINTA pun untuk pergi ke PERKUBURAN. Berkat usaha Dakwah dan Tabligh, banyak juga dari golongan Barelwi yang kembali ke manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang benar, tidak lagi ke perkuburuan yang sudah jadi sebahagian dari adat mereka.

Biar saya jelaskan kedudukan tentang FITNAH KAMU yang yang kalini berdasarkan SALAH FAHAM KAMU dari video tersebut. Orang yang buat video itu sudah tentu BUKAN orang yang arif tentang JEMAAH TABLIGH, sebab ADA MAKLUMAT PENTING YANG TAK BETUL. Mereka sepertinya pelancong atau wartawan, atau yang ingin buat dokumentasi dari perjalanan mereka. Kamu pula hanya BERTAQLID BUTA pada video tersebut TANPA PENELITIAN ILMU untuk menuduh Jemaah Tabligh, dengan tuduhan pergi ke berhala (tempat sembah kuburan) mengikut pandangan kamu.

Pada minit sekitar 4:45 dikatakan Hazrat Nizamuddin yang memulai gerakan Jemaah Tabligh ini?.... dengan nada pertanyaan tanpa kepastian.
INI TIDAK BENAR.

Yang sebetulnya:
Yang menghidupkan kembali usaha dakwah secara berjemaah merupakan Maulana Ilyas Khandahlawi (Rah.A). Beliau seorang yang Alim dan sangat berhikmah, dan beliau juga yang mulakan usaha Dakwah dan Tabligh di kalangan orang Mewat. Antara kerisauannya termasuklah tentang amalan orang Islam sendiri, yang sudah menjadi kebiasaan amalan bida'ah dan berampur aduk dengan adat Hindu yang ada unsur syirik, maka timbullah fikir risau bagaimana untuk mengajak kembali kepada Ajaran Islam yang benar, menerusi usaha DAKWAH & TABLIGH.

Kamu perlu tahu yang Jemaah Tabligh yang pergi ke Markaz Nizamuddin, di Banglawali Masjid, TIDAK PERGI KE PERKUBURAN Nizamuddin sebagai sebahagian dari pergerakan Jemaah. Siapa-siapa yang nak pergi ke Perkuburuan Nizamuddin itu hanya keinginan diri sendiri nak tengok apa yang ada di situ.

Hazrat Nizamuddin merupakan orang yang dikatakan Wali Allah, dihormati dalam kalangan orang Islam, juga di kalangan orang bukan Islam. Namun disebabkan adat dan kehidupan orang Islam dah bercampur dengan ajaran Hindu, maka sebahagian orang Islam juga melakukan amalan puja kubur, atau amalan-amalan yang bida'ah. Jemaah Tabligh TIDAK TERLIBAT LANGSUNG dalam amalan tersebut.

Setahu saya pula, mereka yang mengaku Salafi, sangat ambil berat pasal periwayatan. Hinggakan Hadith yang Sahih saja yang dipakai. Kalau ada yang dhaif, mereka akan tolak. Ini video yang SALAH MAKLUMATNYA, diambil tanpa membuat penyemakan langsung oleh kamu... bertaqlid buta untuk menuduh jemaah Tabligh pergi ke berhala-berhala? Ini bukan kali pertama kamu taqlid buta pada video kemudian dengan rasa diri sudah betul menghukum orang lain sembah kubur. Dalam thread lain pun kamu pernah buat fitnah buruk kamu itu.

Bagaimana kamu ambil ilmu? Kamu bukan ambil ilmu pada yang sahih, tiada tabayyun, tidak menyelidik, tapi KAMU PILIH untuk ambil ilmu dari yang BATIL lalu BERHUKUM? Ini cara kamu ambil berhukum? Maka sebab itulah kamu SANGAT MEMBENCI Jemaah Tabligh, sumber ilmu yang kamu ambil tu kamu tak kisah tentang kebenarannya, yang kamu kisah ialah kamu nak menyesatkan Jemaah Tabligh sebagai misi kamu, yang kamu rasa dapat pahala? Fitnah dan kali ke berapa kamu bawa di sini, satu pun kamu tak rasa bersalah.

Lebih banyak yang kamu sebarkan di sini bertujuan memburukkan Jemaah Tabligh, sebenarnya lebih menunjukkan cukup banyak KEJAHILAN kamu tentang cara kamu ambil ilmu.... Itu yang terserlah


mnm77 Lv.13 1064#

Challenger | Credits 16681   
Edited by mnm77 at 13-4-2020 12:02 AM
Quote: Kilokahn replied at 12-4-2020 11:41 AM
Mari tengok kebebalan Jemaah Tabligh yang ambil ilmu dari Seri Petaling.


Fitnah kamu yang kamu tulis sebelum ini dalam thread ni, kamu rasa dapat pahala? Tak sikit pun kamu rasa nak minta maaf, sebaliknya apa yang kamu buat, kamu cuba cari alasan untuk menyesatkan saja.

Berkaitan ucapan video tu, sebaiknya rujuk kembali kepada yang lebih arif. Boleh tanya balik kepada Ulama di Sri Petaling untuk lebih adil sebelum menghukum ucapan tersebut sebagai sesat, atau sebaliknya.

Dalam bayan umum/awam, ilmu yang disampaikan lebih berbentuk Fadhail (kelebihan), ada kalanya melibatkan kewalian Para Nabi mahupun Para Sahabat Nabi. Dalam hal-hal Fadha'il, tentunya ada riwayat yang dinilai lemah oleh sebahagian muhaddithin, yang boleh dipertikaikan jika mahu berbahas.... Namun berbalik kepada tujuan ilmu tertebut, adakah ia termasuk dalam Aqidah atau Ilmu Fadha'il? Jika dlaam hal Fadhail, para muhaddithin meringankan dalam periwayatan mereka. Dalam hal Aqidah, para muhaddithin lebih tegas dalam periwayatan.
Last Replies
More Agama Islam & Muslim
1234.. 55Next

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link