ASM,
Saya pernah mengerjakan umrah pada bulan September 2003. Masa tu musim panas di sana, cuaca di Madinah mencapai 40 C siang hari dan di Mekah dalam 38 C. InsyaAllah tahun ni nak pergi lagi membawa keluarga. Di sini saya ingin kongsi pengalaman sedikit:-
1. Kalau pergi musim panas, saya nasihatkan bawa spek hitam untuk lindungi mata dari panas matahari yang terik. Jangan bawa baju banyak, bawa sehelai dua sahaja, sampai di Madinah beli aje jubah, kat sana harga jubah murah, dalam 20 rial pun dah dapat.
2. Kalau nak beli kurma, beli kat madinah sebab lebih murah. Beli kat Mekah harga dah mahal.
3. Jangan tertipu dengan orang yang meminta duit, kat sana ramai sangat orang yang meminta pertolongan, macam-macam orang ada.
4. Kalau nak senang tawaf pergi antara waktu zohor dan asar, masa tu orang kurang sikit. Kalau nasib baik dan ada rezeki dapat cium hajarul aswad.
5. Jangan terkejut dengan adat resam orang arab. Kat sana, masyaAllah, tandas dia punya le kotor, kita nak buang air pun tak terkeluar. Lagi satu, tandas ada kat luar masjid, nak pi buang air kena jalan kaki, jauh juga, ada sampai 10 minit.
6. Rata-rata peniaga kat sana, tahu bahasa berniaga dalam BM, terutama dari Asia. Kita bule tawar menawar dalam bahasa kita.
7. Dari segi ibadat pula, saya cadangkan mula dari sekarang buat persiapan. Penghayatan kita akan lebih kalau kita buat persiapan awal nak lawat Baitullah ni. Seperti kata yang lain, elok pi ibadat sorang-sorang supaya kita dapat menghayati dengan lebih.
8. Bersedia untuk sesat dalam atau luar masjid, kerana Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, teramatlah besarnya. Ingat nombor pintu yang kita masuk supaya senang nak keluar.
9. Dalam Masjidil Haram ada percampuran antara lelaki dan perempuan. Jaga-jaga kalau tak nak batal air sembanyang sebab nak ambil wuduk kena luar masjid.
10. Setiap Khamis malam Jumaat lepas solat Magrib ada kuliah/tazkirah di beberapa tempat di dalam Masjidil Haram. Ada tazkirah dalam BM tapi saya tak pasti kat mana lokasinya. Kalau dapat elok kita pergi dengar.
Setakat ini saja yang dapat saya kongsi. Mungkin yang lain dapat membantu. Lagi satu, kalau kita dah pergi umrah lawat baitullah ni, hati kita akan sentiasa rindu untuk pergi lagi.
Semuga Allah memperkenankan niat kita untuk pergi beribadat di rumahNYA.
Wassalam